CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dauswq

✿ CARI 2012 K-drama Awards (Artikel pg.26, post #638) ✿

[Copy link]
Post time 24-2-2013 07:58 AM | Show all posts
kat ne result nya.. kita tak dpt tgk.. ada kursus pengawas  2 hari ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2013 08:55 AM | Show all posts
dauswq posted on 23-2-2013 11:47 PM
aku lebih rase auranya dlm princess man

tak baper sngt.. aku tgk gak princess man.. tp nice guy lgk best..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2013 09:10 AM | Show all posts
wahhh..
tahniah untuk rooftop prince
tahniah untuk semua yang menang gak
semalam xmampu nak betahan sampai majlis abis,ngantuk sangat2 dah..huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2013 10:36 AM | Show all posts
Tahniah wat sume pemenang. me pon x igt da vote sape je...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2013 11:27 AM | Show all posts
OH NO! Aku tak leh nak menghadiri majlis gilang gemilang ni semalam....kena tunggu tahun depan nmpaknya
Tp sgt berpuas hati sbb nice guy byk menang....yoo hooo!
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2013 12:19 PM | Show all posts
alamakkk...miss sudah event nih... ni la kalo my PA tak cekap.... kan dah xdpt melawo....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2013 10:04 PM | Show all posts
resultnya tak summarize ke kat page 1?
malas pulok nak belek tiap page
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2013 11:37 PM | Show all posts
Results summarized kat posting no.3 di muka depan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2013 01:20 AM | Show all posts
rasa terkilan jugak sebab tak betul2 melawo masa red carpet semalam.. ucapan pun ntah pape.. rushing punya pasal..
tapi walaubagaimanapun boleh tahan jugak tacang yg aku dapat walaupun hanya sekadar memeriahkan majlis.. tq @dauswq dan jugak semua mod, supermod dan AJK yg bertungkus lumus merealisasikan event ni..  hopefully next time lebih banyak event dibuat sepanjang tahun.. dan hopefully next time aku berkesempatan untuk join lagi.. hihihi memang best! u all memang DAEBAK!

terimalah bunga ini sebagai tanda penghargaan dari ku..


dan jugak hamper..


Last edited by manganini on 25-2-2013 01:21 AM

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 09:12 AM | Show all posts
assalamualaikum & selamat pagi, semua...

aku yg gigih baru nak masuk biler majlis dh pun berlalu!!!
siyes sabtu malam tu dh keletihan berjalan2 kat johor lgsg lupa!!
aper2 pun tahniah la buat semua. kejap lg aku beklog dr page 1st!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2013 09:21 AM | Show all posts
rukiaichigo posted on 25-2-2013 09:12 AM
assalamualaikum & selamat pagi, semua...

aku yg gigih baru nak masuk biler majlis dh pun berlalu! ...

sila baca

tak leh thn tgk diorg kena troll mase pengumuman anugerah terakhir...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 09:21 AM | Show all posts
aisehhh..... langsung x ingat... terlepas sudah......
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 09:40 AM | Show all posts
waahhhhh dah tamat ke??! aku tak dpat on9 hujung minggu ri tu sebab tak de kat umah,sedih nya tak dpt join
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2013 09:41 AM | Show all posts
myfish posted on 25-2-2013 09:40 AM
waahhhhh dah tamat ke??! aku tak dpat on9 hujung minggu ri tu sebab tak de kat umah,sedih nya tak dp ...

full result tertulis kt page depan
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 09:45 AM | Show all posts
dauswq posted on 25-2-2013 09:41 AM
full result tertulis kt page depan

aku dah bace dah
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 10:05 AM | Show all posts
dauswq posted on 25-2-2013 09:21 AM
sila baca

tak leh thn tgk diorg kena troll mase pengumuman anugerah terakhir...

yup, finally habis dh aku beklog. gigih la beklog dr 1st page...
mmg sengal betul ko dok trolling dorg utk best drama tu!!!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2013 10:21 AM | Show all posts
terlepas anugerah, terlupa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2013 12:34 PM | Show all posts


Rooftop Prince dan Nice Guy menang besar dalam Anugerah CARI-KDrama 2012

by rukiaichigo


Dengan berakhirnya FANTASTIC QUIZ 2012 pada 18/2/2013 sempena road show CARI 2012 K-DRAMA AWARD, maka  tamatlah sudah kesemua aktiviti yang dianjurkan. Setelah mengambil kira semua undian pada peringkat awal yang berlangsung pada 27/12/2012 hingga 13/1/2013 dan peringkat akhir yang berlangsung pada 17/1/2013 hingga 31/1/2013, keputusan undian dapat dijangka dengan mudah merujuk kepada senarai-senarai yang berjaya masuk dalam saringan akhir. Majlis Anugerah telah berlangsung dengan jayanya pada malam sabtu lepas, 23/2/2013 dengan daftar masuk forumer seramai 21 orang, tidak ditambah dengan bilangan silent reader, sekaligus mencatat rating sebanyak +/- 20% dari keseluruhan forumer yang online CARI Forum pada malam itu. Penganjur mengucapkan terima kasih pada forumer yang hadir dan memeriahkan majlis pada malam tersebut.



Rooftop Prince berjaya mengenepikan pesaing-pesaingnya dengan memperoleh kedua-dua anugerah kemuncak, "Drama of The Year" dan "Best Screenplay" .

Seperti jangkaan ramai, di antara lima drama terbaik , drama Rooftop Prince telah berjaya mengungguli anugerah “DRAMA OF THE YEAR” dengan mata sebanyak 28.59/37.5 dan diekori rapat dengan drama Moon That Embraces The Sun dengan mata sebanyak 28.06/37.5. Manakala drama Nice Guy dengan mata sebanyak 27.86/37.5 berada di tangga ketiga, diikuti dengan drama Answer me 1997 dengan mata sebanyak 25.8/37.5 dan disusuli drama King 2Hearts di tangga kelima dengan mata sebanyak 25.67/37.5.




Selain itu, anugerah “BEST SCREENPLAY/SCRIPTWRITING” diperkenalkan untuk menilai cerita dan lakon layar sesebuah drama. Kategori ini diungguli oleh penulis  “DRAMA OF THE YEAR”, Lee Hee Myung bagi drama yang dikarangnya, Rooftop Prince (22.1%). Kemudian, Jin Soo Wan & Jung Eun Gwol sebagai penulis original drama Moon That Embraces The Sun (21.1%) menduduki di tangga kedua dan Lee Kyung Hee bagi drama Nice Guy (19.5%) berada di tangga ketiga.


Pasangan romantis, Moon Chae Won dan Song Joong Ki (Nice Guy) berjaya membolot lima anugerah dalam CARI K-Drama dengan dua anugerah utama menerusi lakonan kritik dan tiga anugerah menerusi populariti. Nice Guy hanya memenangi lima anugerah sahaja melalui kedua-dua pelakon ini.

Walaupun Nice Guy tidak berjaya menggondol tangga teratas dalam kedua-dua kategori utama bagi drama, lakonan yang ternyata hebat dan memberangsangkan daripada Song Joong-ki selaku pelakon lelaki drama tersebut telah berjaya menggondol gelaran “CRITICALLY ACCLAIMED BEST ACTOR” dengan permarkahan sebanyak 4.34/5. Manakala watak dibawa Joo Won sebagai seorang yang sanggup berpaling tadah kepada tanah air beliau sendiri pada mulanya demi menyara hidup keluarga beliau di dalam Bridal Mask telah berjaya mendapat markah sebanyak 4.03/5. Menyusuli Joo Won pula adalah rakan sekerjanya di dalam program hiburan 2 Days 1 Night, Uhm Tae Wong di dalam Equator Man telah berjaya berada pada tangga ketiga dengan perbezaan sebanyak 0.01 markah sahaja iaitu 4.02/5 undian.



Bagi anugerah “CRITICALLY ACCLAIMED BEST ACTRESS” pula, lakonan versatil  Moon Chae Won dengan transaksi perwatakan berbeza dan digandingkan pula bersama pemenang anugerah aktor terbaik, Song Joong-ki di dalam drama Nice Guy telah membuatkan beliau berjaya merebut takhta teratas dengan 4.16/5 undi manakala saingan beliau terdekat Ha Ji Won  yang mempunyai pengalaman berlakon lebih 10 tahun telah memperoleh markah sebanyak 4.14/5 menerusi drama King 2Hearts. Bintang yang bermula sebagai anggota kumpulan Baby VOX (dibubarkan pada tahun 2005), Yoo Eun Hye menduduki di tangga ke-3 dengan markah terkumpul, 4.07/5 menerusi drama I Miss You.



Bersandarkan sahaja pada penulis skrip yang ternama dan dibarisi dengan pelakon-pelakon utama yang hebat tidak cukup menempah tiket kejayaan terhadap tersebut . Pemilihan pelakon-pelakon pembantu/tambahan juga secara tidak langsung menambah perisa dalam resipi sesuatu drama tersebut. Jika tidak, masakan anugerah “BEST SUPPORTING ACTOR/ACTRESS” diwujudkan untuk memberikan penghargaan kepada pelakon-pelakon pembantu. Walaupun membawakan watak antagonis, pelakon lelaki Park Ki Woong  (Bridal Mask) telah berjaya memancing beberapa forumer untuk meletakkan beliau sebagai aktor pembantu lelaki terbaik dengan merkah terkumpul sebanyak 4.20/5. Ini diikuti dengan Yoo Seung Ho (I Miss You) yang bakal menggalaskan tugas mandatori sebagai rakyat Korea dengan markah sebanyak 4.12/5  manakala pelakon muda yang begitu berbakal, Yeo In Go yang membawa watak muda Park Yoochun di dalam I Miss You telah berjaya mencuri hati forumer dengan 4.03 / 5 markah.

Usia seseorang bukanlah menjadi garis panduan kepada keupayaan seseorang pelakon dalam menjayakan watak lakonannya di dalam sesuatu drama melainkan bakat semulajadi & usaha perit jerih pelakon itu sendiri untuk membuktikan kemampuannya di persada seni K-drama. Maka tidak hairanlah dalam usia yang baru menginjak 14 tahun, Kim Yoo Jung menerusi drama Moon Embraces The Sun berjaya merebut anugerah “BEST SUPPORTING ACTRESS” dengan mata sebanyak 4.18/5 meninggalkan pesaingnya terdekat agak jauh ke belakang iaitu Park Shi Yeon (Nice Guy)  dengan mata sebanyak 3.99 / 5. Pelakon muda Kim So Hyun yang bergandingan dengan Kim Yoo Jung dalam merebut cinta Yeo In Go di dalam drama Moon Embraces The Sun didapati lebih menyerlah di dalam drama I Miss You walaupun beliau meduduki tempat ketiga menerusi drama tersebut dengan markah sebanyak 3.91/5.

Song Jong Ki (Nice Guy)yang juga melakonkan watak serigala jadian di dalam filem A Werewolf Boy telah berjaya mengukuhkan populariti beliau dengan anugerah yang diperolehi,  “THE MOST POPULAR ACTOR” . Undian yang diterimanya adalah sebanyak 31.1% manakala pelakon serta penyanyi kumpulan idol trio JYJ Park Yoo Chun mengekori rapat menerusi Rooftop Prince sebanyak 26.7% undi. Tuah Moon Chae Won memang jelas terbukti dengan kejayaan beliau merebut “THE MOST POPULAR ACTRESS” dengan undian yang cukup besar iaitu sebanyak 33.3% menerusi drama Nice Guy. Pemenang tempat kedua dan ketiga yang berkongsi mata peratusan undi yang sama telah ditinggalkan jauh oleh Moon Chae Won ke belakang dengan hanya 18.9% undian masing-masing diraih oleh pelakon yang dilahirkan dengan nama Yang Min Ah sebelum menggunakan nama komersil, Shin Min Ah (Arang The Magistrate) dan Yoon Eun Hye (I Miss You).



Kim Yoo Jung merupakan satu-satunya pelakon muda yang memenangi anugerah "Best Supporting Actress" sekaligus mengenepikan peluang pelakon-pelakon senior yang lain tercalon dalam anugerah yang sama.


Alunan runut bunyi yang sesuai dengan satu-satu drama tersebut memberikan impak emosi terhadap perjalanan cerita sesuatu kisah tersebut. Bagi anugerah “BEST OST/SOUNDTRACK”, tahun ini anugerah ini diberikan kepada drama Rooftop Prince dengan undian sebanyak 23.8% manakala drama Moon Embraces The Sun memungut sebanyak 22.2% undian. To The Beautiful You pula menduduki di tempat ke-3 dengan undian sebanyak 15.3%.



Bagi kategori "BEST MEMORABLE SCENE”, majoriti telah sebulat suara memilih adegan lawak dan spontan daripada drama Rooftop Prince iaitu situasi di mana Prince Lee Gak bersama-sama tiga orang suruhannya menyalin pakaian di dalam lif, dengan undian tertinggi sebanyak 34.1%. Setelah berjaya membolot 32.2% undian, Song Joong Ki & Moon Chae Won menerusi drama Nice Guy telah dinobatkan sebagai “COUPLE OF THE YEAR” diikuti dengan pasangan romantis di dalam drama Rooftop Prince, Park Yoo Chun & Han Ji Min dengan pungutan peratusan undi sebanyak 26.7%.


Secara keseluruhannya, Rooftop Prince menggondol dua anugerah utama dan 2 anugerah sampingan diikuti dengan Nice Guy yang memonopoli kedua-dua anugerah "acting" dan tiga anugerah sampingan. Dengan sebelas anugerah yang dipertandingkan, maka berakhirlah sudah CARI 2012 K-DRAMA AWARDS. Rumusan anugerah boleh dibaca di thread ini, CARI DRAMA Award. Semoga acara seperti ini akan menjadi satu titik tolak (darab bahagi ~ HAHA) dan pencetus idea dalam menganjurkan lagi acara seperti ini pada masa akan datang. Harapan penulis  adalah acara yang sama dapat diadakan pada tahun depan kerana bagi penulis acara ini juga memartabatkan penggiat seni drama daripada Korea Selatan dalam kelompok CARI Forumers. Sekian, terima kasih.


*Artikel adalah hasil nukilan rukiaichigo dan diubahsusai oleh dauswq*
Last edited by dauswq on 25-2-2013 12:38 PM

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 01:21 PM | Show all posts
hebat2...
mcm bace kat surat kabor utama.. .
kalah semua reporter kat mesia...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 01:57 PM | Show all posts
wow hebat ulasan taraf wartawan antarabngsa ni
tahniah atas kerja keras dan semangat juang
semua yg terlibat secara langsung dan tak langsung dlm acara ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 10862 Replies : 2
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23636 Replies : 146
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.056330 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list