CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kueh_kueh

[edisi Banjir Kilat] Izzue islam dah slamat menikah! pg.35

[Copy link]
Post time 3-6-2013 08:12 PM | Show all posts
http://www.keek.com/zacmeera04/keeks/IIyqcab#UWVqcab

izzue cakap buat apa nk frust..rilex laaa...

walaupun aku pun frust tp tgk komen kt blog nara mmg trk bebenor..melampau diorg tuh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2013 08:35 PM | Show all posts
mesti time izzue baru lepas spm...bancuh air..duit pon nan hado sangatt


si awin tuh plak da keje ..mesti slalu support izzuenye financial kan..
time izzue tengah sengkek bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 08:36 PM | Show all posts
hamek!!! buat apa nak frust.rileks laaa.haha
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 09:01 PM | Show all posts










Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 09:02 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 09:15 PM | Show all posts
Kagum dgn pendirian izzue ni pilih wanita berusia dan sederhana....suka dgn baju mereka yg sopan dan classy...congrats...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2013 09:16 PM | Show all posts
tahniah izzue !!
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 10:00 PM | Show all posts
korng rasa awin ni ada iras didi alias x? erk??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2013 10:11 PM | Show all posts
pempuan ni nmpk tua dr izzue..ke mmg btol? ihik, cheq ketinggalan ketapi. xminat heols sgt

anyway..tahniah ler..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 11:06 PM | Show all posts
ahkiluz posted on 2-6-2013 07:20 PM
hosmet iols kata statement jujur iols tu kejam

pastu dia cakap, laki hensem mmg akan dapat p ...

uols..kena doa dari sekarang..takkan nk kena ambik masa 6 taun cam izzuwin..

baidewei..ckp kat hosmet uols..kdg2 kenyataan mmg pahit utk ditelan..donia..donia..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 11:10 PM | Show all posts
emmm aku rasa muka isteri dia ni ok je. cuma lepasni kalau pakai braces nampak lah cun. btw congrats izzue and wife
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 11:25 PM | Show all posts
wpun lelaki takla hensem mana tapi memang nampak bini lagi tua.
itu tetap kenyataannya.
tapi biarlah kalau mereka bahagia begitu.
sekurangnya bini dia tu anak dara dan suami pulak bukan laki orang.

tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 11:28 PM | Show all posts
Opkos la Awin ni istimewa di mata hati Izzue..dah jodoh maka kawin le..
Entah ape la rintangan yg dah dilalui Awin..yg pastinya berbaloi..
Aku pecaya yg banjir kilat dlm ni..bkn nk kutuk ke hape..saje nk meluah rase hiba...huwaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 11:41 PM | Show all posts
garnierblue posted on 3-6-2013 07:50 PM
kota bharu..kampung badak mati

Kampung badak mati?? x pernah dengar... belah mana pulak kampung pokjue ni?? check kat google map, kg badak mati ni kat gunong, melor.... dlm 20 min je drp kg iols (pada bukan musim raya)
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 11:45 PM | Show all posts
dahlamadah.. posted on 3-6-2013 11:06 PM
uols..kena doa dari sekarang..takkan nk kena ambik masa 6 taun cam izzuwin..

baidewei..ckp ka ...

iols x nak amek masa 6 tahun macam awin.... iols muda setahun je drp awin ni huhu... yg mamat sorang tu x paham2 la pulak
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 11:47 PM | Show all posts
Tahniah & selamat pengantin baru
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2013 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Mudanya umur izzue... mak ingat dah nak 30 an... jambu lg...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2013 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
napa lah ramai yg duk kutuk bini izzue neh katanya tak lawa la apalah.. aku baca kat ig..
taklawa kt mata kita kat mata suami dia lawa
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2013 08:34 AM | Show all posts
Awin hadiah terindah - Izzue

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


IZZUE ISLAM menamatkan zaman bujangnya pada usia 24 tahun dengan memilih pengurus peribadinya, Awin sebagai isteri.


SEPINGGAN nasi goreng menjadi titik permulaan kepada perkenalan pasangan Izzue Islam dan Awin Nurin yang telah sah bergelar suami isteri pada hari Ahad lalu.

Cerita yang dikongsikan sendiri oleh penyanyi kumpulan Forteen itu, pertama kali dia bertemu dengan Awin ketika menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur sekitar tahun 2008.

Kata Izzue, dia ketika itu cuma seorang pembancuh air di sebuah kedai makan yang terletak berdekatan dengan salun rambut kepunyaan Awin di Petaling Jaya, Selangor.

“Tiada istilah terhutang budi antara saya dan Awin. Saya mengenalinya sebelum bergelar artis lagi dan saya masih ingat mula-mula perkenalan saya membelanja dia sepinggan nasi goreng.

“Syukur Alhamdulillah, hubungan kami berjalan lancar dan biarpun pada mulanya kami memilih untuk tidak bercerita kisah peribadi, selepas kami bergelar suami isteri tiada apa-apa lagi yang perlu kami selindungkan,” ujar Izzue yang ditemui usai majlis akad nikah bersama pasangannya, Awin Nurin di Dewan Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Dengan hanya sekali lafaz, Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 24, selamat menjadi suami kepada Awin atau Nurinafilah Waharudin, 31, yang merupakan pengurus peribadinya selama lebih lima tahun.

Menyarungkan sepasang busana berona putih rekaan Satris Anggun, pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Waharudin Jonit, 58, yang disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Masjid Negeri Selangor, Khairuddin Haiyon kira-kira pukul 9.45 pagi.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak 11 dinar dan wang hantaran berjumlah RM11,111.11.

Pengantin lelaki memberikan tujuh dulang hantaran berupa sebentuk cincin, set barang kemas, sepasang baju, tas tangan Fossil, cek wang hantaran, dompet dan senaskhah al-Quran serta sejadah.

Sementara pihak pengantin wanita membalas sembilan dulang hantaran iaitu sebuah komputer riba Macbook Air Apple, sepasang baju kemeja, wangian Paco Rabanne, jam tangan Marc Jacobs, pemegang pasport, tepak sireh, kamera digital Nikon, sejadah dan al-Quran serta manisan.



PASANGAN ini ingin segera memiliki cahaya mata.


Hadiah hari jadi

Istimewanya, majlis akad nikah dan persandingan yang diadakan pada Ahad lalu jatuh pada tarikh yang sama dengan sambutan hari jadi Izzue Islam yang ke-24 tahun.

“Awin hadiah hari jadi terindah saya sepanjang hidup dan syukur Alhamdulillah kami kini selamat bergelar suami isteri. Insya-Allah kami mahu cepat-cepat dapat anak,” ujarnya berseloroh.

Sementara itu, Awin berkongsi rasa gemuruhnya bergelar isteri kepada seorang selebriti yang sedang mencipta populariti dan digilai ramai wanita.

“Kami belum pernah tinggal serumah dan mulai daripada hari ini kami akan lebih mengenali peribadi masing-masing dengan lebih mendalam. Kadang-kadang Izzue nampak juga seperti seorang yang cerewet,” kata Awin yang masih bekerja sebagai seorang eksekutif di Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).

Hutang budi

Izzue mencelah, katanya, sifat Awin yang matang sepanjang menguruskan kerjayanya sebagai seorang artis tidak menggugat kedudukannya sebagai suami atau menjatuhkan saham sebagai artis selepas berkahwin.

“Dia seorang yang matang dan memahami kerjaya saya. Tidak ada langsung soal cemburu kerana dia yang mendapatkan saya tapak dalam bidang ini dan saya berbangga kerana memperisterikan seorang wanita yang memahami saya,” tambah Izzue yang teringin merasa masakan isterinya buat pertama kalinya.

Malah kata pelakon Saya Sebenarnya Isteri Dia itu, dia tidak pernah melihat pilihannya untuk berkahwin dengan Awin adalah kerana terhutang budi kepada gadis kelahiran Selangor itu.

“Dia sayang saya bukan sebab saya artis dan sepanjang enam tahun saya nampak kejujuran dia. Daripada saya bukan sesiapa sehingga hari ini, dia sentiasa berada di samping saya,” katanya yang belum merancang lokasi bulan madu.

Majlis dihadiri oleh lebih 1,400 orang tetamu termasuk rakan artis. Antara selebriti yang hadir ketika acara berlangsung adalah Adi Putra, Lisa Surihani, Yusri, Edry, Sheera Ayob, Beto Kusyairy, Fadlan dan anggota kumpulan Forteen.



Credits: kosmo.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2013 08:39 AM | Show all posts
garnierblue posted on 3-6-2013 07:47 PM
apa fb mak sedara die?

tu pon xleh bgtau huhuhuhu

kang kantoi aku bocorkn rahsia mak sedara dia lakkk....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 1.006831 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list