CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: SenahMontanah

Zizan ngan ND ke?

[Copy link]
Post time 21-11-2012 02:46 PM | Show all posts
Zizan, Nora Danish sedang bercinta?

Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba kecoh seketika dunia seni tempatan apabila pelakon comel, Nora Danish dan pelawak terkenal, Zizan Razak bermanja-manja dengan panggilan papa dan mama di laman sosial Twitter milik mereka baru-baru ini.

Menerusi laman sosial itu, Nora dikatakan memberi ucapan All the best papa kepada Zizan yang berentap di Maharaja Lawak Mega (MLM) 2012, minggu lalu.

Menariknya, Zizan turut membalas ucapan tersebut dengan mengatakan Tq mama, papa try the best k kepada Nora.

Ekoran tweet romantik mereka ini, ramai menganggap kedua-duanya bukan sekadar teman biasa.

Sehubungan itu, Zass cuba mendapatkan penjelasan daripada bintang filem Hantu Kapchai ini.

Ketika dihubungi, Zizan berkata, apa yang berlaku di laman sosial itu hanyalah gurauan semata-mata.

"Sebenarnya tiada apa-apa antara kami. Kami hanya bergurau," katanya.

Suka Nora kelakar

Mengulas lanjut mengenai perkara ini, Zizan berkata, dia senang berkawan dengan Nora kerana sikap kelakar yang ada pada bintang filem Aku Terima Nikahnya itu.

"Dia ok dan dia juga kelakar macam saya. Jadi, saya selesa bersama dia apabila kami berjumpa dalam apa majlis bersama.

"Lagi pun, setakat ini saya tidak punya sebarang perasaan pada dia. Bagi saya, dia seorang kawan yang baik. Itu sahaja," katanya sempat bertemu Nora di Anugerah Skrin 2012, baru-baru ini.

Meski pun spekulasi yang timbul tidak mendatangkan kesan kepada empunya diri, namun jelas Zizan, dia tidak mahu selepas ini masih ada orang menganggap yang bukan-bukan mengenai hubungan mereka.

"Kami merupakan rakan sekerja. Malah kami sudah sering bekerja bersama, saya harap perkara ini tidak menjejaskan hubungan kami," kata jejaka kelahiran Dungun, Terengganu ini.

Fokus MLM

Dalam pada itu, berkongsi mengenai perkembangan terbarunya, pengacara Melodi ini memberitahu, dia tidak menerima sebarang tawaran lakonan buat masa sekarang kerana ingin memberi perhatian kepada MLM.

"Memang saya fokus kepada MLM sahaja sekarang, saya tidak mahu kerja lain mengganggu komitmen saya terhadap program ini.

"Cuma saya masih bersama Melodi pada hujung minggu. Itu sahaja, selebihnya saya terpaksa tunggu selepas MLM tamat nanti," katanya.

Ditanya apakah harapannya bagi MLM musim ini, jelas Zizan, setiap yang menyertai pertandingan pasti mahukan kemenangan.

"Apa pun, kemenangan itu di tempat kedua, yang penting saya enjoy dengan program ini," katanya lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2012 03:17 PM | Show all posts
bini_org posted on 19-11-2012 05:36 PM
yg nk blanje mkn tu bkn neelopak ke??

tula pasal,setau aku yg nk blanje mkn tu si lopa..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2012 12:39 AM | Show all posts
adehhh.. mmg hawtttt sungguh si ND nii.. untung badan yer x..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2012 12:47 AM | Show all posts
cloudnine_mm posted on 21-11-2012 02:46 PM
Zizan, Nora Danish sedang bercinta?

Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba kecoh seketika dunia seni  ...

After MLM2012 his show with JoZan, Zizan terus bergegas ke Shout Awards di Sunway... Almaklumlah kan buah hati pun ada masa tu hehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2012 12:58 AM | Show all posts
diana007 posted on 30-11-2012 12:47 AM
After MLM2012 his show with JoZan, Zizan terus bergegas ke Shout Awards di Sunway... Almaklumlah k ...

D..nasib baik x menang hot guy..
kalo tak hot gut n hot chick!
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2012 01:22 AM | Show all posts
A)

B)

Picture A - sudah tahap gurauan Mama Papa

Picture B - Hot ! Sizzling
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2012 01:26 AM | Show all posts
cloudnine_mm posted on 30-11-2012 12:58 AM
D..nasib baik x menang hot guy..
kalo tak hot gut n hot chick!

Kan... Tapi D memang suka Zizan menang award Best Personality,  dah 3 kali dia menang kan, apapun tahun 2012.. Memang tahun Zizan lah, rezeki Zizan
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2012 01:32 AM | Show all posts
diana007 posted on 30-11-2012 01:26 AM
Kan... Tapi D memang suka Zizan menang award Best Personality,  dah 3 kali dia menang kan, apapun  ...

semoga dia terus berjaya....dan berpijak di bumi yang nyata...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2012 01:34 AM | Show all posts
diana007 posted on 30-11-2012 01:22 AM
A)

B)

D...pic B tu mmg hottt !!!!

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2012 01:39 AM | Show all posts
tak kesah ND ni dengan sesiapa pon. sbb tak menjejaskan ekonomi negara pon hihi
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2012 02:17 AM | Show all posts
Hot pon ada memacam definisi... hot hensem, hot bijak, hot personality...

kalo macam zizan ni idaokle hensem dimata ku.... kalo nak dibandingkan ngan bang nuarjen

tapi tengok gambar ND ngan abang huarjen macam.........................................................







sepadan
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2012 09:25 PM | Show all posts
murahan betol dua dua ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2012 10:43 AM | Show all posts
lg loikeeee ND gan abe wawar..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.068375 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list