CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11107|Reply: 60

ALAMAK....!!! SINI ADA HANTU......

[Copy link]
Post time 14-2-2013 02:10 PM | Show all posts |Read mode
Salam kepada semua forumer.
Saya orang baru di CARI ni, jadi mungkin saya tak berapa pandai nak taip thread ni dengan lebih bagus...
kisah2 yang saya akan ceritakan nanti daripada pengalaman saya sendiri dan juga dialami oleh kenalan2 saya...kawan2, sedare mare, orang kampung, jiran2, sumer yang saya kenal la...
Tapi tak ramai yang ade pengalaman, mane yang ade dan sudi share dengan saya tu, saya tulis kat sini...Terpulang kepade forumers nak pecaye atau tak, kalau tak caye tu, anggapla hiburan semate2...

KISAH 1
      
   Kejadian ini berlaku kira2 pada tahun 2001,tahun nie aku baru dapat anak sedara baru. kejadian pelik bermula apabila kakak aku yang baru bersalin 2 keluar dari hospital. Apabila kakak aku Ogy sampai di hadapan rumah mak aku, semua ayam,kucing yg keluarga aku bela semua berkumpul di hadapan rumah seperti menanti dan menyambut kehadiran ahli baru dalam keluarga kami. Kami sekeluarga anggap yg mungkin ianya hanya kebetulan semata-mata.
  
    Pada hari berikutnya, kakak aku Ogy nk salin lampin anak sedara aku 2 tetibe dalam lampin pakai buang 2 ada anak ular warna hitam.kakak aku yg terkejut terus bagi lampin 2 pada abg ipar aku Arie.lepas tu abg ipar aku terus buang je anak ular 2 di luar rumah tanpa cederakan ular 2.
   
    Dalam ramai2 adik beradik perempuan aku,aku dikira paling lasak dan berani. pada suatu hari tu,kakak2 aku Era,Eima(bukan nama sebenar) terjerit2 panggil aku.bila aku sampai, aku tengok ada lagi anak ular tengah menyusur dalam rumah, depan pintu bilik yg ada anak sedara aku yg baru lahir 2. disebabkan kakak2 aku suruh aku ketuk ular 2 jd aku pun ketuk la anak ular 2 guna kayu sampai lembik la ular 2 pastu aku pun buang ular 2 dalam tong sampah.

    Abg ipar aku Arie dapat tahu tentang hal tu. dia pun bising la kenapa ketuk ular 2, x baik. aku jawab la kakak2 yg suruh jd aku ketuk jela.lepas tu abg ipar aku nasihat kat aku, kalau terjumpa lagi anak ular 2 buang je kat luar rumah,jangan bunuh atau ketuk. aku pun jawab ok.

     Selang seminggu selepas kejadian tu,aku, mak aku gan kakak2 aku duduk la borak2 kat dapur rumah mak aku 2,tiba2 kami semua dengar bunyi mcm kayu balak bergolek kat atas atap rumah mak aku 2.kayu balak bergolek laju pastu kayu 2 berpatah balik. masa bunyi kayu balak 2 patah balik 2, semangat aku terus hilang dan menyebabkan aku jadi penakut gila. nk g tandas pun takut. masa kejadian 2 aku sorang je yg kene. lepas 2 mak gan abang ipar aku bawak aku g berubat. orang yg tolong ubatkan aku 2 bgtau yang benda di alam ghaib 2 marah dengan aku coz aku ketuk anak dia. org 2 bg aku tempurung yg ada pasir dan dia suruh aku  tabur pasir 2 keliling rumah tiap magrib selama 3 hari berturut2 sambil baca ayat kursi. seminggu lepas tu aku pun pulih seperti biasa cuma tidak la seberani sebelum 2. Tamat.
   
    Nanti aku ceritakan kisah family aku yg lain. bersambung............


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2013 02:23 PM | Show all posts
Singgah sini.
Sambil menunggu kisah yg lain
Cepat-cepat sambung yaa
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2013 02:32 PM | Show all posts
MEMANG BEST SANGAT....
Cerita la lagi..cer citer..cer citer...haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2013 05:17 PM | Show all posts
nescafe_ice posted on 14-2-2013 02:23 PM
Singgah sini.
Sambil menunggu kisah yg lain
Cepat-cepat sambung yaa

terima kasih kerana sudi membaca......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2013 05:18 PM | Show all posts
bouncer77 posted on 14-2-2013 02:32 PM
MEMANG BEST SANGAT....
Cerita la lagi..cer citer..cer citer...haha

terima kasih. sikit lagi saya sambung........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2013 05:41 PM | Show all posts
KISAH 2
      
       Kali ni aku ingin berkongsi cerita daripada sepupuku sendiri  Khairil(bukan nama sebenar). Khairil nie tinggal di sebuah daerah di pahang. Khairil tinggal dengan nenek beliau.

      Pada suatu malam yg sunyi… khairil duduk di dalam bilik membaca majalah sambil mendengar radio. Tiba2 tingkap bilik dia diketuk dari luar rumah tok..tok..tok... Khairil ingatkan member2 dia yang datang ke rumah jadi dia pun menjawap “kejap2 aku datang”.
     Bila khairil sampai kat luar rumah, ternyata tiada orang di luar rumah. Khairil pun pelik la. Jd khairil pun menganggap yang dia mungkin tersalah dengar. khairil pun terus menyambung membaca majalah dia tu.

      Tiba2 tingkap bilik khairil berbunyi lagi tok..tok..tok...... Khairil berasa amat geram kerana dia ingatkan yg member2 dia nk main2kan dia.

      Khairil pun pergi keluar rumah dan terus mencari member2 dia yg lain kerana dia sangka yg member2 dia sedang menyorok.
       Setelah puas mencari, khairil pun masuk semula kedalam bilik dengan hati yg panas. sakit hati bila terasa dipermain-mainkan.
      Seketika kemudian cermin tingkap bilik khairil berbunyi lagi seperti orang ketuk tok..tok..tok...  Dengan perasaan marah yang tengah membara khairil pun menjerit dengan sekuat ati "@#$%^& kau. Kalau nk main g tempat len.jangan nak ganggu aku la @#$*."
         Selepas penat memaki hamun benda yang khairil sendiri pun tak tahu, terus senyap bunyi yang sebelum ini menganggu dia.kemudian tiada lagi gangguan yang khairil terima selepas kejadian itu. Tamat.
     
      Nanti aku akan sambung cerita Khairil berjumpa dengan pocong di tepi pagar surau.
Bersambung………..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2013 06:42 PM | Show all posts
Khairil, khairil. Berani kau ya khairil.

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2013 08:49 PM | Show all posts
perghh seramnya cepat sambung cepat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-2-2013 08:15 AM | Show all posts
nescafe_ice posted on 14-2-2013 06:42 PM
Khairil, khairil. Berani kau ya khairil.

Khairil memg jenis berani..kalu dia nmpak pontianak depan mata pun dia leh wat bodo je.
kalu saya dh lari x cukup tanah dh hehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2013 08:44 AM | Show all posts
best best..
menanti sambungan cerita TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2013 09:08 AM | Show all posts
KISAH 3

   kisah nie berlaku pada khairil gan adknya Khairul. Pada suatu hari 2 Khairil dengan adknya Khairul pergi ke bandar untuk berjumpa dengan member2. biasa la budak remaja,nk buat apa lagi lepak jela. sedar tak sedar hari dh lewat malam......
    Khairil gan Khairul pun berjalan pulang ke rumah. jarak antara bandar dan rumah hanyalah mengambil masa 20 minit berjalan kaki.
    Apabila diaorang sampai di tepi surau Khairil terpandang benda warna putih mcm orang kene kapan 2...tengah berdiri di tepi pagar surau......ape lagi berderau la darah si Khairil nie,
     masalahnya si Khairul nie jalan laju je tak pandang kiri kanan,jd dia tak perasankan hantu pocong yg tengah berdiri kat situ....sebabnya khairul nie seorang yang penakut yg teramat sangat.
      Dengan jantung yg berdegup dup dap dup dap macam nak semput tu,khairil pun jalan dengan laju untuk sampai ke rumah. khairul pun pelik la, kenapa abg dia nie jalan laju sangat. tapi dia takde la fikir yg bukan2.
    sampai je dekat depan rumah,si khairul nie tanya la dekat si khairil nie......
Khairul:"wei Ril, nape ko jalan laju sangat?siap tinggal aku lagi? pastu khairil pun jawap
Khairil: "wei.......ko  tak nampak ke tadi ada pocong kat tepi pagar surau tu...?
Khairul: Biar betul........ko saja kan nak takut2 kan aku kan.......?
Khairil: Hotak kau....aku malas nak cakap kat ko tadi,kalau aku bgtau kat ko nanti alamatnya mesti ko lari tinggalkan aku pastu nangis tak berlagu.
Khairul: hehe nasib baik ko tak bagitau aku......selamat.
   lepas tu khairil dengan khairul pun masuk ke dalam rumah. pengalaman melihat pocong depan mata sendiri akan khairil ingat sampai bila2.....tamat.

  Nanti saya akan ceritakan pasal hantu di pusat pengajian tinggi...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2013 10:58 AM | Show all posts
tt next tt...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2013 11:29 AM | Show all posts
Nak lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2013 02:14 PM | Show all posts
KISAH 4

      oklah saya sambung pengceritaan saya sekarang.........kejadian ini diceritakan oleh bekas guru saya semasa saya di tingkatan 2. ia berlaku semasa guru saya tu sedang belajar di sebuah universiti dalam Malaysia.nama tempat pun saya dh tak  ingat la memandangkan guru saya pun tak adala cerita dengan khusus. Aku dalam cerita ini adalah pelajar di tempat pengajian yang mengalami kisah ini. ceritanya bermula........

      Aku Haikal(bukan nama sebenar).kesibukan aku belajar dan menghadiri kelas menyebabkan aku tiada masa untuk berjumpa atau menelefon awek aku pada setiap hari. kadang2 pula bila time aku free, semua public phone penuh dengan pelajar lain dan kadang2 siap beratur panjang untuk menunggu giliran.
     
      aku pulak bukan jenis yg suke sangat nak menunggu lama2 nie lagipun nanti pasti akan terganggu perbualan aku dengan awek aku kalu ada orang yg tengah tunggu giliran. jadi aku mengambil keputusan untuk membuat panggilan pada tengah malam nanti. di situlah bermula kejadian yang tak mungkin akan aku lupakan...........

       Tepat pukul 12tgh mlm,malam yg sunyi...angin sepoi2 bahasa, aku pun berjalan sambil bersiul2 dengan girangnya untuk pergi menelefon awek yang aku rindui. lama tak berbual dengan siti,fikirku.. .aku lihat telefon awam yang ada memang tiada digunakan oleh sesiapa. Betapa seronoknya rasa hati.."yea.....yea...telefon takde orang guna". kataku dalam hati.

       aku pun mula berbual dengan siti.masa tu kalau tak silap aku waktu menunjukkan pukul satu pagi. daripada berdiri, aku mula duduk mencangkung,penat mencangkung, aku berdiri semula. Tiba2 aku terdengar seperti bunyi kotak kena seret...srek...krek....srek....

    Aku pun terkejut . dalam hati aku mula berbisik "bunyi ape tu..."?? aku pun melihat keadaan sekeliling tetapi tiada ape yang aku nampak.jadi aku teruskan perbualan aku dengan siti. Tengah aku berbual tiba2 bunyi yang aku dengar tadi berbunyi lagi sreekk........sreekk.......aku mula rasa tak sedap hati.
    Aku pun dengan perlahan lahan berpaling pada bunyi tersebut....alangkah terkejutnya aku. aku lihat pontianak sedang mengheret kotak tuala wanita sambil menghisap darah yang ada dekat tuala wanita tu. aku hanya kaku berdiri ,tak tahu nak lari ke mana.rasa macam longgar segala urat sendi lutut..
     Dengan sedikit kekuatan yang ada dalam diri aku nie, aku pun berlari dengan sekuat hati , siti tah kemana, telefon pun tah kemana,aku main tinggal je macam tu. sampai di bilik aku terus masuk tdo.. tak boleh nak fikir ape yang patut aku buat. keesokan harinya aku demam. selepas 2 3 hari baru aku pergi telefon siti semula untuk menerangkan perkara yang berlaku pada aku.

       Selepas kejadian tu..aku dah tak berani untuk keluar malam2 untuk pergi telefon siti.aku lebih rela menunggu giliran telefon dari mengadap benda yang ngeri tu......tamat.

Nanti aku akan sambung dengan cerita yang lain.....selamat membaca
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2013 02:42 PM | Show all posts

seram yang teramat bila terbayang 2 anak ular hitam dalam lampin ...

p/s aku suka pulak baca 1st posting kau .. font besar besar tu ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2013 03:00 PM | Show all posts
lilo2012 posted on 15-2-2013 02:42 PM
seram yang teramat bila terbayang 2 anak ular hitam dalam lampin ...

p/s aku suka pulak baca 1 ...

terima kasih sbb sudi baca cerita saya.mula2 bukak tread nie memg la kita boleh pilih nk tulisan besar mana pun tp ble kita
sambung je, jd kita dh tak boleh nak pilh saiz huruf kita 2.sedey.....hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2013 03:09 PM | Show all posts
wahh.. best.. huu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2013 03:20 PM | Show all posts
mrbotak posted on 15-2-2013 03:09 PM
wahh.. best.. huu..

time kasih coz sudi baca.....hehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2013 05:24 PM | Show all posts
Dila@rif posted on 15-2-2013 03:20 PM
time kasih coz sudi baca.....hehe

CERITA YANG MENARIK ...
SUNGGUH MENARIK SEKALI...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2013 08:54 PM | Show all posts
ok la x serabut.. sile truskan cerita anda.. nextt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.089558 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list