rospinki posted on 18-2-2013 03:49 PM
wah..dasat ilmu laut abe Lox kite..sampai ke elio pun ada ikan..hehehe..
banyak jugak info sy b ...
Abe Lox pun ske gak Channel 551 .... .
Kalau Ros nak tau jenis jenis ikang kegilaang abe Lox adelah seperti berikut :
IKAN TENGGIRI GORENG BERSERAI
4 keping ikan Tenggiri yang baru lepas di pancing. Cuci bersih, gaulkan dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng hingga kuning keemasan angkat , toskan minyaknya dan ketepikan :-
2 batang serai dititik
1 sudu besar lada hitam ditumbuk
2 sudu besar asam jawa diramas dengan sedikit air
1 kiub ikan
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar
3 cm halia
1o tangkai cili padi
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai ambil bahagian bawah sahaja
Kesemua bahan di atas dikisar dengan sedikit air
Ambil 2 sudu besar minyak daripada baki mengoreng ikan tadi. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar hingga harum. Kemudian masukkan serai yang telah dititik. Tambahkan air asam jawa secukupnya. biar hingga kuah merenih. Masukkan lada hitam dan kiub ikan biar didih
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan masukkan ikan yang telah di goreng tadi. Masak selama 20 minit agar ikan meresap kuah dan kuah kering sedikit. Angkat dan hiaskan dengan daun ketumbar dan taburan lada..
Sedia dinikmati bersama nasi di rumah Ros..
|