CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28193|Reply: 2

Hilux 3.0 atau Triton VGT 2.5 ?

[Copy link]
Post time 31-1-2013 11:25 PM | Show all posts |Read mode
salam,

nak tanya pro dan kontra antara 2 pick up truck nih. harap owner dan user boleh bagi komen sket. aku plan nak amik salah satu sebelum raya tahun nih. so nak amik masa survey sket. brand lain - ford ranger, nissan navara, isuzu d-max, takyah rekemen. lepas buat sket survey, aku decide nak fokus 2 nih jer.

info kegunaan truck ;

- guna di kampung, jalan tar biasa. kadang2 masuk estet dan jalan tanah merah. kene naik bukit kadang2.

- guna harian untuk angkat barang bisnes - barang runcit, kayu2, buahan, kambing hidup, set BBQ kambing golek, ayam, dedak & temukut (dalam 500kg) dan lain2. so guna kiranya guna semi-hardcore jugak lah.

- distance takde la jauh sangat, NS - KL - Melaka - Muar jer kadang2. mostly NS jer.


info yang aku dah tau (kalo salah sila betoi kan)


- roadtax. hilux punya roadtax 2 kali ganda (RM1600++) dari triton. beza sebab CC besau.

- performance. aku cek tork hilux n triton tak jauh beza (343Nm @ 350Nm). so aku agak pick up lebih kurang sama (betul ker?). yang bezanya triton punya top speed lagi tinggi dari hilux.

- hilux lagi tinggi graviti center nyer dari triton. so hilux lebih macho dan boleh redah banjir tanpa was2. hehe.

- triton lagi selesa dari hilux. macam bawak kereta. handling triton terbaek compare dgn hilux. bumper pun boleh main redah jer tanpa ada efek bumpy yang melampau.


yang aku nak tau, please feedback (terutama owner triton vgt)

- suspensions. triton ni boleh ke angkat berat? tak mau nanti dah beli ada bunyi suspension sana sini.

- lasak. triton ni lasak ker buat masuk estet dan naik bukit bukau?

- apa lagi kelebihan triton compare dgn hilux selain dari performance, handling, comfortness dan roadtax murah?

- kalau untuk kegunaan lasak di kampung, elok ker guna auto? btw, triton vgt n hilux 3.0 dua2 nyer auto.


aku plan nak amik hilux. tapi roadtax mahal (3.0L) dan ramai yang cakap hilux baru (tak pasti 2.5 or 3.0) hopelessly underpower. bagi aku, asalkan pick up bagus dah kira ok. senang nak overtake kete. lagipun aku jarang lalu highway. tapi yang hilux 3.0 ni perfomance ok tak?

triton VGT ni pun aku suka gak. perfomance dan handling terbaik. interior pun menarik, full leather. seat belakang pun selesa. roadtax separuh murah dari hilux. yang menjadi kemusykilan, triton ni lasak ker tak? kalau bole angkat barang2 bisnes yang aku sebut kat atas tu tanpa ada suspension problem, itu pun dah kira baik.
Last edited by capiloton on 31-1-2013 11:47 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2013 02:30 AM | Show all posts
Triton kot? Sbb hilux 3.0 weols byk lambong2x kalu dok kat seat bakang. Ho bo. Interior x tau nak beza. Klu compare navara.. mmg navara out la. Tp klu drv hilux .. bes! Cuma jd passenger je x bes. Katanye klu tambah space-arm.. akan hilang poblem melambong2 tuh. Hehe. My 2
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2013 09:13 AM | Show all posts
Triton memang menang dr segi interior. Triton dalam keadaan standard bagi saya sesuai untuk onroad (70%) ofroad (30%) nisbah tu boleh diubah dengan penambahan beberapa acc seperti lift kit utk bagi tinggi, wide archer utuk pakai tayar besar dan lebar. Hilux pula 60:40. Kiranya kalau nak masuk dirt hilux lebih bersedia berbanding triton.

Dr segi kemampuan mengangkat beban, leafspring hilux rasanya lebih stiff. lagipun memang dah sedia tinggi. Triton pla suspensinya lebih rendah dan lembut. Beban 500kg mungkin akan buat triton bottom out. Masih boleh bawa tapi suspension akan turun habis. Cesi mungkin akan menghentak axle bila hit bump.

Lagi satu, kalau nak buat workhorse rasanya lebih bagus ambik yg paling basic acc. Tapi engine yang paling power antara keduanya. Oleh kerana TT jarang masuk hi-way, Hilux rasanya lebih sesuai. Triton tu memang bukan pure truck sebenarnya. Just SUV without roof at the back. Pajero Sport punya kembar.
Last edited by CrocoRoco on 2-2-2013 09:15 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.044725 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list