CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 27264|Reply: 48

Khidmat Min Malik untuk negara

[Copy link]
Post time 11-2-2013 07:08 PM | Show all posts |Read mode
MASIH ingat dengan lagu Flora Cinta yang pernah popular sekitar 1990-an? Ramai tertanya-tanya ke mana menghilangnya Min Malik yang menyanyikan lagu ini.


  SELEBRITI cuba menjejakinya untuk mengetahui perkembangan terkini selain apa yang dilakukan sepanjang menyepikan diri. Meskipun sibuk dengan komitmen sebagai pensyarah sambilan dan anggota askar wataniah, Min sudi berkongsi cerita.    Min, 34, akui keputusan untuk berundur daripada dunia nyanyian sesuatu yang sangat besar dalam hidupnya tetapi tiada rasa kesal kerana apa yang dilaluinya selepas itu menjadikan kembaranya lebih menarik dan berwarna-warni.

  Katanya, dia berpeluang mengenali sisi berbeza diri serta potensi yang tidak ditemui sebelum itu.     “Pembabitan saya dalam dunia nyanyian bermula apabila menyertai Operafest Children’s  Choir. Ketika itu saya berusia 10 tahun dan apabila sudah lama menyanyi, timbul keinginan untuk melanjutkan pelajaran.    “Jadi, saya putuskan untuk berehat seketika dan tumpukan sepenuh perhatian terhadap rutin sebagai pelajar di Universiti Putra Malaysia, Serdang. Keputusan ini memang tidak dirancang tetapi ia langkah yang cukup penting buat saya.    “Selepas tamat belajar, saya bekerja sebagai tenaga pengajar muzik dan menjadi pensyarah Seni di Akademi Seni Dasein. Setahun kemudian, saya menerima biasiswa Fulbright yang ditaja United States Department of State Bureau of Educational and Cultural Affairs (ECA), di mana saya mengajar Bahasa Sarawak Melayu di Jabatan Linguistik University of Delaware, Amerika Syarikat.     “Habis kontrak setahun di negara itu, saya ditawarkan untuk terus kekal di sana dengan syarat menyambung pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang linguistik. Namun ketika itu, saya kurang berminat kerana jiwa lebih serasi dengan bidang kesenian dan mahu pulang ke Malaysia.     “Bagaimanapun, pengalaman mengajar di Amerika Syarikat sesuatu yang berbeza dan tidak mungkin dilupakan kerana biasiswa Fulbright yang saya terima ketika itu hanya untuk seorang wakil dari Malaysia.    “Syukur dapat bekerja di universiti luar. Saya kembali bertugas di Akademi Seni Dasein apabila kembali ke tanah air,” katanya.      Selain mendapat biasiswa Fulbright dan berpeluang merantau ke luar negara, Min juga dipilih mewakili Malaysia menyertai kumpulan Next 7 menyanyi di Tokyo, Shanghai, Hong Kong dan Bangkok bersama enam rakan dari Jepun, China, Bangkok, Indonesia serta Filipina.       Lebih menarik, siapa sangka daripada seorang penyanyi, Min mewarisi darah satria bapanya dengan menyertai Batalion ketiga, Rejimen 515 Askar Wataniah.       “Saya membesar di dalam kem dan tak sangka saya menurut jejak langkah bapa. Saya benar-benar jatuh cinta dengan dunia ketenteraan dan mahu berkhidmat untuk negara.     “Dari hari pertama menyertai askar wataniah hingga kini, saya tak berhenti belajar dan berharap biarlah rasa cinta ini kekal. Latihan terakhir yang saya ikuti, mengambil masa selama sebulan pada September lalu di PUSTAWAN, Ipoh.    “Jika masa mengizinkan, saya akan mengikuti latihan lagi dalam waktu terdekat. Selepas mengambil keputusan bertukar daripada menjadi pensyarah sepenuh masa kepada sambilan, saya lebih bebas menghabiskan banyak masa mengikuti latihan askar wataniah,” katanya.    Timbulkah rindu untuk tampil dengan single atau album baru? Adik kepada selebriti Ary Malek ini berkata, rasa itu pasti ada, apatah lagi dia menceburi bidang nyanyian sejak kecil dan  sebati dengan diri.     Berundur tidak bermakna minat itu sudah pudar kerana dia sesekali bersama teman-teman rapat berkarya dan berkongsi jiwa menerusi muzik atau seni.     Dia juga turut diberi kepercayaan menyanyi lagu-lagu untuk beberapa kartun Disney yang dialihbahasakan untuk siaran Astro termasuklah Barbie, Phineas and Ferb, Little Mermaid, Strawberry Shortcake dan Cinderella.     “Menerusi bidang nyanyian, saya berpeluang melihat ‘dunia’ dan ia sesuatu yang indah apabila muzik atau apa juga cabang seni dapat diterima pelbagai bangsa di dunia ini. Jika ada rezeki kembali menyanyi, ia mungkin sesuatu yang boleh saya pertimbangkan,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2013 07:25 PM | Show all posts
dia ni yg nyanyi flora cinta, aku ingatkan 2 org yg nyanyi lagu tu sebab suara dia tiba2 bertukar..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2013 07:27 PM | Show all posts
wow.impressive resume
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2013 07:28 PM | Show all posts
one hit wonder.

elok la tinggalkan kerjaya seni. bukannya ada hasil pun. zaman2 mereka ini tok siti sangat poplar dan tidak terkalahkan. sapa2 yang hendak jadi penyanyi wajib dibayangi siti.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2013 07:57 PM | Show all posts
patut dia buat sarjana linguistik tu...

berkelana utk hidup lebih baik drp mengharapkan "job" di bidang seni Malaysia ni.

artis kita kan suka sebut job...ada job ke tidakkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2013 08:06 PM | Show all posts
Suka ary malik..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2013 08:21 PM | Show all posts
zaman raihan, rabbani, hijjaz brothers meletup. aq beli kut kaset2 dia org guna duit mak ayah aq sebab zaman tu xde mp3. guna kaset lg.. xblh download kt internet. zaman disket lg.. komputer besar tong sampah
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2013 11:39 PM | Show all posts
takde gambo dia ??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2013 11:39 PM | Show all posts
Hebat nye pengalaman beliau
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2013 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Diam2 ubi berisi mncipta kejayaan demi kejayaan....
Bukan mcam shila,bru skit kecap kejayaan tapi citer peribadi lak yg mendominasi
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2013 12:14 AM | Show all posts
Betul ke baru 34? Sbb kakak dia, ary dh 41.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2013 12:28 AM | Show all posts
Whoah....muzik, linguistik, tentera....
Best gila pengalaman hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2013 12:30 AM | Show all posts
lagu flora cinta ni lagu wajib nyanyi dlm toilet masa sek rendah hiihi
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2013 12:54 AM | Show all posts
bagusnyaa min malik ni...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2013 12:55 AM | Show all posts
JoyahJay posted on 12-2-2013 12:30 AM
lagu flora cinta ni lagu wajib nyanyi dlm toilet masa sek rendah hiihi

samalah kita..hihihiii..tapi iols nyanyi kat toilet rumah i jer  
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2013 12:58 AM | Show all posts
MekArchana posted on 12-2-2013 12:55 AM
samalah kita..hihihiii..tapi iols nyanyi kat toilet rumah i jer

iye la i pun nyanyi toilet rumah bukan toilet sekolah hihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2013 01:02 AM | Show all posts
muka sama macam akak dia
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2013 01:03 AM | Show all posts
gmbar pls...mek gegerl x kenal la..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2013 02:00 AM | Show all posts
Min ni kategori artis urban....
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2013 02:05 AM | Show all posts

min malik


kakak dia ary malik, peserta masterchef
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.102749 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list