CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kecik82

[Tempatan] Kelantan vs Johor Darul Takzim (15.1.2013)

[Copy link]
Post time 15-1-2013 01:59 PM | Show all posts
Aku rasa lah kan malam ni Johor Darul Takzim akan menang tapi tak tahu lah berapa jaringan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2013 02:01 PM | Show all posts
cutebaby5907 posted on 15-1-2013 10:27 AM
aku orang selangor & x penah sokong kelantan
tibe2 kali ni rase nak sokong kelantan
boleh?


ok baby ... jom sokong kelantan ................
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 02:08 PM | Show all posts
aku ore selangor tp

nk sokong kelate

menyampah dgn tim m jeeeeeeeee + ada si kembar telur separuh masak itu g iols meluat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 02:09 PM | Show all posts
cupu posted on 15-1-2013 12:26 PM
harap kelantan menang.1-0 pun xpe...member sume ckp nk gi stadium ni....smg bertuah di tempat sendir ...

Ameen....ameen...ameen
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 02:16 PM | Show all posts
aku org indon pun sokong kelate...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 02:16 PM | Show all posts
Walaupun aku nyampah dgn org Klantan, tapi mmg aku sokong Kelantan lawan team bayangan toohantoo nie..
Aku harap Kelantan bantai team kerek nak mampus ni 3 -0..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2013 02:17 PM | Show all posts
kalu kelantan/jdt/selangor x perform musim ni....spore ade harapan bwk blk title jore....

pahang pon harap2 konsisten la ngn kemenangan....asala bukan singapore aku dok kesah sape meney....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 02:23 PM | Show all posts
Ketepi soal bonus
Wartawan Sinar Harian
15 Januari 2013

Mohd Badhri (kiri) mahu rakan sepasukannya memanfaatkan segala peluang jika mahu menewaskan Johor Darul Takzim.
INI bukan pasal bonus, ini soal maruah pasukan kami.” Demikian tegas Ketua Pasukan Kelantan, Mohd Badhri Radzi menjelang pertemuan sengit menentang Johor Darul Takzim di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam ini.

Sambil menyifatkan wang tidak boleh membeli kejayaan dalam sekelip mata, Mohd Badhri berkata, matlamat utama beliau dan rakan sepasukannya ialah menewaskan pasukan paling mahal dalam Liga Malaysia itu di gelanggang keramat, malam ini.

“Kami tidak peduli orang cakap pemain Johor Darul Takzim akan dapat bonus sehingga RM10,000 jika mampu menewaskan Kelantan malam ini. Kami bermain demi maruah negeri dan soal duit bukan keutamaan.

“Bukan sahaja soal maruah, malah ada perkara lebih penting yang anda kena tahu. Kami tidak pernah tewas di tempat sendiri sejak musim lalu dan kami mahu meneruskan rekod cemerlang itu dengan menjadi skuad bimbingan Fandi Ahmad sebagai mangsa terbaharu.

Menurut pemain berusia 31 tahun itu, hanya kemenangan ke atas Johor Darul Takzim sahaja dilihat mampu memulihkan moral barisan pemain skuad kendalian Bojan Hodak yang masih terluka setelah tewas 0-1 kepada T-Team pada perlawanan di Kuala Terengganu, Sabtu lalu.

Meski pun optimis mampu menumbangkan Johor Darul Takzim di hadapan penyokong setia malam ini, jeneral padang The Red Warriors itu bagaimana pun tetap beri amaran kepada rakan sepasukannya agar tidak leka sepanjang aksi 90 minit perlawanan.

“Bukan Daniel Guiza yang dibimbangi tetapi bekas rakan sepasukan kami musim lalu, Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha) yang perlu diberi perhatian.

Jika kita mampu sekat Mat Yo, saya tak nampak mengapa kita tidak boleh kutip tiga mata malam ini.

“Kami tidak gentar dengan mereka yang dilimpahi ramai pemain bertaraf bintang. Bola sepak dimainkan secara berpasukan dan bukan individu.

Pahang sudah lakukan (tewaskan Johor Darul Takzim 3-2) dan kali ini giliran kami pula buktikannya,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohd Badhri turut menuntut rakan pasukannya tidak melakukan kesilapan mudah serta memanfaatkan segala peluang yang ada jika tidak mahu diaibkan pasukan itu.

“Sebenarnya kita ada banyak peluang dalam tiga perlawanan terdahulu tapi gagal menghasilkan jaringan.

Mereka (pemain) tidak guna peluang dan saya harap situasi tersebut tidak berulang lagi.

“Tak timbul soal kecewa dengan prestasi Keita Mandjou. Dia beri yang terbaik, namun nasib belum memihak dirinya. Kami tidak mahu dia tertekan dan saya harap malam ini dia boleh akhiri kemarau jaringannya,” katanya.


“Kami tidak peduli orang cakap pemain Johor Darul Takzim akan dapat bonus sehingga RM10,000 jika mampu menewaskan Kelantan malam ini. Kami bermain demi maruah negeri dan soal duit bukan keutamaan. "wah mesti semangat giler JDTFC ni "


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2013 02:24 PM | Show all posts
Kalo kira lawan seat bangku simpanan, Kelantan dah kalah teruk dah...  

Kelantan


DTFC
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 02:24 PM | Show all posts
lkick2113 posted on 15-1-2013 01:45 PM
odah sokong johor ke??? nogori kito lawan pahang malam ni tak sokong ko???

kasi monang lah....x nak dah sori monanti.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 02:24 PM | Show all posts
ramai sokong kelantan rupanya walaupun bukan fan red warriors



kena form satu kelab baru...ABUJDT......Asal Bukan Johor Darul Takzim
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 02:26 PM | Show all posts
sayawifenikmie posted on 15-1-2013 02:01 PM
ok baby ... jom sokong kelantan ................

x penah seumur hidup sokong kelantan
pertama kali ni kak
hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 02:27 PM | Show all posts
lkick2113 posted on 15-1-2013 01:45 PM
odah sokong johor ke??? nogori kito lawan pahang malam ni tak sokong ko???

sey sokong yg terror yooo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 02:27 PM | Show all posts
TRW optimis benam Harimau Selatan
Wartawan Sinar Harian
15 Januari 2013

Hodak ketika memberi arahan kepada pemain semasa sesi latihan yang diadakan petang semalam.
KOTA BHARU - “Ini Kota Bharu..... tiada mana-mana pasukan boleh menewaskan kami di sini”. Itu nada positif Ketua Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak menjelang pertemuan getir dengan Johor Darul Takzim FC pada aksi perlawanan ketiga Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

Bukan bersikap angkuh, namun itulah hakikat sebenar disuarakan pengendali dari Croatia itu yang mencabar barisan pemainnya mempertahankan rekod tanpa kalah di tempat sendiri sejak musim lalu sekali gus menjadikan pasukan ‘Harimau Selatan’ itu mangsa amukan pasukannya.

“Kelantan tewas kepada T-Team tempoh hari tetapi kami janji bangkit menewaskan Johor Darul Takzim FC malam ini. Dengan kapasiti stadium yang penuh dengan lautan penyokong setia, kami merupakan pasukan pilihan untuk menang perlawanan ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.

“Kami mempunyai pemain ke-12 (penyokong) yang terbukti jauh lebih hebat berbanding pasukan lain. Saya mengiktiraf sokongan mereka yang banyak membantu menyuntik semangat pasukan mencipta kemenangan di tempat sendiri selama ini.

Jurulatih berusia 41 tahun itu berkata, tidak ada perancangan khusus dilakukan bagi menghadapi pasukan bimbingan Fandi Ahmad itu sebaliknya barisan pemainnya hanya turun jalani latihan seperti biasa memandangkan mempunyai masa yang singkat sekembali dari Kuala Terengganu.

“Siapa yang disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukan, itu hanya ditentukan selepas latihan petang ini (semalam).

Tiada rombakan besar kecuali senaraikan semula Mohd Daudsu sementara saya perlu mencari idea baharu memilih pemain untuk digandingkan dengan Obinna (Nwaneri) di pertahanan tengah,” katanya.


### Risau lak kalau terlebih yakin tak boleh gak...kan kalah cuhhh...touch wood


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 02:30 PM | Show all posts
Johor Darul Takzim janji aksi terbaik
MOHD FIRDAUS YON
15 Januari 2013

Fandi Ahmad
SIAPA yang bakal dipilih bermain dalam kesebelasan utama dan apakah strategi Harimau Selatan untuk berdepan The Red Warriors di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, hari ini.

Malah, bersediakah penyerang Harimau Selatan, Norshahrul Idlan Talaha berdepan dengan bekas pasukannya dan mampukah beliau berdepan dengan perbezaan suasana penerimaan penyokong negeri Cik Siti Wan Kembang ke atas dirinya?

Jelasnya, pertemuan antara anak buah Fandi Ahmad dan Bojan Hodak boleh disifatkan sebagai perlawanan tumpuan yang perlu ditonton oleh peminat setia bagi kedua-dua pasukan serta pencinta sukan bola sepak tanah air.

Tumpuan juga terarah kepada kelibat Norshahrul atas padang selepas tercetusnya kontroversi isu perpindahannya ke Johor Darul Takzim yang membabitkan tuntutan tebus kontrak oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Fandi sendiri mengakui aksi menentang pemenang tiga kejuaraan musim lalu itu pastinya sukar, namun Johor Darul Takzim akan memberikan persembahan terbaik kerana enggan tewas, sekali gus membawa pulang dengan membawa tiga mata penuh.

“Kita akan bermain di tempat lawan dan ia pasti sukar. Kita juga mengakui memang sukar untuk tewaskan Kelantan, namun dalam bola sepak macam-macam boleh berlaku.

“Oleh itu, saya berharap Johor Darul Takzim dapat beraksi dengan baik dan mencari gol awal. Kita akan menurunkan kesebelasan terbaik untuk beraksi menentang The Red Warriors.

“Semua pemain perlu berdisiplin, bersedia dengan mental dan fizikal yang kuat serta agresif jika benar-benar mahu mengalahkan Kelantan.

“Penting di sini kita perlu menyekat kemaraan Kelantan di awal permainan, jika tidak kita bakal berdepan kesulitan,” katanya.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 02:31 PM | Show all posts
'Pertahan rekod kebal SSMIV'
Wartawan Sinar Harian
15 Januari 2013

Penyokong berharap Keita Mandjou mampu menggegar jaring Johor Darul Takzim di Kota Bharu, malam ini.
KELAB Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.Net) berharap pasukan The Red Warriors (TRW) mempertahankan rekod kebal di gelanggang sendiri sejak tahun lalu menjelang pertemuan menentang Johor Darul Takzim di Stadium Sultan Muhammad Ke IV (SSMIV), Kota Bharu, malam ini.

Bukan itu sahaja, pihak Kelate.Net mahu pemain Bojan Hodak memenangi perlawanan berkenaan bagi mengembalikan semula keyakinan segelintir penyokong TRW yang mula mempersoalkan kredibiliti pasukan selepas kalah mengejut di tangan T-Team, Sabtu lalu. Presidennya, Mohd Khairi Yazid berkata, inilah aksi yang ditunggu-tunggu peminat khususnya bagi kedua-dua penyokong pasukan TRW dan Southern Tiger.

"Selepas kedua-dua pasukan dipalit pelbagai isu dan kontroversi, saya percaya pertemuan malam ini pasti mendebarkan dan panas.

"Bagi Kelantan pula, rekod cemerlang yang dipertahankan sejak 2012 perlu dikekalkan. Kita tahu pelawat yang dibarisi pemain berstatus bintang pastinya menghadirkan ancaman terbesar buat tuan rumah.

"Yang penting adalah tiga mata penuh, sekali gus meletakkan kembali pasukan Kelantan di landasan kemenangan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Pemain paling mencuri tumpuan pastinya Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo yang kini bersama skuad Johor Darul Takzim selepas berpindah akhir musim lalu.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2013 02:34 PM | Show all posts
selangor lawan trg
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 02:35 PM | Show all posts
akan tercipta sejarah malam ini kelantan tewas di tempat sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 02:35 PM | Show all posts
demi kebaikan team kesayangan aku iaitu red giants..aku harap result mlm ni seri..1-1 ataupun 2-2

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 02:41 PM | Show all posts
kecimpret posted on 15-1-2013 02:35 PM
demi kebaikan team kesayangan aku iaitu red giants..aku harap result mlm ni seri..1-1 ataupun 2-2

...

seri 0-0 pun dh ok sgt la kot
bg aku la

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 02:00 AM GMT+8 , Processed in 0.285935 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list