CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 47094|Reply: 36

HATI-HATI MEMILIH PRODUK KOSMETIK!!!

[Copy link]
Post time 2-12-2012 08:18 PM | Show all posts |Read mode
HATI-HATI MEMILIH PRODUK KOSMETIK!!!

Semua orang hendakkan muka yang putih, licin dan gebu, terutamanya remaja, yang gilakan pelbagai produk kosmetik untuk memutihkan muka. Oleh itu, pelbagai pihak berlumba-lumba mengambil kesempatan mengeluarkan produk-produk seperti ini kerana permintaannya terlalu tinggi di pasaran.

Kebanyakan produk kosmetik hari ini mengandungi bahan-bahan yang berisiko tinggi kepada kesihatan penggunanya. Antara bahan bahaya yang biasa terdapat dalam produk kosmetik ialah:

1. Merkuri
Merkuri bukan organik ialah bahan yang digunakan dalam kebanyakan krim pemutih kulit. Merkuri mempunyai keupayaan untuk menyerap masuk ke dalam tubuh apabila krim pemutih itu disapukan kepada kulit. Merkuri boleh menyebabkan gangguan sistem saraf, seperti insomnia, terketar-ketar, gangguan penglihatan, gerakan tangan tidak normal (ataxia), gangguan emosi dan depresi.

2. Hidrokuinon
Hidrokuinon juga adalah antara bahan pemutih yang sering digunakan dalam produk kosmetik. Hidrokuinon mempunyai keupayaan untuk membuatkan lapisan kulit luar menggelupas serta menyekat pembentukan melanin yang membuatkan kulit kelihatan hitam. Kandungan hidrokuinon yang melebihi 2% akan menyebabkan kulit menjadi gatal dan rasa terbakar. Hidrokuinon yang berlebihan juga boleh menyebabkan kelainan pada ginjal (nephrofati), kanser darah (leukemia) dan kanser hati.

3. Plumbum
Plumbum biasanya didapati di dalam gincu bibir. Plumbum dikategorikan sebagai neurotoksin, sejenis depresen sistem saraf. Neurotoksin menyebabkan masalah dalam kelakuan dan pembelajaran, seperti kemerosotan IQ, keagresifan yang meningkat dan pengurangan tumpuan.

4. Formaldehid
Formaldehid ialah bahan kimia yang digunakan dalam produk mandian bayi. Ia digunakan untuk menjadikan bahan kimia lain lebih ‘lembut’ dan kurang kuat berbanding biasa. Contohnya, formaldehid digunakan dalam syampu bayi untuk mengurangkan kekuatan sodium laurel sulfate agar ia boleh digunakan kepada bayi. Formaldehid boleh menyebabkan kanser dan kerengsaan kulit serta ruam kepada kanak-kanak yang berkulit sensitif.

5. Ftalat
Ftalat ialah sejenis ester asid yang terkandung dalam cecair penguat kuku, semburan rambut, losyen badan dan pewangi. Ia digunakan untuk mengekalkan haruman dalam sesuatu produk. Ftalat boleh mendatangkan risiko kepada tumbesaran dan sistem pembiakan manusia. Ftalat telah dikaitkan dengan kecacatan kandungan dan boleh menyebabkan keguguran.

6. Paraben
Paraben, atau asid para-hidroksibenzoik adalah sejenis bahan kimia yang terkandung dalam penyahbau ataupun deodoran. Kajian menunjukkan deodoran, apabila disapu ke badan, meninggalkan sisa paraben yang kemudiannya menyerupai hormon estrogen, yang memainkan peranan penting dalam pembentukan sel kanser payudara. Selain deodoran, paraben juga terkandung di dalam krim dan produk kosmetik lain seperti krim penanggal roma dan gel pencukur.

Selain bahan kimia yang disenaraikan di atas, sebahagian produk kosmetik juga mengandungi bahan logam seperti arsenik, kadmium, aluminium dan lain-lain. Kesemua bahan ini boleh membahayakan pengguna, terutamanya mereka yang mempunyai penyakit yang boleh diwarisi secara genetik, seperti tekanan darah tinggi dan sakit jantung. Bahan kimia yang terkandung juga boleh meninggikan risiko penyakit kanser di kalangan penggunanya.

Teknologi nano yang kini sedang giat digunakan dalam teknologi pembuatan kosmetik juga sebenarnya mempunyai risikonya yang tersendiri. Teknologi nano ialah satu teknologi yang memanipulasi bahan dan mencipta struktur dan sistem yang wujud dalam skala atom dan molekul. Kesan teknologi ini sebenarnya belum diuji kepada manusia, oleh itu ia mencetuskan kebimbangan kerana bahan kimia berskala nano adalah berbeza daripada bahan kimia berskala biasa. Adalah dikhuatiri selain mempunyai keupayaan lebih besar untuk meresap masuk ke dalam tubuh, bahan kimia berskala nano juga akan mempunyai kesan tindak balas yang berbeza terhadap manusia berbanding bahan kimia berskala biasa.

Oleh itu, tidak mudah untuk memilih produk kosmetik yang benar-benar selamat daripada bahan kimia berbahaya untuk digunakan sekarang ini. Banyak juga pengeluar produk kosmetik yang lebih mementingkan keuntungan yang besar daripada memikirkan keselamatan pengguna produk mereka, sehingga mereka sanggup berlumba-lumba menggunakan bahan kimia berbahaya secara berlebihan supaya nampak efektif walaupun kesan jangka panjangnya amat membahayakan pengguna, seperti penggunaan bahan pemutih hidrokuinon yang berlebihan.

Justeru, pengguna sendiri haruslah bijak mengambil langkah berhati-hati untuk melindungi diri masing-masing daripada bahan kimia berlebihan tersebut. Antara langkah yang boleh diambil ialah:

a. Minimumkan penggunaan produk kosmetik dalam kehidupan seharian. Jangan terlalu bergantung kepada produk kosmetik setiap waktu, sehingga tiada masa langsung untuk kulit berehat dalam keadaan natural. Jangan terlalu bimbang dengan penampilan yang kurang cantik dan anggun tanpa kosmetik yang tebal. Sentiasa senyum dan sentiasa dalam wudhu jauh lebih baik diamalkan berbanding penggunaan produk kosmetik yang bahaya ini.

b. Menggunakan produk semula jadi yang berada di sekeliling kita, seperti yang diamalkan oleh nenek moyang kita sejak zaman berzaman. Banyak petua penggunaan bahan-bahan semula jadi yang boleh dijadikan bahan untuk kecantikan, seperti penggunaan timun, tomato, beras, kunyit, putih telur, limau, dsb.

c. Menggunakan produk kosmetik yang dikeluarkan oleh pengeluar atau syarikat yang menggunakan bahan-bahan semula jadi dan hanya menggunakan bahan kimia pada paras yang sangat minimum, dalam julat kandungan yang dibenarkan. Selalunya, produk seperti ini lebih mahal harganya berbanding produk kosmetik yang biasa, namun begitu ia lebih bermanfaat dalam jangka masa panjang.

d. Sebelum membeli sesuatu produk kosmetik, pastikan anda baca senarai bahan kandungan yang terdapat pada labelnya supaya tidak terbeli produk kosmetik yang berbahaya kepada kesihatan.

Sumber: sitik.wordpress.com



Wonder Glow Cosmetic ada lulusan KKM..llusan KKM ni penting menandakan bahan2 yg digunakan berada pda tahap yg boleh diguna....jadi tak perlu make up lebih....cntik dr dlm....

http://www.facebook.com/CikNorWonderGlow
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-12-2012 08:20 PM | Show all posts


ini testimoni WOnder Glow bagi kulit gelap dan berparut..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2012 04:04 PM | Show all posts
Krim Wonder Glow ini mampu menghapuskan pigmentasi, tompok hitam, jerawat, dan juga kedutan dengan pantas dan selamat!

Wajah gelap dan kusam akan menjadi cerah berseri serta pinkish effect seperti pelakon sinetron/telenovela ditelevisyen dan filem! Ini adalah anugerah teragung dalam industri dunia kecantikan!

Krim kecantikan in jugai dapat memberi kesan kecerahan Ultra paling pantas iaitu seawal 3 hari!!

Mengandungi agen pemutihan yang selamat seperti Super Glutathione, Vitamin C Infusions serta Sarang Burung Walet iaitu agen kolagen menakjubkan!!.

TANPA pengelupasan dan alergi!. Tidak mengandungi hydroquinone atau sebarang peluntur, merkuri, dan juga paraben.

Lupakan foundation/alas make up/cover face yang membuatkan kulit anda kelihatan tidak natural atau putih melepak bagaikan tepung gandum.

Alas bedak juga memberi kesan yang tompok dan berbelak apabila berpeluh dibawah sinar matahari. Tambahan pula, kenapa perlu anda make up? Sedangkan anda mampu memiliki kulit sihat berseri tanpa cela dengan krim hebat ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2012 05:01 PM | Show all posts
6 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU PILIH WONDER GLOW COSMETICS..

1. 10x Kuasa Maksima Pencerahan
2. Mengandungi Vitamin C Infusions
3. Menghilangkan Pigmentasi yang Tebal
4. Anti Penuaan dan Awet Muda
5. Menghaluskan Kulit Secara Total
6. Menghapuskan Jerawat Secara Berkesan

Yang PENTING Wonder Glow Cosmetics dijamin selamat kerana tidak mengandungi sebarang bahan kimia yang berbahaya dan telah mendapat kelulusan KKM!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2012 08:43 PM | Show all posts
kawan-kawan....saya nak kongsi satu benda penting ni..

sana-sini orang cerita pasal GLUTA kan....Wonder Glow Cosmetic ni ada kandungan gluta yang super...

Nah ni...

L-Glutathione

Merupakan antioksidan utama dalam tubuh manusia yang sebagian besar ditemukan dalam hati

Merupakan antioksidan kuat untuk menghalang radikal bebas penyebab gangguan fungsi organ dalam dan kulit

Membantu menyembuhkan gejala neurodegeneratif seperti Parkinson, Alzheimer, multiple sclerosis, stroke, dan asthma yang kronik

Pengubatan jangka panjang bagi perokok dan peminum
Mendetoxsifikasi (seperti Parasetamol) di dalam hati
Melawan kanser, penyakit jantung, penuaan, dan sistem imunisasi tubuh
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 10:34 PM | Show all posts
i ingat kan you paste article...

nak promote wonder glow ke?

wonder glow ni the whole set from top to toe or just mainly for facial@face?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2013 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru try wonder glow. So far ok la. Muka glowing jer...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Promote wonder glow rupanya. Tolooong laaah.

Ni spesis krim walet jugak ker??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2013 08:55 AM | Show all posts
laaa.... ingatkan nak share article jer.. n produk2 berbahaya..
bawah sekali?? "wonder glow"
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 10:28 AM | Show all posts
batman_2007 posted on 9-9-2013 06:50 AM
Promote wonder glow rupanya. Tolooong laaah.

Ni spesis krim walet jugak ker??

kat mana mereka borong krim walet ini....?

byk brand dah walet ini...

kilang yg ada GMP tak nak supply walet..katanya nanti bad reputation....
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Wonder glow x bahaya ke? Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 12:40 PM | Show all posts
i have experience with one product... tak pernah try pun tapi dipaksa try oleh salesgirl.. nama dia delisa cosmetic



mula2 salesgirl tu (mulut bau rokok, cakap slang indon/sabah) tarik ke booth dia masa tengah jalan2 kat hypermarket.. then letak kat tangan, letak kat muka tanpa sempat cakap apa2.. bila cakap tak nak dia push jugak...

satu tube dia jual RM20, satu kotak ada 3 dia jual RM50 kot.. i told her saya ambik satu saja sebab dia dah gigih tempek2 kat muka (kira baik la kan sanggup beli product sampah macam ni).. then i bagi RM50 sebab takde change.. dia cakap since i already have RM50 ambik la satu kotak, i bagi u RM40... betapa muka tak malu nak squeeze duit orang...

tak tau la kena jampi ke apa... last2 i angguk je and took 1 box of 3 tubes..

belum sampai rumah, still dalam kereta muka dah gatal esp kat hidung... bila check product tu rupanya ingredient dia seaweed...

Last edited by getarsukma on 9-9-2013 12:46 PM

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 12:45 PM | Show all posts
this salesperson so unprofessional (muka macam sharifah shahora version tua).. dia ingat kita budak muda dia senang2 nak paksa beli product dia.. then mereka tak ada etika main tempek2 saja kat muka orang tanpa fikir kulit mereka sensitif or anything...

product delisa sampah tu dah siap masuk tong sampah... buat rugi RM40 saja...

bagi saya dia menipu pelanggan sebab memaksa orang beli sesuatu yang mereka tak perlu... hadap sangat duit sampai menipu... one guy konon2 boss ada di situ pun muka toya duduk baca paper tak buat apa.. lagi dua tiga ekor budak jantan tepi tu muka tak bermaya berdiri terpacak...

product packaging pun sangat low class.. to that lady u can go & rot in hell!!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 02:34 PM | Show all posts
x pnh dengar pun name produk neh...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 04:01 PM | Show all posts
batman_2007 posted on 9-9-2013 06:50 AM
Promote wonder glow rupanya. Tolooong laaah.

Ni spesis krim walet jugak ker??

sorry nak tanya...krim walet tu apa yea?

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 04:03 PM | Show all posts
alamak..igtkan sharing is caring...rupenye selling is caring
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2013 04:09 PM | Show all posts
intanku posted on 9-9-2013 04:01 PM
sorry nak tanya...krim walet tu apa yea?

suree pun nk tnye soklan yg same
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 04:12 PM | Show all posts
suree_aa posted on 9-9-2013 04:09 PM
suree pun nk tnye soklan yg same

krim burung walit ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 04:32 PM | Show all posts
220796 posted on 9-9-2013 04:12 PM
krim burung walit ke?

hehehe...nk tnye en gugle jap hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 04:43 PM | Show all posts
saya tak berani nak pakai produk2 yg tumbuh mcm cendawan nie.. sbb memikirkan kesan jangka panjang
contoh yg saya peratikan.. kakak ipar saya.. dlu2 saya perati muka dia glowing berseri2 merah2 gitu..mmg cantik..bila ditanya dia pakai krim muka (lupa nama).. kemudian dah lama tak jumpa dlm 3thn gitu2.. baru2 ni masa raya kerumah nyer.. sya tengok muka dia dah tak beseri..kehitam2man.. mmg dah tak cantik.. tapi saya tak tanya pun kenapa..

my conclusion.. utk jangkapanjang mmg tak sesuwai.. once u stop guna begitulah jadi nya..

pakai lah krim yg mmg sah2 di sahkan oleh KKM..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.436567 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list