CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1630|Reply: 0

[Tempatan] Harga Diesel Lebih Mahal (RM2.66) VS Harga Petrol RON 95 (RM2.63)?

[Copy link]
Post time 13-2-2013 11:33 AM | Show all posts |Read mode

Kalau sebelum ini., Berita Semasa pernah menimbulkan persoalan (KLIK SINI UNTUK MEMBACANYA) bagaimana harga minyak RON95 yang sebenar menjadi lebih mahal berbanding harga minyak RON97 yang diapungkan pada harga pasaran. Kemudian bermula selepas itulah, tidak lagi notis perbandingan harga minyak antara RON 95 dan RON 97 ditampal di pam minyak di stesen-stesen yang berhampiran. Tiada lagi…
Yang hanya perbandingan harga minyak RON 95 dengan harga minyak diesel sahaja. Dan sekarang….
Dan sekarang, melihatkan notis terbaru yang ditampal di salah sebuah stesen minyak, dipaparkan harga minyak diesel yang sebenar menjadi lebih mahal berbanding minyak RON 95? Sepengetahuan kami harga pasaran dunia diesel lebih murah berbanding petrol disebabkan faktor penggunaan pada pengangkutan awam & komersial.
Satu lagi, sekarang harga minyak RON 97 adalah diletakkan pada harga RM2.80. Dan memang tidak dinafikan minyak jenis RON97 berada pada kelas tersendiri, kualitinya lebih baik. Sesuai menjaga ketahanan enjin. tetapi masalahnya harga minyak RON97 yang ditawarkan di Malaysia terlalu tinggi. Apatah lagi Malaysia sebuah negara yang terkenal dengan simpanan minyaknya.
Jangan bandingkan Malaysia dengan negara serantau seperti Thailand, Indonesia, Filipina apatah lagi Singapura. Mereka tidak setaraf dengan Malaysia. Negara mereka tiada minyak, mereka terpaksa import minyak. Malaysia pengeksport minyak. Sama seperti dengan negara jiran kita Brunei..
Adakah negara Brunei akan bankrap tidak lama lagi kerana memberikan harga minyak RON97 sebegitu rupa kepada rakyatnya sendiri?
Cuma kadang-kadang kami terfikir, mengapa kerajaan tidak mangambil sahaja subsidi yang diberikan kepada Ron 95 dan diberikan sahaja untuk penggunaan minyak RON97. Jikalau diberikan, berapa agaknya harga minyak RON 97 pada masa itu? Rakyat dapat harga berpatutan, kualiti minyak pun lebih baik.
credit:berita semasa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.293350 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list