SULTAN Muhammad V diiringi oleh Mustapa Mohamed (kanan) berangkat ke Majlis Santapan Malam Maskap 2012 di Kota Bharu, malam semalam.
KOTA BHARU 22 Nov. - Kerajaan Persekutuan telah membuat pembayaran emolumen atau gaji hampir RM230 juta sebulan atau RM2.7 bilion setahun kepada lebih 77,000 pegawai dan penjawat awam di 126 jabatan serta agensi Persekutuan di seluruh negeri ini. Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha berkata, lebih 30,000 pegawai dan kakitangan terbabit terdiri daripada warga pendidik, diikuti pegawai kesihatan (7,000), tentera (5,000) dan polis (4,000).
Selain bayaran gaji kakitangan awam terbabit, Makhtar berkata, Kerajaan Persekutuan juga telah memperuntukan sebanyak RM6.2 bilion bagi membangunkan 1,427 projek di Kelantan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). ...
P/s:- Tu pun kerajaan Pusat zalim krn menganak tirikan Kelantan...![](static/image/smiley/default/3doh.gif)
|