CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2537|Reply: 1

JPA diminta selaras kadar waran perjalanan tentera

[Copy link]
Post time 17-11-2012 03:28 PM | Show all posts |Read mode
JPA diminta selaras kadar waran perjalanan tentera

•Nasional •Nasional •2012-11-15 04:45 •Disediakan oleh Berita Harian

[url=][/url]

Kuala Terengganu: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diminta menyelaraskan waran perjalanan anggota tentera supaya sepadan dengan kenaikan tambang pengangkutan awam, terutama membabitkan bas ekspres.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan bersetuju menaikkan kadar tambang bas ekspres 30 peratus iaitu daripada 6.5 sen bagi setiap kilometer kepada 8.5 sen.

Tambang teksi pula dinaikkan daripada RM2 untuk satu kilometer pertama kepada RM3, manakala dari segi jarak, kenaikan diluluskan ialah 10 sen untuk setiap 115 meter.

Kenaikan tambang pengangkutan awam itu berkuat kuasa 1 Ogos 2009, tetapi JPA masih mengekalkan kadar tambang lama menyebabkan waran perjalanan anggota tentera tidak diterima syarikat pengangkutan awam.

Berikutan kesilapan itu, anggota tentera yang sepatutnya menerima kemudahan waran perjalanan untuk pulang ke kampung terpaksa mengeluarkan duit sendiri kerana syarikat pengangkutan awam enggan menerima waran perjalanan dikeluarkan kerajaan, katanya mengulas keresahan anggota tentera apabila waran perjalanan tahunan tidak diterima syarikat pengangkutan awam terutamanya syarikat bas ekspres.

Mengenai cadangan kemudahan waran perjalanan diganti dengan kaedah tuntutan, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh, Perak, berkata ia harus diperhalusi kerana bukan semua waran perjalanan tidak diterima syarikat pengangkutan.

Sementara itu, pemilik syarikat bas ekspres yang enggan namanya disiarkan mengakui pengurusan syarikat enggan menerima waran perjalanan kerajaan kepada anggota tentera kerana perbezaan harga.

Sebagai contoh, katanya, kadar tambang dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu ialah RM39.80 dan dari Ipoh ke Kuala Terengganu melalui Gerik ialah RM50, manakala RM60 dari Ipoh melalui Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu untuk perjalanan satu hala.

Bagaimanapun, waran perjalanan dikeluarkan kerajaan ialah RM35 untuk perjalanan satu hala dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu dan RM45 perjalanan dari Ipoh ke Kuala Terengganu melalui Gerik serta RM55 dari Ipoh ke Kuala Terengganu melalui Kuala Lumpur, katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2012 01:46 PM | Show all posts


satu nilai tambah untuk tentera jika JPA luluskan.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.139321 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list