CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ushioz

[Dunia] jururawat bunuh diri akibat ditipu 2 DJ. (kes kate middleton)

[Copy link]
Post time 9-12-2012 10:30 AM | Show all posts
Salah satu "rakyat jelata" pertama menjadi agak berhubungan dengan Kate dan bayi yang belum lahir William ditemukan tewas tak lama kemudian di dicurigai "bunuh diri". Peristiwa yang menyebabkan kematian ini cukup strange.Nurse Jacintha Saldanha mengambil panggilan prank dibuat oleh sebuah stasiun radio Australia memerankan Ratu dan ditransfer ke perawat lain yang membocorkan informasi pribadi tentang kesehatan Kate. Menurut sumber berita, ini-faux pas mungkin menyebabkan dia untuk mengambil hidup sendiri tak lama afterwards.It adalah cara terlalu dini untuk memajukan segala jenis kesimpulan mengenai cerita ini, tapi premis yang agak mencurigakan. Saya harap kita tidak melihat semacam ritual pengorbanan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2012 10:40 AM | Show all posts
panggilan hangit ni...kalau x jadi cam kes diatas...boleh kena heart attack juga....jgn memain laa...

kebanyakkan radio mmg suka buat prank call sebagai hiburan...di msia...prank call ni dimulakan di radio muzik rtm utk siaran pagi...dan stesen radio lain rtm x lama dulu pulak buat prank call ni utk kenakan jabatan jabatan tertentu...tu mmg agak menarik...sekarang kebanyakkan radio swasta pun suka buat prank call...tapi jgn laa mengarut sangat...jgn salahkan dj...cari penerbit ...penerbit yg bertanggungjawap dalam setiap rancangan yg bakal dikeluarkan...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2012 10:44 AM | Show all posts
abgboroi posted on 9-12-2012 10:40 AM
panggilan hangit ni...kalau x jadi cam kes diatas...boleh kena heart attack juga....jgn memain laa.. ...

errrrr. iBeg 2Differ... bukan Hitz.fm yang masukkan budaya gotcha call ni?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2012 10:54 AM | Show all posts
perang_saudara posted on 9-12-2012 10:44 AM
errrrr. iBeg 2Differ... bukan Hitz.fm yang masukkan budaya gotcha call ni?

ahakss...dari sini aku boleh agak ko lahir bila...radio muzik dah buat prank call waktu pagi dari awal 90an...masa tu hitz .fm dah ujud ker.....aku ingat lagi satu kes...guru besar call rumah...konon anak dia buat masalah kat sekolah...masa dulu live..mmg waktu pagi diorang call...xder tapis tapis...

aku suka radio rtm kenakan jabatan tertentu tu...telekom malaysia pun kena ...nak tgk camner diorang berkhidmat..ok ker tak...

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2012 11:33 AM | Show all posts
abgboroi posted on 9-12-2012 10:54 AM
ahakss...dari sini aku boleh agak ko lahir bila...radio muzik dah buat prank call waktu pagi dari  ...

hahahahah!!

mesti ko satu zaman dgn aku...

Aku ingat masa tu Kudsia Kahar dan Gary pun one of the Radio Muzik Deejay....

Radio Muzik mmg bess sekitar awal-pertghan 90-an hingga akhir 90-an..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2012 11:34 AM | Show all posts
Dua juruhebah diancam bunuh





LONDON: Kematian jururawat yang berdedikasi, Jacintha Saldanha semalam mencatatkan peristiwa hitam dalam kisah kehamilan Duchess of Cambridge. Pasangan diraja Britain, Putera William dan isterinya, Kate Middleton amat terkejut mendengar berita kematian Jacintha yang dipercayai membunuh diri.
Jacintha, 46, diperdaya apabila menyambungkan panggilan palsu daripada juruhebah stesen radio Australia, 2DayFM, Mel Greig dan Michael Christian yang menyamar sebagai Ratu Elizabeth dan Putera Charles kepada jururawat yang merawat Kate. Ibu dua anak itu ditemui mati di kediamannya dekat Hospital Raja Edward VII di pusat bandar London, di mana Kate dirawat.

Dalam kenyataannya, Istana St James berkata: “Duke dan Duchess of Cambridge sangat bersedih apabila mendapat tahu mengeanai kematian Jacintha. “Mereka dilayan dengan baik sekali oleh semua kakitangan di hospital berkenaan. Doa dan ingatan mereka ditujukan khas buat Jacintha, keluarga dan rakannya dalam detik sukar ini,” kata kenyataan itu.

Ketua Eksekutif Hospital terbabit, John Lofthouse berkata, semua kakitangan hospital terkejut dengan kehilangan jururawat yang sangat disayangi dan dihargai ramai itu.

“Jacintha seorang jururawat yang hebat, sangat dihormati dan popular di kalangan kakitangan kami. “Kami dapat mengesahkan Jacinta adalah mangsa kepada panggilan palsu yang dibuat ke hospital ini,” katanya.

Sementara itu, Mel dan Christian yang bertanggungjawab membuat panggilan palsu dan dikaitkan dengan kes bunuh diri Jacintha tidak bertugas semalam selepas menerima ancaman bunuh dari seluruh dunia.



Mel dan Christian yang berbangga dengan panggilan palsu dilakukan, bagaimanapun, turut terkejut dengan berita kematian jururawat terbabit dan meminta maaf selepas dihujani mesej kebencian di Twitter dan Facebook ekoran tragedi itu.

Mereka juga membatalkan akaun Twitter masing-masing sejurus mendapat tahu mengenai komen pengguna Twitter yang tersebar dengan meluas mendakwa “ada darah di tangan mereka”. Dalam satu kenyataan, stesen radio Australia itu berkata: “Dua juruhebah kami memutuskan untuk tidak bertugas hingga notis diberitahu kelak sebagai tanda menghormati tragedi yang berlaku.” Personaliti media dan bintang The Apprentice BBC1, Lord Sugar berkata di Twitter, kematian Jacintha adalah kes bunuh diri yang tragik sambil menambah pihak yang memperdayanya “patut ditahan dan didakwa”.


Bagaimanapun, menurut polis Australia, kedua-dua juruhebah itu tidak melakukan kesalahan yang melanggar undang-undang. Jurucakap polis New South Wales berkata: “Juruhebah radio itu tidak melakukan sebarang kesalahan mengikut undang-undang Australia,” katanya. - DM


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2012 12:14 PM | Show all posts
Hantar ke 2 DJ ni p nerake
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2012 01:08 PM | Show all posts
SulurBidar posted on 9-12-2012 11:33 AM
hahahahah!!

mesti ko satu zaman dgn aku...

give me five...aku mmg layan radio muzik bro...sebab genre aku dalam cenel tu dan kurang bercakap...lagi satu radio four pun bagus juga..banyak muzik dari uk dan genre yg memberi rangsangan kepada fikiran...dari radio four aku belajar ttg muzik lebih luas

kalau aku nak dengar melayu aku bukak THR atau radio ibukota...masa tu noramin masih bertugas lagi...metallica ..scorpion ...loudness semua kuar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2012 01:57 PM | Show all posts
abgboroi posted on 9-12-2012 01:08 PM
give me five...aku mmg layan radio muzik bro...sebab genre aku dalam cenel tu dan kurang bercakap. ...

THR...

Antara lawak yg aku ingat sampai mati sewaktu 90-an..

"Kenapa org bunuh orang?"
"Sungguh jahat orang itu.."

hahahahahaha!!


Time tu persaingan sengit antara Radio Muzik dgn THR..


Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2012 02:26 PM | Show all posts
SulurBidar posted on 9-12-2012 01:57 PM
THR...

Antara lawak yg aku ingat sampai mati sewaktu 90-an..

mmg x ley lawan THR...noramin dari radio 3 ibukota masuk THR...dengan pengalaman dia berada di jepun..menjadikan stesen tu gila gila abis...sampai sekarang takde radio sebagus THR...masa bulan puasa mmg meriah radio ni tgh tgh malam...dengan lawak lawak dari din beramboi dan nasa semuanya live...

lawak aku masih ingat pasal coli jadi topeng jerebu tu...pandai plak diorang buat citer...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2012 01:45 PM | Show all posts
hurm...
mesti ada pihak atasan hospital tu bg tekanan kat nurse tu..
memang la silap dia terus transfer called tapi aku rasa dj tu memang melampau sangat2...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 10:07 AM | Show all posts

Tragedi 'Prank Call'

SYDNEY 10 Dis. - Dua penyampai radio Australia yang membuat panggilan palsu ke sebuah hospital di London yang merawat isteri Putera William, Kate Middleton, menangis ketika membuat permohonan maaf kepada keluarga jururawat yang ditemui mati ekoran kejadian itu.
Mel Greig dan Michael Christian, penyampai di stesen 2Day FM, yang bersembunyi dan menjalani kaunseling ekoran laporan jururawat, Jacintha Saldanha membunuh diri selepas insiden itu, membuat permohonan maaf tersebut dalam temu bual dengan beberapa stesen televisyen.
Greig yang kelihatan sedih berkata, dia terkejut dan tidak percaya jururawat kelahiran India itu ditemui mati.
''Saya masih teringat apa yang berlaku kerana saya tidak boleh berhenti mengenang peristiwa itu sejak kejadian itu berlaku,'' katanya kepada rancangan televisyen Australia, Seven Network.
Penyampai radio itu berkata, dia ingin memeluk setiap ahli keluarga jururawat tersebut dan meminta maaf kepada mereka atas apa yang berlaku.
Greig dan Christian menyamar sebagai Ratu Elizabeth II dan Putera Charles ketika menghubungi Hospital King Edward VII di London dan panggilan itu dijawab oleh Saldanha, 46 tahun.
Ekoran ketiadaan penyambut tetamu pada awal pagi, Saldanha menyerahkan panggilan itu kepada seorang rakannya yang memberikan maklumat mengenai keadaan Middleton yang sedang hamil.
Christian berkata, dia juga merasa sedih, kecewa dan tidak percaya dengan apa yang telah berlaku.
''Panggilan itu sepatutnya mudah dan tidak menimbulkan sebarang bahaya. Ia hanya untuk keseronokan sahaja.
''Kami berharap keluarga dan rakannya berada dalam keadaan sihat dan baik,'' katanya. - AFP

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 10:07 AM | Show all posts
  
Michael Christian (kiri) dan Mel Greig ditemu bual oleh Tracy Grimshaw daripada Channel Nine Network kelihatan sugul dan bersedih mendengar berita kematian jururawat, Jacintha Saldanha (gambar kecil).


Jacintha Saldanha
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 10:07 AM | Show all posts
Kadang-kadang yang buat 'prank calls'  ni pon terlebih melampau..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 10:11 AM | Show all posts
wa rasa skrg ni dah byk skrg prank call..dah naik nyampah plak..lebih2 lagi yg radio tempatan nye....

takkan la bila si pemanggil tu jd so anoyying, si penjawab tu masih layan lagi....

kalo aku...sama ada aku akan jd anoying balik...atau just bg alasan...i'm bz call back later...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 10:15 AM | Show all posts
kesian kat mangsa dan keluarga nya.... nak buat lawak ke jenaka guna lah otak dlu.. tak pikir panjang ke nak buat prank call ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2012 10:17 AM | Show all posts
apa yang di 'prank' kan sampai dia bunuh diri??
takkan semata2 percaya pada penyamaran jururawat tu sanggup bunuh diri??
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 10:24 AM | Show all posts
prank call ni ada masa kelakar jugak,tapi kalau jadik kes macam ni kire dah melampau
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 10:34 AM | Show all posts
pasal tu aku suka dgr litefm...takde benda2 mengarut.
sket2 prank..ntah apa2..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 10:38 AM | Show all posts
aku pn tertanya-tanya apa yang di prank kan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.067520 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list