CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5321|Reply: 5

Empat Dara (Pantun)

[Copy link]
Post time 3-1-2013 08:03 AM | Show all posts |Read mode
Empat Dara

Empat dara gadis sunti
Dari desa datang ke mari
Mencari ilmu mengubah nasib diri
Semuga keluarga bahagia nanti



Ibu ayah resah sentiasa
Melepas pergi anak dara jelita
Kota bukanlah tempat bersuka ria
Itulah janji mereka pada kedua ibubapa



Menara gading tempat di tuju
Berbekal harapan untuk terus maju
Mencapai cita-cita dan wawasan
Kejayaan dan ijazah jadi idaman



Empat dara kawan sejati
Sama-sama berjanji bersatu hati
Mengharungi dugaan hidup di kota ini
Supaya kejayaan dapat di perolehi



Kota penuh dengan pancaroba
Menara gading juga ada cabaranya
Adat muda memanglah nak bercinta
Tidak terlepas juga empat dara jelita



Kecekalan dan kekuatan mesti di bina
Semuga tidak terlalai janji pada ibubapa
Namun dugaan pasti datang menjelma
Mengukur diri dan kekuatan iman di dada



Setiap hari hidup di harungi
Pelbagai dugaan mesti di tangani
Jejaka melihat ingin mendekati
Pabila empat dara menawan sanubari



Doa di pohon setiap hari
Semuga tidak terlalai di buai mimpi
Pelajaran adalah matlamat ke sini
Segulung ijazah dalam genggaman kini



Empat dara berjaya menghadapi
Segala dugaan onak dan duri
Kini gelaran siswazah di beri
Tertunai sudah hajat di hati



Doa di makbul ibubapa gembira
Melihat anak berjaya semuanya
Bersyukur mereka pada Yang Maha Esa
Empat dara menjaga maruah dan nama



Semuga teladan di contohi
Kecekalan diri tidak di cerobohi
Empat dara berjaya menghadapi
Dugaan hidup di kota metropolitan ini



Rahsia mereka mudah sahaja
Jati diri dan bersemangat waja
Menginsafi diri ingatlah keluarga
Harapan mereka jangan di sia sia



Itu sahaja cerita hari ini
Esok lusa berjumpa lagi
Masih mencari topicnya kini
Buat tatapan pembaca di sini



Terima kasih sekali lagi
Kerana sudi datang kemari
Membaca celoteh di laman ini
Harap-harap singgahlah lagi



Owned and written by : Sanaa 28/02/10





Last edited by sanaa1 on 3-1-2013 08:06 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2013 02:15 AM | Show all posts
pantun ni pun awak karang ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2013 07:24 PM | Show all posts
mayaBB posted on 24-1-2013 02:15 AM
pantun ni pun awak karang ke?

Ya...saya karang sendiri...mohon maaf lambat balas. Terima kasih sudi membaca.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2013 03:13 PM | Show all posts
Wow, nice.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2013 11:40 AM | Show all posts
Eva_yy_Ellin posted on 4-2-2013 03:13 PM
Wow, nice.

Thank you...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2013 08:58 PM | Show all posts
Ni dah macam syair...coz ritmanya aaaa...
dulu masa buat pantu cikgu ckp ritma pantun abab...
kalau tak silap la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.076485 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list