CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4858|Reply: 44

[Tempatan] pelepasan cukai rm3000...mai letak anak aliran sains

[Copy link]
Post time 22-12-2012 07:36 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Kerajaan menaikkan kadar pelepasan cukai daripada RM1,000 kepada RM3,000 untuk ibu bapa yang mempunyai anak mengikuti bidang sains dan teknologi di sekolah menengah dan program matrikulasi.

Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) untuk pelajar aliran sains di Tingkatan Empat dan Lima turut dinaikkan daripada RM70 kepada RM200 sebulan, manakala Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) bagi pelajar tingkatan enam ditambah RM110 kepada RM300 sebulan

Sebahagian 61 perakuan
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia sebahagian daripada 61 perakuan yang dilaksanakan secara bersama antara sektor awam, khususnya Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), swasta serta masyarakat bagi meningkatkan minat pelajar terhadap sains dan teknologi.

Katanya, perakuan itu menjadi sebahagian daripada inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 dan dalam gelombang utama, Kementerian Pelajaran akan melaksanakan 15 perakuan termasuk menyemak semula hala tuju pendidikan sains dan teknologi (S&T) dan definisi dasarnya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran, berkata waktu mengajar bagi semua mata pelajaran sains tulen ditambah daripada empat kepada lima waktu seminggu.

“Selain itu, penggunaan pendekatan pembelajaran inkuiri penemuan dan pemantauan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta mewujudkan semula Peperiksaan Berpusat Amali Sains pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai galakan kepada minat pelajar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Kempen Kesedaran Pembudayaan Sains dan Teknologi dan Pelancaran Buku Laporan Strategi Mencapai Dasar 60:40 Aliran Sains/Teknikal: Sastera, di Petrosains, KLCC, di sini semalam.

Muhyiddin berkata, menyedari kepentingan sumbangan pendidikan terhadap S&T, sistem pendidikan negara sedang dikemaskini dengan penyerapan elemen bidang itu dalam pendidikan sama ada prasekolah, sekolah rendah dan menengah serta institusi pengajian tinggi (IPT).

Katanya, ia juga bertujuan memastikan kualiti, asas dan standard pendidikan negara dapat disamakan dengan penanda aras seperti Trend Kajian Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Pelajar Antara-bangsa (PISA).






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2012 07:40 PM | Show all posts
diskriminasi bodoh oleh umno.....

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2012 07:41 PM | Show all posts
tabur lagi duit kat rakyat...... taburrrrrrr....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2012 07:47 PM | Show all posts
aku tgk bbudak zmn skrang senang sgt dpt biasiswa kt skola tu...ok la kalau budak pandai, tp ada tu yg aku cam tak caye jer camne bole dpt..

lg satu nk buat balik pentaksiran amali tu yg mcm dulu2 tu kot...dulu dh ok gatal dimansuhkan...ni nk buat lg..tp yg ni aku setuju la..,xde la budak menyalin eksperimen jer utk pbs tu..

biasala menteri pelajaran kita ni, mcm setiap tahun ada jer dasar baru nk buat...next year tak tau dasar satu murid satu sukan tu on lg ke tak...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2012 08:15 PM | Show all posts
Minat je x cukuplah pak menteri oii... Otak pn kena amik kira. Cukuplah kat kolej vokaysional tu..bdk xlulus di luluskn gak. Kualiti pn kena amik kira
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2012 08:20 PM | Show all posts
geng_tx posted on 22-12-2012 07:40 PM
diskriminasi bodoh oleh umno.....

Kesian sgt2 jadi humno. Apa saja depa buat kena maki. Ini lah akibat dari penipuan pemimpin humno selama ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2012 08:26 PM | Show all posts
elokla depa prihatin...tambah2 nak PRU..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2012 08:43 PM | Show all posts
backcolor=rgba(255, 255, 255, 0)backcolor=rgba(255, 255, 255, 0)backcolor=rgba(255, 255, 255, 0)backcolor=rgba(255, 255, 255, 0)backcolor=rgba(255, 255, 255, 0)backcolor=rgba(255, 255, 255, 0)backcolor=rgba(255, 255, 255, 0)backcolor=rgba(255, 255, 255, 0)backcolor=rgba(255, 255, 255, 0)backcolor=rgba(255, 255, 255, 0)backcolor=rgba(255, 255, 255, 0)backcolor=rgba(255, 255, 255, 0)

hambik kau TT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2012 08:51 PM | Show all posts
terbaek...kerajaan.....pembangkang jg..Haprak...maap ye...kecuali pembangkang dah TUNJUKKAN sesuatu yg mengkagumkn...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2012 09:07 PM | Show all posts
perang_saudara posted on 22-12-2012 08:43 PM
backcolor=rgba(255, 255, 255, 0)backcolor=rgba(255, 255, 255, 0)backcolor=rgba(255, 255, 255, 0)back ...

ala ko ni...bg can la...aku pestime bukak thread
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2012 09:13 PM | Show all posts
funnyTONE posted on 22-12-2012 09:07 PM
ala ko ni...bg can la...aku pestime bukak thread

ya, ya, saya minta maaf kalau-kalau anda tersinggung...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2012 09:21 PM | Show all posts
sangat tak setuju dgn skim ini...tak nampak ke yg kebanyakan aliran sains mcm engineering,medicine,biomedicine,biotechnology,farmasi ni melahirkan graduan yg kerja makan gaji,peluang pekerjaan semakin tipis dek terlampau banyak graduan..kualiti graduan kini semakin menurun. just setakat hafal hafal hafal dan muntah semuanya masa exam amat tidak membantu kecemerlangan pelajar secara keseluruhan.

saya lebih setuju ditekankan aliran vokasional sbg aliran utama..kebanyakan aliran vokasional ini lebih kepada skil di mana mereka lebih cenderung mempunyai pekerjaan sendiri di masa hadapan.. ... Last edited by Elle_mujigae on 22-12-2012 09:23 PM

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2012 11:40 PM | Show all posts
menteri pendidikan plg baghal dlm sejarah negara!
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2012 12:34 AM | Show all posts
200 sebulan? gila banyak untuk budak sekolah menengah!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2012 12:36 AM | Show all posts
tau xpe...kalau pandai ok la...ni kadang menyakitkan ati jer...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2012 01:02 AM | Show all posts
yg menentang tu mesti dr aliran sastera kan?

sara sokong jika KPM tidak menyaring pelajar bijak selepas SPM masuk ke universiti dlm jurusan sains saja
elok diambil kira ttg keperluan lain
contohnya mcm aliran Transformasi Generatif yg dipelopor oleh Noam Chomsky tu
Chomsky tu dr bidang mathematic tapi di kaji bahasa
lalu menghasilkan rumus2 bahasa
sbg panduan ahli linguistik memahami, menanggap dan mengkaji bahasa

di Malaysia ni, selain Asmah Haji Omar, mmg jarang yg nak mengkaji bahasa
yg cuba bw tatabahasa dewan pun bukan pakar sgt bahasanya
sbb tu bhs jadi caca merba. yg dah mmg digunakan dr turun temurun
tetiba dikata salah dan dibuat cara baru
adeyyy
kalo ada budak sains atau matematik yg mengkaji BM
serta membuat rumus2 baru, alangkah eloknya
nak tunggu org sastera buat, depa fobia matematik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2012 01:19 AM | Show all posts
pening laa kerajaan la nih.... bg jerlah utk kepentingan semua ... pengecualian2 nih menyebabkan ketidakseimbangan pencapaian jer nanti .....
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2012 01:28 AM | Show all posts
mysara posted on 23-12-2012 01:02 AM
yg menentang tu mesti dr aliran sastera kan?

sara sokong jika KPM tidak menyaring pelajar b ...

hado ko ahli matematik mulayu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2012 01:30 AM | Show all posts
mysara posted on 23-12-2012 01:02 AM
yg menentang tu mesti dr aliran sastera kan?

sara sokong jika KPM tidak menyaring pelajar b ...

aku bukan menentang pon...tp kajaan kita ni kerap sgt nk tukar dasar..tu yg org tak suke...ramai kt skola tu kena pakse jer ikut kelas sains...walhal hancur..nk tukar aliran x dpt sbb mak bapak n cikgu x bg...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2012 01:34 AM | Show all posts
Apa kata takyah ada aliran aliran ni....ajar semua subjek...yg mana minat boleh teruskan ke peringkat yg tertinggi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.558070 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list