CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farahanafarah

TAK SEINDAH SYURGA

  [Copy link]
Post time 18-6-2013 02:34 PM | Show all posts
farahanafarah posted on 14-6-2013 08:54 AM
kaka poser tak hari ni? kalu pose nak buh pic rembes lagi..kakakak

sungguh kijam farah taw

x cukup ni mana lg akak dah x sabar nak baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2013 04:28 PM | Show all posts
sian lisa...harap2 die teruskan kuat semangat...

update yang seterusnya....memang best giler
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 11:56 AM | Show all posts
penasaran...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2013 04:42 PM | Show all posts
apa jd kat lisa ni? harap ada sambungan... cepat2...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2013 10:45 PM | Show all posts
adoi aii...cepat la update tt...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2013 03:38 PM | Show all posts
duk lepak thread orang thread aku terbengkalai..hahahah..hamponnnn..tungguuuu..ada entry besar besaran..haha (ok tifu...)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2013 04:16 PM | Show all posts
farahanafarah posted on 1-7-2013 03:38 PM
duk lepak thread orang thread aku terbengkalai..hahahah..hamponnnn..tungguuuu..ada entry besar besar ...

kuciwa doe tgu lame ... tp still setia tgu
sabo je laaa !!! tt paham2 je la ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2013 05:15 PM | Show all posts
yoozara posted on 1-7-2013 04:16 PM
kuciwa doe tgu lame ... tp still setia tgu
sabo je laaa !!! tt paham2 je la ye

esoklah noks...meks buat koje harini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2013 08:22 PM | Show all posts
farahanafarah posted on 1-7-2013 05:15 PM
esoklah noks...meks buat koje harini..

Pls... pls ... plsss...
Rindu & kesian sgt kat Lisa... nak tau apa jadi kat Lisa
Kalau T dennis risau pasal Lisa padan muka dia huhuhu

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 01:11 AM | Show all posts
farahanafarah posted on 1-7-2013 05:15 PM
esoklah noks...meks buat koje harini..

yela tu nokss..tgu jek neh
bape kalo esok agak nye tu ye luluh dendam ati aiii yuuu wat ceni tau !!! mencikkk

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 01:17 PM | Show all posts
Janji mesti ditepati ok?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2013 09:24 AM | Show all posts
eh bab berape tak huplod lagi ehhh?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 09:34 AM | Show all posts
farahanafarah posted on 5-7-2013 09:24 AM
eh bab berape tak huplod lagi ehhh?

farahhhhhhhhh....jgn buat kami gini.... kasihanilah kami nih....lisa....denis...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2013 09:50 AM | Show all posts
suria74 posted on 5-7-2013 09:34 AM
farahhhhhhhhh....jgn buat kami gini....  kasihanilah kami nih....lisa....denis...

haha..jap g nak upload...key in data sat... minum kopi dulu
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 10:12 AM | Show all posts
Jangan lar minum kopi lama sangat tau.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2013 12:23 PM | Show all posts
BAB 38

        “Macamana bos? Saya rasa prestasi mereka tak ada masalah.” Bob bersuara. Bunyi tembakan yang bertalu-talu tidak menghalang Tengku Dennis mendengar dengan jelas kata-kata Bob itu. dia hanya diam. Prestasi mereka sangat bagus, ramai yang dapat menembak dengan baik. Ada beberapa orang yang akan dipilih untuk menjadi sharp shooter. Mereka akan dilatih dengan menggunakan senjata yang terbaik dan jurulatih yang terbaik.
        
       “Aku rasa tak ada masalah, tak tau lah pada kau. Mereka semua bagus. Lebih baik yang dari kita jangka.” Razman pula bersuara. Tengku Dennis hanya berdiri tegak dengan kedua belah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar. Walaupun hari sudah hampir gelap kaca mata hitamnya langsung tidak lepas dari dari melindungi matanya.
      
  “Lepas ni, pilih yang terbaik antara yang terbaik untuk dilatih sebagai sharp shooter. Pastikan mereka dapat menembak dengan tepat walau dalam apa keadaan sekalipun. Walaupun mata mereka ditutup. Pastikan mereka dilatih dengan baik. Aku tak nak ada sebarang masalah dan aku tak nak dengar apa masalah sekalipun.” Arah Terngku Dennis tegas pada Razman yang berdiri disebelahnya.

        “Itu kau jangan risau, semuanya akan aku aturkan. Kau jangan risau…”

        Tengku Dennis memerhatikan anak buahnya sedang berlatih menembak. Sudah diajar kepada mereka tembakan haruslah tepat pada titik tertentu iaitu tepat pada dahi, leher dan dada, tepat ke jantung. Dengan itu orang yang ditembak pasti akan mati. Mereka dilatih seperti komandor, dan mereka turut diberikan gaji yang lumayan jika terpilih. Yang tidak terpilih akan dijadikan kuli untuk proses pembungkusan dadah.

        “Berapa lama kau nak stay sini?” tanya Razman. Tengku Dennis berpaling ke arah sahabatnya itu.

        “Not sure yet…tapi aku rasa dalam 3 minggu. Kau boleh balik lusa, uruskan hal hotel dan syarikat. Kalau papa aku call cari aku, cakap je aku bercuti. Kalau Darius cari pun kau cakap aku bercuti. Aku tak nak sesiapa pun tau aku ada kat sini.”

        Razman hanya mengangguk. Dari kejauhan dia ternampak Adam berlari laju kearah mereka.

        “Kenapa pulak tu?”

        Tengku Dennis turut membuang pandang ke arah yang ditunjukkan Razman. Tengku Dennis mula tidak sedap hati. Sebentar tadi dia menyuruh Adam membawa makanan kepada Lisa kerana dia tahu tidak mungkin dalam keadaan begitu gadis itu akan memasak. Adam semakin mendekat, Tengku Dennis makin berdebar.

        “Kenapa Dam?” Razman terlebih dahulu bertanya. Adam tercungap-cungap. Peluh merenik didahinya.

        “Bos! Cik Lisa…Cik Lisa tak ada, puas saya cari satu rumah dan kawasan sekitar tapi dia tak ada. Lepas tu saya tengok kat dapur dan sliding door ada darah.” Termengah-mengah Adam bercerita.

        Habis saja ayat Adam, tanpa membuang masa walau sesaat pun, Tengku Dennis segera berlari laju menuju ke cottagenya diekori Adam, Bob dan Razman. Pintu yang tidak tertutup memudahkan dia memasuki rumah. Kuat suaranya memanggil nama Lisa sambil kaki laju melangkah ke tempat yang diberitahu Adam.

        Lantai dapur dipandang lama, titisan darah yang agak banyak dan sudah agak kering mengotori  ruang itu. Kesan darah yang menitis itu diekorinya dan kesan darah itu turut terdapat pada sliding door yang terbuka luas. Langsir terbuai-buai ditiup angin. Tengku dennis meramas rambutnya, tertekan. Dia berpaling ke belakang.

        “Apa kau orang tunggu lagi?!!!! Cari Lisa cepat!!! Cepat!!! Kerahkan semua budak untuk cari dia! Now!!!” jerit Tengku Dennis lantang. Terkejut dengan jerkahan itu Razman segera berlari keluar dari cottage untuk mengerahkan anak buah mereka mencari gadis itu.

        “Arrggghhhhh!!!!!!!” pasu yang berada berdekatan ditendang kuat. Tamat disitu juga riwayat pasu itu, Adam dan Bob hanya mampu diam tidak berkutik.

        “Ikut aku!” arah Tengku Dennis tegas. Dia berjalan laju menuju ke hutan dibelakang cottage. Walaupun ini adalah pulaunya kawasan ini tetap bahaya dengan binatang buas. Hutan yang berada dipulau ini agak tebal dan membahayakan sesiapa saja yang tidak biasa dengan selok beloknya.

        Tanpa torchlight dan hanya dibantu dengan cahaya yang sudah samar-samar menandakan hari makin gelap, Tengku Dennis tetap meneroka hutan itu. Sebentar nanti dia yakin anak buahnya akan menyusurinya. Adam dan Bob tetap setia menemani dengan sepucuk pistol yang sudah tersedia ditangan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

        Hutan ini agak tebal dan luas, agak mustahil untuk menjumpai orang yang hilang dalam masa singkat walaupun selok belok hutan disitu sudah dihafal mereka. Hampir sejam mereka mencari gadis itu, perit tekak melaung nama Lisa namun langsung tiada sahutan. Tengku Dennis mula diserang rasa bersalah. Dia pasti Lisa tidak akan hilang jika perkara semalam tidak berlaku tapi semua tu bukan salah dia. Gadis itu yang menggodanya, dan silap besarlah jawabnya. Dia bukan kuat iman untuk menolaknya.

        Kucing, kalau ikan depan mata, tak dapat makan dapat jilat dan bau pun cukup lah. Malam sudah menjelma, keadaan sudah mulai gelap. Tengku Dennis melepas lelah disalah satu tunggul kayu yang ada disitu. Dari kejauhan dia dapat mendengar suara beberapa anak buahnya yang masih sibuk mencari. Dia sudah mengeluarkan arahan, selagi gadis itu tidak dijumpai jangan sesekali sesiapa pun berhenti mencari.

        Sekotak rokok dikeluarkan dari poket seluar dan sebatang rokok dikepit ke bibir. Tergesa-gesa Bob mengeluarkan pemetik api dan menyalakannya. Asap rokok dihembus kasar. tertekan! Dia rasa bersalah, sepatutnya dia lebih berlembut pagi tadi. Sepatutnya dia lebih bijak berfikir, itu adalah pertama kali untuk Lisa dan pastinya dia takut dan tidak dapat menerima kenyataan.

        “Bos, baik bos balik rehat. Saya dan yang lain akan cari Cik Lisa sampai jumpa. Kami janji bos.” Ucap Adam.

        “Betul tu bos, balik lah dulu…pasal Cik Lisa jangan bos risau, saya akan pastikan dia dijumpai dan kami akan maklumkan segera pada bos. Bos balik dulu, saya nampak bos pun penat.” Bob turut menyampuk.

        Tengku Dennis tetap diam sambil bibirnya rakus menyedut dan menghembus asap rokok. Dia bimbang akan keselamatan gadis itu, dia yang membawa gadis itu ke sini dan dia yang bertanggungjawab keatasnya.

        “Its okay…” Tengku Dennis menjawab pendek.

        Tidak berapa lama kemudian Razman dan 3 orang suruhannya yang memegang M16 merapatinya.

        “Aku rasa kita tak boleh jumpa dia dalam gelap ni. Apa kata kita tunggu hari siang? Torchlight tak membantu kita sangat.” Razman menyuarakan pendapatnya dan kata-kata itu membuatkan Tengku Dennis naik angin. Dia segera berdiri menghadap Razman.

        “Aku tak nak tahu apa masalah yang mendatang tapi sebelum aku yang datangkan masalah, baik kau cari dia sampai dapat…sampai….dapat!! malam ni jugak!
Copy that?!” tengking Tengku Dennis. Puntung rokok dicampak kasar. Sebatang lagi dikeluarkan dari kotak dan Bob tetap sedia berkhidmat. Terkulat-kulat Razman dengan jerkahan itu.

        “Okay…okay…aku paham, jangan stress…don’t worry.” Razman meyakinkan. Bahu sahabatnya ditepuk-tepuk. Lain benar tingkah laku Tengku Dennis kali ini. Dia beriaksi seolah-olah Lisa sangat penting dalam hidupnya. Jatuh cintakah Tengku Dennis pada gadis itu?

        “Aku tak nak dengar apa-apa excuses, go!”

        Razman mengeluh, dia tidak terasa hati dengan tingkah Tengku Dennis tapi dia pelik, lelaki itu tidak pernah resah dan gelisah seperti ini. Razman kembali menepuk perlahan bahu Tengku Dennis sebelum kembali melangkah bersama orang suruhannya tadi. Kini tinggal Adam dan Bob yang sentiasa menemani lelaki itu.

        Rambutnya dikusutkan. Dia runsing sebenarnya, hari makin jauh malam. Kalau malam ini dia tidak menemui Lisa, dia takut benda lain yang akan menemui gadis itu terlebih dahulu dan keadaan Lisa yang berkemungkinan cedera menambahkan rasa risau dihati Tengku Dennis. Darah yang menitik di lantai dapur diyakini ianya milik Lisa.

        “Kamu berdua balik ke cottage, aku nak cari Lisa. Kemaskan apa yang bersepah kat rumah tu. Bersihkan kesan darah tu semua.” Tengku Dennis mengeluarkan arahan. Mukanya tegang dan beriak risau. Adam dan Bob hanya mengangguk, tidak berani membantah. Takut dijerkah lelaki itu. Sahabat baiknya pun berbakul kena maki, inikan pula hanya bodyguard. Mereka berdua segera berlalu dari situ.

        Tengku Dennis masih mundar mandir berdekatan tunggul kayu tersebut. Kedua tapak tangannya diraup ke muka. Memikirkan cara untuk mencari Lisa sebelum menjelang subuh. Dia harus cepat.

        “Tengku!! Tengku!!! Kami dah jumpa!”

        Suara itu mengejutkan Tengku Dennis, tanpa berlengah dia terus berlari ke arah suara itu itu. Gerakannya pantas walaupun dalam gelap. Akar pokok yang berselirat selamba saja diredahnya tanpa kesulitan. Tidak jauh didepannya ada ramai anak buahnya berkumpul. Tengku Dennis berlari anak mendekati mereka.

        “Where is she?” tanyanya cemas sambil menarik beberapa bahu yang menghalang laluannya.

        “Sini Tengku!” balas satu suara. Tengku Dennis merampas lampu L.E.D yang dipegang salah seorang anak buahnya dan menyuluh ke arah suara itu. Razman juga ada dibawah bersama 2 orang anak buahnya.

        Keadaan tebing itu agak tinggi menjadikan penglihatan Tengku Dennis sedikit terganggu.

        “Is she okay?” laungnya dari atas.

        “Dia cedera, ada kesan luka kat kepala. Agak teruk aku rasa.” Razman membalas soalan Tengku Dennis dari bawah.  Tubuh Lisa dicempungnya sambil diawasi orang suruhannya, takut tergelincir dari tebing yang curam itu dan sedikit lembab.

        “Pergi bagitau Raymond, suruh dia standby dekat cottage. Now!” arah Tengku Dennis pada salah seorang anak buahnya yang berada disebelahnya. Tubuh Lisa yang longlai dalam pangkuan Razman disambut sebelum di bawa menghala ke cottage. Gadis itu perlu dirawat segera, bibirnya sudah lebam dan pucat kebiruan.






LEPAS JUMAAT SATU LAGIKKK YAAA... LARIKK

P/S : MOMOD TOLONG NAIK RP PELISH..RP 2 KALAU BOLEH

Last edited by farahanafarah on 5-7-2013 12:26 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2013 01:40 PM | Show all posts
Farah, bestnya cerita u ni....
U r an awesome writer !!!
Jgn lupa sambung lepas Jumaat ye....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 02:22 PM | Show all posts
Kami setia menunggu...janji tau.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 02:38 PM | Show all posts
best sangat ... x sabar nk tahu apa yg akan jd pada TD dgn lisa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2013 02:53 PM | Show all posts
MsIda posted on 5-7-2013 01:40 PM
Farah, bestnya cerita u ni....
U r an awesome writer !!!
Jgn lupa sambung lepas Jumaat ye....

awww..malu mak nyahhh..jangan puji2//kembang montot!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.062262 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list