Sebelum ini kecoh pasal gosip pelakon popular Izzue Islam dikhabarkan bertunang dengan pengurusnya yang dikenali sebagai Awin Nurin. Namun anggota kumpulan Forteen itu enggan mengesahkannya.
Akhirnya Izzue, 23, mengaku yang dia bakal bernikah dengan Awin pada 2 Jun ini. Tarikh tersebut sempena hari ulang tahun kelahirannya. Dia juga mengakui cerita pasal pertunangannya dulu adalah benar. Dia enggan mendedahkannya kerana ada sebab tertentu serta mahu menjaga hati banyak pihak, termasuk keluarga mereka.
"Benar kami akan bernikah pada pagi 2 Jun ini dan majlis persandingan akan diadakan peda tengah hari yang sama di Shah Alam," kata Izzue kepada Mangga Online malam ini.
Gosip pasal Izzue bertunang mula tersebar hujung tahun lalu. Mereka dikatakan bertunang pada musim Hari Raya Aidilfitri lalu.
Izzue sedia kahwin pada usia muda dan tidak mengganggap perkahwinannya nanti bakal menggugat kejayanya yang sedang berkembang.
garnierblue posted on 3-5-2013 03:30 AM
uolzz mmg dia nk kawin .dah mengaku dah pon..hmm kecewanya..
masa aku dapat tahu cite ni kat twitter,
terus aku teringat post pasal dia gi fitting baju ni.
aku sungguh sungguh la indenial, tak nak percaya,
walaupun aku sedar, takdenya tiba tiba ada org nak buat cite bohong semata mata post kt forum
PATAH SERIBU wei PATAH SERIBU
gosip bercinta takpe lagi, tup tup terus kahwin
sbg fans heols yang baru,
i olls tak mampu nak hadap kejutan sehebat ini
bolehla TT tukar tajuk thread
lagi sebulan je heolls nak kahwin
(aku still dalam moof indenial /tak tahu boleh tak aku tgk gambar sanding dia nanti huwaaaaaaa )
anyway, sapa yg terserempak dgn dia time fitting tu
agak agak kaler baju apa dia pakai ???
Izzue Islam & Awin Sah Bernikah 2 Jun
Oleh:Editorial MH
Tarikh: 3 Mei 2013
Pelakon dan ahli kumpulan Forteen, Izzue Islam atau nama sebenarnya Muhammad Izzue Islam Mazlan telah mengesahkan bakal bernikah bersama teman wanitanya pada 2 Jun ini. Majlis pernikahan dan persandingan yang bakal berlangsung serentak dalam satu hari yang sama itu bakal menyaksikan penyatuan dua hati antara Izzue bersama kekasihnya yang juga merangkap pengurus iaitu Awin Nurin.
MH online yang telah dihubungi sendiri oleh Izzue malam tadi turut diberitahu, tarikh istimewa pernikahannya itu sebenarnya jatuh pada tarikh lahirnya yang ke 24 tahun. Menidakkan dakwaan kononnya dia berbohong sebelum ini kerana menyembunyikan kisah cintanya, Izzue yang berasal dari Kelantan ini mempunyai pendiriannya sendiri.
"Ketika gosip itu tersebar, saya tidak mengiyakan dan menidakkan kerana ketika itu semuanya masih belum pasti dan apabila kami sama-sama mengambil keputusan untuk bernikah, barulah saya mula bercerita".
Berharap agar peminat terus menyokong kerjaya seninya, Izzue yang juga pelakon bagi filem 'King Kapcai', 'Chikaro' dan '29 Februari' ini tidak sesekali memandang perkahwinan di usia muda ini sebagai penghalang kepada karier seninya.
Kepada Izzue dan Awin, MH Online mendoakan agar semuanya berjalan dengan lancar.