CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3610|Reply: 7

Psikik Bismillah

[Copy link]
Post time 14-2-2013 01:07 AM | Show all posts |Read mode
Psikik Bismillah dalam Otak Manusia

Dunia moden telah mengakui kemampuan dan dahsyatan otak manusia. Pada amnya kita tidak menggunakan lebih 5%- 10% dari kemampuanya. Selebihnya atau sisanya di kaitkan dengan alam bawah sedar.
Setelah  Freud dab Jung mulai membicarakan kemampuan tersebut, termasuk alam mimpi ( mimpi merupakan pesanan alam bawah sedar kepada minda sedar) dan sebagainya. Dunia moden masih sibuk untuk mengembangkan apa yang mereka anggap sebagai ‘ potensi terpendam’.
   
Dalam pemahaman barat, sisa otak itu belum dioptimalkan; bahkan, ada yang berpendapat sisa otak tersebut belum berfungsi. Kita pernah mengalami sesuatu dan merasakan bahawa pengalaman itu bukan baru bagi kita.....rasanya pernah terjadi, atau setidaknya pernah terfikir sebelum ini. Atau pernah ‘terlihat’ dalam mimpi. Ini disebut sebagai pengalaman dija vu. Kejadian - kejadian    seperti ini sering kali di kaitkan dengan psikik.  Psikik 100% bergantung pada gudang memori, pada folder-folder dari masa yang lalu.
Masih belum terjadi pengembangan ‘kesedaran rohani’. Kita masih berada pada pengembangan psikik sahaja. Bahkan ‘blue print’ keseluruhan hidup kita dengan segala kemungkinanya pun ada di sana. Bahkan, keadaan – keadaan di luar, di dalam segala bidang , asalkan masih ada hubungan dengan hidup kita ada pula dalam cetak biru tersebut.

Sesunguhnya pada saat ini otak manusia sudah bekerja 100%. Walaupun baru sebahagian kecil kapasitinya yang anda gunakan sehari-hari. Bakinya Cuma untuk menyimpan data-data lama. Makin besar peratus yang anda gunakan dalam kehidupan seharian, walaupun hampir tidak pernah melebihi 100%, ini akan membuat manusia semakin cergas, cerdas, makin tajam. Otak semakin digunakan  akan menjadi semakin kuat.

Apakah kita dapat menggunakan otak dengan peratusan yang lebih besar? Ya benar, anda boleh gunakan otak anda untuk kehidupan harian dengan peratusan yang lebih besar lagi. Tetapi untuk keperluan tersebut anda harus menciptakan space ( ruangan ). Seperti komputer, memori – memori di alam bawah sedar harus dibersihkan dahulu. Program- program yang tidak digunakan harus didelete / dihapuskan .

Mind Space
Seorang pemuda datang untuk belajar ilmu makrifat dan berguru  : “ tetapi saya tidak mempunyai masa”. Saya memerlukan ilmu makrifat dan berjaya dalam masa yang singkat.... kerana saya sangat sibuk !.
Guru terse
nyum : “no problem”, sambil kita minum teh dulu ya.... jawab guru tersebut.
  
Satu cawan, dua cawan, tiga cawan..... dan calun murid tersebut mulai gelisah. Malah cawan yang keempat guru tersebut menuangkan teh hingga melimpah, tumpah keluar dari cawan tersebut. Pemuda tersebut sudah tidak dapat menahan dirinya “ apa yang sedang guru lakukan” ?. “Cawan saya sudah penuh..... lagipun saya datang sini bukan untuk minum teh, tapi untuk belajar ilmu makrifat dan mencapai tahap makrifat”.
   
Guru tersenyum lagi : “ sebab itu, nak.....sebab itu...” “ apa maksud tuan guru”? “ Cawan yang penuh tidak dapat diisi lagi, cawan jiwa mu pun sudah penuh nak. Kosongkan dulu, ciptakan sedikit ruang, supaya aku dapai mengisi jiwa dan fikiran mu”.
      
Ciptakan “ruang”.!!! Saat ini jiwa kita penuh, fikiran kita penuh, otak kita penuh, hati kita penuh..... ya penuh dengan memori lama, data yang tidak diperlukan lagi. Beban pada jiwa kita sudah melampaui batas. Dalam keadaan seperti ini bagaimana ingin kita isikan  dengan sesuatu yang baru?.
Otak yang penuh tidak dapat berfikir lagi. Ini yang terjadi pada kaum yang buta mata hatinya. Otak mereka telah diisi dengan memori masa lalu, sehingga mereka tidak dapat hidup pada masa ini. Mereka tidak dapat berfikir tentang sesuatu yang mereka anggap lain dari apa yang ada dalam memori masa lalu mereka.
      
Mungkin lebih parah lagi bila hati mereka terbeban dengan rasa benci, amarah dan mereka tidak merasa indah dalam kehidupan. Bagi mereka sesuatu yang lain dari apa yang ada dalam fikiran mereka tidak mempunyai keindahan.
              
Bila pekara ini terjadi jiwa dan minda mereka diprogram untuk kerosakan, bukan untuk mencipta dan membangun. Para “ pencipta mereka” menyedari pekara tersebut. “ maka Dia tambahkan lagi , hati mereka terpatri dan tetutup dari kebenaran”. Demikian penuh mereka diisi, sehingga tidak ada lagi infomasi baru yang dapat mereka gunakan untuk menembusi sempadan diri mereka.Untuk memperolehi, atau lebih tepatnya, memasuki alam kesedaran psikik, bebenfikiran dan jiwa harus dikurangi. Bersihkan fikiran dan otak mu dari indoktrin.

Latihan psikik Bismilah
Jauhkan diri anda dari berkawan dengan orang yang tidak menunjang perkembangan diri anda. Jauhi dari mereka yang sentiasa bicara tentang balas dendam, kebencian dan sebagainya.      
Tidak perlu membenci mereka. Tidak perlu menyayangi masa hidup yang telah anda persiakan kerana doktrin dari mereka. Maafkanlah mereka. Maafkan pula diri anda atas kesalahan yang anda lakukan terhadap diri anda, dengan mengikuti mereka secara membabi buta. Hindarilah mereka, jangan lagi bergaul dengan mereka. Sehingga anda mampu “ tidak terpengaruh” oleh mereka. Jangan lagi bergaul sehingga anda mampu “mempengaruhi mereka”.
  
  • Awali hari anda dengan doa mengikut ajaran dan kefahaman anda dan      di tambah dengan saranan “ kuisi      hari ku dengan kasih”
  • Berdoa kembali pada waktu tengahari dan beri saranan “ ku harungi  hariku dengan kasih”
  • Sebelum tidur, berdoa kembali dan sarankan “ Ku Akhiri hari ku dengan Kasih”
        
Kasih adalah jalan yang benar “kasih adalah pencerminan sifat Allah” Maha pengasih dan maha penyayang, itu lah Dia. Kasih adalah sesuatu yang sangat lembut, sangat ringan. Kerana kasih, kasih juga melembutkan dan meringankan. Kasih tidak pernah menjadi beban, tidak mungkin menjadi beban. Makin banyak kasih dalam diri kita, semakin ringan dan lembutlah kita. Kemudian dengan kelembutan itu, laluilah alam kesedaran psikik untuk mengapai kesedaran makrifat ( kesedaran rohani).

P/s : Bagi muslim berdoalah dengan bismilah...... Bismilah merupakan sesuatu yang lengkap tidak perlu ditambah atau di kurangi. Sekurang – kurangnya 27 kali setiap kali berdoa.

[size=85%]Mukjizat di sebalik BISMILLAH
BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud "Dengan nama ALLAH Ya ng Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

[size=85%]KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
2. "BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam.." (Hadith Qudsi)
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya..
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."
7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. "
8.. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya..
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21  kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2013 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah..tq TT buka tajuk ni. Dr info TT aku tertarik kalo pbincgn ttg mendelete memory/ruang agar capasity minda bwh sedar lbh lapang..DAN juga secara x langsung menambh pengetahuan ttg Kasih Allah yg boleh didpti melalui Bismillah. (Kredit to @Adiya dan @arian putra juga)

Utk persoalanpertama ttg ruang... Crmana nk handle minda prasedar aku yg asik nk bg isyarat dgn mimpi memacam ye.. Ada msa kerap mimpi ... Mcm bermusim plak... Bru2 ni asik bmimpi je..X kira kalo tido lma ke
.kejap kee..kekdg ttido siang pn ada mimpi gk.. Pdhl kalo live biasa ni aku bukn seorg yg pengingt sgt..mcm bengang dgn org pn aku mls nk pjg citer.mls nk ik port...  kdg2 cerita lama, kwn2 yg citer balik.. Aku hapa pn x igt.... Jd mukin ada memory yg tersimpn tnpa aku sedar dan memenuhkn ruang ... Cena nk delete ek...mls la bmimpi ntah ape2... Heeee
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 09:31 PM | Show all posts
ThousandSwords posted on 20-2-2013 09:02 PM
Wah..tq TT buka tajuk ni. Dr info TT aku tertarik kalo pbincgn ttg mendelete memory/ruang agar capas ...

kenyataan mike ni menunjukkan mike masih goyang...banyak lagi ruang kosong dalam diri mike tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2013 09:38 PM | Show all posts
ThousandSwords posted on 20-2-2013 09:02 PM
Wah..tq TT buka tajuk ni. Dr info TT aku tertarik kalo pbincgn ttg mendelete memory/ruang agar capas ...

Mimpi tercetus apabila seseorang itu mengalami tidur REM, iaitu Rapid Eye Movement. Seperti namanya, tidur jenis ini adalah tidur yang tidak nyenyak, kerana mata seseorang tersebut akan terus bergerak2 even dalam tidur. Tika kita sudah hendak tidur, sel-sel neuron di kawasan mata akan menghantar signal kepada otak menandakan kita telah bersedia untuk tidur. Kesannya, kelopak mata menjadi semakin berat/susah hendak dibuka, badan semakin lesu dan inginkan rehat. Dan mimpi terjadi apabila sewaktu kita tidur, otak menafsirkan isyarat-isyarat tersebut dan menghasilkan visual-visual dalam keadaan separa sedar.

Mimpi membolehkan minda menzahirkan keinginan, kehendak dan perkara-perkara yang tidak dapat dicapai/dipenuhi ketika di alam realiti, seterusnya mengekalkannya dalam keadaan harmoni. Mimpi buruk (nightmare) pula merupakan langkah self-defense minda untuk menyalurkan emosi yang terganggu, tekanan yang melampau.Pusat aktif otak ketika mimpi, iaitu hippocampus, merupakan pusat utama semantic memory, iaitu memori kita yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa penting peribadi yang pernah berlaku, sama ada kita ingat atau tidak. Justeru, tidak hairanlah sekiranya kita merasakan suasana/situasi mimpi kita itu macam pernah kita alami sebelum ini.

Dari Abu Qatadah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w bersabda;    Mimpi yang buruk adalah dari syaitan, siapa yang bermimpi buruk hendaklah ia meludah ke sebelah kirinya dan minta perlindungan (dengan membaca A'uzubillahi minassyaitannirrajim) Allah dari syaitan serta jangan diceritakan kepada orang lain; dan siapa yang bermimpi baik hendaklah ia bergembira dan jangan diceritakan kecuali kepada orang yang dipercayainya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2013 09:41 PM | Show all posts
ThousandSwords posted on 20-2-2013 09:02 PM
Wah..tq TT buka tajuk ni. Dr info TT aku tertarik kalo pbincgn ttg mendelete memory/ruang agar capas ...

Mungkin juga @ThousandSwords masih ada keinginan yg belum tercapai atau ada perkara yg anda khuatirkan akan berlaku sehingga kerap memikirkan hal-hal sedemikian lalu terbawa ke dalam tidur.

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 12:32 PM | Show all posts
Adiya posted on 20-2-2013 09:31 PM
kenyataan mike ni menunjukkan mike masih goyang...banyak lagi ruang kosong dalam diri mike tu....  ...

Ada boleh tekan butang utk trus jd 'fit' & 'firm' tak?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2013 12:34 PM | Show all posts
zarulnazmi posted on 20-2-2013 09:38 PM
Mimpi tercetus apabila seseorang itu mengalami tidur REM, iaitu Rapid Eye Movement. Seperti namany ...

Erm..menarik... Mekasey berkongsi...

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 03:46 PM | Show all posts
thanx for the info..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.055247 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list