CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KAULAT

[BEST]Tetamu Tak Diundang- Volume 2 - KAULAT.

  [Copy link]
Post time 5-1-2016 04:18 PM | Show all posts
chefmizan replied at 22-12-2015 05:49 PM
Assalamualaikum...

Baru ada masa nak mengarang... Kejadian berlaku beberapa bulan yang lepas.. Ki ...

Assalam chef.. Ya Allah, lamanya menyepi... sblum ni aku SR je kat trid @kaulat ni.. mmg suke sgt baca kisah chef ngn kaulat.. ada masa chef smbung ya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2016 05:32 AM | Show all posts
KAULAT replied at 3-12-2012 11:29 AM
sorry laa hest..camne nak buat...tak cukup terer laa bab2 nii...
tolong bolee...

Salam abg kaulat...Saya dari Wujud Paranormal Team..Mohon izin utk share kisah2 abg di page kami...Saya mula ambil di tread pertama....Mohon izin ye...Kisah akan di post malam ni...Boleh jenguk :- https://www.facebook.com/wujudparanormalteam/
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 06:04 AM | Show all posts
chefmizan replied at 3-12-2012 01:43 PM
Assalamualaikum w.b.t...
Chefmizan nak check in ni..
Ada kosong lagi tak?

Salam CHef...Saya dari Wujud Paranormal Team..MOhon Izin utk kongsi kisah2 chef di page kami nanti....

https://www.facebook.com/wujudparanormalteam/
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 06:36 AM | Show all posts
Assalam semua..Abg Kaulat dan Chef..maaf andai sy menyelit....saya ada buka thread baru..boleh la jenguk di sana..Sekiranya tidak keberatan...Terima kasih..

http://mforum.cari.com.my/forum. ... d=943549&extra=
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Puan.Liana at 11-1-2016 11:11 AM
KAULAT replied at 5-12-2012 06:53 PM
OK...
dah setahun lebih thred "Tetamu Tak Diundang",dalam forum niii...
terima kasih kepada semua  ...


Assalammualaikum ..  sy follow tred 1 sampai laa tred baru ni . Jadi SR jer selama ni  . Memang best kat sini , banyak ilmu yg dapat . Kipidap !
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 03:34 PM | Show all posts
chefmizan replied at 17-12-2015 06:12 PM
Assalamualaikum w.b.t....

Lama betul menyepi ye..

chefff!! lamanya chef menghilang hehehe
rindu sungguh nak baca kisah2 dari chefmizan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2016 03:45 PM | Show all posts
chefmizan replied at 22-12-2015 05:49 PM
Assalamualaikum...

Baru ada masa nak mengarang... Kejadian berlaku beberapa bulan yang lepas.. Ki ...

sambung chefff jgn x sambunggg heehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 04:27 PM | Show all posts
ciktomato replied at 4-12-2012 03:07 PM
hahaha...tau xpe chef..kne pkir byk kali gak nk sound bnde 2..tp insyaAllah,sy akan cuba..cuma,ble ...

Slalunye kan, saya sound menda2 tu camni

Saya ada bela kucing. Saya akan pegi dekat kucing lepas tu saya marah2kan kucing tu. Tp slalunye saya marah pada waktu yang sesuai la. Contoh mcm lepas kucing tu buat perangai atau nakal ke apa, time tu la saya amik peluang marah2 kan "benda" tu. Ikutkan tak related pun dengan apa yg kucing tu da buat. Tapi sbb tak berani nak sound direct, nasib ko la kucing .

Rumah saya tu selalu je ada yg suka singgah. Tak faham jugak sebab kami ni hari2 mengaji dekat rumah. Kadang2 ada masa dengar mcm org mendengus. Kadang2 malas nak layan, buat2 tak faham. Tp kalau dapat peluang marahkan kucing, dengan "benda" tu sekali saya sound.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2016 04:47 PM | Show all posts
salam

Hii ceff n kaulat....lama benor tak dengar cerita korang
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 03:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kanamamat at 13-1-2016 03:42 AM

Assalamualaikum TT Kaulat dan Cheffmizan.. dh ikut thread dr yg prtma lg..cma bru trdetik nak tanya.. mcm ni.. ada trbaca psal pad pempuan tu.. tp ni bkn psl pad.. tp pampers.. dlu sy dok kt rmh kakak ngah sy kt Johor.. dua tahun jgak la sy dok rmh dia..dia ada dua org anak..msa tu umur msing 1tahun stgh n 2thun stgh.. budak kn..msti pkai pampers..cma satu je sy xsuka cra kak ngah sy ni.. bila ank dia nk mndi or tukar pampers msuk lm blik air n pampers yg kotor dgn najis tu dia glung n ltak dlm tndas.. kdang smpai bertimbun dlm tandas.. ada la skali dua sy tgur..lpas tu dia ckp nnt ambik buang la..

Lama2 sy buat tak tau je..tp kadang xthn jgak la bkak tandas je bau..ngn najis budak air kncing pe smua.. last2 sy la yg cuci nya.. msa tu klo mlm2 msti dengar bunyi guli kt atas.. rmh kakak sy ni kuarters apartment la.. dok tingkat dua atas rmh india..tp cm xde org.. kadang2 bunyi org dok guna lesung batu pastu bunyi perabot.. and satu lagi.. kakak klo dia tanak nasi mesti kene makan bg habis trus.. klo x nnt cpat sgt basinya.. sy ada la google skit kan psal bnda2 ni.. ada bgtau akak..akak pn ckp xde pape la apa la..cm xcaya..so sy biarkan je la.. cma sini sy nk tanga cheff or Kaulat la kn.. jin ni dia suka jgak ke kt najis budak ni..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 07:34 PM | Show all posts
Sambungan malam ketiga...

Malam tu macam biasa lepas maghrib Mai mula beraksi. Sambil duduk ibarat sang hulubalang mengadap sultannya. Kekuda dipasang sambil mula tgn melakonkan aksi yang sama. Seketika kemudian Mai mula mengangis kesakitan sambil meracau kaki serta tangannya dilihat mereput sedikit demi sedikit.

Tak banyak usaha yang mampu saya lakukan kerana apa yang terjadi adalah diluar bidang pengetahuan saya. Yassin tunggal berserta zikir menjadi makanan saya sepanjang berdepan dengan Mai. Sesekali dia menjeling sambil mendengus seperti marah dengan tindakan saya.  Ayah mertua saya pula surrender kerana penat dan tidak mampu melawan.

Wife cuba hubungi Ustaz Zul lagi. Alhamdulillah Ustaz dalam perjalan dari Penang. Kami sabar menunggu team Ustaz yg tiba sekitar jam 10 malam. Team Ustaz Zul terdiri dari 4 orang. Masa Ustaz Zul sampai tu Mai memang tak duduk diam. Dikhabarkan dia cuba untuk melarikan diri seolah2 merasakan ketakutan yang amat sangat. Wife bagitau Mai yang tengah baring tiba2 melompat naik atas meja makan sebab nak lari keluar. Masa tu saya keluar untuk jemput Ustaz.

Bila semua dah masuk rumah dengan selamba Mai gelakkan kami semua. Uztaz Zul tersenyum sambil minta saya stand by membantu. Keempat2 orang Ustaz tu ambil tempat masing2 mengelilingi Mai. Saya pula di penjuru kelima untuk mengunci persekitaran. Sesi perbualan dimulakan bila Mai cuba nak larikan diri

Ustaz Zul : Ko nak kemana tu? *sambil pegang kaki Mai.
Mai : Aku nak keluar....panas!!!..
Ust Zul : Duduk diam2 aku nak berkenalan.
Mai : Sape suruh ko datang?!!!!
Ust Zul : Tu bukan urusan ko. Ko ni sape? Dari mana?     Nak apa?
Mai : Aku Lagun. Dari Hatyai Thailand.
Ust Zul : Jauh ko datang sini. Sape suruh?
Mai : Orang upah aku. Aku dukun yang terkenal kat sana. Semua orang dengar cakap aku.
Ust Zul : Upah ko untuk apa? Apa yang ko dah buat pada perempuan ni? *nada tegas dan marah.

Mai tak jawab malah terus ketawa mengilai. Dan spontan Mai memulakan aksi seperti sebelum ni. Ust bagi signal pada semua untuk serang serentak. Saya ketika tu hanya menyaksikan aksi serta perlawanan mereka. Hujan rintik2 mula kedengaran dengan dentuman halilintar diluar rumah. Angin menerpa masuk dalam rumah seolah2 menggambarkan perlawana 5 penjuru yang sangat hebat. Tiba2 Mai rebah...diam..

Ust cuba scan tapi tak mampu. Ust panggil saya. Kami berbincang dengan masing2 masih mengunci Mai yang tengah baring.

Ust Zul : Ko dah buat ke?
Saya : Tak tembus langsung.
Ust Zul : Aku pun sama. Masalahnya Joe dah silap buat. Benda ni bukan main2. Tanah kubur dengan tulang mayat digunakan ni.
Saya : Bingung saya Ust. Dah 3malam tak tido ni.
Ust Zul : Jap aku call sepupu aku.

Ust Zul terus bercakap dengan sepupu beliau diluar rumah. Mai terus tak bangun2. Ust Zul bagitau esok petang dia datang bawa sepupu dia dari Pajam N9. Tak perlu bimbang insyaAllah Mai takkan meragam malam ni. Ust Zul n team balik lebih kurang jam 12.30. Alhamdulillah Mai lena hingga azan subuh berkumandang.

Bersambung malam keempat..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
sonyap jo dah benang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Menyepi dah semua
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2016 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru tahu pasal thread nie . mmg suke kisah2 seram tapi xtaw kat mana nak baca . terjumpa ngan jinkalewa dalam fb . tu yg baru terjumpa tetamu tak diundang nie. Best sgt
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2016 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
chefmizan replied at 13-1-2016 07:34 PM
Sambungan malam ketiga...

Malam tu macam biasa lepas maghrib Mai mula beraksi. Sambil duduk ibara ...

Assalam chef , tak ada sambungan dh ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Maaf agak lambat untuk sambungan hari/malam ke4..

Sepupu Ust Zul (Yob) sampai rumah MIL dalam jam 4 ptg.. Saya tak dapat join sebab masih ada urusan di pejabat. Lebih kurang 7 ptg baru saya sampai rumah. Yob bgtau dah settle. Saya pun tengok Mai tengah tidur. Sembang lebih kurang lepas maghrib Yob balik.

Intipati yang Yob sampaikan pada saya. Mai terkena buatan seseorang yang cemburu pada dia. Alkesahnya masa Mai study dia rapat dengan kawan lelaki sekuliah. Lelaki ni masa tu dah bertunang. Memandangkan diorang ni rapat jadinya sampai kesudah la si tunang tu cemburu. Diberitakan lelaki ni selalu memuji Mai depan tunang dia. Waktu kejadian ni lelaki dan tunang dah kahwin. Si tunang (isteri dah masa ni) sarat mengandung diajak oleh seorang kenalan pergi jumpa bomoh (Bomoh Sagun) di Hatyai Thailand.  Yob bgtau diorang hantar santau perosak iaitu Mai ni akan diganggu dan diseksa sehingga putus nyawa. Nauzubillah. Antara bahan pemujaan sebuah patung, gambar Mai (ambil dari Facebook), minyak dagu, rambut, tanah kubur dan perca kulit anak dara mati bunuh diri. Melopong jugak saya dengar cerita Yob.

Alhamdulillah malam tu takde apa2 yang pelik jadi pada Mai. Saya dan isteri lena dirumah sampai subuh berkumandang.

Sambungan hari ke5....

Wallahualam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2016 01:10 AM | Show all posts
kanamamat replied at 13-1-2016 03:35 AM
Assalamualaikum TT Kaulat dan Cheffmizan.. dh ikut thread dr yg prtma lg..cma bru trdetik nak tanya. ...

Wa'alaikumsalam w.b.t..

Berdasarkan cerita kanamamat diatas saya simpulkan sebagai gangguan yang diundang. Jin atau syaitan ni untuk makluman kanamamat kesukaan mereka adalah benda2 yang kotor. Termasuklah najis. Sebab tu dalam Islam kita disarankan menitikberatkan kebersihan. Bukan sahaha diri kita malah keadaan sekitar. Apatah lagi kediaman kita.

Mengenai makanan/nasi yang mudah basi tu ada berkaitan dengan jin memang tidak dinafikan. Rumah kita ni bila dah ada tetamu yang tidak diundang pasti akan menimbulkan masalah sebegini

Saya nasihatkan kanamamat untuk bersihkan rumah dan 'cuci' rumah tu semula sepenuhnya. Bagaimana cara kanamamat berurusan dgn kakak pertimbangkan semula. Mungkin boleh guna orang tengah atau sebagainya.

Perlu diingat jin syaitan amat tertarik kepada situasi yang kotor. Jadi untuk mengelak dari kita berdamping dengan mereka, utamakan kebersihan.

Wallahualam.

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2016 02:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan hari ke5

Selepas asar MIL call bagitau Mai jadi semula. Saya terus hubungi Yob. Yob agak sibuk kerana ramai yang datang berubat dirumah jadi dia minta saya bawa Mai selepas maghrib. Pukul 6 kami semua bergerak ke rumah Yob di Pajam.

Dalam perjalanan (2 buah kereta. Mai dengan saya, Angah dan Baby. Kereta 1 lagi wife, MIL, FIL, tunang Mai) Mai tak berhenti melakonkan aksi yang sama. Masuk highway LEKAS Mai start meracau dan mengamuk dalam kereta nak balik. Nasib baik Angah dan Baby kuat utk pegang dia.

Kereta FIL di belakang tak henti bagi isyarat lampu pada saya. Sehinggalah Baby terima mesej dari wife memaklumkan ada something atas kereta. Saya teruskan perjalan sehingga ke kawasan yang agak terang. Saya call FIL suruh jalan dulu dan tak perlu berhenti. Baby call wife dan MIL tak berjawab sebab terlalu takut sampai menyorok dicelah ruangan kaki.

Dalam hati saya berang sebab diganggu. Patut la dari selepas tol Semenyih tadi rasa kereta berat sangat. Keluar dari kereta saya jerkah si penumpang diatas. Cik langsuir. Duduk mengadap ke belakang (tenung kereta FIL masa sebelum berhenti).

Capai air dalam kereta dan saya bacakan surah lazim penghalau jin syaitan saya jirus pada langsuir tadi. Hebat. Sedikit pun ia tidak berganjak. MasyaAllah. Dalam hati saya tawakkal kpd Allah dengan dugaan ini. Saya cuba berinteraksi namun hanya jelingan yang marah diberikan. Saya nekad mengambil tempat dan mengatur langkah kalau2 ia menyerang kerana langsuir tu dah mula bergerak.

Sekelip mata ia berdiri disisi kereta sebelah kiri. Nasib baik Angah dan Baby memang tak nampak. Namun saya dapat dengar Mai meronta dan menjerit sekuatnya. Sekali lagi saya cabar langsuir tu utk beradu. Kali ni cabaran saya disahut.

Sepantas kilat langsuir tadi berdiri didepan dan menolak saya kebelakang(sesi lawan dan interaksi menggunakan aura roh tanpa jasad). Saya cuma mempertahankan diri memandangkan serangan langsuir tadi memang tak berhenti. Ntah bila masa tiba2 FIL saya muncul dan membantu. Sepantas itu juga langsuir tadi hilang dari pandangan kami.

Saya minta tunang Mai sambung drive sebab saya sangat lemah. Alhamdulillah kami selamat sampai rumah Yob jam 10 malam. Tapi, Mai pulak buat perangai tak nak turun kereta. Merayu menangis nak balik. Puas pujuk sehingga isteri Yob keluar dan jerkah Mai. Terus menonong dia masuk rumah.

Dengan izin Yob memulakan rawatan. Ini pertama kali saya tengok cara Yob mengubat. Saya diminta memagar rumah terlebih dahulu. Rawatan dimulakan dengan sesi interaksi. Yob menggunakan rawatan kaedah roh. Roh Mai dipujuk untuk kembali kepada jasad. Cubaan pertama dan kedua gagal. Cubaan ketiga saya masuk pujuk dan Alhamdulillah berhasil.

(Interaksi nyata/jasad)
Yob : Assalamualaikum Mai
Mai : Wa'alaikumsalam tok (Yob)
(setelah Yob bagi kebenaran untuk handle)
Saya : Mai kemana tadi siang?
Mai : Takde gi mana pun bang. Nape?
Saya : Ye ke ni? Cuba cakap. Jangan sorok.
Mai : Jumpa kawan.
Saya : Kawan mana? (saya discribe someone yg selalu dtg dlm mimpi saya kebelakangan ni)
Mai mengangguk.
Saya : Mai kenal dia?
Mai menggeleng.
Saya : Mai nak tau siapa dia?
Mai mengangguk.
Saya : Kalau Mai nak kenal abang boleh kenalkan tapi dengan izin Yob.
Kami pandang Yob. Yob angguk.
Sesi memanggil roh(saya tumpangkan roh 'kawan' Mai dalam jasad anak Yob)
Saya : Assalamualaikum.
'Kawan' mendengus.
Saya : Aku bagi salam ni (nada marah)
'Kawan' jegil mata pandang saya.
Melawan!! Bentak saya seraya memicit ibu jari kaki dia. Meronta menjerit sehingga dapat kami rasa rumah Yob bergegar. Semua orang tutup telinga dengan telapak tangan.

Si 'kawan' terus mengalah. Namun berdolak dalih. Yob ambil alih. Sesi roh berinteraksi semula dengan Bomoh Sagun. Kali ni saya dikehendaki menjadi saksi (join sembang). Setelah selesai perbualan Yob kembali kepada si 'kawan'. Kali ni secara paksaan dan kasar Yob suruh bagitau siapa sebenarnya dia.

Tiba2 'kawan' tadi menangis merayu melolong memohon ampun dari Mai. Mai yang masih tak tau apa2 terpinga2. Sehinggalah Yob arahkan 'kawan' dedahkan diri dia sebenar.
'Kawan' : Mai, aku Za(bukan nama sebenar) isteri Khairul (bukan nama sebenar). Aku yang buat semua ni Mai. Maafkan aku. Ampunkan aku Mai. Aku cemburu pada kau sebab Khairul tak abis2 puji kau. Ye aku yang upah bomoh. Aku pegi dgn kawan aku ke Hatyai. RM6000 duit aku abis. Aku minta ampun Mai.
Saya : Jangan nak berlakon samgat la. Aku baru lepas bercakap dengan Bomoh Sagun. Sejak dia kena dangan Yob semalam dia dah surrender. Siap dia bgtau benda lain lagi. Sekarang ko bgtau aku apa lagi yg ko dah buat!!
Sambil jerkah saya buka pandangan hijab roh Za dan jasad anak Yob untuk melihat alatan kami.

Za : Ampunkan aku. Aku menyesal. Aku tak nak!!!!
Jeritan anak Yob nyaring sambil jasad menggelupur meraung. Mai panik terus menangis sambil cakap kat saya jangan seksa dia (Mai sbnrnya tak faham situasi ni).
Saya : Ko jangan nak wayang! Ko bangun srkarang sebelum aku libas (tarik rantai besi).
Bingkas Za (jasad anak Yob) bangun.
Saya : Berapa bulan kandungan ko?
Yob : Belah perut dia Mizan biar dia rasa balik apa yang dia dah buat pada orang!!
Za : Ampunkan aku Mai. Tolong Mai. Dorang nak bunuh baby aku Mai. Anak Khairul ni Mai.
Saya : Aku tanya berapa bulan !!!!
Za : 6 bulan (terketar2)

Panjang lagi ni sebab sesi tamat jam 4 pagi.
Bersambung sekejap.

Wallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2016 07:14 AM | Show all posts
Baru baca benang ni..
Tk habis lagi....
Makin moden dunia, makin byk ilmu hitam..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 04:06 PM | Show all posts
chefmizan replied at 14-2-2016 02:08 AM
Sambungan hari ke5

Selepas asar MIL call bagitau Mai jadi semula. Saya terus hubungi Yob. Yob aga ...

Chef mizan.. kami dok menunggu sambungan citer cheff. Sampai sign up jd forumer. setiap mase bile ade kelapangan kami akan tetap jengah kt thread ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.124831 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list