CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 60723|Reply: 301

LESTARY : CINTA QASEH [ADIPUTRA, WAWA ZAINAL, SHAHZJASZLE, ELFAEZA UL HAQ]

[Copy link]
Post time 22-11-2012 10:38 AM | Show all posts |Read mode
Sumber : Blog EDTV


Menarik 2013: Drama Monumen Cinta Qaseh, akan datang Slot Lestary TV3!


Hai, ini dia drama baharu Slot Lestary yang dijangka akan tayang pada Januari 2013 di TV3. Eksklusif untuk pembaca blog EDtv, ED cuba berkongsi apa yang ED tahu secara cepat kepada anda. Hehe.. Drama baharu tersebut bertajuk Monumen Cinta Qaseh lakonan Adi Putra, Wawa Zainal, Shahrizal Jaszle, Elfaeza Ul Haq (pelakon Singapura) dan ramai lagi.


Wawa Zainal dan Adi Putra






Kru dan pelakon Monumen Cinta Qaseh. Belakang Wawa Zainal tu ialah Elfaeza Ul Haq.



Menariknya tentang drama ini, penggambarannya dijalankan di Malaysia dan India. Drama ini akan menggantikan drama Mimpi Cinderella yang sedang hangat ditayangkan ketika ini. Masih terlalu awal untuk membincangkan drama baharu ini. Bila dah dekat dengan waktu tayangannya, nanti ED update lagi. ED akhiri dengan gambar 3 pelakon drama ini bergambar di Taj Mahal India. Udada Ubabye!!


Adi Putra



Wawa Zainal di Taj Mahal.



Shahrizal di Taj Mahal.

Sumber gambar daripada Twitter mereka.






Last edited by eddlisa_uyuk on 24-11-2012 12:11 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2012 10:41 AM | Show all posts
Trailer Cinta Qaseh dah keluar .....


Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 11:44 AM | Show all posts
Wah best ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 12:07 PM | Show all posts
adi putra !!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 01:55 PM | Show all posts
dah lama tak layan drama slot lestary..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 08:13 AM | Show all posts
cam menarik....ada AP lak tuh....cuma naper wawa as watak utama lak?? she's too young for AP
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2012 09:49 AM | Show all posts
muda sangat la kalo wawa zainal tu jadi heroin utk AP.
ke ni memang citer bercinta ngan orang tua?????
@ dia jadi anak @ adik AP??
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2012 08:13 AM | Show all posts
Adoiiii....sedihnya cretita.....x sabaq nak nengokkkkkkkk...awat slot lestari nak slot yg isnin sampai khamis....huhuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2012 01:38 PM | Show all posts
err mcm x sesuwaaiii jek wawa dgn AP...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2012 03:28 PM | Show all posts
macam cerita hindustan je...yang aishwarya rai dgn salman khan berlakon je
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2012 10:03 AM | Show all posts
Ha'ah, x sesuai Wawa ngan Ady tp dia sbnrnya bercinta ngan Shah Shazle tp terpaksa kawin ngan AP sbb SJ hilangkan diri. (cuma ramalan hehehhee)
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2012 07:06 PM | Show all posts
BEST CETE, RUGI KLO TAK TENGOK. PELAKON2 TERBAIK.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2012 09:47 PM | Show all posts
so memang watak wawa tu kene kawin ngan adi ke???????
tidakkkkkkkkkkkkkkkk
dah macam cite eja ngan mahmud ali basha dulu pulak..
rahsia demi rahsia..kawen ngan orang tua..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2012 09:35 AM | Show all posts
ady tu nampak sgt mcm abg si wawa... tua bebenor... shah jazle ok lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2012 06:58 AM | Show all posts
Wawa sedih dalam syukur
Oleh Syanty Octavia Amry
soctavia@hmetro.com.my




PERTAMA kali menjejakkan kaki ke Agra, India, hati pelakon cantik, Wawa Zainal tersentuh apabila melihat ramai kanak-kanak dan orang kelainan upaya (OKU) berkeliaran meminta sedekah di jalanan.

Menyaksikan kejadian yang berlaku, hati gadis berusia 20 tahun itu bukan saja tersentuh malah ada ketika air matanya mengalir dek melihat kepayahan yang dialami penduduk di negara berkenaan sehinggakan jumlah peminta sedekah dilihat begitu ramai.

Cuba memberi bantuan dalam bentuk wang, Wawa terpaksa melakukannya ketika kenderaan hendak bergerak berikutan jika diberi waktu van berhenti, akan lebih ramai lagi peminta sedekah yang menyerbu.

Begitulah antara situasi yang dilalui Wawa ketika berada selama 10 hari di negara padat penduduk itu pada Oktober lalu bagi menjalani penggambaran tiga drama lakonannya antaranya Cinta Qaseh untuk TV3, Serindu Taj Mahal (Astro) dan Nur Qalesya (RTM) terbitan Neon Entertainment.

Kehadiran Wawa bukan hanya bersendiri, sebaliknya dia juga ditemani pelakon Adi Putra, Shahz Jaszle dan Elfaezah Ul-Haq berserta kru penerbitan.

Ketiga-tiga drama berkenaan diarahkan Feroz Kader dan mengambil suasana perkampungan di Agra selain Taj Mahal sebuah monumen yang menjadi kebanggaan rakyat India.

Mengambil peluang berjalan-jalan di sana, Wawa mengakui waktu yang terhad disebabkan sibuk sepanjang masa melakukan penggambaran, menyebabkan tidak banyak tempat yang sempat dilawati.

Namun Wawa sempat membeli beberapa helai selendang dan kain sari untuk koleksi dirinya dan keluarga yang mana baginya negara berkenaan adalah tempat membeli belah yang menarik di samping barang yang cantik dan jarang dapat ditemui di Malaysia, malah harganya juga jauh lebih murah.

“Sampai saja di lapangan terbang, saya teruja dan tidak sabar untuk melihat keadaan di Agra, maklumlah apabila pertama kali menjejakkan kaki pastinya rasa gembira itu lebih daripada biasa.

“Namun apabila melakukan perjalanan untuk ke tempat penginapan pelbagai perkara baru yang saya temui sehing�gakan saya rasa begitu bersyukur kerana dapat membesar dan menjadi anak Malaysia dalam suasana yang serba selesa.

“Terlalu ramai kanak-kanak dan OKU yang terbiar di kanan dan kiri jalan meminta sedekah malah ada yang sanggup berjalan mengesot di atas jalan raya yang kotor dan penuh habuk sehinggakan hati saya menjadi sedih dan sayu melihatnya,” kata Wawa.

Wawa yang berasal dari Lahad Datu, Sabah turut berkongsi rasa cemas apabila melihat pemanduan yang dilakukan pengguna jalan raya di sana tidak teratur dan masing-masing menjadikan hon sebagai isyarat untuk memotong.

“Darah saya berderau apabila melihat pemandu yang membawa kami memandu dalam keadaan begitu bahaya, katanya di negara itu memang begitu caranya kerana tiada peraturan yang diharuskan untuk pemandu mematuhi arahan lampu isya�rat. Jadi hon kereta menjadi halwa telinga sepanjang saya di dalam van.

“Ia satu pengalaman baru untuk saya namun pemanduan yang begitu bahaya tidak dapat saya bayangkan sekiranya saya memandu di sana, pastinya sudah lama dilanggar,” katanya sambil ketawa.

Walaupun terhad untuk menjelajah seluruh pelusuk Agra, Wawa tidak melepaskan peluang mengambil gambar bagi dijadikan kenangan dan tatapan dirinya.

Menariknya ketika berada di Sungai Jamuna, dia terkejut dengan situasi di mana sungai itu dijadikan tempat mandi dan membasuh pakaian oleh penduduk sekitar.

“Saya terkejut dengan keadaan itu, maklumlah di Malaysia ia tidak berlaku dan apabila melihatnya saya rasa sangat berbeza cara hidup mereka dengan di sini.

Di Malaysia, sungai perlu dijaga sedangkan di sana mereka menjadikan sungai untuk mandi dan membasuh malah sepanjang sungai turut dijadikan tempat menyidai pakaian.

“Selain di Agra, kami sempat singgah di New Delhi dan waktu selama tiga jam saya manfaatkan untuk membeli belah dan berjalan melihat sejarah di situ. Apa yang menarik, keadaan di Agra dan New Delhi sangat jauh berbeza.

“Masyarakat di New Delhi jauh lebih maju malah keadaannya sedikit bersih berbanding Agra yang kotor. Kami semua lebih selesa memasak sendiri daripada membeli makanan di kedai,” katanya.

Pengalaman dicium dan dicubit pipi sehingga bercalar oleh peminat juga adalah kenangan yang tidak mungkin dilupakan oleh Wawa sampai bila-bila. Menurutnya, keterujaan peminat di sana tidak sama dengan di Malaysia.

“Saya lihat peminat di sana begitu menghargai pelakon luar. Disebabkan geram melihat saya, banyak kali pipi saya dicubit oleh mereka sehingga tercalar.

Malah ada yang datang memeluk dan mencium saya.

“Apa yang berlaku sedikitpun tidak membuat saya rasa takut sebaliknya rasa sangat dihargai oleh mereka yang begitu menyanjungi orang luar yang berkunjung ke tempat mereka. Rasa lucu jika mengenangkan insiden yang berlaku sehinggakan kru penerbitan ketawa melihat situasi yang saya alami,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/15

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2012 10:07 AM | Show all posts
aryza posted on 8-12-2012 09:47 PM
so memang watak wawa tu kene kawin ngan adi ke???????
tidakkkkkkkkkkkkkkkk
dah macam cite ej ...

oh cerita tu.. saya suka.. tapi tak pernah ada ulangan pun kan..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-12-2012 08:59 AM | Show all posts
Mimpi Cinderalla minggu depan last. So tayangan Cinta Qaseh akan start 1 Januari 2013.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2012 09:19 AM | Show all posts
masterudeng82 posted on 15-12-2012 10:07 AM
oh cerita tu.. saya suka.. tapi tak pernah ada ulangan pun kan..

sekali tu jer tayangannya..
tapi suka yg season 1 la...bila yg ke 2 tu dah tak boleh layan dah..

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2012 03:17 PM | Show all posts
Muka pelakon perempuan ni comel dan seiras pelakon hindustan Pretty Zinta sekali imbas.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2012 12:44 AM | Show all posts
kurang suka bila wawa watak utama laaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.747739 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list