CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: putr@polo

[Tempatan] LISTEN-PRU makin hampir, 1 Feb tarikh akhir buka bilik gerakan daerah mengundi

[Copy link]
Post time 17-1-2013 08:40 PM | Show all posts
tak sabarnya... first time....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2013 09:09 PM | Show all posts
oh, patutla kt keramat td dah naik blk gerakan BN tu...pelik jugak..

CNY nnt dah blk kg, nnt kena blk lg nk vote...alooo, announce awal2 x bleh ke najib oooii, org nk book tiket senang
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 11:00 PM | Show all posts
yup.. I pun tak sabar nak tau tarikh mengundi sbb nak kena plan bila nak blk kg..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2013 06:05 PM | Show all posts
Pemuda Umno Diarah Buat Persediaan Akhir Bermula 1 Feb


ALOR SETAR: Jentera Pemuda Umno di seluruh negara diarah bergerak lebih aktif dan memulakan persiapan akhir bermula 1 Februari ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU).

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, jentera Pemuda disemua pusat daerah mengundi (PDM) sudah boleh mula menggerakkan program untuksetiap PDM masing-masing.

Jentera Pemuda perlu memastikan pengundi baharu terutamanya akan keluar mengundi pada hari pengundian nanti, katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa Pemuda Umno Kedah, di sini Jumaat.

Katanya, Pemuda Umno kini mengambil pendekatan yang lebih bersifat mikro danbukan lagi umum bagi memastikan setiap mesej sampai ke peringkat akar umbi.

"Macam program hari ini kami pilih untuk pergi ke PDM di Taman Wira (Alor Setar) dan PDM Kubang Betung kerana di situ menunjukkan penambahan pengundi baru paling ramai," kata Khairy.

Mengenai calon bagi PRU akan datang, Khairy berkata, walaupun soal itu diserahkan sepenuhnya kepada perdana menteri, namun beliau menaruh harapan agar kepimpinan parti menimbangkan calon dari kalangan Pemuda.

Beliau turut memberitahu bahawa satu perhimpunan orang muda akan diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti di sini pada 31 Januari dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dijemput menyampaikan amanat. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 09:04 PM | Show all posts
Tak sabar nak buang undi for d first time.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 09:20 PM | Show all posts
Cepatlah bubarkan parliment Najib oiii... Looking forward nak keluar mengundi. Hopefully Selangor will still stay with PR. Ingat lagi waktu last election. Dah siap siap nak masuk tidur sebab malas nak tengok keputusan as election after election macam susah PR nak menang. Tapi sebelum tidur tengok lah keputusan apa yang ada... makin lama makin exciting. Last last sampai ke pagi tak tidur. My place one of the last yang di announce. Could not believe it bila tahu Pas dan PKR menang parlimen dan dun kat my place.  The fall of umno in Selangor !!! Terkejut beruk umno Selangor. Kelam kabut they all pergi pejabat MB habis semua kena selongkar. Macam nak sembunyikan something aje...  Gerakan di penang lagi better waktu tu. Handover to new PR government lebih teratur.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2013 09:25 PM | Show all posts
suji posted on 18-1-2013 09:20 PM
Cepatlah bubarkan parliment Najib oiii... Looking forward nak keluar mengundi. Hopefully Selangor wi ...

Masa last election, ada member repoter stanby kat pwtc. Dalam pukul 7-8 tu  unofficail dah tahu selangor ko. Paling tunggu rembau sampai count ke 5 baru menang.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape gile gomen skrg ni sistem pam rosak disalahkan projek air tak lulus... Bongok bin bedul betul gomen malaysia ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2013 09:29 PM | Show all posts
Bosan arr bubar jelah, x sbr dh nk ngundi ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 09:35 PM | Show all posts
hambaallah1709 posted on 18-1-2013 09:04 PM
Tak sabar nak buang undi for d first time.....

First time,,.? Ngundi nanti jadi suara anak muda atau suara rm50..?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 09:42 PM | Show all posts
fuh kencang sungguh duk gula2 kat orang sabah dalam tv1 sekarang ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 09:57 PM | Show all posts
wiseguy posted on 18-1-2013 09:25 PM
Masa last election, ada member repoter stanby kat pwtc. Dalam pukul 7-8 tu  unofficail dah tahu se ...

My place sampai suboh baru official announcement. Entah berapa kali recount agaknya. Time PR menang kat Selangor tu macam something yang impossible to happenlah... BN was caught by surprised. Tak tahu nak tampung undi pos kat mana. Kalau tak silap kat tempat kak Ijat suddenly jumpa tong undi yang belum di kira tapi itu pun tak dapat beri kemenangan pada kak ijat. Nasib baik lah sabah dan sarawak jadi penyelamat utk bn. Rasa tahun ni nak ambil cuti sehari lepas pilihan raya.
Baca gak kat forum cari ni tapi selagi belum keluar keputusan rasmi takut nak percaya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 10:09 PM | Show all posts
aku agak undi melayu akan meningkat,cina lg la obvious pd pr..india rsnye memihak ke bn.tp nk dpt blk selangor psl isu air yg dikonar 2 bn xpat le kn
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 10:24 PM | Show all posts
roy3 posted on 18-1-2013 10:09 PM
aku agak undi melayu akan meningkat,cina lg la obvious pd pr..india rsnye memihak ke bn.tp nk dpt bl ...

Semoga Selangor kekal di bawah PR lagi. Suka dengan MB Selangor sekarang. Dia bekerja dengan telus. Seorang yang rajin dan tiada kepentingan. Rasanya tak pernah selangor mendapat MB yang sebagus Khalid Ibrahim sebelum ni. During last election nampak remaja india bawa flag PAS kat tempat my place. Hopefully the malays dan indians kat Selangor tak termakan finah fitnah bn.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 10:32 PM | Show all posts
dah dekat2 nak PRU ni minta lah adun kwasan bangi ni tgk2 lah sikit jalan2 dan kebersihan sekitar kawasan bangi ni..
byk jalan yang berlubang, MPKJ ni memang tak perihatin lah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 10:40 PM | Show all posts
totokreturn posted on 18-1-2013 09:35 PM
First time,,.? Ngundi nanti jadi suara anak muda atau suara rm50..?

Ho hoi....aku anak muda belia lahhh...

Da gatal tangan nak mengundi ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2013 10:47 PM | Show all posts
Mohd Ali Rustam mahu bertanding kerusi Parlimen

2013/01/18 - 17:57:39 PM
Cetak Emel Kawan

MELAKA: Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini mengesahkan sedia bertanding di kerusi parlimen pada pilihan raya umum ke-13, sekali gus menamatkan spekulasi beliau berhasrat melepaskan jawatan Ketua Menteri Melaka.

Beliau berkata, hasrat itu sudah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Ramai juga yang sedia maklum tentang perkara ini namun keputusan terletak di tangan Perdana Menteri," katanya selepas menyampaikan bantuan persekolahan RM100 kepada murid Sekolah Kebangsaan Dato Palembang di sini, hari ini.

Beliau yang diminta mengulas khabar angin berhubung hasratnya melepaskan jawatan ketua menteri untuk kembali berkhidmat di peringkat pusat, bagaimanapun enggan mengulas mengenai kerusi parlimen yang akan ditandingi.

Mohd Ali dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka yang kesembilan menggantikan Datuk Seri Abu Zahar Isnin pada 2 Disember 1999.

Beliau sebelum itu pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Kesihatan.

Sementara itu, Mohd Ali berkata, pembahagian kerusi bagi pilihan raya umum ke-13 di Melaka telah selesai dan dipersetujui semua parti komponen Barisan Nasional (BN).

"Tidak ada perubahan baru buat sementara ini dan kita akan ikut cadangan awal yang telah dikemukakan kepada Pengerusi BN sebelum ini," katanya.

Katanya, berdasarkan perancangan sekarang, hanya kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Laksamana yang sebelum ini ditandingi MCA, akan diserah kepada Parti Progresif Penduduk (PPP) untuk ditandingi Pengerusi PPP negeri Datuk Chiw Tiang Chai. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 11:05 PM | Show all posts
wiseguy posted on 18-1-2013 09:25 PM
Masa last election, ada member repoter stanby kat pwtc. Dalam pukul 7-8 tu  unofficail dah tahu se ...

Yg rembau tu mcm fishy sket kan...tp xpe la...dh lpas...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 11:12 PM | Show all posts
along3746 posted on 18-1-2013 10:32 PM
dah dekat2 nak PRU ni minta lah adun kwasan bangi ni tgk2 lah sikit jalan2 dan kebersihan sekitar ka ...

pagi tadi aku tengok ada kontraktor dok sibuk simen balik jalan depan area kilang bandar baru bangi tu...

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 11:18 PM | Show all posts
along3746 posted on 18-1-2013 10:32 PM
dah dekat2 nak PRU ni minta lah adun kwasan bangi ni tgk2 lah sikit jalan2 dan kebersihan sekitar ka ...

Belum turn la tu, kawasan rumah I dah hampir 2 bulan ok. Nampak macam kerja diorang much proper bukan sekadar tampal je. Ada kawasan yg concerete terus instead tar biasa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.426841 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list