View: 11599|Reply: 20
|
Rupa Bentuk Jin Dan Melihat Jin
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum.
Semua teringin nak tahu rupa bentuk jin.Akan tetapi,kaum jin tidak akan menunjukkan rupa mereka yang sebenarnya.Kita hanya boleh mengetahui sedikit sebanyak rupa bentuk jin.
RUPA BENTUK JIN
Pada asasnya rupa bentuk Jin tidaklah banyak berbeza daripada rupa bentuk manusia, iaitu mereka mempunyai jantina, mempunyai hidung mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya,sepertimana yang di miliki oleh manusia. Pada dasarnya 80 hingga ke 90 peratus Jin menyerupai manusia. Cuma yang berbezanya fizikal Jin adalah lebih kecil dan halus daripada manusia. Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang terlalu tinggi dan ada bermacam-macam warna,iaitu putih, merah biru, hitam dan sebagainya. Jin yang kekal dalam keadaan kafir dan Jin Islam yang fasik itu mempunyai rupa yang huduh dan menakutkan. Manakala Jin Islam yang soleh pula mempunyai rupa paras yang elok.
Menurut sesetengah pendapat tinggi Jin yang sebenarnya adalah kira-kira tiga hasta sahaja.Pengetahuan mereka lebih luas dan umurnya tersangat panjang dan ada yang beribu tahun umurnya. Kecepatan Jin bergerak adalah melebihi gerak cahaya dalam satu saat. Memandangkan Jin adalah terdiri daripada makluk yang seni dan tersembunyi, tidak zahir seprti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti Malaikat, maka ruang yang kecil pun boleh di duduki oleh berjuta-juta Jin dan ianya juga boleh memasuki dan menghuni tubuh badan manusia.Jumlah Jin terlalu ramai sehingga menurut sesetengah pendapat bilangannya ialah jumlah semua manusia daripada Nabi Adam hingga ke hari kiamat di darab dengan haiwan-haiwan,di darab dengan batu-batu, di darab dengan pasir-pasir dan semua tumbuh-tumbuhan. Itu pun baru satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Jin. Manakala jumlah keseluruhan Jin ialah satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Malaikat.
Jumlah keseluruhan Malaikat hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang lebih mengetahuinya. Alam kediaman Jin ialah di lautan, daratan, di udara dan di Alam Mithal iaitu suatu alam di antara alam manusia dan alam malaikat. Jika di berikan oleh Allah kepada kita melihat Jin, sudah tentulah kita akan melihat jarum yang dijatuhkan dari atas tidak akan jatuh ke bumi , tetapi hanya jatuh di atas belakang Jin, disebabkan terlalu banyaknya jumlah mereka.Sebab itulah orang-orang tua kita selalu berpesan supaya anak-anak segera balik ke rumah apabila telah tiba waktu maghrib dan pintu serta tingkap rumah mesti di tutup, supaya tidak dimasuki oleh Syaitan dan Iblis. Sebagaimana sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Apabila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebahagian malam maka tahanlah anak-anak mu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah, padamkan lampu-lampu mu sertab sebutlah nama Allah, ikatlah minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makananmu serta sebutlah nama Allah ( ketika menutupnya ) "Hadis di atas bermaksud bahawa Jin dan Syaitan akan tidur di waktu siang dalam cahaya dan sinar sehingga menjelang petang, di mana pada waktu itu mereka berkeliaran mencari rezeki dan makanan, baik lelaki maupun perempuan, samada yang dewasa atau kanak-kanak.
MELIHAT JIN
Pada prinsipnya Jin tidak boleh di lihat, di sentuh dan di dengar oleh manusia dalam bentuk yang asal sebagaimana ianya diciptakan, kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu, Jin boleh di lihat dalam rupa bentuk yang diingininya. Jin juga boleh di lihat oleh manusia dalam keadaan sihir atau ketika meminum air sihir atau melalui kemahuan Jin itu sendiri untuk memperlihatkan
dirinya kepada manusia.
Antara kelebihan Jin yang telah diberikan oleh Allah ialah kemampuannya untuk mengubah dirinya dalam berbagai bentuk dan rupa. Contohnya dalam peperangan Badar, Iblis telah menampakkan dirinya dalam bentuk seorang lelaki dari Bani Mudlij dan Syaitan pula dalam rupa Suraqah bin Malik yang datang membantu tentera musrikin memerangi tentera Islam.( Iblis dan Syaitan adalah juga merupakan sebahagian daripada golongan Jin ).Dalam Sahih Bukhari juga ada meriwayatkan bahawa adanya Jin yang menampakkan dirinyadalam bentuk seekor ular dan membunuh seorang pemuda yang cuba membunuh ular tersebut.
Di samping itu Jin juga boleh menampakkan dirinya dalam rupa bentuk haiwan yang lain seperti rupa bentuk kucing, anjing dan sebagainya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
good info |
|
|
|
|
|
|
|
good |
|
|
|
|
|
|
|
gud info.. tapi bila yang dikatakan mencari rezeki tu, rezeki yang mcm ne ek??
jin makan ape ek? |
|
|
|
|
|
|
|
yayah8989 posted on 19-2-2013 12:35 PM
gud info.. tapi bila yang dikatakan mencari rezeki tu, rezeki yang mcm ne ek??
jin makan ape ek?
Jin kalau dah bau kemenyan tu,diorg anggap macam kfc..hehe ustaz aku ckap la..
|
|
|
|
|
|
|
|
saifulperak posted on 19-2-2013 05:26 PM
Jin kalau dah bau kemenyan tu,diorg anggap macam kfc..hehe ustaz aku ckap la..
owh tu makanan jin la ek??
aku cam tak dpt fikir je tadi mcmne rope jin mencari sesuap mkanan
|
|
|
|
|
|
|
|
lagi 1 jin tu makan dengan orang yang tak baca bismillah..hehe...
ok serius..ada orang pernah nampak jin minum air mandi mayat..
dan tulang pun diorg sapu.. |
|
|
|
|
|
|
|
jin dn syaitan juge mkn asap...ni pn aku tau dr ustad..dia juge bole mnyerupai orng yg kita kenali.. |
|
|
|
|
|
|
|
pernah tgk ceramah tak lama dlu , kalau tak silap (kalau silap tolong betolkan)
yang boleh tangkap jin nabi sulaiman a.s dan nabi muhammad s.a.w sahaja, walaubagaimana pon nabi muhammad s.a.w tak buat sebb sebagai menghormati nabi sulaiman a.s. , salah satu mukjizat nabi sulaiman a.s memerintah makhluk ghaib...
ps: jadi kalau ada sesiapa yang kata boleh tangkap jin dan kawan2nya sah sah lah tipoooooooooo........ masuk botol.. tu sumer poyo.... perawat islam hanya boleh halau jer .. ..., ustaz hasan din cakap (kalau salah tolong betolkan) kalau betol orang boleh tangkap jin, sebelum tu try tangkap nyalaan api .. .. |
|
|
|
|
|
|
|
huhuhu terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
info yang sgt menarik..tq... |
|
|
|
|
|
|
|
lavendernovella posted on 20-2-2013 02:28 AM
pernah tgk ceramah tak lama dlu , kalau tak silap (kalau silap tolong betolkan)
yang boleh tangka ...
ustajah saya pun pernah berkata negitu..tidak ada siapa2 pun yg blh tangkap jin..
cuma dia hairan apa benda dalam botol tu?bukan siapa dlm botol tu???hihihi
|
|
|
|
|
|
|
|
ogata posted on 20-2-2013 04:44 PM
ustajah saya pun pernah berkata negitu..tidak ada siapa2 pun yg blh tangkap jin..
cuma dia hairan ...
jin pakai toncet!
|
|
|
|
|
|
|
|
info yang sangat menarik. terima kasih TT. |
|
|
|
|
|
|
|
Biasanya jin tu bermata satu..
Last edited by Dzulqarnain on 22-2-2013 02:12 AM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|