CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4410|Reply: 38

[Tempatan] {2} Tiada dlm gambar petanda dia pergi selama2nya!

[Copy link]
Post time 2-12-2012 07:32 AM | Show all posts |Read mode
Rakam gambar tanpa anak bongsu

KOTA TINGGI 1 Nov: “Saya tak sangka kelakuan pelik mereka merakam gambar bersama pada Aidilfitri lalu tanpa kehadiran anak bongsu, Ammar Haziq, 3, petanda mereka empat beranak bakal meninggalkan kanak-kanak itu seorang diri.
  “Ini kerana empat beranak berkenaan maut dalam kemalangan pagi tadi (semalam), manakala Ammar Haziq masih kritikal di Unit Rawatan Rapi Hospital Mersing akibat cedera di kepala dan badan,” kata Rafidah M Yusof, 36.

  Adik kepada arwah Abdullah M Yusof itu berkata, kali terakhir dia berjumpa abangnya Aidilfitri lalu di rumah keluarga di Blok 19, No 446 Felda Air Tawar 5.
  “Saya diberitahu, arwah yang juga anak keempat daripada 10 beradik mengunjungi rumah ibu untuk membaiki lampu minggu lalu.

  “Malangnya, saya tak sempat bertemunya kerana ada urusan lain. Tanpa diduga, perjumpaan pada Aidilfitri lalu adalah kali terakhir kami bertemu.

  “Apabila dilihat semula gambar keluarganya yang dirakamkan, keempat-empat mereka didapati bergambar bersama kecuali Ammar dan ia mungkin petanda anak bongsu mereka bakal ditinggalkan,” katanya ketika ditemui di Felda Air Tawar 5, di sini, semalam.


  Katanya, arwah abangnya bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang di Johor Bahru dan tinggal di Taman Daiman, Kota Tinggi.

  Menurutnya, keluarganya terkilan dengan kejadian menimpa arwah kerana tidak tahu perancangan mereka ke Jengka, Pahang, untuk menghantar adik bongsu kakak iparnya mendaftar Universiti Teknologi Mara (UiTM).

  “Jam 9 pagi tadi (semalam), kami menerima panggilan menyatakan abang mengalami kemalangan dan meninggal dunia.

  “Lebih mengejutkan apabila diberitahu, kakak ipar yang bertugas sebagai guru Bahasa Melayu (BM) di Sekolah Menengah Tun Habab, di sini, dan dua anak mereka turut maut,” katanya.

  “Kami pasti merindui arwah kerana sikapnya yang ikhlas, rajin dan gemar membantu adik-beradik serta berharap roh mereka dicucuri rahmat,” katanya.

Katanya, mereka kini berharap Muhammad Ammar yang kini dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru pulih secepat mungkin.

  Abdullah dan dua anaknya yang meninggal dunia, Muhammad Aiman Syakirin, 8 dan Maisarah, 4, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Air Tawar 5, manakala jenazah isterinya Samsiah Maidin, 37, dan kakaknya, Noraini, 41, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Air Tawar 3.

  Sementara itu, ibu Samsiah, Minah Ismail, 60, berkata, sempena cuti sekolah dia mengajak mangsa sekeluarga menghantar adik bongsu Samsiah yang akan mendaftar masuk ke UITM Jengka, Pahang.

  “Bagaimanapun, hasrat kami tidak kesampaian dan terpaksa menguruskan pengebumian jenazah dua anak, seorang menantu dan dua cucu,” katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2012 08:09 AM | Show all posts
innalillah..

kesian nye ngn si kecik tu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 08:32 AM | Show all posts
hari2 baca berita sedih.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 08:34 AM | Show all posts
innalillah....
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 08:48 AM | Show all posts
Dan dan nak kait dgn gambar kelakuan pelik. Meleis.

Anyway, takziah buat keluarga arwah2..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 09:11 AM | Show all posts
innalillah............

bukan senang menghadapi kematian secara serentak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2012 09:19 AM | Show all posts
Mcm mana boleh eksiden? Tak tgk berita r smlm
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 09:32 AM | Show all posts

konpius lak aku baca tajuk tt...
apa2 pun takziah kpd keluarga mangsa...
semoga kanak2 yg selamat tu semboh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2012 09:38 AM | Show all posts
meLAYU dan MISTIK,berPISAH tiada
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 09:43 AM | Show all posts
hilang sorang dah rasa betul2 down, ini kan serentak.. tak dapat nak bayangkan betapa sakitnya..

takziah... semoga si kecik tu xde apa2 dan cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 09:51 AM | Show all posts
... kecek kecek dah yatim piatu ...

semuga anak tersebut bertabah dan bersabar biler membesar
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 10:22 AM | Show all posts
bodo punye wartawan, tanya tanda2 cmni dah mcm jatuh syirk,
percaya something sbg ptanda ajal dh tibe..

mcmla gmba tu ada kuase beri petanda ajal..

pasni , sape2 miss gmba raya mgkin 'next' ajal gamaknye..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 10:25 AM | Show all posts
wtf??
kejadian berlaku beberapa hari lepas..xde dlm gmbr aidilfitri (yg 3 bln terdahulu) tanda org tu nk meninggal...
semua nk dikaitkan dgn tnda kematian...elok la tu..pfttt..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 11:53 AM | Show all posts
ishhh
asl mati je msti bgtau tnda2
apapon2 takziah
alfatihah
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 11:55 AM | Show all posts
detail kemalangan plis? aku xnak dengar bullshit melayu mistik ni semer
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 11:58 AM | Show all posts
Hari2 berite kemalangan. Infrastruktur moden tapi kes aksiden meningkat jg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2012 01:29 PM | Show all posts
hari2 ada cerita pasal kemalangan...
ia akan terus berlaku & berlaku...
kdg2 kita cukup berhati2...tp kdg2 kereta lain yg langgar kita..
apapun, hati2 d jln raya..
bykkan bersabar kerana destinasi yg kita nak p tu x kan ke mana jgk...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 02:05 PM | Show all posts
takziah la..aku hangin jer bab mistik bagai phuii
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 03:12 PM | Show all posts
Semoga nasib anak itu akan terbela sebaik2nye..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 03:17 PM | Show all posts
Kuasa Psikik nak predict kematian... ore melayu bengong
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.345572 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list