CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 63291|Reply: 328

SLOT ZEHRA | HANYA PADAMU [BETO, ZAHIRIL ADZIM]

[Copy link]
Post time 14-12-2012 11:52 AM | Show all posts |Read mode
Akan datang ganti Runtun Qolbu, drama Hanya Padamu terbitan Filmscape.. lakonan Beto emelda, zahiril adzim..

nampak mcm menarik.. rasanya 28dis tayang

Hanya padaMu ganti Runtun Qalbu





Hanya PadaMu
Production: Filmscape
Jumlah Episode: 13
Mula tayangan: Lepas Runtun Qalbu  (28/12/2012)
Pelakon: Beto Kushairy, Zahiril Adzim,Nazeera Sardi, Emelda Rosmila

Sinopsis:
Mengisahkan anak yatim piatu Adawiyah yang tinggal bersama ibu bapa saudaranya Sabariah dan Omar. Namun, Adawiyah dibenci oleh Sabariah. Bila bapa saudaranya Omar meninggal dunia, Adawiyah diberhentikan sekolah walaupun dia seorang yang pintar di sekolah. Anak Sabariah,Bukhari menegur ibunya namun tidak diendahkan.Bukhari kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Jepun.Selepas pemergian Bukhari, dia dihantar ke Rumah Anak Yatim Sinar Harapan. di sana, ramai yang dengki padanya da diugut oleh pekerja kantin.8 tahun kemudian, Arman yang dalam keadaan tidak terurus bertembung dengan  Adawiyah gadis ayu di tepi pantai.

Nampak menarik drama ni. Lagi-lagi ada Beto Kusyairy.




Bukhari



Adawiyah





Arman dan Adawiyah



sumber : http://admya.blogspot.com/2012/1 ... i-runtun-qalbu.html


Last edited by eddlisa_uyuk on 22-12-2012 11:29 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-12-2012 12:00 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 12:36 PM | Show all posts
beto = arman
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 01:19 PM | Show all posts
Beto?? Filmscape?? mesti tonton ni
Cepatla habis qalbu kelabu tu... xboleh msk lgsg ngn jiwa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2012 02:02 PM | Show all posts
ola_oli posted on 14-12-2012 01:19 PM
Beto?? Filmscape?? mesti tonton ni
Cepatla habis qalbu kelabu tu... xboleh msk lgsg ngn j ...

kannn..aku x penah lyn slot zehra ni.. tp sbbkan filmscape + beto mmg kena tgk nihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 03:14 PM | Show all posts
sape nazeera sardi tu?
tak kenal...  
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-12-2012 03:19 PM | Show all posts
tiewa posted on 14-12-2012 03:14 PM
sape nazeera sardi tu?
tak kenal...

pelakon baru kott...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 03:20 PM | Show all posts
ada BETO???? filmscape? cam best jer


Nazeera Sardi tu newcomer ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2012 03:22 PM | Show all posts
zahiril adzim = bukhari kah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2012 03:27 PM | Show all posts
Borak Lokasi: Bagan Lalang terapi jiwa kacau



Oleh Esme Johari Wahab
esme@hmetro.com.my




ARMAN SAID ibarat seorang pelajar yang sedang mengikuti kelas psikologi. Dia hanya terdiam seketika tatkala seorang guru, Adawiyah, berbicara di depannya mengenai hidup dan hakikat fitrah manusia lahir ke dunia ini.
Setiap tutur kata dan perumpamaan digambarkan Adawiyah membuat Arman jadi kagum. Jiwa memberontak yang wujud dalam diri�nya kembali tenang. Watak Adawiyah lakonan pelakon baru, Nazeera Sardi digambarkan sebagai seorang wanita bersopan-santun.

Sikap lemah-lembut dan ketenangan dirinya tetap kental sekalipun pernah memiliki pengalaman pahit dibenci dan didera secara mental oleh ibu saudaranya sendiri.

Ketika itu juga, Arman lakonan Beto Kusyairy kembali teringat kenangan lalu.


Dia sebenarnya pernah menghadiahkan seutas gelang kayu tasbih kepada guru terbabit ketika mereka masih kecil. Kebetulan tasbih itu masih berada di tangan Adawiyah yang mengembalikan semula memori lama itu.


Apa yang pasti, dia tidak sangka Adawiyah seorang penyabar. Malah kekuatan kerohanian dalam diri wanita itu membuatnya teringat terhadap kebesaran Tuhan yang semakin dilupakan.

Tiba-tiba kedengaran suara pengarah Faisal Ishak menyuruh mereka berhenti dan memberi tanda isyarat ‘thumbs up’ atau bagus de�ngan ibu jari.

Malah sutradara berpengalaman itu sempat mengucap tahniah terhadap keberkesanan dialog diucap dua pelakon itu menggunakan corong pembesar suara dari kerusi teraju utama.

Babak itu antara beberapa babak terakhir di tepi pantai berhampiran rumah banglo Arman dirakamkan krew Filmscape Sdn Bhd untuk drama bertajuk Hanya Pada Mu di Bagan Lalang, Sepang, Selangor, baru-baru ini.

Penggambaran Arman dan Adawiyah adalah kemuncak drama 13 episod itu untuk siaran slot Zehra akan disiarkan di TV3 pada 28 Disember ini. Ia berkisar mengenai seorang lelaki iaitu Arman tidak pernah kenal ibu bapanya.

Tekanan hidup dan jiwa kacau jiwa turut dialaminya disebabkan sikap isterinya selama ini sehingga menyebabkan Arman mengalami ‘psychosis’ atau derita khayalan.

Sikap mengongkong isteri�nya, Ungku Laila lakonan Emelda Rosmila membuat Arman menjadi keras hati dan sukar menerima ketentuan Ilahi.

Konflik dalaman Arman juga berkisar perasaan yang tiba-tiba wujud terhadap Adawiyah. Kebetulan, gadis berusia 21 tahun itu juga bertindak selaku guru mendidik anaknya, Liliyana (Khayrisyah Kamal).

Kemampuan mengajar dan membentuk personaliti Liliyana melenyapkan rasa ragu-ragu Arman terhadap Adawiyah. Adawiyah sebenarnya anak yatim piatu dan pernah tinggal bersama Sabariah (Kay Maria) dan Omar (A Wahab).

Dia memang dibenci Sabariah namun Adawiyah cekal dan tidak mudah mengalah meneruskan hidup. Anak Sabariah, Bukhari lakonan Zahiril Adzim kerap menegur sikap ibunya supaya tidak menyeksa dan menganiaya Adawiyah.

Selepas Omar meninggal dunia akibat serangan angin ahmar, Sabariah menghantar Adawiyah ke rumah anak yatim.

Kata Faisal, babak penggambaran di Sepang berjalan lancar dan beliau gembira dengan kerjasama mantap diberikan krew.

“Babak tepi pantai adalah simbol pencarian jiwa dalam hidup Arman. Pertemuan itu turut menceritakan rasa kagum Arman terhadap pendirian tegas dimiliki oleh Adawiyah.

“Bukan itu saja, dialog itu turut meleburkan ego beliau yang selama ini sukar untuk menerima qada dan qadar Tuhan,” katanya.

Penggambaran Hanya Pada Mu mengambil masa selama 47 hari. Pemilihan lokasi untuk keseluruhan drama terbabit dibuat di sekitar Beranang dan Sepang.

Tidak banyak halangan dihadapi sepanjang menyiapkan setiap episod terbabit.
Mungkin sedikit merisaukan adalah musim hujan ketika ini yang menyebabkan kru sering mendapat amaran banjir.

Faisal berkata, dia cuba mengenengahkan pelakon baru, Nazeera Sardi kerana pelakon kelahiran Negeri Sembilan itu menepati kriteria Adawiyah.

Bob (Zahiril) dan Beto (makin popular sejak filem Istanbul Aku Datang) berpengalaman membawa watak emosi dan kematangan mereka sangat sesuai dengan drama kerohanian seperti itu.

“Saya sudah biasa bekerja dengan Zahiril untuk rakaman drama siri dan filem Juvana, jadi tiada masalah kerana kami tahu satu sama lain. Beto pula makin matang dan jenis mengambil setiap tugas dengan serius,” katanya.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2012 03:28 PM | Show all posts
ahkiluz posted on 14-12-2012 03:20 PM
ada BETO????  filmscape? cam best jer

penah masuk contest simplysiti star seacrh rupanya


Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 03:31 PM | Show all posts
kupu2siang posted on 14-12-2012 03:19 PM
pelakon baru kott...

maybe le kot.. first time dgr nama neh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2012 03:32 PM | Show all posts
tiewa posted on 14-12-2012 03:31 PM
maybe le kot.. first time dgr nama neh..

ada sorg lg pelakon baru dlm citer ni.. filmscape mmg suka cuba bakat baru kan
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 03:35 PM | Show all posts
filmscape produksi kabir bathia eh??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2012 03:41 PM | Show all posts
tiewa posted on 14-12-2012 03:35 PM
filmscape produksi kabir bathia eh??

yappp pengarah dia faisal ishak kalu x slp..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 04:13 PM | Show all posts
Wah, malam ni last ye Runtun Qalbu tu. Drama yg mcm x ada endingnya...bosan btul. Jalan cerita lembab. Kalau drama baru Filemscape haruslah ditengok ye.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-12-2012 04:21 PM | Show all posts
Ratumaya posted on 14-12-2012 04:13 PM
Wah, malam ni last ye Runtun Qalbu tu. Drama yg mcm x ada endingnya...bosan btul. Jalan cerita lemba ...

minggu dpn rasanya last sbb citer ni stat 28 dis..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 05:10 PM | Show all posts
yes...beto lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 05:22 PM | Show all posts
Last tgk slot ni drama nur kasih but now kena terpacak dpn TV la ni setiap jumaat malam..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 06:39 PM | Show all posts
yesssssssssssssssss
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.071243 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list