CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2821|Reply: 16

[Jenayah] Resort curi air

[Copy link]
Post time 7-12-2012 03:36 PM | Show all posts |Read mode


MORIB - Sebuah pusat peranginan di sini diserbu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) semalam selepas dikesan  melakukan penyambungan bekalan air secara haram.

Pengarah Eksekutif Bahagian Projek dan Air Tanpa Hasil (NRW), Yusof Badawi berkata, pihaknya berjaya mengesan kegiatan tersebut hasil maklumat orang awam yang diterima sejak April lalu.

Menurutnya, pemeriksaan susulan mendapati pemilik premis itu melakukan penyambungan bekalan air terus dari paip utama Syabas.

"Mereka menggunakan paip poli berukuran 32 milimeter selain terdapat juga sambungan tee-off pada pada jajaran paip poli untuk menyalurkan bekalan air ke dua buah tangki simpanan di kawasan mereka.




“Syabas turut menyemak rekod akaun bekalan air dan mendapati pemilik tanah melakukan permohonan untuk menutup akaun bekalan air dan Syabas menanggalkan meter di kawasan ini pada 14 Mac lalu” katanya pada sidang media selepas serbuan, semalam.

Turut serta, Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred dan  Ketua Wilayah Kuala Langat, Surani Naim.

Yusof berkata, berikutan penyambungan secara terus mendapati pemilik premis tersebut dipercayai melakukan kesalahan dengan membuat sambungan bekalan air secara haram bagi menjalankan operasi di kawasan pusat peranginan berkenaan.




Katanya, ujian klorin turut dijalankan dan sampel bekalan air diambil didapati positif klorin yang mana ia adalah dari bekalan air terawat Syabas.

“Syabas menganggarkan kerugian air terawat yang digunakan secara tidak sah berjumlah RM107,963.13.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap pengguna air sama ada individu mahupun syarikat yang melakukan kegiatan mencuri air selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 123 ( 1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006,” katanya.

Dalam operasi disertai hampir 15 wakil Syabas dan Span itu, notis tuntutan ganti rugi turut dikeluarkan, manakala pihak Span membuat tuntutan sivil kepada pihak yang melakukan kesalahan mencuri air dan kesalahan menggunakan bekalan air terawat secara tidak sah.





Penyambungan haram dilakukan oleh pengusaha terbabit




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2012 03:41 PM | Show all posts
bijak bijak...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 03:51 PM | Show all posts
Daripada 6 orang, 4 daipadanya berkaca mata hitam.

1 macam rayban aviator.
2 macam okley
1 macam serengeti photochromic polarised flex-series
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 03:57 PM | Show all posts
syabas anda mencuri....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 04:27 PM | Show all posts


lain pada resort spt kedai, ada curi air jugaa
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 04:32 PM | Show all posts
resort apa ada di MOrib?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2012 04:39 PM | Show all posts
amboi sedapnya mencuri... buat keuntungan hasil pencurian... melampau betul.,
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 04:40 PM | Show all posts
resort apa ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2012 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Goldcoast?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 04:45 PM | Show all posts
Bukan curi la, pinjam je
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 04:53 PM | Show all posts
haram jadah punye resort.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 05:05 PM | Show all posts
f.o.c meh.. jimat gitu untung bersih la sgt.. :p
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 08:33 PM | Show all posts
havoqs posted on 7-12-2012 04:42 PM
Goldcoast?

goldcoast kat bagan lalang bukan morib
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 08:38 PM | Show all posts
goldcoast morib ada water park.
tp kerugian 100k je.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 08:39 PM | Show all posts
goldcoast bagan lalang, pool dia alahai.... kecil nar
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
bangles posted on 7-12-2012 08:33 PM
goldcoast kat bagan lalang bukan morib

Goldcoast bagan lalang yg mcm palm dubai, atas air. Goldcoast morib ada waterpark,bentuk apartment, depan sikit dari istana hinggap selangor ke arah selatan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2012 12:32 AM | Show all posts
apasal tak gali telaga sendiri? kena bayar tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.119103 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list