CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8475|Reply: 19

Penemuan Teknologi Zaman Purba

[Copy link]
Post time 17-1-2013 01:09 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum...
Pada thread ini,mari kita menyingkap fakta berkenaan teknologi zaman purba.Antaranya ialah :
Pembinaan purba
Pelbagai bangunan ditemui antaranya ialah piramid,dan juga stonehedge.Bila difirkan logik di akal kita,struktur ini sukar dibina melainkan wujud peralatan canggih pada zaman itu.

Penemuan Bateri di Baghdad
Ahli arkeologi Australia,Dr.Wilhem Konig menemui objek aneh tertanam di tapak kerja cari gali di Khujut Rabula Baghdad pada 1930.Objek berupa te mpayan itu mengandungi batang besi,silinder tembaga dan aspal yang disusun.Kajian mendapati ia adalah bateri yang menghasilkan tenaga 1.5 hingga 2v.

Kalkulator Kuno
Pada tahun 1901,satu artifak purba berupa jam ditemui di dalam laut berhampiran Pulau Antikythera.Setelah kajian dijalankan,ianya adalah 'kalkulator' untuk mengira pergerakan bintang dan planet dalam bidang astronomi!

Peta Kuno Luar Angkasa
Pada abad ke 18,selembar peta purba aneh ditemui,dan memaparkan kawasan laut tengah yang digambarkan dengan tepat.Lakaran muka bumi peta tersebut hampir menyamai keduduka Geografi bumi yang diambil oleh NASA.

Kenderaan
Ukiran purba yang ditemui di sebuah kuil kerajaan Mesir Purba di Abydos,Mesir membingungkan ramai pihak.Ukiran-Ukiran itu jelas kelihatan yang wujud sekarang,iaitu helikopter,kapal selam,dan bot walaupun ia diukir lebih 3000 tahun lalu.


Last edited by saifulperak on 18-1-2013 12:56 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2013 08:32 AM | Show all posts
kiyai kat Maluku tue pindahkan pakai helikopter.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 08:55 AM | Show all posts
aku dah lame tunggu thread2 mcm ni... untuk di ayam2 kan
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 09:15 AM | Show all posts
betul ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 09:20 AM | Show all posts
agaknya sebab zikir skrg dah pakai tasbih elektronik tu yg zikir pun dah ada teknologi...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 12:44 PM | Show all posts
huh?...xnyempat bace
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2013 04:41 PM | Show all posts
x smpt nak baca ayam-ayaman uneks
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 06:36 PM | Show all posts
wehhh aduhai mana artikel tue...letak je...kalo setakat unek nak ayam2 tue lagi bagus...nanti dia terpancing ada la benda baru dia kasik tau

zikir tue mempunyai kekuatan sendiri...kat Johor pun ada kumpulan dia  dipanggil khaujakan


Mengenali Khaujakan

Asal perkataan Khaujakan
Perkataan Khaujakan adalah diambil daripada perkataan Farsi dalam bentuk jamak (plural), dan mufradnya (tunggalnya) ‘al khawajihu’ yang membawa maksud dalam bahasa Arab al-Syaikh dan dalam bahasa Melayu boleh dimaknakan dengan Sheikh Tasauf atau Guru.Tasauf. Dinamakan Khatam Khaujakan kerana Guru Tasauf apabila berhimpun dengan murid-muridnya dan bercadang hendak keluar dari majlis itu, mereka sudahi majlis itu dengan membaca zikir-zikirnya dengan adab-adab dan kaifiatnya.

Mengenali Wirid Khaujakan
Wirid Khaujakan adalah merupakan satu ibadah yang diamalkan oleh ahli ahli Khaujakan. Wirid Khaujakan telah disusun oleh pegasasnya dengan lengkap menurut peraturan dan disiplin berwirid.mengandungi ayat-ayat Al-Qur’an, Zikir dan Selawat atas Nabi, Asma’ ul Husna dan Doa Doa pilihan yang amat mustajab.Adalah tujuannya utamanya ibadah wirid ini ialah untuk pembangunan kerohanian insan bagi mendekatkan diri kepada Allah (SWT) serta memohon kerahmatan dan keredhaanNya.di dunia dan akhirat. Wirid Khaujakan adalah antara amalan amalan yang terdapat di dalam Tarikat Naqshabandiah.  

Wirid Khaujakan amalan para solihin sejak di zaman silam
Wirid Khaujakan telah dikenali oleh masyarakat Islam pada zaman Sultan aulia’ as-Syaikh Abdul Kadir Jailani dan as-Syaid Muhammad Haqqi An-Nazali kira-kira lebih 1000 tahun yang lalu dan seterusnya di amalkan oleh masyarakat Islam hingga ke hari ini.
Wirid Khaujakan mula menjadi amalan umat Islam di Malaysia atau Malaya ketika itu pada awal tahun empat puluhan (1940-han), khususnya di negeri Johor.
Wirid ini telah perkenalkan ke Tanah Melayu oleh Allahyarham Kiayi Haji Fadhil bin Abu Bakar Al Bantani Nama Bantan atau Banten ialah sebuat tempat (daerah) di Jawa Barat, Indonesia. Setelah sekian lama menetap di Makkah. Beliau telah berhijrah ke Jawi atau Tanah Melayu pada tahun 1915 dan menetap di Lenga, Muar, Johor. Semasa menetap di Lenga beliau menubuhkan beberapa kumpulan bagi mengamalkan wirid khaujakan dari kalangan ahli-ahlinya qariahnya dan juga mereka yang datang dari daerah Muar dan sekitarnya.
Semasa peperangan dunia kedua (1939-1940) Tanah Melayu diserang oleh tentera Jepun. Keadaan seluruh negara huru hara dan tidak selamat. Sultan Johor ketika itu DYMM Sultan Ibrahim ibnu Sultan Abu Bakar, menitahkan Kiayi Haji Fadhil Banten tinggal di istana dan beribadah dan berdoa pada Allah (SWT) memohon keselamatan dan perlindungan Baginda Sultan serta keluarganya dan seluruh rakyat negeri Johor. Ketika itu keadaan yang huru hara akhirnya menjadi selamat dan tenang Dengan peristiwa ini wirid khaujakan tersebar luas dan diamalkan di seluruh pelusuk negeri Johor, lebih-lebih lagi ketika kegiatan komunis bermaharajalela yang telah membunuh ramai orang Melayu iaitu sebaik sahaja Jepun menyerah kalah.  
Semenjak itu wirid Khaujakan menjadi amalan umat Islam di negeri Johor dan terus berkembang hingga ke hari ini.

Penubuhan Badan Kebajikan Jemaah Khaujakan Johor  
Kumpulan wirid Khaujakan telah berkembang di seluruh negeri Johor. Pemimpin dan ahli-ahli wirid khaujakan merasakan sampai masanya kumpulan ini bergiat secara sah dan rasmi dan mendapat pengiktirafan oleh pihak-pihak yang berkenaan. Maka permohonan telah dimajukan kepada Pendaftar Pertubuhan dan telah didaftarkan pada 8hb November, 1971, bilangan pendaftarannya 473 (Johor) sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai ‘Badan Kebajikan Jemaah Khaujakan Johor’ atau ringkasnya ‘Khaujakan’.

Fadhilat mengamalakan wirid Khaujakan.
Tujuan utama mengamalkan wirid khaujakan adalah memohon dan mencari keredhaan dan kasih sayang dari Allah S.W.T. serta mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.
Disamping itu wirid Khaujakan mempunyai fadhilat atau kelebihan yang terbukti keberkesanannya antaranya yang dapat dinyatakan seperti berikut:-
a. Satu amalan yang mustajab supaya hajat dimakbulkan Allah s.w.t.
b. Untuk menjauhkan bala’ dan waba’ dan malapetaka daripada menimpa diri, keluarga, masyarakat dan Negara kita.
c. Untuk menjauhkan gangguan syaitan dan makhluk halus.
d. Boleh menjadi satu cara untuk mengubati orang sakit dan menjadi penerang hati kepada orang/anak yang sedang belajar.
e. Untuk pelbagai tujuan atau maksud yang baik


http://www.khaujakan.org/index.php
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2013 10:59 PM | Show all posts
unek, kasi ayam- ayam skit. dpt sikit ilmiah walaupun gaduh gaduh
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 11:21 PM | Show all posts
mana member yg nak meng'ayam2'kan fadhilat berzikir tu?
tak sabar nak baca.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 11:39 PM | Show all posts
Alamak rugi la
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 09:01 AM | Show all posts
bangcak posted on 17-1-2013 11:21 PM
mana member yg nak meng'ayam2'kan fadhilat berzikir tu?
tak sabar nak baca.

dia tak cakap 'fadhilat'.. dia cakap 'teknologi', bukan 'karamah.... so.. assumed klu bende tu 'teknologi'.... mesti gune bateri
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 07:14 PM | Show all posts
mana ayam-ayam nya?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2013 07:31 AM | Show all posts
berapa banyak nak bukak thread teknologi purba ni? Asal sorang jumpa blog, tepek sini asal jumpa blog tepek sini...

p.s. pasal peta kuno tu....jumpa abad 18 ye? Abad 18 dah pada rubber stamp moden ek?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2013 03:33 PM | Show all posts
hurm.. menarik topik nih..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2013 01:29 PM | Show all posts
wei berapa banyak thread macam ni nak buka haaa ? tak search dulu ke ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2013 06:50 PM | Show all posts
alphawolf posted on 19-1-2013 07:31 AM
berapa banyak nak bukak thread teknologi purba ni? Asal sorang jumpa blog, tepek sini asal jumpa blo ...

tahun tu banyak dah maju..
banyak je penemuan penting waktu tu

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 01:50 PM | Show all posts
sebenarnya time tu dah ada helikopter, kapal selam sebenarnya aku rasa. cuma mungkin ada perisitiwa or bencana alam yg melenyapkan semua tu.

#sumber: aku rasa jerrr
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 12:19 PM | Show all posts
Cam zaman nabi sulaiman.. apa dia dapat kita tak rasa.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Nice info.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.184372 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list