CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: PrinceOfNorth

[Tempatan] Ada apa di palekbang kelantan??? Terowong bawah tanah sejauh 100 batu..??

  [Copy link]
Post time 1-12-2012 12:10 PM | Show all posts
kisah sebenar gini..hemmppf ..

  diceritakan bahawa di situ terdapat sebuah kota lama kerajaan raja siam yg disingkirkan. raja siam ini menukar identiti bangsa jati dirinye menjadi melayu kerana kecil hati dgn siam. maklumlah, sesiapa pon boleh jadi melayu. ia tak pernah di tulis dalam mana2 buku sejarah. kota ini sgt maju pada zaman itu hingga dapat membina terowong dwifungsi berbatu2 jauhnye. satu untuk laluan menyelamatkan diri jika diserang, kedua sebagai pengalir aliran air ketika banjir.

  kemahsyuran kerajaan ini kemerata dunia hingga satu masa datang rombongan wakil nabi sulaiman ke tanamera untuk menyampaikan berkoyan2 emas. kerana akan bangkit kerajaan dari timur untuk menegakkan syiar islam kerana diketahui oleh mereka akan muncul putera kicap tamin dari timur yg akan memerlukan emas2 ini. juga supaya emas2 ini tidak jatuh ke tangan yahudi dan nasoro yg cemburukan kejayaan ummah. jadi kerajaan melayu purba ini diberi amanah utk menjaga emas2 ini sehingga putera ini muncul.

  kendatipun amanah begitu berat dipikul, tetap saja raja menerimanya, kerana fitrah manusia bila melihat harta. raja sedih melihat kumpulan melayu2 bergaduh dan berbunohan utk mendapatkan emas itu. tempat mereka bertempur bunuh membunuh itu kini dikenali sbg Bunohan. melihat kumpulan2 melayu itu berbunohan sesama sendiri, maka pedagang2 dari china mainland pon bertepuk tangan. raja apabila melihat keadaan tidak terkawal, maka mengarahkan semua emas2 tadi di bawa masuk ke tempat simpanan di dalam terowong. kendian beliau meletupkan suis smart tunnel supaya fungsi terowong utk laluan dimatikan. maka runtuhlah sebuah kerajaan yg mahsyur satu ketika dahulu.

zaman berganti di pendekkan cerita hingga tiba era perang dunia kedua. ketika pihak jepun ingin menakluk tanah melayu, mereka mara melalui thailand. di sini mereka mendengar cerita org tua2 ttg sebuah kota kjaan melayu purba yg asalnye dari raja2 siam. mereka juga tahu mengenai emas yg terdapat di situ lalu menghantar jeneral yamashita mencari tapak tinggalan kota tesebut bagi menjarah hasil di dalamnye. yamashita mendarat di satu kawasan berhampiran dgn sebatang sungai. dgn menggunakan bot besar menyusuri sungai beberapa ketika kendian, bot mereka terlanggar sesuatu di dasar sungai. dan beliua mengambil keputusan berkhemah di tepi tebing. "kite akan mula cari kota lama tu nanti. kite akan bina kota yg baru di sini". tapak khemah itu kini di sebut Kota Bharu.

  ketika membaiki bot yg bocor, rupa2nye mereka terlanggar struktur terowong purba. terowong itu menghala ke tebing sungai betul2 bertentangan dgn tempat mereka berkhemah. itulah terowong yg bersambung dgn kota yg dicari oleh yamashita. berhasil mengali hingga ke kota tersebut. apabila yamashita memberitahu pihak atasan ttg penemuan emas yg berkoyan2 banyaknye, terus jepun masuk ke malaya dari thailand utk bina landasan keretapi supaya senang memunggah emas2 itu. sebagai balasan kerana menceritakan perihal kota tersebut, thailand tidak di jajah dalam laluan jepun menawan malaya.

  ketika askar2 jepun meneruskan penaklukan di tanah melayu, yamashita diarahkan membina kubu utk menunggu emas2 itu dari dicuri sementara landasan siap dibina. kontraktor yg makan atas angin ditambah pula kronism kerajaan jepun dan tiada pembangkang yg kuat sbg pemantau, landasan ketapi pun lambat disiapkan. yamashita pon mati beragan menunggu landasan tak siap2. dan apabila jepun menyerah kalah, perkara ini terus dirahsiakan.

  kerajaan malaysia tahu rahsia ini dari pegawai rahsia mereka di jepun tetapi tidak di hebahkan kerana ia sudah menjadi rahsia negara. 7 org akan dipilih  menjadi pertubuhan rahsia dan perlu mengangkat sumpah untuk menjaga rahsia ini. 2 daripadanye mestilah anggota tertinggi tentera. jika seorang dari mereka meninggal dunia, maka perlantikan ahli baru akan dilakukan. begitulah perkara ini seterusnye dan kekal menjadi rahsia (lah sangat).

  yang benar
   rahsia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2012 12:11 PM | Show all posts
razhar posted on 1-12-2012 12:02 PM
tu utk pengudaraan torowong.....


yups,
jika untuk pengudaraan .. itu lebih masuk akal ..
jika masuk menerusi kaedah terjun telaga ini.. mungkin ramai tentera jopun dolu kaki dah terseliuh atau cedera lebih awal..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2012 12:27 PM | Show all posts
http://www.sinarharian.com.my/mo ... i-kelantan-1.108626

                                           
                      Gempar terowong zaman perang di Kelantan                                                              Oleh:                              Wartawan Sinar Harian              
                                      Tarikh: December 1, 2012                        
                                  TUMPAT – Kampung Palekbang di sini tiba-tiba menjadi tumpuan apabila tersebar cerita penemuan terowong peninggalan tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua di laman sosial, di blog dan cakap-cakap di kedai kopi sejak seminggu ini.
       
        Kewujudannya terus menjadi teka-teki apabila khabar angin mengatakan terowong tersebut panjangnya 100 kilometer bersambung sehingga ke Takbai, Thailand dan mempunyai lapangan terbang bawah tanah hingga Lalang Luas, Machang.
       
        Dikatakan juga di bawah tanah itu terdapat bekas kubu tentera Jepun, landasan kereta api dan juga ada hasil bumi, yang kini dalam kajian pembangunan ekosejarah selia Kerajaan Negeri Kelantan.
       
        Beberapa hari lalu kelihatan anggota polis, tentera, bomba berada di lokasi tersebut.
       
        Bagaimanapun kesahihan kewujudan terowong tersebut masih menjadi persoalan hingga kini.
       
        Tinjauan Sinar Harian di lokasi tersebut mendapati kawasan tersebut sedang giat dibersihkan dan kelihatan beberapa telaga ditemui, didakwa sebagai lubang untuk turun ke bawah tanah.
       
        Turut juga kelihatan binaan lama yang sudah ditenggelami tanah dibersihkan serta beberapa kawasan yang sudah dikawal oleh pihak keselamatan.
       
        Seorang penduduk tetap Kampung Palekbang, Zakaria Abdul Kadir, 74, berkata, cerita kewujudan terowong bawah tanah ini adalah cerita karut yang sengaja digembar-gemburkan.
       
        “Memang tidak wujud terowong bawah tanah, itu semua cerita karut, tidak ada stor bom atau pun senjata api di sini,” katanya.
       
        Menurutnya, telaga yang ditemui di kawasan tersebut adalah tempat simpanan air untuk kegunaan kereta api dan bukannya terowong untuk turun ke bawah tanah.
       
        Zakaria berkata, lokasi tersebut asalnya pelabuhan dan stesen kereta api yang tersohor menjadi nadi penghubung rakyat Kelantan untuk ke Kota Bharu serta sebagai pusat perdagangan.
       
        Menurutnya, Kampung Palekbang wujud sebelum kedatangan Inggeris di Kelantan.
       
        Bagaimanapun kewujudan kampung itu disenaraikan dalam rekod setelah kerajaan Inggeris membina landasan kereta api pada pertengahan 1920.
       
        “Palekbang adalah kampung yang termaju sekali dalam Kelantan pada masa itu apabila muncul sebagai pusat perdagangan dan pekan transit dari luar Kelantan ke Kota Bharu serta tempat-tempat lain.
       
        “Dengan kemudahan pengangkutan yang maju dan kedudukan yang strategik, Kampung Palekbang berfungsi sebagai pusat pengumpulan, pengedaran sama ada dengan kereta api atau feri yang merentasi Sungai Kelantan,” katanya.
       
        Zakaria berkata, pada masa itu, Kampung Paklebang mempunyai stor simpanan sejuk yang menyimpan stok minuman botol F&N dan Coca-cola, serta depo minyak Shell dan Esso untuk bekalan bagi seluruh negeri Kelantan.
       
        “Di sini juga terdapat kilang air batu yang besar untuk membekalkan air batu bagi seluruh negeri Kelantan dan kesemua bangunan tersebut terletak di pinggir sungai Kelantan seiringan dengan stesen kereta api Palekbang,” katanya.
       
        Bagaimanapun, kata Zakaria, stesen kereta api Palekbang terpinggir sekitar tahun 1970-an apabila Jambatan Sultan Yahya Petra dibina dan dibuka menjadikan jalan darat berkembang.
       
        Sementara itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob ketika dihubungi memaklumkan lokasi yang didakwa mempunyai terowong bawah tanah itu masih dalam kajian pihak Kerajaan Negeri.
       
        “Tidak ada apa yang luar biasa di kawasan berkenaan, ia masih dalam kajian dan pelbagai penemuan kemungkinan akan diketahui nanti.
       
        “Mungkin di bawah tanah tersebut ada tempat simpanan peralatan perang milik tentera Jepun. Sebab itu, Kerajaan Negeri minta bantuan pihak tentera ke lokasi tersebut. Lagi pun di sini pada zaman Jepun adalah penempatan tentera, kemungkinan ada bahan api di bawah sana,” katanya.
       
        Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Pekan meminta orang ramai tidak lagi menyebarkan khabar angin berkaitan penemuan terowong tersebut.


Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2012 12:44 PM | Show all posts
cmf_WonBin posted on 29-11-2012 02:40 PM
lokasi terowong ini ialah di seberang Bandar Kota Bharu sahaja. Facing area between Kg Cina-Hotel  ...

aitt..Kg Cina tu dekat dgn kg aku...awat ler aku x tau..28/11 tu aku ada kat kg lg...ishh....
belakang kg cina tu mmg sg kelantan...

ermm..patut lah jambatan sultan yahya tu berzaman x siap2 lg...lau balik kg..rimas aku  hr2 kuar k.b tngok jalan x siap..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2012 12:59 PM | Show all posts
Magika posted on 1-12-2012 12:27 PM
http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/kelantan/gempar-terowong-zaman-perang-di-kelantan-1.10862 ...

Sementara itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob ketika dihubungi memaklumkan lokasi yang didakwa mempunyai terowong bawah tanah itu masih dalam kajian pihak Kerajaan Negeri.
        
        “Tidak ada apa yang luar biasa di kawasan berkenaan, ia masih dalam kajian dan pelbagai penemuan kemungkinan akan diketahui nanti.
        
        “Mungkin di bawah tanah tersebut ada tempat simpanan peralatan perang milik tentera Jepun. Sebab itu, Kerajaan Negeri minta bantuan pihak tentera ke lokasi tersebut. Lagi pun di sini pada zaman Jepun adalah penempatan tentera, kemungkinan ada bahan api di bawah sana,” katanya.



kerajaan pas pun sama bersekongkol menipu rakyat mcm umno....ada mas berkoyan lahhhh.....underground hangar lagiiiii....
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2012 01:03 PM | Show all posts
shayjr posted on 1-12-2012 12:10 PM
kisah sebenar gini..hemmppf ..

  diceritakan bahawa di situ terdapat sebuah kota lama kerajaan  ...

muahahahahaha

ketika askar2 jepun meneruskan penaklukan di tanah melayu, yamashita diarahkan membina kubu utk menunggu emas2 itu dari dicuri sementara landasan siap dibina. kontraktor yg makan atas angin ditambah pula kronism kerajaan jepun dan tiada pembangkang yg kuat sbg pemantau, landasan ketapi pun lambat disiapkan. yamashita pon mati beragan menunggu landasan tak siap2. dan apabila jepun menyerah kalah, perkara ini terus dirahsiakan.


kau karang sendiri ka kau kopipes nih wehhhhh...sialan punya karangan

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2012 01:17 PM | Show all posts
apa current hupdate nya pasal palekbang ni?..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2012 01:24 PM | Show all posts
sue_0684 posted on 1-12-2012 01:17 PM
apa current hupdate nya pasal palekbang ni?..

https://www.facebook.com/pages/K ... ate/151961668148240

update maybe ada kat sini..
tapi admin dia mcm dah merajuk..maybe kena warning oleh pihak berkuasa..
FYI, kawasan ni bukan org tatau ..org kg tahu lama dah kewujudan peninggalan Jepun ni..tapi pelik knp sekarang baru nak kecoh nak seal sita bagai dan nak dirajsiakan atas alasan 'isu keselamatn negara'
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2012 01:38 PM | Show all posts
peachRose posted on 1-12-2012 01:24 PM
https://www.facebook.com/pages/Kelab-Pencinta-Sejarah-Kelate/151961668148240

update maybe ada k ...

mesti ada sesuatu yang ditemui sehingga dipagar rapi...sesuatu yang memerlukan ianya di rahsia atau dikurangkan pendedahan nya.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2012 01:39 PM | Show all posts
peachRose posted on 1-12-2012 01:24 PM
https://www.facebook.com/pages/Kelab-Pencinta-Sejarah-Kelate/151961668148240

update maybe ada k ...

baru lepas view FB dia td..tp btol x dok apa2 update dah....
maybe ade 'sesuatu ' kat situ...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2012 01:49 PM | Show all posts
hzln posted on 1-12-2012 01:03 PM
muahahahahaha

ketika askar2 jepun meneruskan penaklukan d ...

bile keinginan utk mengetahui melebihi dari yg disajikan..
bile broadband mencapai quota yg dilimitkan..
bile kebosanan membatasi aktiviti meriangkan..

tu ler hasilnye..
yg penting aku menulis tanpa rase takut kat ejen rahsia konspirasi kerajaan yg cube menghapuskan bukti
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2012 01:51 PM | Show all posts
maybe sebab takde apa2 kat situ..sbb tu sampai la ni takde update?

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2012 01:54 PM | Show all posts
Elle_mujigae posted on 1-12-2012 01:51 PM
maybe sebab takde apa2 kat situ..sbb tu sampai la ni takde update?

sapa yg nak update...?
nak masuk tpt tu pun dah tak boleh..
gbr2 yg ada ni diambil sblm tempat tu diseal oleh polis...
admin nak masuk semalam pun kena halau even nak masuk ikut jalan sungai..

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2012 02:01 PM | Show all posts
but all the theories about this place is nice to hear though..I guess in time like this where realities can be bitter, some little "discoveries" that anything but ordinary can make people a lil bit happy and excited..it give Hope, that life certainly more than what we see from our very own eyes...................................



Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2012 02:03 PM | Show all posts
peachRose posted on 1-12-2012 01:54 PM
sapa yg nak update...?
nak masuk tpt tu pun dah tak boleh..
gbr2 yg ada ni diambil sblm tempat t ...

oh ye ke..sampai begitu sekali pihak berkuasa berahsia ye..lagilah bertambah spekulasi di kalangan rakyat jelata...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2012 03:09 PM | Show all posts
ado update terbaru ko
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2012 03:09 PM | Show all posts
tossee posted on 1-12-2012 11:56 AM
Sori iza....silap bukan kemboja..tapi myammar...ai konpius....

http://www.guardian.co.uk/worl ...

toche.... meme ai suko baco crito2 goni.... crito antu pong suko jugop baco, tapi takuttt..... miahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2012 08:46 PM | Show all posts
eragon posted on 1-12-2012 03:09 PM
ado update terbaru ko

rase aku dah update kat page sebelah..full story lagi.........
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2012 08:53 PM | Show all posts
shayjr posted on 1-12-2012 08:46 PM
rase aku dah update kat page sebelah..full story lagi.........

semua blog2 yang terlibat dah nak tutup buku...dah dapat amaran lisan kata nya...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2012 08:53 PM | Show all posts
kena tunggu si wongbin tu update la kot.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.067924 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list