CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1915|Reply: 0

15 lokasi Kemaman-Besut dikenalpasti sesuai sukan luncur

[Copy link]
Post time 2-12-2012 07:40 AM | Show all posts |Read mode


Wan Ahmad (dua kanan) menerima cendeamata daripada wakil penganjur selepas hadir pada pelepasan peserta Pertandingan Sukan Luncur Ombak ke-2 di Pantai Batu Burok semalam



KUALA TERENGGANU – Sebanyak 15 lokasi telah dikenal pasti di sepanjang pantai di negeri ini, iaitu dari daerah Kemaman hingga ke Besut sesuai dibangunkan sebagai lokasi pertandingan luncur.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Datuk Wan Ahmad Wan Muda berkata, Kerajaan Negeri juga sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak atau badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin mengadakan pertandingan dan membangunkan sukan luncur ini.

Bagaimanapun katanya, sehingga kini Pantai Peranginan Batu Burok menjadi pilihan penganjur kerana lokasinya lebih sesuai.

“Pantai Batu Burok menjadi pilihan kerana sesuai untuk diadakan pertandingan. Tempat-tempat lain pula digunakan oleh ahli persatuan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir sesi pelepasan peserta Pertandingan Sukan Luncur Ombak ke-2 di Pantai Batu Burok, di sini, semalam.




Wan Ahmad berkata, seramai 120 peserta dari 12 negara, termasuk Maldives, Thailand, Indonesia dan Taiwan mengambil bahagian dalam pertandingan kali ini, selain menerima kehadiran beberapa juara Asia dalam sukan luncur yang dapat memberikan suntikan semangat serta mengangkat martabat pertandingan ini.

Antaranya, Juara ASC 2011 bagi kategori terbuka lelaki, Raditya Rondi (Indonesia), juara wanita, Anissa Flynn (Thailand) dan Master Champion, Decha (Thailand).




“Ia adalah kesinambungan kepada acara pada tahun lepas di mana Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Quiksilver, dan tahun ini pula dengan Rip Culr Malaysia serta Asia Surfing Championship (ASC).

“Kita akan jadikan ia acara tahunan yang dimasukkan dalam kalendar Aktiviti Acara Pelancongan Negeri Terengganu di samping acara lain sepanjang tahun,” katanya.





Menurutnya, penganjuran sukan luncur ombak di negeri ini mampu memperkenalkan dan menarik rakyat tempatan mengenali sukan luncur dengan lebih dekat.

“Pada masa sama juga dapat memperkenalkan dan mempromosikan Terengganu sebagai antara destinasi pelancongan sukan yang amat sesuai dan terbaik di Asia dalam cabaran pertandingan peringkat antarabangsa,” katanya.

Malah, katanya ia juga dapat menarik minat belia dan remaja menceburi sukan rekreasi ini selain mampu mengharumkan nama negeri dan Asia dalam cabaran pertandingan peringkat antarabangsa.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.050601 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list