CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: rosemary70

Khidmat Min Malik untuk negara

[Copy link]
Post time 18-2-2013 09:56 PM | Show all posts
gekgucekgi posted on 12-2-2013 11:36 AM
sheols dulu pernah cintan cintun dgn bendi

bendi...????

mak ai panggil BINJAY.. ehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2013 11:27 PM | Show all posts
suka lagu dia....
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 12:03 AM | Show all posts
lagu dia best!! ceria sgt dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 12:40 AM | Show all posts
Sukarno nyanyi Lagu nie kat karok..


Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 01:01 AM | Show all posts
..dah kurus berbanding dulu..cantik body dia..!
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 02:10 AM | Show all posts
nah aku buatkan perenggan untuk ko...  pening pala bila takde perenggan ni

SELEBRITI cuba menjejakinya untuk mengetahui perkembangan terkini selain apa yang dilakukan sepanjang menyepikan diri. Meskipun sibuk dengan komitmen sebagai pensyarah sambilan dan anggota askar wataniah, Min sudi berkongsi cerita.    Min, 34, akui keputusan untuk berundur daripada dunia nyanyian sesuatu yang sangat besar dalam hidupnya tetapi tiada rasa kesal kerana apa yang dilaluinya selepas itu menjadikan kembaranya lebih menarik dan berwarna-warni.

  Katanya, dia berpeluang mengenali sisi berbeza diri serta potensi yang tidak ditemui sebelum itu.     “Pembabitan saya dalam dunia nyanyian bermula apabila menyertai Operafest Children’s  Choir. Ketika itu saya berusia 10 tahun dan apabila sudah lama menyanyi, timbul keinginan untuk melanjutkan pelajaran.    “Jadi, saya putuskan untuk berehat seketika dan tumpukan sepenuh perhatian terhadap rutin sebagai pelajar di Universiti Putra Malaysia, Serdang. Keputusan ini memang tidak dirancang tetapi ia langkah yang cukup penting buat saya.   

“Selepas tamat belajar, saya bekerja sebagai tenaga pengajar muzik dan menjadi pensyarah Seni di Akademi Seni Dasein. Setahun kemudian, saya menerima biasiswa Fulbright yang ditaja United States Department of State Bureau of Educational and Cultural Affairs (ECA), di mana saya mengajar Bahasa Sarawak Melayu di Jabatan Linguistik University of Delaware, Amerika Syarikat.     “Habis kontrak setahun di negara itu, saya ditawarkan untuk terus kekal di sana dengan syarat menyambung pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang linguistik. Namun ketika itu, saya kurang berminat kerana jiwa lebih serasi dengan bidang kesenian dan mahu pulang ke Malaysia.     

“Bagaimanapun, pengalaman mengajar di Amerika Syarikat sesuatu yang berbeza dan tidak mungkin dilupakan kerana biasiswa Fulbright yang saya terima ketika itu hanya untuk seorang wakil dari Malaysia.    “Syukur dapat bekerja di universiti luar. Saya kembali bertugas di Akademi Seni Dasein apabila kembali ke tanah air,” katanya.      

Selain mendapat biasiswa Fulbright dan berpeluang merantau ke luar negara, Min juga dipilih mewakili Malaysia menyertai kumpulan Next 7 menyanyi di Tokyo, Shanghai, Hong Kong dan Bangkok bersama enam rakan dari Jepun, China, Bangkok, Indonesia serta Filipina.       Lebih menarik, siapa sangka daripada seorang penyanyi, Min mewarisi darah satria bapanya dengan menyertai Batalion ketiga, Rejimen 515 Askar Wataniah.      

“Saya membesar di dalam kem dan tak sangka saya menurut jejak langkah bapa. Saya benar-benar jatuh cinta dengan dunia ketenteraan dan mahu berkhidmat untuk negara.     “Dari hari pertama menyertai askar wataniah hingga kini, saya tak berhenti belajar dan berharap biarlah rasa cinta ini kekal. Latihan terakhir yang saya ikuti, mengambil masa selama sebulan pada September lalu di PUSTAWAN, Ipoh.    “Jika masa mengizinkan, saya akan mengikuti latihan lagi dalam waktu terdekat. Selepas mengambil keputusan bertukar daripada menjadi pensyarah sepenuh masa kepada sambilan, saya lebih bebas menghabiskan banyak masa mengikuti latihan askar wataniah,” katanya.   

Timbulkah rindu untuk tampil dengan single atau album baru? Adik kepada selebriti Ary Malek ini berkata, rasa itu pasti ada, apatah lagi dia menceburi bidang nyanyian sejak kecil dan  sebati dengan diri.     Berundur tidak bermakna minat itu sudah pudar kerana dia sesekali bersama teman-teman rapat berkarya dan berkongsi jiwa menerusi muzik atau seni.     

Dia juga turut diberi kepercayaan menyanyi lagu-lagu untuk beberapa kartun Disney yang dialihbahasakan untuk siaran Astro termasuklah Barbie, Phineas and Ferb, Little Mermaid, Strawberry Shortcake dan Cinderella.     “Menerusi bidang nyanyian, saya berpeluang melihat ‘dunia’ dan ia sesuatu yang indah apabila muzik atau apa juga cabang seni dapat diterima pelbagai bangsa di dunia ini. Jika ada rezeki kembali menyanyi, ia mungkin sesuatu yang boleh saya pertimbangkan,” katanya.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2013 02:12 AM | Show all posts
slalu terserempak ngan min malik ni masa kat UPM...  sokmo ke hulu ke hilir ngan gitar dia...  slalu makan ngan kengkawan kat kedai belakang fakulti ekologi...  dia ni sempoi n suka senyum kat orang...  tak sombong...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 04:32 PM | Show all posts
Mizzsued posted on 12-2-2013 02:27 PM
This year dia 34 le kot.. Kekadang ada gak jumpa dia sbb Mizz geng dgn abang dia.. Peramah je depa s ...

humble kan depa ni, bapa dia still  practice law lagi ka ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2013 04:47 PM | Show all posts
red suka lagu flora cinta nie
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.059203 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list