CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6181|Reply: 84

[Jenayah] 'Arab Spring' boleh berlaku andai pihak kalah tak puas hati keputusan PRU

[Copy link]
Post time 10-2-2013 04:13 PM | Show all posts |Read mode
ALOR SETAR 10 Feb. - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yakin 'Arab Spring' boleh berlaku di negara ini sekiranya pihak yang kalah pilihan raya umum akan datang tidak puas hati dengan keputusannya.

"Saya yakin pihak yang kalah akan menggunakan penyokong-penyokong mereka membuat huru-hara dan rusuhan bagi menjatuhkan kerajaan sebagaimana berlaku di Asia Barat.

"Pihak-pihak yang bertanding sewajarnya mengawal diri dan bersikap rasional dari sekarang," katanya semasa menjawab soalan hadirin pada taklimat khas kepada anggota Komuniti 1Malaysia di Kompleks Penyiaran Kedah di sini, hari ini.

Menurut Musa, pihak polis sewajarnya bertindak lebih awal mengumpul maklumat bagi menghalang sebarang kejadian buruk berlaku.

"Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) lebih bersifat pencegahan dihapuskan.

Akta baru belum tahu lagi keberkesanannya. Orang yang didakwa menggalakkan keganasan di negara luar ditangkap, orang yang membuat rusuhan dalam negara tidak pula ditangkap dan didakwa," katanya.

Kepada satu soalan, Musa menegaskan, beliau tidak akan menyertai sebarang parti politik sebaliknya akan berjuang atas diri sendiri bagi demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Dalam taklimatnya, beliau melahirkan rasa sedihnya kerana ada segolongan ahli politik negara ini sanggup menggadai maruah bangsa dan agama demi mencapai cita-cita politik mereka.

"Dulu agensi perisikan Amerika, CIA menyerap masuk bagi menghuruharakan sesebuah kerajaan tetapi sekarang Yahudi dan Barat menggunakan badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk menerap konsep liberisme dan sebagainya.

"Mereka gunakan NGO-NGO menuntut kerajaan lebih telus, menggalakkan LGBT, biseksual, transeksual dan sebagainya. Ini cara mereka hendak melemahkan Islam.

"Jika tidak liberal Barat akan anggap kerajaan tersebut zalim," tambahnya.

Musa berkata, fitnah terus-terusan pemimpin pakatan pembangkang yang menyifatkan kerajaan pusat sebagai perasuah dan lemah setiap hari adalah supaya rakyat mempercayai mereka.

"Taktik ini mampu mempengaruhi rakyat padahal mereka yang menguasai empat buah negeri tidak mentadbir dengan lebih baik," katanya.

"Saya khuatir keselamatan negara akan terancam sekiranya kerajaan gagal menangani pemimpin-pemimpin rakus, jenayah terancang, ah long, pelampau agama, hasutan dan gerakan sulit.

"Tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka yang terbabit dan tidak dibuat secara terpilih," kata Musa. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130210/dn_28/Arab-Spring-boleh-berlaku-andai-pihak-kalah-tak-puas-hati-keputusan-PRU#ixzz2KTvtQlL5
© Utusan Melayu (M) Bhd

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2013 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
keh keh keh..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2013 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
statement musa hasan pun ada org tua bangang percaya..keh keh keh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2013 04:25 PM | Show all posts

Demonstrasi, rusuhan beri kesan amat buruk

Fathul Bari Mat Jahya menyampaikan kertas kerja berjudul Melahirkan Usahawan Cemerlang pada Konvensyen Usahawan TEKUN dan Ekspo Keusahawanan TEKUN Nasional 2013 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 9 Feb. - Demonstrasi dan rusuhan merupakan perbuatan yang boleh menjejaskan keamanan, sekali gus memberikan kesan yang amat buruk kepada ekonomi sesebuah negara.

Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya dengan mengambil contoh kejadian yang berlaku di beberapa negara Timur Tengah berkata, akibat daripada rusuhan serta peperangan di negara-negara terbabit, ekonomi umat Islam berada dalam keadaan lemah.

Beliau berkata, keadaan seumpama itu sudah tentu perlu dijauhkan daripada berlaku di negara ini kerana yang akan menjadi mangsa ialah rakyat sendiri.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... buruk#ixzz2KTzad5Yn
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2013 04:27 PM | Show all posts

Rakyat belum tentu makmur jika sokong demonstrasi jalanan ala Arab Spring
BUKIT GANTANG 9 Feb. - Rakyat diingatkan kemakmuran yang dinikmati sekarang belum tentu kekal jika mereka menyokong demonstrasi jalanan ala Arab Spring yang dirancang oleh pembangkang untuk menumbangkan kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, rakyat perlu mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di Mesir, Tunisia dan Libya iaitu kerajaan yang baharu belum tentu dapat menjamin keamanan dan membantu rakyat seperti yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini.

"Jangan kita tempah dan adakan sesuatu yang tidak ada. Mesir sudah dua tahun ada kerajaan dan presiden baharu, tetapi masih ada demonstrasi. Tunisia juga sudah dua tahun tetapi masih ada demonstrasi. Libya juga tidak aman lagi.

"Kalau dikatakan demonstrasi jalanan itu cara yang baik untuk menurunkan kerajaan, ia tidak betul kerana akhirnya undang-undang rimba yang akan digunakan. Mahukah rakyat Malaysia hidup seperti di Mesir dan Tunisia yang tidak tenang sampai sekarang?," soalnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan peralatan bernilai RM200,000 kepada 20 penerima Projek Azam Tani kawasan Trong dan Changkat Jering di Kuala Trong, di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi peringatan bahawa pembangkang harus menghormati dan menerima keputusan yang dibuat oleh rakyat tanpa perlu menimbulkan huru-hara sekiranya mereka kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Mohamed Nazri juga meminta rakyat tidak terpengaruh dengan hasutan pembangkang kononnya kerajaan BN zalim kerana hakikatnya kerajaan sekarang adalah amat amat baik dan telah banyak membantu rakyat selama ini.

"Hendak kata kerajaan kita zalim, mereka tidak tahu lagi apa makna sebenarnya zalim. Hendak tahu kerajaan itu zalim atau tidak, tengok sahaja di televisyen.

"Janganlah menghasut rakyat. Apa benda yang kita buat tidak betul? Demonstrasi jalanan bukan cara terbaik untuk menentukan kerajaan," katanya.

Menurut beliau, rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur kerana mempunyai sebuah kerajaan yang menunaikan apa yang dijanjikan kepada rakyat sedangkan pembangkang cuma pandai berjanji.

Sebagai contoh katanya, pembangkang bercakap soal kebebasan media, tetapi menghalang akhbar tertentu memasuki sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dan membuang ahli yang mengkritik pemimpin parti walaupun sering melaung memperjuangkan demokrasi.

Mohamed Nazri berkata, peringatan Perdana Menteri itu tepat pada masanya supaya isyarat awal dapat diberikan kepada rakyat agar tidak menyokong jika ada usaha oleh pembangkang untuk menumbangkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan selepas pilihan raya umum nanti.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... pring#ixzz2KU00xrSF
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2013 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah 50 tahun PR kalah PR dan PRU x pernah terjadi pun Arab Spring
Kekalahan diterima dengan dada terbuka
Tapi tahun 1969 bila Parti Amenok kalah di Bukit Bintang trus berlaku 13 Mei .
So Musa Hasan ni nak ingatkan dan beri amaran pada BN jangan nak buat Mesia Spring kalau kalah PRU
So ankel,boya nak beri amaran jangan mulakan CI spring kalau x mo kena ISA SABU
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2013 04:30 PM | Show all posts
rakyat malaysia baekkk,xkan jadi macam tu la,hu2
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2013 04:30 PM | Show all posts
boyagombak posted on 10-2-2013 04:27 PM
Dah 50 tahun PR kalah PR dan PRU x pernah terjadi pun Arab Spring
Kekalahan diterima dengan dada te ...

PR ni bertamadun,bukan macam areb,hu2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2013 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
statement tu cam sangat kena ditujukan kat partai bee enn jek...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2013 04:42 PM | Show all posts
Najib 'Dataran Tahrir' di KL selepas PRU 13?...ini komen Najib .Khamis, 07 Februari 2013 07:45

Kalau selak balik sejarah pilihanraya umum dan pilihanraya kecil,pembangkang yang banyak cetuskan 'macam-macam'  bila mereka tewas.Ada saja yang didakwa tidak kena.

Sebaliknya Barisan Nasional sentiasa menerima dengan hati terbuka apa jua keputusan termasuk tsunami pilihanraya umum Mac 2008.Begitu juga ketika tewas dalam beberapa pilihanraya kecil selepas itu.

Apakah pembangkang nak buat kecoh jika kecundang pada pilihanraya umumm ke 13 nanti?

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad awal-awal minta rakyat waspada pada kemungkinan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menjadikan Kuala Lumpur seperti Dataran Tahrir di Kaherah.

Diminta mengulas hal ini,bagi Datuk Seri Najib Tun Razak semua pihak kena berpegang kepada "rule of law".

"Kalau kita menyanjung prinsip demokrasi berparlimen, itulah hakikatnya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC petang  Jumaat.

Oleh itu beliau berharap pembangkang menerima keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dan tidak mencari alasan untuk menimbulkan huru-hara sekiranya mereka kalah dalam pilihan raya itu.

Katanya pembangkang seharusnya menghormati keputusan rakyat kerana ia adalah satu daripada prinsip penting dalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini.

"Kita mesti terima apa jua keputusan rakyat, kalau dia (pembangkang) percaya pada demokrasi, dia tidak boleh menolak sesuatu yang diputuskan oleh rakyat.

Najib berkata sekiranya pembangkang tidak menghormati undang-undang, ia akan mewujudkan satu keadaan yang menolak "rule of law" atau kedaulatan undang-undang dan kesannya adalah buruk kepada negara.

Katanya beliau yakin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkemampuan untuk memastikan pilihan raya yang diadakan adil dan bersih.-8/2/2013
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2013 05:04 PM | Show all posts
PR tiap2 tahun dah biasa kalah x pernah pun buat huru hara. UMNO first time nak kalah confirm geng2 bakal hilang projek akan upah 3 line buat hura hara.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2013 05:19 PM | Show all posts
Umno takot?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2013 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau umno kalah la.. Presiden cabut naik jet, ketua cawangan curi tanah kena heart attack, macai?? Meroyan tengah jln...bumi dipijak milik orang
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2013 05:29 PM | Show all posts
brownstone posted on 10-2-2013 05:19 PM
Kalau umno kalah la.. Presiden cabut naik jet, ketua cawangan curi tanah kena heart attack, macai??  ...

kepada umno kalau hilang kuasa banyak2 ler bersabar
jgn nak menongkat langit sentiasa...

kalau betul dah kalah keluarlah drp rumah gomen tu biar mb baru duduk
jgn musnahkan atau bakar fail2 kat pejabat
jgn sembunyi berminggu2 kerana terkujat
dan tolong istighfar banyak2...kuasa tu pinjaman jer
jgn jadi macam zakaria mat deros.. umno kalah kat selangor tak lama lepas tu dia sendiri padam
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2013 06:02 PM | Show all posts
dah 12 kali kalah.. tak pernah pun berlaku huru-hara macam tu.. tak tahulah tindakan orang yang tak pernah kalah macam mana kan?

or tuan tanah pun antara salah seorang yang akan turun padang?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2013 06:10 PM | Show all posts
Apa yg aku tahu mentaliti sbhgian org org totok UMNO menyangkakan bhwa semua org bermentaliti sperti mereka...

Aku yakin tindakan ganaz ini hanya didalangi oleh mereka yg gila kuasa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2013 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
"Rule of Law" ikut pembaris bengkok BN le tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2013 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesia ni kan hak seumur hidup Ameno, org len x bleh kaco2
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2013 06:22 PM | Show all posts
selalunya kalo umno sibuk suruh menerima kekalahan dan jgn komplen apa2.. umno dh merancang sesuatu yang jahat.. dia tau apa yg akan dia buat so dia tau apa yg akan org komplen.. tak caya tunggu la pru nnt.. mungkin ada sesuatu yg mengejutkan yg dirancang antara umno dan spr yg terang lg jelas smpai diorg sendiri tak mampu nafikan.. tu yg pesan siap2 kt org lain jgn pertikai..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2013 06:36 PM | Show all posts
umngok belum kalah lagi, baru ada hint yg mrk bakal kalah pun dah gelabah kodok & mula cetuskan huru hara
mrk upah samseng melayu indon & mamak utk merusuh & cetuskan huru hara di ceramah2 pr

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.070849 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list