CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farahanafarah

TAK SEINDAH SYURGA

  [Copy link]
Post time 25-1-2013 10:47 PM | Show all posts
takziah diatas kehilangan nenda tersayang farah.. byk2kan bersabar ye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-1-2013 11:05 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 25-1-2013 10:47 PM
takziah diatas kehilangan nenda tersayang farah.. byk2kan bersabar ye..

thanks conan...trying to recover balik semua semangat yang hilang...sebab tak dapat tengok dia masa nak kebumi semua...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2013 03:00 PM | Show all posts
Takziah utk Farah atas kehilangan nenek tersayanag moga rohnya dicucuri rahmat nenek kak Nana pun baru meninggal sehari sebelum maulidur rasul  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2013 03:14 PM | Show all posts
Banana posted on 26-1-2013 03:00 PM
Takziah utk Farah atas kehilangan nenek tersayanag moga rohnya dicucuri rahmat nenek kak Nana pun ba ...

takziah untuk akak jugak... dari dia kita datang pada Dia kita kembali..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2013 11:54 PM | Show all posts
BAB 35

        “lepaslah! Apa masalah awak ni! Saya tak nak ikut, tak nak tak naklah!” jerit lisa geram pada tengku dennis. Tak sangka lelaki itu mencarinya sehingga ke rumah sewanya. Siapa yang bocor rahsia entah! Kalau dia dapat siaplah dia kerjakan.

        “sejak bila kau pandai melawan ni?” tengku dennis menyoal sinis. Gadis itu yang berbaju t shirt dan berseluar track dipandang tajam.

        “sejak awak tinggalkan saya kat tepi jalan!” lisa menjawab sambil berpeluk tubuh. Lantak kaulah nak terbakar kea pa.

        “jangan ingat aku nak lepaskan kau dengan senang. Cepat pergi bersiap.” Arah lelaki itu. lisa hanya menjeling tajam. Langsung tidak ada tanda-tanda mahu bergerak.

        “jangan sampai aku paksa kau.” Ugut tengku dennis. Lisa buat muka tak heran. Seperti mencabar lagaknya.

        “kalau awak nak pergi mana-mana awak pergi je. tak payah nak ajak atau bawak saya. Saya tak hingin pun nak pergi. Nanti tak pasal-pasal kena tinggal tepi jalan lagi.” Sindir lisa. Kau ingat aku nak percaya ke. Muka tengku dennis bukan muka boleh dipercayai.

        Lelaki itu tergelak besar. Trauma agaknya gadis itu dengan perisiwa lepas.

        “kali ni aku janji tak kan tinggalkan kau tepi jalan lagi.” Lisa mencebik.

        “janji awak tu bukan boleh pakai.”

        “aku tak suruh kau pakai janji tapi pakai baju.” Tengku dennis cuba berloyar buruk. Sejak akhir-akhir ini dia sudah pandai bergurau.

        Wajah yang mencuka dihadapannya dipandang lama. Berpeluk tubuh sambil berdiri diambang pintu, langsung tidak mempelawanya masuk.

        “kau hanya ada 2 pilihan. Berjalan sendiri atau nak aku dukung kau bawak masuk kereta.”

        Lisa mencebik, ada aku heran! Gedegang pintu rumah dihempas kuat, sikit lagi nak kena hidung mancung tengku dennis. Kalau patah….

        Pintu diketuk bertalu-talu oleh tengku dennis. Lisa buat pekak. Volume televisyen sengaja dikuatkan. Malas nak layan!

        “baik kau bukak pintu ni sebelum aku pecahkan.” Ugut tengku dennis di luar rumah. Darah yang sudah mencanak naik ke kepala makin menjulang. Tambah lagi apabila mendengar suara televisyen yang sengaja dikuatkan. Pandai protes dah sekarang.

        Pintu diketuk dengan kuat. Lisa naik bengang, lantas kaki di ayun laju. Pintu dibuka kasar, lagak nak bergaduh saja.

        “nak apa lagi! Tak paham bahasa ke orang tak nak ikut tak nak lah! Nak paksa-paksa kenapa? Yang awak buang tebiat sangat nak melekat dengan saya buat apa? Patutnya awak suka saya dah berambus dari hidup awak. Yang awak tak habis-habis tak kacau saya ken….” Belum habis torpedo dikeluarkan bertalu-talu dari mulutnya tengku dennis bertindak pantas mengangkat lisa ke atas bahunya.

        Menjerit-jerit lisa dibuatnya. Senak perut yang berada atas bahu tengku dennis tidak dipedulikan. Bertubi-tubi dia memukul belakang lelaki itu yang selamba membawanya turun melalui tangga dan dihempas ke dalam kereta yang sudah terbuka luas pintunya. Nasib baik hempas atas kerusi.

        “apa ni?!” marah lisa sambil cuba untuk keluar dari Toyota vellfire yang dudukinya.

        Dengan kasar tengku dennis menolak gadis itu ke kerusi sebelah dan dia duduk dikerusi berdekatan pintu.

        “jalan!” arahnya pada bob yang sudah bersedia. Lisa hanya mengerling geram kea rah adam yang tersengih.

        “tak paham bahasa ke?! Saya nak turun!”

        “duduk diam-diam kalau tak nak aku campak kau keluar. Biar bersepai kena lanyak lori.” Celupar sungguh mulut lelaki itu. ngeri membayangkan, lelaki ni bukan boleh dibuat main. Lisa diam dan berpeluk tubuh menunjukkan protes namun seketika Cuma. Dikerling kea rah baju yang tersarung ditubuhnya.

        “saya tak bawak baju. Apa kata kita patah balik.” Lisa cuba berdiplomasi. Dia tak nak ikut tengku dennis, nanti entah ke mana lelaki itu nak bawa. Jangan jual kat Thailand sudah! Wajah tengku dennis yang berkaca mata hitam ditenung. Fuh! Cairlah engkau cairlah…jampi serapahnya mengarut dalam hati.

        “dennis….dengar tak ni?” manja pula suaranya kedengaran.

        Tengku dennis berdeham sebelum senyum senget. Tangan ditunjuk ke belakang tanpa memusingkan badan. Mata lisa mengekori arah tangan itu diluruskan.

        “tu kat belakang, 2 bag baju kau aku bawak. No worries…” tuturnya selamba. Kau ingat aku tak tau tu taktik kau nak lepaskan diri, getus hati kecil tengku dennis.

        “kau jangan nak bodohkan aku, aku lebih bijak dari kau.” Lisa ketap bibir. Tak menjadi nampaknya. Dia diam dan menikmati pemandangan, mula pasrah. Tau yang tengku dennis tidak akan melayannya.

        Setelah agak lama masing-masing membisu, tengku dennis panggung kepala. Akhbar yang dibacanya tadi dilipat dan diletak atas kerusi belakangnya. Wajah lisa yang sedikit terlindung diintainya. Patutlah, tidur rupanya.

        “kalau ada hentian rehat stop kejap, kita makan dulu.” Tengku dennis mengarah bob yang memandu. Mungkin selepas ini akan digantikan dengan adam pula. Bergilir-gilir, hilang penat sikit. Perjalanan ke Terengganu masih jauh lagi. Tengku dennis memejamkan mata, mahu berehat seketika.




“hoi! Bangun! Kau nak tidur dalam kereta sampai esok pagi ke?” bahu lisa digoyang-goyang dengan kasar. kejut cara lembut tak jalan so, kena guna cara kasar tapi nampaknya tak ada hasil pun. perempuan ni memang tidur mati. Dari dulu lagi!

        “bos…nak biar dia kat sini ke?” soal adam. Melalui tingkap kereta yang terbuka dia menjenguk ke dalam. Jam sudah menunjukkan angka 7 malam. Kalau lambat, lebih bahaya…ombak lebih kuat diwaktu malam walaupun bukan musim tengkujuh.

        Tengku dennis menggelengkan kepala. Rambutnya diraup ke belakang, cermin mata hitam sudah lama tersangkut di kolar
bajunya.

        “sediakan bot dulu…dia ni biar aku uruskan.” Adam mengangguk. Dia beriringan dengan bob menuju kea rah bot mewah milik tengku dennis. Barang-barang turut diangkat ke dalam bot dibantu pemandu bot yang juga orang suruhan tengku dennis.

        Tengku dennis bercekak pinggang mengadap pintu kereta yang terbuka luas. Lisa kelihatan sungguh lena hinggakan dikejut pun tak nak bangun. Macamlah penat sangat! kerja kemas bilik je pun. jam tangan dikerling, masa makin pantas berlalu, dia tidak ada masa mahu menunggu lantas tubuh lisa dicempungnya dan berjalan menuju ke bot yang sudah sedia menunggu.

        Bob berlari anak ke arah tengku dennis, dia menghulur tangan mahu menyambut lisa kerana jarak antara kereta dan bot agak jauh. Tengku dennis menggeleng sambil berjalan pergi. Bob hanya garu kepala kemudia menuju ke arah kereta dan menguncinya.

        Tubuh lisa yang sejak tadi berada dalam dukungannya diletak dengan cermat di atas katil dalam bot mewah miliknya. Baby tee yang dipakai gadis itu agak sendat dan menampakkan lekuk yang tidak sepatutnya. Nyenyak sungguh tidurnya, langsung tidak peduli keadaan sekeliling. Memang spesis tidur mati.

        “berat jugak perempuan ni…sakit pinggang aku…” tengku dennis menggeliat ke kiri dan ke kanan beberapa kali membetulkan urat pinggangnya yang terasa sedikit lenguh. Bukan dekat jarak kereta dan botnya, kalau calang-calang orang mahu tersungkur tengah jalan.

        Ruang kosong disebelah lisa dipandang. Dia tersenyum nakal. Tubuhnya dihempas perlahan bersebelahan gadis itu yang nyenyak tidur itu. matanya meneroka ke segenap ruang wajah milik lisa. Bulu matanya yang lentik semulajadi, hidungnya yang mancung dan cantik terletak, bibirnya yang merah basah tanpa sebarang gincu bibir dan dia yakin kerana gadis itu di culiknya di rumah. Kulit lisa juga putih dan sedikit kemerah-merahan tanpa sebarang parut dan jerawat malah liang romanya pun hampir tidak kelihatan. Sungguh halus dan bersih.

        Tangannya diangkat mahu merasai kelembutan kulit pipi gadis itu. diusap-usap lembut, leka seketika dibuatnya. Badan lisa bergerak sedikit, tengku dennis larikan jarinya, tidak mahu gadis itu terjaga. Baru tangannya ingin menyentuh pipi itu, sekali lagi tubuh lisa bergerak-gerak malah kali ini dia mengalihkan posisi tidurnya menghadap tengku dennis. Dengan mamai matanya dicelikkan. Tepat anak matanya memandang ke dalam anak mata tengku dennis.

        Lelaki itu tetap selamba malahan tersenyum nakal, dan tanpa diduga lisa turut membalas senyumannya. Matanya yang tadi dibuka dipejam kembali dan dengan selamba tangannya dipanjangkan untuk memeluk tubuh tengku dennis. Tengku dennis yang sedang mengiring sambil sebelah tangan menongkat kepala tidak bersedia, terlentang dibuatnya. Tergaman dengan aksi lisa yang diluar dugaannya. Dia sudah bersedia untuk dimarahi tapi lain pula yang jadi.

        Tangan kanan lisa yang berada di atas dadanya dipandang. Tengku dennis tersenyum, akal jahatnya sudah datang lantas tangan kirinya diseluk ke dalam poket dengan berhati-hati. Iphone dikeluarkan. Bantal ditolak dan lengannya dijadikan alas kepala lisa. Ditarik sedikit supaya rapat ke tubuhnya. Sekali tengok memang Nampak intim sangat, kalau peminat tengku dennis lihat, memang meraung lah jawabnya. Lisa seolah-olah lena dalam pelukan sang kekasih.

        Ikon kamera disentuh dengan jari, self-captured image dipilihnya. Tengku dennis merapatkan kepalanya kea rah lisa dan pantas gambar diambil. Sekali lagi iphone dihala kearah mereka tapi berlainan posisi, wajahnya ditundukkan sedikit dan dahi gadis itu diciumnya.

        Tersenyum-senyum tengku dennis melihat gambar-gambar yang diambilnya. Begitu jelas wajah mereka berdua. Dalam pada seronok melihat gambar, tubuh disebelahnya bergerak-gerak. Wajahnya dipaling kea rah lisa. Gadis itu sudah terkial-kial untuk bangun.

        “heii! Pantang ada peluang!” sembur lisa geram. Dia sudah berdiri ditepi katil, kepalanya pening tiba-tiba mungkin kerana bangun mengejut.

        Tengku dennis masih berbaring santai.

        “tak ada masa aku nak ambil peluang, benda ada depan mata…tak kan nak biar. Lagipun tengok la sekeliling sikit, kat mana kau sekarang.” Lisa segera meneliti ruang sekeliling. Bilik mewah itu sungguh asing pada matanya.

        “kat mana ni?” soal lisa. Tengku dennis masih belum bangun dari katil. Santai sambil membelek handphonenya.

        “tengokla sendiri kat luar kalau nak tahu…”

        Lisa menjeling geram, matanya diliarkan ke sekeliling mencari pintu keluar. Salah satu pintu ditarik, tandas! Ada satu lagi pintu tapi ada tangga untuk menuju ke pintu itu. lisa segera memanjat satu persatu anak tangga, tak tinggi pun. pintu yang tidak terlalu besar itu ditolak. Tanpa menunggu lama pintu itu ditutup kembali dan dia terkocoh-kocoh turun menuju kea rah tengku dennis. Wajahnya pucat sekali.

        “kenapa?” tengku dennis turut cemas. Apa tak cemas kalau wajah dihadapannya ini pucat sehinggakan kalau ditoreh pasti tak berdarah.

        Lisa segera naik ke katil dan dia merapatkan diri ke arah lelaki itu.

        “ada orang pegang senapang kat luar bilik…ramai…kita diculik ke?” lisa berbisik perlahan. Mukanya masih pucat. Terkejut.

        Tengku dennis ketawa terbahak-bahak. Culik? Kita? Kau yang kena culik bukan aku…dia ketawa lagi tapi sudah agak terkawal. Lisa gigit bibir bawahnya, aku tak buat lawak pun!

        “sini…” tengku dennis tarik tangan lisa dan menuju ke arah pintu tadi. Pintu dibuka dan angin kuat segera menerpa. Tadi macam tak rasa pun angin…bicara lisa sendiri. Dia segera menyorok dibelakang tengku dennis, lengan lelaki itu dipegangnya kukuh.

        “ni penculik yang kau cakap tadi?” soal tengku dennis sambil menoleh kebelakang. Perasaan geli hati cuba disorok sebaik mungkin. Lawak melihat lisa yang beria-ia bersembunyi dibelakangnya.

        “guys!” panggil tengku dennis. 6 orang lelaki berpakaian warna hitam lengkap dengan jaket kalis peluru dan kain key yang diikat dikepala menoleh serentak. Ditubuh mereka tergantung senjata.

        “ini cik lisa…and you!” tudingnya pada lisa.

        “mereka semua bodyguard aku.” Ringkas tengku dennis memperkenalkan. Lisa ditarik kedepan. 6 orang lelaki terbabit tunduk hormat tanpa seulas senyum. Masing-masing kaku dan mata mereka juga kaku. Tak kan robot kot…lisa turut menundukkan kepala. Mereka segera mengambil posisi asal tanpa mempedulikan dia dan tengku dennis.

        “bukan ke abang adam dan abang bob tu bodyguard awak?” soal lisa. Berapa banyak dia nak pakai bodyguard, dia ingat dia anak raja ke?! Raja kapoor bolehla…tapi…dia kan kerabat, kira raja jugakla kan? Hatinya bersoal jawab sendiri. Tengku dennis hanya senyap sambil tersenyum.

        “aku kan billionaire…mestila kena ada bodyguard yang ramai.” Angkuh sekali bunyinya. Lisa buat-buat nak muntah.

        “eh, belum apa-apa tak kan dah pregnant?”

        Lisa menjeling geram kemudian dahinya berkerut. Baru dia perasan di sekelilingnya lautan dan yang dia berdiri tegak itu adalah di atas pelantar bot. serta-merta lututnya terasa lembik. Dia mabuk laut tiba-tiba. Lengan tengku dennis dicengkamnya.

        “kenapa?” soal lelaki itu cemas. Lisa dipapah dan didudukkan dikerusi yang telah disediakan. Bibir gadis itu pucat lesi.

        “ssaya mabuk laut…” bicaranya perlahan. Patutlah tadi dia berasa pening. Ingatkan sebab bangun dari tidur secara mengejut.

        Tengku dennis mengarahkan bob yang berdiri berdekatan untuk mengambil ubat. Sebiji pil berwarna putih diberi tengku dennis. Tanpa banyak soal di masukkan ke mulutnya. Air mineral diteguk perlahan. Dia cuba untuk tidak banyak bergerak, takut termuntah. Kali terakhir dia berada ditengah laut ketika rombongan sekolah ke pulau langkawi, itu pun dapat pergi kerana menemankan maria, kalau tidak jangan harap. Itupun kerana maria tidak sihat tapi beria-ia mahu pergi. Jadinya dialah hamba maria untuk mengangkat beg dan sebagainya.

        “tadi tu ubat tahan mabuk, patutnya makan before naik bot tapi its okay…” tanpa ditanya tengku dennis menerangkan. Lisa hanya diam, matanya dipejam.

        “nak rehat kat dalam?” tanya tengku dennis.

        Lisa hanya menggeleng. Dia tak nak bergerak terlalu kerap nanti makin pening. Biarlah dia berehat di sini. Banyak sebernarnya perkara yang mahu ditanya kepada tengku dennis. Ke mana hala tuju mereka? Kenapa dia dibawa sama? Macam-macam yang ada difikiran tapi dia cuba sabarkan hati untuk bertanya apabila mereka tiba di darat nanti. Jangan dia campak aku kat tengah laut ni sudah!

        Jarang dia mabuk laut, nak kerap macamana kalau pergi pantai pun boleh dikira dengan jari. Mungkin sibuk bergaduh dengan tengku dennis menyebabkan dia mabuk laut. Ataupun sebab bangun mengejut. Angin malam yang menghembus menenangkan lisa. Fikirannya cuba dikosongkan. Anggap saja ini satu percutian.




p/s : enjoyyy

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2013 05:10 AM | Show all posts
Tqvm Farah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2013 01:25 PM | Show all posts
Al fatihah buat nenek n takziah buat farah n family...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2013 02:40 PM | Show all posts
Sherasi posted on 27-1-2013 01:25 PM
Al fatihah buat nenek n takziah buat farah n family...

tq sherasi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2013 02:15 PM | Show all posts
takziah farah atas kehilangan nenek farah
alfatehah buat dia semoga rohnya ditempatkan di tempat org2 yg beriman
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 10:54 AM | Show all posts
salam takziah...buat nenek...semoga rohnya ditempatkan dikalangan org yg beriman..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 11:51 AM | Show all posts
Salam takziah untuk Fara & keluarga...semoga rohnya ditempatkan dikalangan org yg beriman..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 05:05 PM | Show all posts
Takziah buat TT & family...Al-Fatihah..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 09:17 PM | Show all posts
dah lama x masuk..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 09:18 PM | Show all posts
cite penuh suspen...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 09:18 PM | Show all posts
next entry please
...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2013 08:56 AM | Show all posts
Sorry, tak singgah tret awak...Hmmm...salam takziah wat farah....saya pun sudh 3 kali hadapi kematian org tersayg 2 atuk saya & sorg nenek saya...tp nenek belah mak masih siht walafiat.

Apapun kita yg hidup boleh lg sedekah Al-Fatihah wat mereka di alam sana...saya pom baru2 nih terima musibah yg menyayat hati...mak su sy & sepupu saya xcident teruk ngan pajero...tp Alhamdulillah selamat dah kuar spital minggu sudah...masa memula nengok diorg mmg x kering airmata lebih2 lg adik sepupu sy baru 3 tahun...dah patah sana sisni...sian sgt...asal jumpa kami dia nangis2...trauma...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2013 09:58 AM | Show all posts
innalillahiwainnailaihirojiun. Takziah dari lady juga. Mudah2an rohnya dicucuri rahmat. Al Fatihah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2013 10:45 AM | Show all posts
takziah buat farah dan family
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2013 07:19 PM | Show all posts
takziah buat farah n family
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 08:16 AM | Show all posts
Al-fatihah buat nenek penulis.....
Semoga roh nenek anda ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...
Amin..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.089813 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list