JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
6980
View
1
Reply

[Tempatan] Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dibubar selepas 22 tahun

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 2-1-2013 10:01 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR:Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) akan dibubarkan, meninggalkan legasinya sebagai salah sebuah gerakan Islam di Malaysia yang amat aktif, lantang  dan berkesan dalam menggerakkan massa sepanjang lebih dua dekad.


Keputusan untuk membubarkan JIM adalah selaras dengan hasrat pertubuhan tersebut untuk menyepadukan semua sumber organisasi di bawah organisasi baru iaitu Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), lapor web MalaysiaHarmoni.

Kami memutuskan untuk membubarkan JIM bagi menyepadukan sumber-sumber organisasi bagi membolehkan kami melaksanakan tugas yang lebih besar dalam masyarakat demi melonjakkan lagi dakwah, kata Zaid Kamaruddin, Presiden JIM ketika ditemui selepas Perhimpunan Perwakilan Nasional (PPN) Khas JIM yang diadakan Sabtu lalu.

Satu PPN Khas yang dihadiri oleh hampir dua ratus orang perwakilan JIM dan Wanita JIM di peringkat Pusat, Negeri dan Daerah dipanggil untuk membincangkan usul membubarkan JIM.

Perhimpunan yang berlangsung di Kompleks Darul Puteri, Cheras, Kuala Lumpur itu akhirnya sebulat suara meluluskan usul pembubaran JIM.

Perhimpunan khas tersebut juga telah meluluskan usul untuk memindahkan semua harta dan aset JIM kepada IKRAM.

IKRAM diluluskan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan pada 22 Oktober 2009. Menurut  Undang-undang tubuh Pertubuhan IKRAM Malaysia, IKRAM adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran Islam.

Menurut Zaid, kebanyakkan ahli JIM yang aktif dalam amal dakwah dalam masyarakat kini menjadi ahli IKRAM dan membawa bersama pengalaman-pengalaman berharga. Mereka dijangka memainkan peranan yang lebih besar dalam IKRAM.

Kekuatan yang ada pada JIM termasuk harta, aset maknawi serta institusi-institusi seperti sekolah, Hidayah Centre dan Raudhatus Sakinah akan diserahkan kepada IKRAM, ujar Zaid.

Pengalaman yang kita peroleh semasa bergerak di bawah JIM akan dimanfaatkan dalam membina tapak yang kukuh bagi penglibatan IKRAM dalam masyarakat, katanya lagi.

Turut hadir dalam PPN Khas JIM ialah Timbalan Presiden JIM, Syed Ibrahim Syed Noh, Naib Presiden Profesor Dr Sahrim Ahmad, Setiausaha Agung, Nahar Md Nor dan Bendahari, Tuan Yaacob Tuan Sof selain Yang Dipertua Negeri-negeri dan daerah-daerah.

JIM ditubuhkan pada 27 Julai 1990 sebagai sebuah gerakan Islam yang memusatkan aktivitinya kepada misi membangun sumber manusia untuk melahirkan insan baik dan yang mengajak kepada kebaikan; membudayakan pendekatan perkongsian dan permuafakatan serta mengislah dan menggembleng masyarakat ke arah penegakan kebenaran dan keadilan sejagat selaras dengan motto JIM, Bersama Islam Membina Masyarakat.

Dalam tempoh 22 tahun, JIM dipimpin oleh tiga orang tokoh Presidennya iaitu Saari Sungib, Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom dan Zaid Kamaruddin yang berjaya meletakkan JIM sebaris dengan gerakan Islam yang lebih awal bertapak di Malaysia.

Walaupun ditubuhkan pada tahun 1990, usaha  dakwah dan tarbiah oleh aktivis-aktivis JIM dikatakan bermula lebih awal iaitu sejak pertengahan dekad 1970-an lagi tatkala pelajar-pelajar Malaysia lulusan dari universiti-universiti di United Kingdom dan Mesir kembali ke tanah air.

Gerakan dakwah oleh kumpulan ini kemudiannya dikukuhkan dengan penyertaan graduan dari Amerika Syarikat, Australia, Kuwait, India dan dari insitusi-institusi pengajian tinggi tempatan.

Ditubuhkan oleh Saari Sungib dan sebuah jawatankuasa penaja, JIM dipimpin oleh Saari sehingga tahun 1999. Saari kini aktif dalam politik dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi kawasan Ulu Kelang. Dr Mohamed Hatta dan Zaid pula kini masing-masing menjadi Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung IKRAM.

Sepanjang tempoh pengoperasiannya, JIM telah membina hubungan dan jaringan yang amat baik dan luas dengan pelbagai NGO dan juga parti-parti politik sama ada pemerintah atau pembangkang dan seterusnya berjaya mengambil tempat dan memainkan peranan berkesan dalam masyarakat.

Beberapa orang aktivis JIM berada dalam kepemipinan gabungan NGO-NGO yang berpengaruh dan bereputasi di Malaysia seperti Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Malaysians for Free And Fair Election (Mafrel), Bersih 2.0  dan Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) dan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM).

Setiap penglibatan kami dalam gabungan-gabungan NGO ini adalah selaras dengan objektif dan prinsip perjuangan kami, tegas Zaid mengenai pembabitan JIM dalam gabungan lain.
Jadi, penglibatan luas ahli-ahli JIM, akan dimanfaatkan dan diteruskan oleh IKRAM, tambah Zaid lagi.

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2013 10:14 AM | Show all posts
aku ada kuasa untuk sesuka hati aku nak buang, delete, kunci, edit atau apa2 je ikut kehendak aku. aku mod kat sini.

tidak ada peraturan mengatakan moderator yg menyalahgunakan kuasa akan di banned. tidak ada sama sekali.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.051089s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list