CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10149|Reply: 32

kuntilanak bernama suraya bt ibrahim

[Copy link]
Post time 18-12-2012 08:56 PM | Show all posts |Read mode
Butiran Pesakit:
Nama: Rahsia
Umur : 40an
Lokasi: Perak

   Assalammualaikum, insyaallah perkongsian adalah sekadar pedoman buat kita semua yang berada dimuka bumi Allah ini. Pesakit merupakan pesakit berulang yang sebelum ini terdedah dengan sihir dari manusia jahil yang bertuhankan nafsu & dendam. Gangguan terbaru merupakan sesuatu yang diluar kebiasaan. Diceritakan sebelum ini, pesakit telah menghubungi pihak ISMAK RUQYAH mengenai masalah gatal yang melampau di seluruh tubuh badan tanpa sebab & berlaku sepanjang masa.

   Pelbagai ubatan digunakan dalam mencari penyembuhan, namun tiada hasil positif yang diterima. Setelah temujanji dilakukan & rawatan dijalankan alhamdulillah terdapat 2 anasir yang dapat dikesan. Apabila discan jin Islam nakal (50% baik) muncul dengan nada sinis menduga kredibiliti diriku... wakaka.. kelakar jin tahap gaban baja hitam. Habis dikatakannya bodoh. Sampai Kopiah Tinggiku diperli beberapa kali. Apa kena mengena kopiahku dengan kamu... apa yang peliknya... apa yang geli hati sangat... pelik kah? Inilah pertama kali jin mempersoalankan kopiah ajaibku. Sebenarnya tujuan asal jin ini adalah hendak menguji kesabaran & fokus perawat supaya terasa tercabar, terguris hati & geram gila.. tapi engkau salah orang wahai jin ...

   Apabila ditanya dijawapnya namanya "Jasim"... Jasim... jasim apa punya jenis jin kau nie... apa masalah kau masuk kesini...? maka terjawaplah persoalan bahawa si Jasim si Badut ini mengapa di memasuki wanita ini.
Diceritakan bahawa dia tinggal di kawasan rumah pesakit & seringkali melihat anak-anak pesakit memasukki rumah tanpa memberi salam@ memberi salam secara bersahaja..... Akum...Akum... kata si Jasim Badut.. Aku terguris & terasa ingin menguji kesabaran wanita ini. Dengan memasuki tubuh ini dia dapat memarahi anak-anak pesakit.. tetapi si Jasim lupa dia tidak ada hak untuk mengajar manusia apa perlu buat. Apabila di talbiah dia berkata dia sudah terpasung & terlekat ditubuh badan ini & tidak boleh keluar... dia kata dia tension... hanya memujuk secara psychology dia bersetuju untuk keluar tetapi bersama keluarganya yang berada di rumah pesakit. Keizinan dipohon untuk keluar seketika untuk mengambil anak-anaknya. Alhamdulillah sepantas kilat dia keluar & dlam kiraan 30 saat dia kembali bersama keluarganya. Diceritakan juga di dalam badan pesakit ini terdapat satu makluk lagi yang busuk & tidak boleh dibuat kawan.. Jasim mengatakan dia bukan Jin.. bukan dari golonganku..... Aku berkata " biarkan saja wahai Jasim ... sekarang keluar kamu dari tubuh ini menuju ke serambi madinah." Alhamdulillah Allah mengizinkan.

   Sebaik sahaja Jasim Si Badut meninggalkan tubuh badan pesakit, pesakit menjerit seperti seekor puntianak@kuntilanak.. menyeramkan.. habis naik bulu, meremang bulu ketiak sesiapa yang mendengarnya. namun Alhamdulillah Allah memberikan aku ketenangan dalam menghadapi ujian ini... 2-3 kali menjerit nyaring live telecast dari ladang... kalah hantu Kak Limah. Tiada apa yang dapat aku lakukan melainkan mengarahkannya bertenang supaya mudah untuk berkomunikasi. Alhamdulillah Kuntilanak ini dapat menenangkan diri.. Alhamdulillah si Kuntilanak mengenalkan dirinya dengan nama "Suraya bt Ibrahim". .. seorang makhluk Allah yang rohnya terapung-apung di antara langit & bumi, menjadikan pokok sebagai rumahnya. Diceritakan bahawa pesakit ini sering melalui di bawah pohon yang di dudukinya.. tujuan asal pemasukakan adalah ingin mencari jalan keluar dari permasalahannya, mencari insan yang dapat membantunya supaya dia bebas dari dugaan Allah. Maka bermulalah episod sedih Suraya menceritakan kisah silamnya...................

    Peristiwa lebih 30 tahun diungkit kembali dengan nada berbeza dari suara mula yang datang, suaranya bertukar halus seperti seorang budak berusia belasan tahun....cantik, lemah lembut... diketika kejadian Suraya berusia 16 tahun, berulang alik ke sekolah setiap hari melalui satu denai lorong kecil & menyeramkan. Suatu hari dalam perjalanan pulang Suraya diserang & dirogol oleh manusia berhati binatang, bernafsukan Syaitan. Rahsia disimpan tidak boleh ditutup lagi apabila perutnya makin memboyot setiap hari sehingga Suraya dihalau dari rumahnya oleh ibu bapanya sendiri... baru berusia 16 tahun sudah diperlakukan sebegini... aku tak dapat bayangkan kesedihan dimata Suraya.. bercurah-curah air mata... Di dalam perjalanan yang tiada tujuan sekali lagi Suraya bertemu Syaitan yang merogolnya dulu.. malangnya kali ini dia dirogol untuk kali kedua & dibunuh disitu. Nyawanya terputus dari badan bersama anak yang dikandungnya... Ya Allah... Apa yang Engkau tunjukkan aku hari ini.. terdetik dihatiku.. tinggi sungguh dugaanMu ya Allah...

Mayatnya dikebumikan secara rahsia oleh si perogol Syaitan jauh di Pengkalan Harmoni, Perak.. sewaktu itu projek perumahan ligat dijalankan disitu.. dia dikebumikan secara sembunyi di tapak  rumah yang sekarangnya bernombor 14 Jalan Pengkalan Harmoni dihuni oleh orang bukan Islam.. Tiada dendam dihatinya terhadap syaitan perogolnya & tidak pernah Suraya mengganggu manusia yang menghuni atau melalui pohon yang dihinggapnya. Pohon itulah dijadikan rumah ke 2 nya setelah jasadnya terbenam rapi di dalam batuan kongkrit. Diperhatikan dari jauh jasadnya yang semakin mereput.. setelah 30 tahun lebih baru sekarang Suraya dapat menceritakan & melepaskan segala rasa hatinya selama ini... kalau hidunya lagi mungkin sudah menjangkau 50 tahun usianya..

    Suraya juga menceritakan bahawa gatal-gatal dibadan wanita ini adalah disebabkan ludahnya... tujuannya hanya ingin memberi isyarat kepada pesakit supaya mencari perawat untuk merawat & dengan cara itu sahaja Suraya dapat membebaskan dirinya dari masalah ini. Suraya memohon kepadaku untuk mengambil kembali jasadnya yang tertanah dibatuan itu, tetapi aku tiada kuasa untuk membuat sedemikaian.. hanya Allah sahaja tempat aku bermohon, alhamdulillah ilham terdetik dihatiku untuk mengangkat jasad Suraya secara batin (Kembara roh), alhamdulillah Allah mengizinkan.. lalu ku serahkan kembali jasadnya walaupun hanya dalam keaadaaan batin tanda rupa fizikalnya nyata. Aku serahkan kepada Suraya sebujur tubuh gadis remaja 16 tahun dibungkus di dalam guni baja ayam, diikat dihujung kepala & kaki dengan dawai. Suraya meraung kesedihan apabila dia dapat kembali ke jasad asalnya itu.. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.. kalau nak ku ceritakan selebihnya mungkin kalian merasakan aku gila, cerita tidak masuk akal. doremon @ naruto.. tapi itulah yang terjadi dimataku, dihadapan keluarganya & sekeluarga Ahli ISMAK RUQYAH  sendiri. Tiada tempat hendakku lepaskan roh ini... hanya aku bermohon kepada Allah swt sahaja untuk menariknya keluar dari tubuh pesakit ini... tarikan kali ini hanya ku serahkan kepada Allah swt..mohon diuruskan rapi pemergiannnya... berlainan sebelum ini aku tarik & rentap semua jin ke Serambi Madinah.. Seandainya Suraya bukan jin.. tapi dikatakan  roh yang tidah tenteram... aku bingung... aku pasrah... mencari dalil & nas dalam menjawap persoaalan ini... apa status sebenar si Suraya? apa endingnya? apa pengajarannya? apa terjadi kepada perogol syaitannya? berdosakah ibu-bapanya yang tega menghalau darah daging dari rumah? kesimpulannya inilah takdir Yang Maha Esa , menghidupkan & mematikan manusia.. sepanjang pengalamanku merawat lebih 7 tahun, 13 tahun mendalami ilmu perubatan Islam ini... inilah kali pertama aku menerima ujian ini...................... Bantulah aku Ya Allah ...............Allahuakbar.................................................................................................................................................................................................................................................................. Bantulah aku Ya Allah..........................Aku doakan semoga Roh Suraya Binti Ibrahim ditempatkan di Syurgamu  Ya Allah....AAmin...

Kesimpulan & jawapannya:


Allah berfirman dalam surah Al-Israa', ayat 85.
Yang bermaksud: Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".

Roh adalah rahsia Allah swt.

kredit to:-
http://ismakruqyah.blogspot.com/ ... bernama-suraya.html



**kesimpulan aku lak..

Rasulullah bersabda:

Barangsiapa yang terbunuh kerana membela hartanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela agamanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela dirinya, ia syahid. Dan terbunuh kerana membela keluarganya, ia syahid..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2012 09:42 PM | Show all posts

arap minda orng melayu terbukak skit.dari dlu dimomokan orang mati mengandung jadik pontianak,pompuan kene bunuh jadik pontianak,padahal dalam islam takde pun bende ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 10:09 PM | Show all posts
kesian dengan 'suraya' nie.  Mudah2an roh dia boleh bersemadi dengan aman..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 12:21 AM | Show all posts
bukan ke kalau nak buat rumah .tanah harus digali dalam dan
dikonkrit sedalam 5 ke6 kaki ke dalam?
cemane pula masih terkubur lagi
bawah tapak rumah? la la la la
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 08:30 AM | Show all posts
kisah benar ke nih..siannya dia mati dengan penuh tragis
jasadnya tidak diuruskan dgn sempurna
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 08:33 AM | Show all posts
shanshero posted on 19-12-2012 12:21 AM
bukan ke kalau nak buat rumah .tanah harus digali dalam dan
dikonkrit sedalam 5 ke6 kaki ke dalam?
...

Rasanya kalau nak buat bangunan memang digali kot tapi kalau setakat buat rumah tak perlu rasanya. Hany setiap penjuru tiang sahaj yang digali dan mungkin juga tempat mayat ditanam tidak terkena tempat untuk digali...wallahualam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2012 08:36 AM | Show all posts
piling sahaja rasanya yang kena masuk dalam2..dinding tak kot..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 08:36 AM | Show all posts
kalau syahid pertahankan kesucian diri, kenapa masih terawangan?? kesian..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2012 11:02 AM | Show all posts
Ada ke istilah roh yg gentayangan di dunia selepas kematian dalam islam? bukan akan putus semua hubungan dunia ke kecuali doa2 orang yg masih hidup sahaja yg akan sampai pada mereka? semua akan masuk alam barzakh kan? pandai betul jin tu.. kalau betul la.. tinggi betul ilmu dia ye.. hmm
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 11:13 AM | Show all posts
siyes sedih, x kisah la betul ke tak citernye.....
tapi nk tau gak, citer sebegini mmg ade berlaku ye ke hanye rekaan penyedap citer
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 11:20 AM | Show all posts
jin dan roh adalah 2 makhluk yang berbeza

jin boleh dibunuh...roh terlalu kuat dan tak boleh dibunuh..memang ada istilah roh gentayangan..

harap otai2 sini boleh komen lebih sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 12:22 PM | Show all posts
Agak2nya Si perogol tu mesti dah tua kan....
Kalu dia ade anak pompuan...memang patut anak dia pulak yang kena rogol...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 01:17 PM | Show all posts
kalu x silap aku ade roh yg tidak diterima.. byk di kawasan2 kubur.. entahlah x ngaji abis
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 01:21 PM | Show all posts
sedih baca kisah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 01:47 PM | Show all posts
Tidak ada istilah roh kuat dan sebagainya. Yang Kuat hanyalah Allah Taala. Roh tidak boleh dibunuh atau dihancurkan. Ia dicipta dan dikembalikan kepada jasadnya kelak ketika kebangkitan di Hari Akhirat kelak.

Setuju dengan apa yg dinyatakan oleh si perawat dlm cerita. Roh adalah urusan ghaib Allah s.w.t dan Dia-lah yang lebih berhak menentukan kedudukannya.  
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 06:49 PM | Show all posts
aku percaya kisah ni... tak tau la pasal ape.. tp sbb tak de yg mustahil kat dunia ni kan... Allah yg maha mengetahui... kalau betul aku doakan roh suraya tenang sekarang.... kalau tak betul pun aku doakan org tuk mana2 yg nama suraya tu semoga sentiasa dilindungi Allah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2012 07:09 PM | Show all posts
aku pun masih mencari jawapan...
selepas mati ROH tu akan pergi kemana...

Cam nabi2 ROH mereka akan diangkat ke langit
yang lain2?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2012 02:21 AM | Show all posts
memang wujud ke roh gentayangan ni? ustaz cakap, hantu2 ni semua qarin aje .. apakah roh gentayangan ni tak menghadapi soalan malaikat munkar dan nakir? tak menghadapi azab kubur? ke macam mana...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2012 12:15 PM | Show all posts
sedey nye
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2012 12:36 PM | Show all posts
wallallahualam....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.111503 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list