CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7863|Reply: 35

Apa sebenarnya berlaku di Syria?

[Copy link]
Post time 28-12-2012 09:48 AM | Show all posts |Read mode
Petikan dari website IKRAM... artikel ni sudah lama tapi kebanyakan daripada kita khususnya tidak ambil peduli akan hal ni..
Khamis, 08 Disember 2011 10:32

SERDANG – Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi, pembantu khas Dr Yusuf al-Qardhawi, telah diamanahkan Ketua Ikatan Ulama Islam Antarabangsa itu untuk memberitahu berita dan hal sebenar yang berlaku di Syria.

Beliau yang baru sahaja melawat Indonesia diminta oleh Dr Yusuf al-Qardhawi untuk ke Malaysia. Seperti mana revolusi yang sedang berlaku di Yaman dan Syria, beliau juga mengharapkan agar di Malaysia juga berlaku perubahan yang lebih baik khususnya dalam kalangan umat Islam.
Di Indonesia, Syeikh Khalid telah menerangkan berkenaan isu Syria di beberapa tempat, dan kemuncaknya, beliau bertemu dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono ditemani sahabat dari Partai Keadilan Sejahtera (PKS). Setelah menerangkan kisah sebenar, akhirnya Presiden Susilo telah bersetuju untuk menyokong revolusi rakyat Syria.
Menurut beliau, revolusi bermula di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti di Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria menentang pemerintahan kejam Basyar Al-Assad.
Tambahnya, golongan zalim tidak berhenti mengaburkan kebenaran, tapi mereka gagal, seperti kata Ali r.a. "Pemerintah yang batil (zalim) itu hanya sementara tetapi pemerintah yang benar kekal selamanya.”
Kata-kata Ali r.a. bertepatan dengan firman Allah Subhanahu Wa Taala di dalam surah al-Israk ayat 81:
“Dan katakanlah: ”Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.”

Dr Khalid melihat kerajaan Syria pimpinan Basyar Al-Assad dan orang yang sepertinya sekarang berpolitik ala Firaun seperti mana yang dilakukan oleh pemerintah Tunisia, Mesir, Yaman, dan Libya. Mereka mencuri harta-harta rakyat dan memakannya dengan cara yang haram, memenjarakan rakyat sendiri, membunuh para ulama, melakukan pembunuhan beramai-ramai, merogol dan mencabul kehormatan wanita-wanita, menghalang perempuan beriman daripada memakai hijab serta menindas orang yang lemah seperti orang tua dan kanak-kanak.
Dan mereka ini tidak akan kekal seperti dalam surah ar-Ra’d ayat 17:
“Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.”
Beliau menceritakan latar belakang sejarah Syria, yang merdeka daripada penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya, Basyar Al-Assad yang kini memerintah selama 11 tahun.
Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator. Syeikh Khalid menceritakan tentang konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari, mengorbankan hampir 46,000 ribu penduduk Hama yang merupakan penganut Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).
Komposisi rakyat Syria: 6% darinya adalah Syiah Alawiyah, 10% beragama Kristian dan 84% Muslim ASWJ. Iran mempertahankan tindakan ganas rejim Hafez dan Basyar yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan yang menyokong tindakan Hafez yang merupakan Syiah Alawiyah. Beliau seterusnya menyebut sifat-sifat Syiah yang begitu membenci ASWJ, menghina Khulafa Ar-Rasyidin dan isteri-isteri Rasulullah s.a.w. Sehingga hari ini Iran dan Hizbullah di Lubnan yang berfahaman Syiah masih menyokong rejim Basyar di Syria.
“Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab kita untuk membela darah pemuda, pemudi dan huffaz. Kita kena sokong revolusi di Syria, kena tunjukkan keberanian kita menentang rejim zalim ini.
“Mereka membenci ASWJ, dan Hizbullah di Lubnan juga menyokong mereka. Jadi kita perlu menyokong saudara kita di Syria. Sekiranya Hizbullah berani menyokong Basyar ini, kenapa kita tidak berani menyokong golongan yang mempelopori revolusi ini?” tegasnya.
Fakta kekejaman rejim Basyar terhadap revolusi di Syria sekarang menunjukkan kematian 8,500 orang penyokong revolusi, 39,000 orang cedera, sementara 19 doktor serta 40 orang pesakit sebuah hospital di Doma dibunuh dan 180,000 tahanan dalam penjara diseksa yang mana 413 orang darinya mati dalam tahanan.
Dalam tempoh lapan bulan, telah berlaku revolusi siang dan malam, rakyat menghadapi senjata berat dan kereta kebal hingga rumah dan masjid dirobohkankan, wanita dibawa ke tempat yang tidak diketahui, malah ada wanita yang diperkosa di hadapan suami mereka sambil diikat.
Menurut Syeikh Khalid lagi, seorang remaja perempuan di Homs, bernama Zainab Al-Husni, 23 tahun, ditangkap dan ingin diperkosa tetapi beliau melawan. Akhirnya beliau dipotong empat dan dihantar kepada keluarganya. Ratusan kanak-kanak turut dibunuh hingga ada yang dipotong-potong.
Beliau menegaskan, ”Apakah kita perlu berdiam diri? Bagaimana kita harus bersabar di atas taghut yang kejam ini!“
Rejim Basyar juga telah memaksa kakitangan kerajaan untuk keluar berdemonstrasi menyokong kerajaan untuk mengaburkan fakta dan memberitahu dunia bahawa rakyat masih menyokong mereka. Kakitangan yang tidak menyokong kerajaan akan hilang pekerjaan mereka.
Katanya, pejuang yang terlibat dalam revolusi akan bersiap, berwuduk dan mandi dengan wangian kerana mereka bersedia untuk mati syahid. Beliau menganggarkan 95% rakyat Syria menentang rejim itu walaupun mereka ditakut-takutkan dan diugut sekiranya turun menyertai revolusi.
Jelasnya, ada maklumat yang silap difahami oleh bukan negara Arab yang menyangka kononnya rejim Basyar sedang menyerang Israel sedangkan mereka tidak pernah menyentuh Israel, tetapi mereka membunuh rakyat mereka sendiri. Malah kapal terbang Israel boleh berada di atas istana Presiden tanpa diambil sebarang tindakan.
“Selama 43 tahun Bukit Golan diduduki oleh Israel tetapi regim Hafez Al-Assad dan ayahnya tidak pernah membunuh walau seorang pun Yahudi, tetapi mereka telah membunuh ribuan penduduk Hama yang terletak hanya enam kilometer dari Bukit Golan.”
“Maka di mana buktinya bahawa rejim yang kejam ini menunjukkan permusuhan ke atas Israel?” tanya beliau.
Beliau seterusnya menegaskan bahawa terdapat perjanjian rahsia antara Syria dan Israel. Basyar merupakan al-Assad (singa) kepada rakyat mereka tetapi penakut dengan Israel.
Kekejaman rejim Basyar terserlah sehingga jika ada tentera rejim yang tidak mahu menembak ASWJ, mereka akan dipenjarakan dan dibunuh. Keadaan ini menyebabkan lebih 30,000 tentera Syria berpaling tadah meninggalkan rejim.
Beliau seterusnya menyatakan fatwa Rabitah Ulama Syria oleh Dr Ali As-Sobuni bahawa sekiranya tentera menyerang rumah penduduk, mereka hendaklah melawan walau dengan sebilah pisau, dan mereka dihukumkan syahid sekiranya terbunuh berdalilkan hadis berikut:
“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid ”(HR Abu Daud, An-Nasaie dan Tirmizi, disahihkan oleh Al-Albani dan Ahmad dengan sanad yang Sahih).


Sebanyak 18 negara Liga Arab telah bersetuju untuk mengenakan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria sehingga rejim Syria menghentikan kekejaman ke atas rakyatnya. Begitu juga, negara-negara Persidangan Negara-negara Islam (OIC) turut memulau Syria.
Revolusi di Syria bersangkut-paut dengan tiga sebab utama iaitu penindasan rakyat lebih 40 tahun, kebangkitan rakyat di negara-negara Arab lain dan kemuncaknya adalah insiden 20 remaja menconteng dinding dengan menulis “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Remaja-remaja itu ditangkap, diseksa, dicabut kuku, tangan dan kaki, hingga seorang daripadanya meninggal dunia.
Apabila ibu bapa kanak kanak itu datang untuk membebaskan anak-anak mereka dari penjara, ketua polis penjara mengatakan kepada mereka:
"Kamu balik sahajalah, lupakan anak anak-anak itu dan anggaplah mereka telah tiada..., jika kamu hendak anak-anak lagi berikan kami isteri-isteri kamu (agar kami rogol), hasil daripada itulah anak-anak kamu.”

Dari situlah bermulanya demonstrasi yang semakin hari bertambah momentumnya dari hanya ratusan ribu hingga pada hari ini 3 juta demonstran telah mengadakan tunjuk perasaan di 157 bandar seluruh Syria mendesak Basyar berundur. Syeikh Khalid turut menjelaskan tentang pendirian Dr Sa’id Ramadhan al-Buti dalam politik Syria. Menurutnya, Dr Sa’id adalah antara lima orang ulama yang menyokong rejim berbanding 95% ulama yang menentang. Beliau menyifatkan Dr Sa’id sebagai ulama yang 'berilmu' tetapi kurang tajam dalam perspektif politik.
“Tidak hairanlah para pemuda di sana membakar buku-buku karangan beliau. Ramai lagi ulama lain yang menulis buku sirah yang amilin. Jadikanlah ulama-ulama amilin sebagai rujukan,” katanya.
Akhirnya, beliau menyeru umat Islam membantu rakyat Syria, menyeru peranan mufakkir, duat, asatizah untuk mengetengahkan dan sentiasa prihatin tentang isu di Syria, menceritakan kepada masyarakat tentang kezaliman dan apa yang berlaku di Syria.
Beliau turut menyarankan kepada para wanita yang solehah, untuk menceritakan kekejaman yang berlaku kepada saudara perempuan mereka di Syria dan berdoa untuk mereka.
“Hendaklah kamu berdoa untuk saudara-saudara kamu di Syria dengan ikhlas, siang dan malam supaya Allah membantu mereka dan membebaskan mereka daripada kezaliman pemerintah mereka.”

Sebagai penutup, beliau membaca amanat Dr Yusuf al-Qardhawi agar umat Islam menghulurkan bantuan berbentuk kewangan kepada saudara-saudara se-Islam di Syria dalam bentuk zakat dan sedekah untuk keluarga pejuang yang sedang dipenjarakan dan keseluruhan rakyat Syria, lebih-lebih lagi musim sejuk akan datang dan mereka sedang mengalami kekurangan bahan pemanas dan makanan kerana sekatan pemerintah.
Berdasarkan amanat tersebut, kutipan derma dilancarkan bagi membantu rakyat Syria yang tertindas. Kutipan derma dianggarkan berjumlah RM38,000 termasuk mata wang asing seperti USD, Won, NZD, SGD, Rupiah dan Iraq Dinar. VCD 'Syria Revolution' yang dijual IKRAMedia, dengan semua keuntungannya disalurkan kepada Tabung Syria juga habis dalam masa yang singkat.

Program anjuran Jawatankuasa Antarabangsa Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) itu diadakan di Dewan Banquet Universiti Putra Malaysia di sini Selasa lalu dan dihadiri kira-kira 1,000 orang ahli IKRAM. Terdahulu, Presiden IKRAM Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad menyampaikan ucapan mengalu-alukan kehadiran Dr Khalid.
Turut hadir adalah Pengerusi JK Antarabangsa IKRAM Pusat Ustaz Wan Subki Wan Salleh dan Timbalan Pengerusi JK Tarbiah Ustaz Abd Muhaimin Mohd Sahar yang bertugas sebagai penterjemah. Bertindak mengacarakan majlis pada malam itu adalah Yang Dipertua IKRAM Selangor Ustaz Shamsul Maarif Ismail.
Majlis ditutup dengan bacaan doa penuh syahdu seluruh hadirin yang dipimpin oleh Pengerusi JK Tarbiah IKRAM Pusat Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria.
Mudah-mudahan Allah mengurniakan pertolongan yang seluas-luasnya kepada umat Islam yang sedang dizalimi di Syria, menghancurkan taghut yang zalim dan menggantikannya dengan pemerintahan Islam di sana.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-12-2012 09:52 AM | Show all posts
Kenapa Russia menyokong Al-Assad



Rusuhan untuk menjatuhkan rejim Al-Assad sejak sebelas bulan lalu telah mengorbankan kira-kira 6000 nyawa umat Islam sehingga awal tahun ini.

Minggu ini, rejim Al-Assad menguatkan lagi serangan dengan menggunakan kereta kebal dan senjata berat terutamanya di Homs.

Tentera Pembebasan Syria (Free Syria Army, FSA) tidak berupaya melakukan kempen ketenteraan yang berkesan dan efisyen kerana tidak berjaya mengambil alih mana-mana bandar. Kecuali baru-baru ini mereka berjaya menawan Homs dan Zabadani, yang sekaligus memberikan gambaran perkembangan yang positif.

Oleh kerana itu, rejim Al-Assad sedaya upaya cuba mengambil alih bandar tersebut.

Homs merupakan bandar yang padat dengan penduduk Sunni. Homs juga dikatakan laluan bekalan bantuan dan ketenteraan dari rangkaian FSA di Lubnan.

Aktivis di Syria pula mula menyebarkan gambar-gambar dan video yang memaparkan situasi dan mangsa yang terkorban di Homs terutamanya bagi memberi tekanan moral terhadap PBB dan negara luar untuk campur tangan.

Isnin lalu, Russia dan China menolak resolusi keamanan PBB yang menuntut Presiden Al-Assad untuk turun. Dan semalam, Russia menghantar Menteri Luarnya, Sergei Lavrov ke Syria untuk mengadakan rundingan diplomatik dengan Al-Assad bagi mendamaikan keadaan di Syria.

Hasil rundingan tersebut, Lavrov melaporkan bahawa Al-Assad komited untuk menghentikan keganasan sementara purata mangsa terkorban meningkat kepada 40 nyawa sehari.

Barangkali Russia dan China memberikan sokongan terhadap rejim Al-Assad kerana berpendapat FSA tidak mampu menjatuhkan Al-Assad.

Sekarang ini Russia memerlukan tempat berpijak di Timur Tengah setelah hubungan Russia dengan Iran dan Libya menjadi renggang. Situasi di Syria sekarang menjadi penentu kedudukan Russia di Timur Tengah. Russia juga perlu menjaga pangkalannya di Tartus, Syria.

Sebenarnya, bukan Russia saja yang memerlukan Syria. Begitu juga Turkey, Amerika dan Iran kerana Syria merupakan penentu kuasa besar di Timur Tengah.

Iran pula memberikan sokongan dan bantuan ketenteraan terhadap rejim Al-Assad. Sasaran utama Iran ialah memastikan rejim Aliwiyah ini untuk kekal tidak kira siapa pemimpinnya.

Semoga Allah SWT memberikan keselamatan dan keamanan kepada Syria dan menyelamatkan penduduknya dari kezaliman.

Oleh: Muhammad Adam Zainuddin,
Tahun 6, Perubatan,
Universiti Kaherah


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2012 10:11 AM | Show all posts
Kagum dengan ke'Pedulian' umat Islam di Indonesia.. mereka lagi alert hal2 mengenai kebangkitan Islam daripada umat melayu di Malaysia yg asyik bergaduh sesama kita..

Saturday, August 25, 2012
Syria perang akhir zaman

http://3.bp.blogspot.com/-PhSA0L ... AAAACcM/CssgsKprwSw

Peperangan dan konflik antara kaum muslimin sunni dengan kaum Syi'ah Nushairiyyah Rejim Bashar Al-Assad yang berlaku di Syria sekarang ini memang takkan pernah ada kata berhenti untuk dibincangkan dan menjadi perhatian umum dunia antarabangsa khususnya Dunia Islam.


Ahad pagi 12/8/2012 di masjid At-Takhim, Forum Komunikasi Aktivis Masjid (FKAM) cawangan Yogyakarta mengadakan kajian "Tinjauan Kritis Konflik Syria" sekaligus penggalangan dana yang akan diperuntukkan bagi kaum muslimin sunni Syria yang saat ini mengalami penindasan, penangkapan beramai-ramai, pembunuhan dan pemerkosaan yang dilakukan oleh Rejim Bashar Al-Assad yang menganut mazhab Syiah Nushairiyyah.
Sedangkan diadakannya kajian tersebut tidak lain adalah sebagai peringatan bagi kaum muslimin akan kekejaman dan penindasan yang dilakukan oleh rejim Syiah Alawiyah pimpinan Bashar Assad. Hal ini dinilai penting kerana sebahagian besar kaum muslimin masih memandang acuh tak acuh terhadap konflik atau "Revolusi" yang berlaku di Syria sebagai sebahagian daripada urusan dalam negeri Syria.


Sebenarnya apa yang berlaku di negeri Syria yang sekarang ini diperintah oleh rejim Syiah Alawiyah sudah berlaku sejak 40 tahun yang lalu. Dan hal tersebut merupakan Dendam Ideologi dari kelompok atau perikatan Syi'ah kepada kaum Muslimin Sunni.


Kajian dan penggalangan dana yang diisi oleh Ustadz Fahrrurozi Pengamal Da'wah dari  Yogyakarta   ini di sambut dengan begitu bersemangat dan baik sekali oleh kaum muslimin khususnya yang ada di Jogja. Hal ini terbukti dengan banyaknya kaum muslimin yang datang dalam kajian ini untuk mengetahui keadaan saudara sesama muslim yang tertindas di Syria. Menurut Kru FAI, lebih dari 300an jemaah ikhwan mahupun akhwat penuhkan kawasan di mana kajian berlangusng.


Negera yang banyak melahirkan banyak ulama Islam itu, sehingga kini telah "melahirkan" belasan ribu Syuhada 'pejuang yang syahid disebabkan tujuan mereka semata-mata hanya untuk menegakkan syari'at islam di bumi Syam yang diberkati tersebut.


Tercatat hingga Mei 2012, sekitar 12,000 muslim sunni telah terbunuh dan insya Allah syahid. Puluhan ribu lainya cerdera dan menderita di penjara-penjara rejim Bashar Assad, ribuan Muslimah diperkosa, anak-anak kecil yang tidak berdosa-pun tak lepas dari lindasan buldoser dan peluru serta meriam para jagal Syiah Nushairiyyah.


Dalam kajian ini Ustadz Fahrurozi sebagai penceramah mengatakan bahawa Syria, negeria yang menderita tersebut adalah salah satu negera yang diagungkan dalam islam, maka sudah sewajarnya jika kaum muslimin seluruh dunia menaruh perhatian padanya.


"Syria, negera yang menderita tersebut merupakan salah satu tempat yang diagungkan dalam Islam. Banyak Ulama yang menulis keutamaan Syria (Syam-red), terutama ibukotanya Damaskus. Sebagaimana sabda Rasulullah saw, "Jika penduduk Syam telah rosak, maka tiada kebaikan lagi di antara kamu". (HR.Ahmad) ", kata beliau.


Beliau-pun meneruskan, bahawasanya Rasulullah saw sendiri langsung menyebut bandar Damsyik sebagai benteng umat Islam pada perang akhir zaman kelak.


"Harus difahami oleh kaum Msulimin bahawa Damsyik yang masuk wilayah Syria merupakan tempat berlakunya Al-Malhamah Al-Kubra dan tempat terbaik bagi kaum muslimin pada saat itu. Rasulullah saw bersabda, "Di hari perang semesta (Al-Malhamah Al-Kubra atau Armagedon), benteng kaum muslimin di sebuah tempat yang bernama Ghuthoh, di Ghuthoh itu terdapat sebuah tempat yang disebut Damaskus. Disitulah sebaik-baiknya tempat bagi kaum muslimin pada hari itu. (HR.Abu Dawud) ", tegasnya.


Pada kajian tersebut juga diberikan maklumat terkini dari Syria, bahawa pada hari Ahad 12 Ogos 2012 pukul 03.00 wib sebanyak 179 kaum Msulimin sunni sudah terbunuh kembali dan Insya Allah Syahid dan maklumat di dapat dari NGO Hilal Ahmar yang sekarang berpusat di Turki.


Rata-rata kaum muslimin sunni yang terbunuh di Syria sebanyak 150 hingga 200 jiwa per harinya. Dalam penutup kajian tersebut Ustadz Fahrurozi berpesan bahawa penyelesaian terbaik dan satu-satunya penyelesaian dari konflik dan penindasan yang dialami oleh kaum muslimin di Syria serta kaum muslimin yang lain di pelbagai belahan dunia adalah Jihad.


Kerana dengan berJihadnya seluruh kaum muslimin, sesungguhnya boleh menjadi penyatu dari bersatunya pelbagai kaum muslimin yang ada di dunia, yang sebelumnya tidak tahu dan tidak mengenal akan menjadi kenal antara satu dengan yang lain sehingga terjalinlah ukhuwah islamiyyah yang hakiki sesama muslim. Sesuai dengan firman Allah swt,


"Demikianlah apabila Allah menghendaki niscaya Allah akan membinasakan mereka tetapi Allah hendak menguji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain. Dan orang-orang yang syahid pada jalan Allah, Allah tidak akan menyia-nyiakan amal mereka. Allah akan memberi pimpinan kepada mereka dan memperbaiki keadaan mereka. dan memasukkan mereka ke dalam jannah yang telah diperkenankanNya kepada mereka. "(Surah Muhammad 47: 5-6)", jelasnya. (Umar Khan / Kru FAI)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2012 10:18 AM | Show all posts
Sunday, September 2, 2012

&h=160&w=223&zc=1

Ucapan Presiden Mersir di Tehran: Darah rakyat Syria yang tertumpah berada di leher kita semua !!!

Ini adalah terjemahan ucapan Presiden Mesir, Muhammad Mursi, pada Sidang Kemuncak non-blok di Tehran tarikh 30 Ogos 2012:




"Segala puji bagi Allah, shalawat dan salam dicurahkan kepada Rasulullah, shallallahi 'alaihi wasallam, keluarga dan para sahabatnya. Semoga Allah meredhai pemimpin-pemimpin kami, Abu Bakar, Umar, Utsman dan 'Ali serta sahabat seluruhnya, tabi'in dan atba'uttabi'in sampai hari kiamat.


Berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah dan janganlah bercerai-berai


Yang mulia presiden Mahmoud Ahmadi Nejad, presiden republik Islam Iran. Para pemimpin yang mempunyai kehormatan, para raja dan presiden.


Kita berkumpul pada hari ini, pada satu saat penting dalam sejarah kontemporari setelah revolusi Mesir, selepas revolusi damai rakyat Mesir yang permulaan beberapa tahun sebelumnya akan tetapi dia menjelaskan pada tahun iaitu pada 25 Januari 2011, di mana kaum Muslimin bergerak di atas hati yang satu untuk mengubah rejim yang menindas mereka dan tidak bertindak untuk kepentingan rakyat. Kaum muslimin mampu, dengan kurniaan Allah kemudian dengan perpaduan mereka, melalui fasa peralihan yang sukar. Revolusi Mesir pada tanggal 25 Januari berperanan sebagai peluru bagi revolusi Arab. Dimana pada hari-hari sebelumnya revolusi Tunisia, kemudian merebak dari situ menuju revolusi Libiya dan Yaman. Dan sekarang revolusi Syria menentang rejim yang zalim yang berkuasa disana.


Revolusi Mesir telah berjaya dalam merealisasikan sasaran politiknya dalam perpindahan kekuasaan mereka sekarang kepada kuasa rakyat yang sesungguhnya yang terlaksana pemilunya dari kemahuan rakyat. Sekarang Mesir adalah Negara awam semata-mata.
Hadirin sekalian


Kita semua sekarang ini berada di hadapan cabaran yang kompleks yang dihadapi Negara-negara kami ahli non-blok dalam masalah bangsa Palestin dan Syria menetang kezaliman dihadapan mereka dengan gagah berani menuntut kemerdekaan, keadilan dan kemuliaan berperikemanusiaan. Kita juga bertekad untuk menjadi pelakon dalam sistem antarabangsa dan administrasinya.


Sesungguhnya permasalah baru selepas revolusi Mesir adalah mencari sistem global yang adil yang mengeluarkan Negara berkembang dari zon kemiskinan, kebergantungan dan marjinal menuju zon tenang, kepemimpinan, kuat dan turut mengambil bahagian dalam urusan global iaitu perkara yang tidak terealisasikan tanpa sampai pada pendirian antarabangsa kerana perlunya melaksanakan prinsip -prinsip demokrasi dalam sistem wang antarabangsa. Kerana Mesir percaya tiang utama untuk sistem antarabangsa yang adil yang baru yang kami inginkan terletak pada asasnya meningkatkan sumbangan Negara-negara membangun dalam pengurusan dan perbaikanlembaga kerajaan global dengan memastikan penyertaan yang setara dalam membuat keputusan dan rumusan di kancah antarabangsa baik politik, ekonomi dan sosial.


Mungkin langkah pertama dalam merealisasikan matlamat ini adalah pembaikan dan perluasan dewan keselamatan secara komperhensif untuk menjadi representative lebih dari tatanan dunia yang ada di abad 21, dan juga parallel kita wajib mengaktifkan peranan majlis umum di PBB dan menambah sumbangannya dalam problematika keamanan dan keselamatan antarabangsa kerana dia menjadi representatsi dunia dan bangsa.


Kami telah menyaksikan beberapa bulan lalu beberapa contoh akan pentingnya memberitahu peranti ini untuk peranan yang lebih aktif ketika dewan keselamatan tidak boleh berbuat dalam medatangkan penyelesaian di pelbagai krisis disebabkan hak VETO yang menghalang tercapainya penyelesaian problemproblem tersebut dan barangkali yang terakhir yang masih membuat hati kami terluka iaitu krisis Syria.


Hadirin sekalian


Sesungguhnya masalah Palestin, semenjak permulaan gerakan non-blok, menjadi keutamaan utama dan juga akan menjadi sperti itu hingga mendapatkan penyelesaian dan komperhensif akan membina hak yang sah tidak tawar menawar untuk rakyat Palestin untuk menetukan nasib dan keinginannya serta menegakkan negara yang merdeka dengen keinginan seluruh rakyatnya di daam dan di luar Palestin.


Pada hari ini, saudara-saudara, kami dituntut untuk berdiri di samping hak ini dan memenuhi sokongan politik dan sokongan-sokongan lain yang harus direalisasikan bagi mengiktiraf Negara Palestin masuk dalam Negara PBB seperti Negara yang utuh keanggotaannya dan memerhatikan apa yang menlanda bangsa, khususnya para tawanan, yang berada dalam keadaan susah akibat penjajahan yang bertentangan dengan semua norma-norma, prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa, nilai-nilai kemanusiaan dan hak asasi manusia serta merdeka di Negara mereka sendiri.


Oleh kerana itu Mesir akan menyokong setiap langkah Palestin di dewan umum untuk bergabung dengan PBB jika presiden Palestin mahukan itu. Dan kami akan terus mengambil berat untuk rekonsiliasi nasional Palestin dengan menyokong bersatunya barisan Palestin.


Hadirin sekalian


Sesungguhnya solidariti kami bersama pelawanan putra-putra Syria menentang rejim Syria, melawan rejim penindas yang telah hilang keabsahannya adalah kewajipan moral memerlukan politik dan strategi. Tumbuh dalam keyakinan kami untuk masa depan Syria merdeka. Maka disini kami mengumumkan sokongan penuh tanpa ada kekurangan untuk perjuangan murid-murid kebebasan di Syria dan kami menterjemahkan simpati kami dalam pandangan politik yng jelas menyokong peralihan damai untuk suatu sistem pemerintahan yang demokratik yang mencerminkan keinginan rakyat Syria dalam keadilan, kemerdekaan dan persamaan.


Dan pada masa yang sama, Surah tidak mahu masuk ke dalam perang saudara atau berdiam dari bentrok mazhab. Dari sinilah pentingnya menyatukan barisan perlawanan bagi menjamin kepentinga semua spektrum Syria tanpa membeza-bezakan dan diskriminasi yang mereka menjaga persatuan dan keutuhan wilayah Negara ini untuk bangsa Syria tercinta. Dan Mesir sangat siap untuk bekerjasama kepada semua pihak untuk menghentikan pertumpahan darah dan sepakat dalam pandangan prinsip jelas yang akan berdiri di atasnya Syria yang baru. Sebagai pelindung dari fasa berdarah dan kebangkitan yang dipersembahkan oleh setiap warga Syria yang tulus untuk Negara, bangsa dan sejarahnya. Dan sungguh Mesir telah membuat inisiatif dalam persidangan Mekah di akhir Ramadhan lalu dan mengajak pihak-pihak pelaku untuk mengambil langkah konsisten mewujudkan penyelesaian yang tepat untuk keluar dari bencana ini yang melanda bangsa Syria. Sesungguhnya pertumpahan darah yang berlaku di Syria berada di leher-leher kami (tanggung jawab kita.pen) oleh kerana itu kita harus menyedari bahawa darah ini dan penjaganya tidak mungkin berhenti tanpa campur tangan aktif dari kita semua untuk menghentikan konflik berderah ini "
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2012 11:02 AM | Show all posts
islam sebenarnye hancur bukan disebabkan oleh org kristian atau yahudi....tapi dari sesama islam tu sendiri....
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2012 11:04 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2012 11:10 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2012 11:11 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2012 11:15 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2012 11:17 AM | Show all posts
Petikan dari Blog Hilal Asraf

Kita Membantu Mereka. Bukan Sekadar Doa.

Kita serba maklum bahawa saudara-saudari kita di Syria sana sedang berada dalam tekanan yang teramat di bawah pemerintahnya sendiri, Basyar Assad. Pembunuhan berlaku dengan penuh kekejaman dan telah tercatat bahawa angkanya mula mencecah puluhan ribu. Kita sendiri sedia maklum dengan perkembangan di sana berdasarkan updates yang nyata tidak putus-putus di Facebook, jika kita seorang yang memerhati, dan rakan-rakan kita di Facebook pula adalah rakan-rakan yang cakna.

Kita lihat banyak rintihan, banyak seruan doa, banyak bicara semangat yang wujud. Ya, jelasnya, kita yang jauh daripada mereka,  yang nyata tidak punya kekuatan untuk mengangkat senjata, memang begitulah resmi bantuan kita. Berdoa. Menyebarkan maklumat. Menceritakan kebenaran. Ya, itulah yang kita mampu lakukan, tanda kita simpati, peka, sensitif dan berusaha untuk menghulurkan bantuan.

Tetapi apakah cukup sedemikian sahaja?

Apakah benar usaha yang boleh kita lakukan hanyalah berdoa, menyebarkan maklumat, menceritakan kebenaran semata-mata di alam maya, di alam realiti?

Saya dan Team LangitIlahi berpendapat, tidak.

Kita ada satu lagi usaha yang boleh dilakukan.


Khaled Mesyal Pernah Berkata.

Semasa Palestina dibantai hebat oleh Israel pda perang Al-Furqan yang berlangsung bermula penghujung tahun 2009, lebih tepat 26 Disember 2009, satu kerosakan yang dasyat dan masa hadapan yang gelap mewarnai hari-hari rakyat Palestina ketika itu. Hingga mendapat perhatian seluruh dunia, yang nyata amat hangat sekali.

Pada ketika itu, Khaled Mesyal, salah seorang pemimpin HAMAS ditanya oleh wartawan, apakah bantuan yang sepatutnya dihantarkan kepada Palestin?

Khaled Mesyal ketika itu menjawab: “Binalah ummat di kawasan kamu, itulah dia bantuan terbesar buat kami di sini, selain doa dalam qiamullail yang kamu dirikan.”

Ya. Itu jawapan seorang pemimpin HAMAS. Pada saya, seruan itu adalah yang paling realisitik yang pernah saya dengar dalam hidup saya. Seruan yang paling tepat sekali, solusi utama dalam menyelesaikan permasalahan ummat Islam hari ini. Islah. Perbaiki. Mantapkan. Itu yang diseru.

Bukannya mereka ini meminta makanan.

Bukannya mereka ini meminta ubat-ubatan.

Tetapi bila punya peluang untuk meminta bantuan, yang pertama sekali diminta adalah: “Binalah ummat di kawasan kamu.”



Mengapa Seruannya Sedemikian?

Saya melihat bahawa, inilah namanya amal jama’ie(amalan secara berjemaah). Mereka di Palestin, Syria, bergerak menentang dan menumbangkan kezaliman di negeri mereka. Sedang kita pula sepatutnya berusaha dan bergerak ‘membantu’ mereka dengan memperbaiki diri dan masyarakat kita.

Kerana jelas, dalam dunia global hari ini di mana negara-negara bukan Islam bersatu di bawah satu bendera, di bawah satu matlamat, dikuasai oleh Israel dan Amerika. Sekiranya ada satu negara Islam yang benar naik, mereka akan berusaha mensabotajnya. Maka adalah satu langkah yang cermat dan logik, kita membina masyarakat kita, negara kita, agar mampu memperbanyakkan negara Islam yang benar, sekaligus menjadi penyokong ampuh kepada negara-negara Islam yang para mujahidinnya bersungguh berjuang.

Hal ini kerana, sekiranya mereka akhirnya berjaya, menang, dalam keadaan tiada negara Islam lain yang menyokong mereka kerana belum terislahnya kepimpinan di dalamnya, tidak terbina mentaliti rakyatnya, maka negara Islam ini akan mudah ditumbangkan semula oleh kesatuan Amerika dan Israel bersama konco-konco mereka.

Justeru, selain bantuan doa, penyebaran maklumat, pemberitahuan kebenaran, yang kita perlu lakukan adalah pembinaan diri, keluarga dan masyarakat. Itu Jangan sesekali ditinggalkan. Jangan sesekali dialpakan.



Masyarakat Yang Buta, Tidak Akan Bangkit.

Masyarakat yang buta, yang tidak terbina, tidak akan bangkit. Mereka tidak akan mengenali yang manakah kebenaran, yang manakah kebatilan. Mereka tidak akan mampu mengubah diri mereka. Mereka hanya akan merasa selesa.

Kerana itulah projek Islah Nafsaka Wad’u Ghairaka(Perbaiki diri kamu dan ajak orang lain) ini perlu berjalan. Kita proses diri kita, dan proses keluarga kita, sekaligus membina masyarakat yang kuat. Kita laksanakan dakwah, kita jalankan proses tarbiyah, membina ummat yang gagah bersama mentaliti yang segah.

Kalau benar hendak membantu Palestina, Syria, Chechnya, Afghanistan, Iraq dan sebagainya, begitulah cara dan dedikasi yang sebenrnya. Tidak cukup sebenarnya sekadar berpencak di Facebook, atau sekadar membuka perbincangan kedai kopi membicarakan hal timur tengah. Tetapi gerak kerja itu perlu ada.



Doa Sahaja Tidak Akan Merubah Apa-apa.

Saya pernah menulis dalam Buku Motivasi LangitIlahi3: Fanzuru, akan perkongsian guru saya yang bernama Ala’ Hilat, apabila dia membicarakan perihal Israel dengan sistem Kibutsats yang dicipta mereka.

Guru saya berkata:

“Kita lihat hari ini orang Islam berdoa supaya Allah menghancurkan Israel, memusnahkan tentera-tentera mereka dan menurunkan bantuan kepada kita. Tetapi, ingatlah semua bahawa, doa tanpa usaha tidak akan membawa apa-apa makna.”



Israel, untuk berjaya seperti hari ini, telah merancang dan berusaha pelbagai cara. Mereka bukan duduk diam dan mengharap semata-mata. Sistem Kibutsats yang dinyatakan, adalah sistem untuk mereka membina rakyat mereka agar mempunyai fokus untuk meruntuhkan Islam. Mereka tahu mereka sedang berperang dengan Allah SWT, tetapi mereka masih berusaha. Kerana itu, kita lihat hari ini mereka mengusai dunia. Mereka ubah diri mereka. Mereka mantapkan strategi mereka. Jadilah mereka seperti hari ini, mengawal dunia.

Maka begitulah kita ummat Islam perlu bangkit dan berubah.

Ubah diri, ubah keluarga, ubah masyarakat.

Disiplinkan diri, matangkan peribadi. Tingkatkan kefahaman akan Islam, bina kefahaman yang benar. Bergerak untuk mengajak agar lebih ramai lagi memahami Islam yang sebenar. Agar perkara ini berkembang dan berkembang, hingga masyarakat mempunyai kefahaman yang jelas.

Bila adanya perubahan ini, barulah segala harapan tadi dapat direalisasikan.

Kalau sekadar berdoa semata-mata,

Nyata kita tidak akan mendapat apa-apa.



Penutup: Kita Boleh Membantu Mereka!

Akhirnya, saya tegaskan di sini bahawa, kita boleh membantu mereka, saudara mara kita di Syria, Palestina dan lain-lain. Bantuan bukan sekadar doa, bukan sekadar ubat-ubatan dan pakaian. Tetapi adalah dengan kita sendiri berusaha mengubah diri kita menjadi lebih baik, dan membawa masyarakat kita ke arah pemantapan aqidah, fizikal dan mental.

Ayuh, ubah cara kita berfikir.

Sesungguhnya Allah SWT di sisi kita, maka mengapa kita tidak berusaha lebih?

Sedang orang yang nak menumbangkan Islam, yang berperang dengan Allah SWT berusaha bersungguh-sungguh. Maka apakah pantas kita yang menyatakan bahawa kita beriman kepada Allah SWT ini duduk sekadar mengharap semata-mata?

Apakah itu yang KEIMANAN ajar kepada kita?

Tidak. Buah kepada keimanan adalah usaha. Usaha adalah tanda kita percaya.

Maka berusahalah. Tidak cukup sekadar usaha dengan doa semata-mata. Usaha dengan pergerakan jasad juga perlu!

Ayuh, bangkit wahai raksasa!

Kita ini mampu sebenarnya!

Mari Menjadi Hamba!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2012 12:20 PM | Show all posts
Lagi jeneral Syria berpaling tadah



28 Disember 2012

Imej rakaman memaparkan pengakuan Mejar Jeneral al-Shallal. Foto: AP DAMSYIK - Ketua polis tentera Syria menjadi pegawai tertinggi terbaru  berpaling tadah dan menyertai pemberontakan menentang Presiden Bashar al-Assad dalam konflik sejak 21 bulan lalu di negara itu.

Rakaman pengumuman Mejar Jeneral Abdul Aziz Jaseem al-Shallal tersebut disiarkan stesen TV, Al Arabiya pada Selasa lalu.

Menurutnya, keputusan itu diambil selepas beliau tidak sanggup lagi menyaksikan kekejaman tentera rejim melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat sendiri dan terus membedil kawasan kampung serta bandar.

Sehingga kini, puluhan jeneral telah berpaling tadah sejak negara itu mula bergolak pada Mac tahun lalu termasuk teman rapat Assad, Jeneral Manaf Tlass.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Mohammed al-Shaar yang cedera dalam kejadian pengeboman berani mati di Damsyik pada 12 Disember lalu dilaporkan tergesa-gesa meninggalkan hospital di Beirut dengan menaiki jet peribadi.

Pegawai keselamatan Lubnan memberitahu, al-Shaar khuatir pihak berkuasa akan mengeluarkan waran tangkap antarabangsa atas penglibatannya melakukan tindakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan di Syria.

Selain itu, beliau juga dikatakan pernah terlibat dengan serangan berdarah ke atas penyokong Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di bandar Tripoli pada tahun 1986 semasa al-Shaar memegang jawatan sebagai pegawai perisikan kanan di utara Lubnan.

Dalam perkembangan lain, sekurang-kurangnya 20 terkorban termasuk lapan kanak-kanak selepas kereta kebal tentera rejim menggempur sebuah kampung di Kahtaniyeh, wilayah utara Syria, kelmarin. - AP
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2012 02:57 PM | Show all posts
sedih nye..ape nk jd dgn syria nih..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2012 03:09 PM | Show all posts
terkedu seketika
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2012 03:20 PM | Show all posts
Hmm.. kita sebanarnya memang kena ambik cakna or peduli ummah bukan saja di negara kita bahkan negara Islam di serata dunia.. INSHA ALLAH ISLAM semakin bangkit dari lena yg panjang...

Kebangkitan Islam Di Eropah – Antara Realiti dan Mimpi Ngeri




Kurun ke 21 menyaksikan kebangkitan Islam yang pesat di merata dunia. Benua Eropah antara yang paling hangat merasakan kesannya. Jika kebangkitan Islam di timur lebih menumpukan kepada spek pengamalan syariat, di belahan dunia barat pula Islam mendapat tempat di hati insan-insan yang kekosongan jiwa dan mencari lmpu buat menyuluh kehidupan.  Artikel kali ini memfokuskan kebangkitan Islam di Barat yang amat menarik untuk diteliti.


FAKTOR KEBANGKITAN


                Kebangkitan Islam di Eropah tidak terjadi dengan sendiri. Ia dicetuskan oleh beberapa situasi yang melanda benua Eropah beberapa dekad sebelum itu. Dengan lambakan hiburan, desakan keperluan hidup dan persaingan meraih pangkat dan status dalam masyarakat melahirkan sistem kehidupan yang celaru di sana. Walaupun zahirnya masyarakat mereka kelihatan teratur (bahkan lebih hebat dari masyarakat muslim sendiri) namun dek kekontangan spiritual akhirnya segala pembangunan dilihat kosong tak bererti. Pasca tragedi 911, Islam mula dikenali secara meluars di dunia barat. Walaupun media meletakkan label yang buruk-buruk kepada agama suci ini namun masyarakat Barat yang gemar mengkaji akhirnya menemui intisari sebenar di sebalik gambaran Islam yang diwar-warkan.
                Di sebalik nama-nama besar seperti Yusuf Islam, Michael Jackson dan Kristiane Backer, penduduk Eropah yang memeluk Islam sebenarnya sedang bertambah melebihi jangkaan. Data terbaru menunjukkan anggaran bilangan muslimin di Eropah kini berjumlah hampir  50 juta orang, iaitu 4% bilangan keseluruhan penduduk benua Eropah. Antara yang terbanyak menampung penduduk muslim ialah Bosnia dan Turkey di Eropah Timur manakala Perancis, Jerman dan United Kingdom di Eropah Barat. Trend memeluk Islam di kalangan warga Eropah kebiasaannya disebabkan perkahwinan antara muslim dan bukan muslim selain pertimbangan intelek dan feminisme. Tetapi kebelakangan ini trend ini mula berubah kepada memeluk Islam kerana mencari pengisian jiwa dan ketenangan spiritual.


ISLAM DALAM SEJARAH EROPAH


                Menyoroti catatan sejarah, kita maklum bahawa Islam telah bertapak di Benua Eropah seawal kurun kelapan Masihi dengan ketibaan angkatan prajurit Islam pimpinan Panglima Thariq bin Ziyad ke selatan Sepanyol. Dengan berdirinya Negara Andalus di sana, Eropah telah menerima suntikan ilmu dan dan kemajuan yang merubah seratus-peratus wajah mundur benua itu hingga menjadi sehebat Eropah yang ada sekarang. Emma Hartley, seorang wartawan senior di Eropah menulis dalam bukunya, Eropah: 50 Fakta Yang Perlu Diketahui bahawa “Eropah takkan wujud tanpa Islam”.
                Kenyataan ini sangat tepat bagi menggambarkan sumbangan Agama Islam kepada benua Eropah dan seluruh penghuninya. Jika tidak kerana tamadun ilmu yang berdiri di Al-Andalus, Eropah akan kekal berada dalam kebodohan dek cengkaman gereja yang memisahkan urusan agama dari kemajuan dunia. Al-Andalus bukan saja menjadi jambatan yang menghubungkan pengetahuan Timur dan Barat, bahkan menjadi ‘replika’ ajaran Islam yang cintakan kedamaian, menghargai persamaan dan meletakkan akal manusia ke tempat yang selayaknya.
                Sesetengah sejarawan Barat dan Timur menyebut Al-Andalus sebagai tamadun yang dibina bersama oleh Muslimin dan Yahudi. Ia adalah kenangan manis buat bangsa Yahudi betapa mereka telah mendapat pengiktirafan dan menikmati kemajuan intelek di bawah naungan Islam. Jabatan-jabatan kerajaan di Andalus diisi bersama oleh Muslimin dan Yahudi, bahkan Al-Andalus turut membuka gerbang universitinya kepada penuntut ilmu dari seluruh dunia tanpa mengira latar belakang agama mahupun bangsa. Dengan kemajuan ilmu pengetahuan dan toleransi yang diamalkan di Andalus, benua Eropah menerima impak besar yang memacu kebangkitan mereka hingga menjadi kuasa yang disegani pada hari ini.


EURABIA – MIMPI NGERI ISLAMISASI EROPAH


                Namun bagi segelintir bangsa Eropah, kebangkitan Islam di sana dianggap satu bencana yang memudaratkan. Walaupun kadar pertumbuhan umat Islam amat sedikit ia tetap dikira ancaman yang perlu dibanteras. Gisele Littman, penulis British berbangsa Yahudi telah menulis satu teori penguasaan Islam ke atas Barat dengan menggambarkan bahawa ia didalangi pemimpin komunis haluan kiri Eropah. Dalam bukunya bertajuk: EURABIA – The Euro-Arab Axis beliau menuduh Islam menjadi punca tersbarnya sentimen anti-Amerika dan anti-Semitik di Eropah kini. Penulisannya mencetuskan kebimbangan tak bertempat di kalangan masyarakat Eropah yang tidak mendapat maklumat tepat mengenai Islam.
                Ekoran itu lahirlah tindakan-tindakan ganas terhadap umat Islam di sana. Antaranya larangan berhijab di Perancis, penyiaran karikatur menghina Nabi s.a.w yang tak berkesudahan di Denmark, pembunuhan Syahidah Hijab, Almarhumah Marwa El-Sharbini di Jerman, serangan ganas di Norway, pembakaran masjid di United Kingdom dan lain-lain kes yang tidak mendapat liputan media. Muslimin baik yang merantau dari luar Eropah mahupun penduduk asal benua itu yang memeluk Islam menerima kesan langsung atas situasi yang berlaku.
                Tidak dinafikan, sikap muslimin di dunia Timur sendiri menyebabkan salah tanggapan ini berlaku. Jika diteliti lontaran idea para pendukung teori Eurabia ini, jelas sekali mereka menjadikan keganasan dan sikap buruk Muslimin di Timur sebagai asbab untuk mereka membenci dan menentang kehadiran Islam di Barat. Umat Islam Timur yang mudah melatah dengan mainan isu, pantang dicuit terus terlompat menjerit di jalanraya menjadi bahan ejekan dalam media mereka di Barat. Ucapan-ucapan pemimpin Islam yang ekstrim baik di Asia mahupun Afrika turut dijadikan dalil bahawa Islam menangani segala-galanya dengan keganasan. Dalam dunia tanpa sempadan kini, tanpa disedari kesilapan segolongan manusia di tempat lain menyebabkan insan di tempat lain pula menerima bencana.


MENUJU AL-ANDALUS KEDUA


                Meskipun dilimgkari keserabutan yang tak kunjung reda, namun harapan buat Islam sentiasa menyala di Eropah. Kekosongan jiwa insan yang mencari dahan berpaut akhirnya akan tetap akur akan kebenaran wahyu Sang Pencipta. Islam di Eropah benar-benar kembali ke titik asalnya sewaktu diturunkan ke dunia. Tanpa sebarang pangkat dan kuasa, dakwah Islam menyebar damai dengan usaha halus dan akhlak mulia yang dipamerkan saudara-saudara kita di sana. Muslimin di dunia Timur sepatutnya menyokong usaha ini dengan kembali berpegang dengan ajaran agama yang sebenar. Bukan saja pada pengamalan Syariat, yang lebih penting dan terutama dari tiu ialah pemurnian Akidah dan Akhlak seperti sabda Baginda s.a.w mafhumnya, “Sesungguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan Akhlak”.
                Dwngan usaha berterusan dan bersepadu antara Muslimin di Timur dan Barat, cahaya Islam akan kembali memancarterang bukan sahaja di Eropah, bahkan dunia seluruhnya. InsyaAllah.

** Petikan dari blog Hidup Yang Terindah
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2012 03:26 PM | Show all posts
cer tanya Mat Sabu dia pergi Syria aritu...











Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2012 03:30 PM | Show all posts
Hmm.. Mat Sabu ni aku tak berapa nak berkenan sangat.. kalau berucap tak sah kalau tak menghina or memaki orang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2012 03:40 PM | Show all posts
mudah mudahan umat islam ASWJ mendapat perlindungan Allah SWT dalam menghadapi puak syiah yang sentiasa mahu menghampuskan ASWJ dari dulu hingga sekarang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2012 03:43 PM | Show all posts
gsfreedom1 posted on 28-12-2012 03:40 PM
mudah mudahan umat islam ASWJ mendapat perlindungan Allah SWT dalam menghadapi puak syiah yang senti ...

Ameen..semoga dipermudahkan perjuangan pihak yg benar
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2012 04:58 PM | Show all posts
Arab nafsu seks saja kuat....bila saudara sendiri susah ,dia tetap nak faraj .Mmg sial negara2 Arab lain tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2012 05:02 PM | Show all posts
Arab dan bangsa ISLAM lain hanya akan mulia bilamana mereka ni memuliakan dan kembali kepada sunatullah (kembali kepada ajaran ISLAM sebenar yg berpandukan Al-Quran dan As- Sunnah)
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.114073 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list