CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farahanafarah

TAK SEINDAH SYURGA

  [Copy link]
 Author| Post time 14-6-2013 08:53 AM | Show all posts
sabaq naa...cheq busy teramat...tak tau kot mana lagi nak cari masa...hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-6-2013 08:53 AM | Show all posts
yoozara posted on 13-5-2013 09:15 AM
santek chalet tp susah gak kalo 24jam kene bertudung .. langsir pom takde tu

tak pe..lisa tak bertudung..hehe..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2013 08:54 AM | Show all posts
fatehana posted on 20-5-2013 12:35 PM
abislah poser kaka mcm nie farah oiiii

kaka poser tak hari ni? kalu pose nak buh pic rembes lagi..kakakak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2013 09:07 AM | Show all posts
BAB 37
       
Tengku Dennis tersedar apabila jam penggera pada handphonenya berbunyi. Dia segera bangun tapi tangan yang masih melingkar pada pinggangnya menghalang tingkahnya. Tengku Dennis tersenyum lebar. Kenangan semalam bermain dimindanya. Lisa yang cantik, Lisa yang manja, manis, lembut dan segala tentang gadis itu disukainya.
       
                  Perasaannya kembali bergelora namun cepat ditahan. Perlahan-lahan tangan yang melilit pinggangnya dialihkan.
        “Janganlahhhh…” perlahan bibir cantik itu menggumam.
Namun badannya dialihkan dan tanpa paksa tangan itu turut teralih dengan sendiri. Tengku Dennis tersengih. Dia cepat-cepat bangun untuk membersihkan badan. Sekejap lagi dia perlu memantau anak buah yang direkrutnya sedang training. Dia mahu memilih antara yang terbaik untuk dijadikan orang suruhannya. Setiap pada mereka direkrut tanpa paksaan, mereka yang datang dengan sendirinya.
       
                Tuala yang tersangkut dicapai untuk menutup tubuhnya yang terdedah lantas dia melangkah ke kamar mandi. Air yang turun dari shower sungguh menyejukkan tubuhnya, lain rasanya dengan air di Kuala Lumpur. Pulau ini dibeli ada sebabnya dan dia suka dengan pulau ini, jauh dari laluan kapal dan agak terpencil. Baru 10 minit dibawah pancuran shower Tengku Dennis sudah kesejukan, cepat-cepat dia memulas pili dan towel diambil untuk di lap ke badan.
       
               Lisa masih nyenyak tidur kerana jam baru menginjak pukul 5.50 pagi. Tengku Dennis cepat-cepat menyarung uniformnya seperti semalam, stoking bersih cepat-cepat disarung ke kaki untuk mengurangkan kesejukan. Katil dihampirinya, sebahagian bahu dan dada Lisa yang terdedah diamatinya. Cantik!
       
                Tengku Dennis melabuhkan punggung di sisi katil. Rambut Lisa yang menutupi sebahagian wajahnya di selak ke tepi. Pipi itu diusapnya lama sebelum turun ke leher yang berbekas merah. Tengku Dennis senyum lagi, memori semalam menggamit mindanya.
       
                  Pelukan dipinggangnya cuba dilerai namun makin kemas, Tengku Dennis mencuba sekali lagi dan apabila berjaya dia terus berpaling menghadap Lisa. Tangan Lisa digenggamnya kemas.
       
                    “Kau ni kenapa? Kau makan pil ni kan?” tanya Tengku Dennis lagi. Mata Lisa sudah redup lain macam, Tengku Dennis telan air liur. Tidak semena-mena Lisa paut leher Tengku Dennis dan disembamkan wajahnya ke leher Tengku Dennis. Tengku Dennis hanya membiarkan sebelum dia cepat-cepat tersedar. Tubuh Lisa ditolak sedikit. Wajah itu direnungnya dengan rasa tidak percaya. Sebelum ini jangan kata dia nak dipeluk sebegitu, pegang tangan pun susah kecuali terdesak.
       
               “Kau masuk bilik sekarang dan kunci pintu. Jangan buka selagi belum siang.” Tengku Dennis memberi arahan seraya berpaling semula namun suara Lisa menghentikan langkahnya.
       
               “Awak…kenapa nak tinggalkan saya?” tanya Lisa mendayu-dayu. Matanya mula berkaca, entah kenapa perasaannya tidak dapat dikawal. Penolakan Tengku Dennis membuatkan dia sedih.
       
                Tengku Dennis langsung tidak berganjak, dia memandang Lisa dengan serba salah. Dengan keadaan gadis itu yang berpakaian seksi dan aksinya yang agak daring membuatkan Tengku Dennis tidak yakin dia mampu menahan gelora perasaannya. Dia lelaki, susah untuk menahannya jika sudah sampai separuh jalan. Dia bukanlah baik sangat tapi dengan Lisa dia cuba untuk mengawalnya. Takat usik-usik je, untuk menyentuh gadis itu langsung tidak terniat dihatinya. Lisa budak naïf, tidak sanggup merosakkan gadis itu memandangkan dia tidak menyintai Lisa sedikit pun dan dia yakin tentang hal itu.
       
                 
                “Dennis…” Lisa bersuara lagi. Dia menghampiri Tengku Dennis dan sekali lagi leher lelaki itu dipautnya. Bibirnya dengan sendirinya tanpa ditahan mengucup kedua belah pipi Tengku Dennis dan berakhir dengan bibir lelaki itu. Lama mereka berkeadaan begitu, Lisa makin khayal, Tengku Dennis makin asyik lantas tangannya perlahan-lahan memeluk pinggang Lisa. Tangannya mula meliar tidak tentu arah.
       
                 Desah nafas lisa makin tidak teratur, dia hilang kewarasan akal fikiran. Dia tidak tahu apa yang dilakukan yang dia rasa hanya perasaan gembira dan nikmat apabila Tengku Dennis membalas pelukan dan ciumannya.
       
                 “You are so hot baby…” bisik Tengku Dennis pada telinga Lisa sebelum bibirnya melekap ke leher jinjang gadis itu. Lisa ketawa manja. Dia suka. Tengku Dennis sudah tidak dapat berhenti, tubuh Lisa lantas dicempung dan dibawa ke bilik. Aksi Lisa yang manja membuatkan Tengku Dennis merinduinya.
       
                 Tengku Dennis mengeluh dan ketawa. Ketawa yang agak kuat dan hampir ke telinga Lisa membuatkan gadis itu tersedar. Seperti biasa membulat matanya apabila melihat wajah Tengku Dennis yang mula menyapa pandangannya.
       
                  “Apa awak buat kat sini?” tanya Lisa. Dia masih belum menyedari keadaan dirinya. Tengku Dennis dilihatnya memberikan senyuman nakal.
       
                   “Rumah aku, bilik aku suka hati aku la. Kau tak ingat apa yang berlaku semalam?”soal Tengku Dennis kembali. Dia tersenyum nakal.
       
                    Lisa menyepetkan matanya dan memandang Tengku Dennis lama sebelum mulutnya ternganga. Dia ingat saat Tengku Dennis mencempungnya tapi keadaan yang lain agak samar-samar. Tapi…
       
             Segera dia membelek tubuhnya, dia sudah rasa lain macam. Comforter diangkat sedikit sebelum dia terjerit melihat keadannya sendiri. Hanya diselimuti comforter tanpa sebarang pakaian. Lisa terus turun dari katil dan berdiri tegak, comforter tidak lepas dari tubuhnya. Air mata sudah meleleh tidak henti. Berbalam wajah Tengku Dennis pada matanya. Dia teresak-esak.
       
                      “Apa kau dah buat pada aku?!” jerit Lisa lantang. Esakannya makin kuat. Tajam matanya memandang Tengku Dennis. Lelaki itu masih setia berada di atas katil dan dengan santai menyandarkan tubuhnya pada kepala katil.
       
                  “Kau tanya aku apa aku dah buat pada kau? Aku rasa kau patut tanya apa yang kau dah buat pada aku dan pada diri kau sendiri.” Dengan selamba Tengku Dennis menyoal kembali.
       
                   Lisa hanya diam, kata-kata Tengku Dennis sudah tidak ada ertinya, paham atau tidak yang dia tahu dia sudah hilang kehormatan diri. Dia sudah hilang satu benda yang paling berharga dalam hidupnya. Yang lebih penting dari segala-galanya.
       
                “Bohong! Kau tipu! Jantan macam kau memang tak guna! Tak guna! Sesen pun tak guna!” jerit Lisa sekuat hati. Makin kuat tangisannya hinggakan dia terduduk di penjuru bilik. Tangannya kukuh menggenggam bucu comforter. Dia menangis pilu. Dia sudah kotor….
       
               Tengku Dennis yang berapi mendengar jeritan Lisa pantas bangun dan berjalan ke arah Lisa yang terduduk. Dia mencangkung dihadaoan gadis itu. kedua-dua tangannya memegang pipi Lisa dengan kasar. Pantang baginya orang meninggikan suara dengannya.
       
                “Listen here carefully…yang tak guna sesen tu kau! Sedar atau tak kau tu yang menumpang aku selama ni. Makan pakai kau pun aku bagi. Kau ingat free? Biar aku ajar kau satu benda kat atas dunia ni Lisa….dalam dunia ni tak ada yang free! Tak ada dan tak kan ada! Manusia yang tak ada duit macam kau akan dipijak dan ditindas macam ni aje…” jarinya dipetik menunjukkan betapa orang seperti Lisa langsung tiada guna.
       
                  Sesudah puas dipakai, dia akan dicampak sesuka hati seperti sehelai kain buruk. Makin kuat tangisan Lisa.
       
                  “Kau ingat apa yang aku bagi selama ni free? Mimpilah…nak harapkan kau bayar, aku rasa sampai mati pun kau tak kan mampu kan? Jadi dengan cara ni saja yang boleh langsaikan hutang kau.” Sambung Tengku Dennis dengan nada yang sudah diperlahankan namun semuanya kedengaran kejam pada telinga Lisa.
       
                 Setiap kata-kata Tengku Dennis bagaikan belati yang menusuk tepat ke jantung dan seolah membunuhnya. Jiwanya mati. Dia hanya teresak-esak sambil matanya terpejam, tidak mahu melihat Tengku Dennis yang berada didepannya. Dia malu, benci, marah, takut…semuanya bergabung dalam jiwanya.
       
                “Kau tak payah nak menangis, anggap saja kau balas budi aku. Dulu kan kau pernah cakap nak balas budi aku kan? So, consider dah langsai ye sayang…” tangan yang berada pada kedua-dua belah pipi Lisa dilepas kasar. Rambut gadis itu sudah kusut masai, esakannya makin kedengaran malahan tak ada tanda pun mahu berhenti.
       
               “By the way, thanks for your service last night, superb! Dan yang penting aku jugak bangga because I’m the first one right?” Tengku Dennis ketawa dengan kejamnya. Matanya mengerling ke arah cadar putih gading itu. Tompokan merah masih melekat dan bukti yang menunjukkan Lisa belum pernah disentuh. Dia tersenyum tiba-tiba.
       
                 “Jangan lupa basuh cadar tu…kalau tak nak basuh pun tak pe, kau boleh buang atau simpan untuk buat kenangan.” Tengku Dennis mula mahu melangkah keluar dari kamar itu.
       
                 “Oh, sebelum tu…jangan pandai-pandai nak cakap aku rogol kau. Aku tak rasa aku rogol kau sebab kalau aku rogol kau, aku tak rasa kau boleh berjalan dengan normal selepas ni. Tapi kalau rasa sakit biasa-biasa tu normal la, first time bagi kau kan?” penuh kejam kata itu diucapkan.
       
                   “Aku benci kau!!!!!” jerit Lisa sambil menekup telinga dengan kedua tapak tangannya. Dia meraung dan menangis semahunya sehinggakan terkulai di penjuru bilik. Sayup-sayup kedengaran suara ketawa Tengku Dennis dari luar bilik.
       
                  “Kenapa…kenapa semua ni terjadi pada aku? Kenapa Allah kejam pada aku…tak cukup lagi ke selama ni aku diuji. Sesungguhnya aku tak kuat…” perlahan Lisa menuturkan kata itu. lama dia menangis disitu sehinggakan tertidur.


Beberapa jam kemudian barulah dia tersedar kembali. Sekeliling bilik dipandangnya, kosong. Tengku Dennis tidak ada di situ. Perlahan-lahan Lisa bangun, kepalanya berpusing namun dia tetap gagahkan dirinya untuk berdiri. Jiwanya kosong. Hatinya mati. Air mata sudah lama kering namun hatinya tetap menangis dalam diam.
       
                   Lisa melangkah ke bilik air. Habis disental seluruh tubuhnya sambil menangis, dia rasa kotor dan jijik dengan diri sendiri. Kecut hujung jemari runcingnya akibat terlalu lama kesejukan di bilik mandi. Bibirnya juga pucat. Dengan bertuala paras paha dia melangkah keluar dari situ. Bagasi yang masih terletak dihujung bilik dibukanya. Pakaian yang berlipat itu dikuis-kuis perlahan sebelum merubah rentak dan bagasi itu ditolak dan dihempuk sekuat hati sehinggakan semua isinya terkeluar.
       
                   Lisa menangis lagi. Mendayu-dayu suaranya, sungguh dia tidak kuat dan dia tidak mampu menghadapinya. Betul kata Tengku Dennis dia perempuan tidak sedar diri, perempuan bodoh. Mana ada barang percuma dalam dunia ni, semuanya ada galang gantinya. Betul jugak kata lelaki itu, dia ni manusia yang tak guna satu sen pun. Tepat sekali kata-kata Tengku Dennis, dia yang mulakan dulu. Dia yang peluk Tengku Dennis dan mencium lelaki itu tapi dia dalam keadaan luar sedar!
       
                    Tapi semua itu sudah tidak berguna. Dia sudah rosak, dia sudah kotor! Allah pun tentu sudah bencikannya sebab dia kotor. Sudah tidak ada guna lagi untuk dia hidup. Dia sudah menyusahkan semua orang, mak, ayah, nenek, Mak Nab, Pak Mat, Maria…dan Tengku Dennis.
       
                 “Aku manusia tak guna! Aku tak patut hidup. Aku bawak sial!” jerit Lisa lagi. Dia sungguh tertekan. Wajahnya pucat, matanya bengkak tapi semua itu langsung tidak dihiraukannya.
       
                   Baju yang ada didepannya disarung. Tidak ada yang tertutup, semuanya seksi tapi dia sudah tidak peduli. Dia kotor, untuk apa peduli halal haram. Allah pun jijik mahu melihatnya. Seluar pendek paras paha disarung dan sehelai t-shirt lengan panjang dan longgar tapi labuhnya hanya sampai paras pusat menampakkan pinggang yang ramping. Lisa sudah tidak peduli, sejak dari semalam perutnya belum berisi apa-apa makanan tapi dia langsung tidak berasa lapar.
       
                    Beg pakaian yang ada didepannya disepak kuat, kesakitan pada kakinya langsung tidak terasa. Betullah kata orang, hati adalah segala ibu kepada tubuh, bila hati mati jiwa turut mati, deria rasa turut kosong. Cadar katil yang kotor direnung tajam. Dengan kasar lisa menariknya dan dicampak ke dalam bilik air. Dia tidak mahu melihatnya. Benci! Habis segala barang dalam bilik itu disepahkan, dia betul-betul mengamuk. Jiwanya kacau. Sekali lagi dia terduduk disisi katil menangisi nasib diri.
       
                   Lama barulah air matanya kering. Dia bangun dan keluar dari bilik. Langkah kakinya tanpa jiwa, longlai dan tiada arah tujuan. Dia ke dapur, tidak tahu apa yang dicari tapi dia hanya mengikut rentak kakinya sendiri.
Di satu sudut terdapat beberapa bilah pisau pelbagai saiz yang disimpan ditempat khas berdekatan sinki. Tanpa perasaan Lisa mendekati pisau itu. Salah satu pisau sederhana panjang dikeluarkan dari tempatnya yang diperbuat daripada kayu. Bilahnya kelihat sungguh berkilat dan tajam. Detik hitam yang dilaluinya semalam kembali terlayar diruang matanya membuatkan Lisa tanpa sedar menggenggam mata pisau dengan tangan kanannya. Darah menitik perlahan-lahan namun langsung tidak berasa sakit. Darah makin banyak mengalir barulah dia berhenti.
       
                    Pisau itu diletakkan semula di tempat asalnya. Perlakuannya seperti orang hilang akal. Dia kemudian berjalan menuju ke pintu kaca, pintu itu ditolak dengan tangannya yang berdarah. Lisa melangkah keluar. Dia berdiri menikmati angin yang menampar lembut pipinya. Matahari sudah mula tenggelam meninggalkan bumi digantikan dengan bulan. Lisa buntu, dia rasa hidupnya sudah cukup sampai disini. Dia nekad tidak mahu menyusahkan sesiapa pun lagi.
       
                    Dia akan tinggalkan semuanya. Lisa berjalan menuruni  empat anak tangga didepannya. Pasir pantai terasa panas ditapak kakinya yang berkaki ayam. Dia berjalan tanpa arah tuju. Dia hanya mengikut arah kakinya. Hutan yang mengelilingi rumah itu langsung tidak membuatkan dia takut malah dia semakin jauh berjalan masuk ke hutan dengan darah yang masih menitis dari lukanya.
       
                       Jiwanya mati…hatinya sakit. Dia malu untuk berdepan dengan semua orang. Dia malu dengan dirinya sendiri, dia malu atas kebodohannya sendiri. Dia malu! Malu! Kenapa Allah tak ambil saja nyawanya selama ini? Kenapa perlu seksa dia sampai begini sekali. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya tapi mana hikmahnya…mana?!
       
                         Puas dia bersembahyang, dia berdoa tapi satu pun belum Allah makbulkan. Allah tipu! Allah tak sayang dia! Tak ada hikmah dalam dunia ni, apa yang berlaku akan berlaku dan berlalu. Sama ada kita mampu atau tidak untuk menghadapinya. Dan aku..aku tak mampu! Jerit hati Lisa.
       
                           Dia tidak sedar, sudah jauh dia melangkah ke dalam hutan. Dia langsung tidak perasan dia sudah jauh dari cottage Tengku Dennis. Dia berjalan dan berjalan tanpa tujuan sehinggalah kakinya tersadung akar pokok dan terjatuh namun dia langsung tidah mengaduh malah kembali bangkit dan terus berjalan tanpa arah tujuan, sehinggalah sekali lagi dia tersadung akar pokok dan dia berguling-guling jatuh dalam gaung yang agak dalam dan curam.
Beberapa kali tubuh dan kepalanya terhentak namun suaranya langsung tidak kedengaran. Lisa seolah-olah bisu dan dia hanya mampu berserah. Terasa ada cairan panas mengalir turun ke mata dan pipinya.
       
                     Lisa mengesatnya dengan tapak tangan. Darah! Dia hanya melihat tanpa perasaan. Lisa cuba untuk bangun. Pandangannya mula kabur, jalannya terhuyung-hayang dan akhirnya dia terkulai di situ tanpa mengetahui nasib yang akan menimpa dirinya.
















Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 10:11 AM | Show all posts
tq fara...anyway smbg la sikit lagi...nak tau apa jd pd lisa...sian dia...mmg makan hati..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 10:11 AM | Show all posts
Suspen.    Sambungla lg
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-6-2013 10:57 AM | Show all posts
suria74 posted on 14-6-2013 10:11 AM
tq fara...anyway smbg la sikit lagi...nak tau apa jd pd lisa...sian dia...mmg makan hati..

kita kat opis..susah nak tepek..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 10:57 AM | Show all posts
sian nye lisa ..si dennis nie agak2 la kalo marah pon
iskkk geram la pulak
nak lagi farah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-6-2013 10:57 AM | Show all posts
redsentra posted on 14-6-2013 10:11 AM
Suspen.    Sambungla lg

suspen2 ni yg kene stop..ahaha..opis xleh search gambo best! mencik! dia sekat..choii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2013 10:59 AM | Show all posts
yoozara posted on 14-6-2013 10:57 AM
sian nye lisa ..si dennis nie agak2 la kalo marah pon
iskkk geram la pulak
nak lagi farah

geram2 tapi nak lagi..cehhh!!! haha
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 11:12 AM | Show all posts
farahanafarah posted on 14-6-2013 10:59 AM
geram2 tapi nak lagi..cehhh!!! haha

kahkah..mst la nak lagik
hari2 tgu n3 baru ...sib baik tak beruban je lagi

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 01:06 PM | Show all posts
...sian lisa....

Agak2 ada x hamba Allah yg baik hati yg tolong....nelayan muda ke kan, kan, kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2013 03:04 PM | Show all posts
sellie003 posted on 14-6-2013 01:06 PM
...sian lisa....

Agak2 ada x hamba Allah yg baik hati yg tolong....nelayan muda ke kan, kan, k ...

kenapa perlu nelayannnnn...tak khelasssss
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 03:57 PM | Show all posts
farahanafarah posted on 14-6-2013 03:04 PM
kenapa perlu nelayannnnn...tak khelasssss

Nelayan modenlah...igt petani moden jek ada ke?.....ahaks...

Cepat sambung ya fara syg...kang tmabh h ...jd macm nama watak citer aku lak...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 04:04 PM | Show all posts
Rasanya tengku Dennis yg gabra cari ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 09:58 PM | Show all posts
redsentra posted on 14-6-2013 04:04 PM
Rasanya tengku Dennis yg gabra cari ni

bia dennis gabra ..padan muke suke suki marah (mulut xbayo insuran)
mane la tau ade someone yg selamat kan lisa ..hehee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2013 10:12 AM | Show all posts
Terima kasih darling...Tapi awat sikit sgt?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2013 01:35 PM | Show all posts
sian lisa... harap2 dia x apa2...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2013 11:05 AM | Show all posts
lisaa....mana lisaaa nih...harap dia selamat hendaknya dan jauh dari dennis tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2013 12:37 PM | Show all posts
Hello....hello....hello........Kenapa tak update?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.543107 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list