CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Loxlaxman

EDISI HANTU LAUT : Puaka kapal karam ...

  [Copy link]
Post time 18-2-2013 11:00 AM | Show all posts
menunggu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2013 11:45 AM | Show all posts
citer yg menarik..kelakar pon ader..hihik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2013 11:47 AM | Show all posts
Jiman berhenti bercerita sambil meraba-raba lengan dan tengkuk ... seram gamaknya.

"Dia dok belakang Lox ... betul betul belakang Lox .... baru aku nampak clear muka puaka tu betul-betul bawah lampu kecik tu .. sebijik macam Pak Ali cerita ... " Jiman sambung cerita sambil tangan tunjuk ke mentol lampu di bahagian atas bot. Taufik, Razlan telan air lior, Lox rimas asyik-asyik si Jiman stop minum ... takut juga Lox kalau-kalau badi puaka dah sentap semangat Jiman.



"Muka dia macam Pak Ali cerita" Jiman ulang ayat sama. "Muka dia macam muka ikan pari pun ada cuma banyak sisik ..   ... macam rasaksa yang penag lawan ultraman pun ada gak.." Jiman melawak.. " Tapi paling aku tak tahan bila banyak lendir keluar dari mulut dia .. dekat sangat dengan kepala Lox .. tinggi dari Lox .. aku pikir mati dah Lox lapas ni .. tapi nasib baik aku pengsan ...lepas tu aku tak hengat apa dah .. sedar sedar aku lapar jer .. " sambung Jiman sikit lagi..

Lox, Taufik dan Razlan pucat sekejap bila faham cerita Jiman. Memang pagi tadi banyak lendir hijau dekat atas dek bot .. sisa kulit karang pun ada jugak tapi tak banyak ...  kami pikir lendir ikan yang kami tangkap ... tapi sekarang kami tau lendir tu lendir puaka kapal karam ... sama macam cerita Pak Ali..puaka tu bawak lendir karang laut .. lendir tu yang jadi punca Samad anak jiran Pak Ali gelincir jatuh ke laut.. sampai hari ni tak jumpa ... lendir yang sama gamaknya yang jadi punca Pak Ali sampai hari ni tak mau ke laut sedangkan semua orang pengkalan tau Pak Ali dulu tekong otai ..

Kita minum dulu ...  
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 11:55 AM | Show all posts
wah...ada sambungan lagi Lox?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 11:58 AM | Show all posts
adehh...minum apa nye..dah nak masuk lunch dah nie..haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2013 12:00 PM | Show all posts
Bot kami meluncur laju menuju balik ke pengkalan ... matahari dah mula berjinak dengan ufuk timur ... cantik permandangan ..cantik bumi Allah ni hati Lox seperti berbisik ... Lox biarkan Jiman sambung rehat di bawah perut bot. Kasihan Jiman, Lox tau semangat dia dah lemah, Lox tau Jiman kali ini tak akan berani cakap pandai dan cakap tak serupa bikin di tengah laut ... harap-harap Jiman tak jadi macam Pak Ali ...

Di kaki langit nampak samar bayang-bayang gagah gunung Jerai...tempat Lox dating dengan Linda, tempat Lox pertama kali cium bibir perempuan yang Lox penah jatuh cinta ... tempat Lox hampir-hampir gadai teruna pada Kak Liah janda...pergh cepat cepat Lox goyang dan gedik kepala kiri kanan buang nostalgia jahat tu .. agaknya Lox tanak benda-benda macam tu ganggu gugat semangat Lox nak tengok darat selepas bala setan laut yang terjadi sebelum subuh tadi .. pada Lox kalau nak ingat benda-benda macam tu pun biorlah sampai ke darat dulu .. Lox tanak jadi Jiman ... Lox takut senasib Pak Ali...Lox genggam kuat-kuat besi sandang di badan bot ... deruman dua buah enjin Mercury 155 kuasa kuda menusuk dalam telinga Lox ...   
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2013 12:12 PM | Show all posts
pergh LOx...macam novel Saga...ada unsur2 18sx.....kelas kau maria
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2013 12:13 PM | Show all posts
"Woi Lox..dah sampai ..." terasa ada tangan yang meraba telor Lox. "Ces celaka hang Jiman, tak de tempat lain ke hang nak pegang .." Lox geram dengan perangai si Jiman yang suka sangat meraba telor kawan-kawan. Tak serik serik lagi ke kena sakat puaka kapal karam si Jiman tu.

Rasa lega dan syukur menyelubung dada Lox bila nampak tiang-tiang bakau yang di pacak di muka jeti ... dah sampai pengkalan rupanya. Tak sedar hampir dua jam Lox tidur layan letih hampir sehari semalam tak pejam mata. Bila bot kemas berlabuh kami kerjasama tolong angkat peralatan memancing yang mencecah ribu-ribu harganya setiap sorang ... Lox hulurkan pada Razlan yang berdiri di darat tiga batang rod dan kotak pancing Lox yang Lox sayang lebih dari bini sendiri tu...kerana rod dan reel tu lah Lox penah kena tido dalam kereta .. dan kerana rod dan reel tu jugalah Lox penah makan nasih lemak kat kantin tempat keja selama dua bulan sebab nak jimat duit ... Lox memang suke memancing, kerana bagi Lox memancing mengajar Lox menghormati kuasa Maha Pencipta ..Maha Pengasih dan Maha Penyayang ... memancing mendekatkan jiwa Lox kepada pak-pak nelayan dan mak-mak yang membesarkan berbelas anak dengan hasil laut ... memancing menjadikan Lox manusia yang menghargai rezeki Allah SWT ..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2013 12:16 PM | Show all posts
Demikianlah kisah dan pengalaman Lox dan kawan-kawan di lautan ... semoga kisah ini menjadi teladan kepada para pembaca yang juga pemancing tegar .... ingat, di manapun kita berada, di darat maupun lautan ...setan tetap ada untuk menyesat dan menyusahkan anak anak Adam dan Hawa ....

Hingga bersua lagi ... wasallam.

Salam kasih sayang dari Lox di Lumut, Perak ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 12:26 PM | Show all posts
pajangnyer
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 12:33 PM | Show all posts
habisdah? jadi upanya puaka laut muka dia mcam ikan pari tu ke?
apa2 pun..thanks for sharing kisah tu kat sini. Next time ada citer lagi sila post ya

dh jadi peminat cerita seram dari bro Lox
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2013 12:37 PM | Show all posts
rospinki posted on 18-2-2013 12:33 PM
habisdah? jadi upanya puaka laut muka dia mcam ikan pari tu ke?
apa2 pun..thanks for sharing kisah ...

Timekasih ..timekasih ...tak sangka Lox ade peminat ... . Err dah kawin lum, kalau lum abe Lox nak ajak gi mancing nak ikut tak..?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2013 12:42 PM | Show all posts
Jangan ke mana-mana tunggu kisah seterusnya, kisah benar, pengalaman seram ... terus menerus, life dan secara langsung dari Abe Lox pujaang awek-awek cung melecung ...

AKIBAT BUKA TUDUNG BOTOL HANYUT
Kejadian : Oktober 2011
Tempat : Jambatan Sungai Muda, Kedah.
Masa : 12 tengah malam.


Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 12:52 PM | Show all posts
Loxlaxman posted on 18-2-2013 12:42 PM
Jangan ke mana-mana tunggu kisah seterusnya, kisah benar, pengalaman seram ... terus menerus, life d ...

ok
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 12:56 PM | Show all posts
Loxlaxman posted on 18-2-2013 12:37 PM
Timekasih ..timekasih ...tak sangka Lox ade peminat ... . Err dah kawin lum, kalau lum abe Lox n ...

biar la sy jadi peminat cerita seram abe Lox je..

p/s: sy memang minat mancing dan laut ni semua..suka bau air laut dan pasir memutih..rindu plak
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 01:23 PM | Show all posts
Loxlaxman posted on 18-2-2013 12:42 PM
Jangan ke mana-mana tunggu kisah seterusnya, kisah benar, pengalaman seram ... terus menerus, life d ...

pehh. aku penah jumpe kertas bertulisan jawi dlm uncang kat tepi pantai. tp aku xleh baca sbb tulisannya dah kembang. agak2 kalo aku baca, jadi sama x mcm akibat buka tudung botol hanyut incik lox?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2013 01:55 PM | Show all posts
Hebat sungguh hang Lox.... jalan cerita terbaek.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2013 02:13 PM | Show all posts
rospinki posted on 18-2-2013 12:56 PM
biar la sy jadi peminat cerita seram abe Lox je..

p/s: sy memang minat mancing dan laut ni se ...

Ros,

Lox dan laut susah nak dipisahkan. Menurut pakar DNA yang Lox jumpa dan bagi sample air lior baru-baru ni, bila dia teropong dalam-dalam dalam laporan DNA Lox..dia nampak gallery gambor ikan macam-macam jenis ... kata dia lagi ... dia nampak Lox 10 tahun dari sekarang ada bot pukat tunda dan jadi taukey ikan besau ...hehehe.

Dua pertiga atau lebih 70% dari bahagian dunia ditutupi dengan lautan dan hanya 30% adalah daratan yang Ros dan Lox diami. Luas lautan adalah sekitar 362 juta kilometer persegi dan rata-rata kedalamannya adalah lebih kurang 3.7 km.

97% dari air dunia adalah air laut dan hanya 3% air didunia adalah air tawar. Dari 3% tersebut, 2% adalah ais bererti hanya 1% air merupakan air tawar yang terdiri dari air sungai, danau, dan bawah tanah tak termasuk air liur.

99% dari kehidupan dunia terdapat di lautan manakala Mariana Trench adalah dasar laut paling dalam di dunia yang mencapai kedalaman 10.91 km yang terletak di laut Pasifik Utara.
Tekanan terdapat pada laut paling dalam adalah 8 tan bagi setiap inci persegi bersamaan dengan kekuatan menahan menahan 50 buah Boeing 747. Yang paling best, terdapat kira-kira 20 juta tan emas dalam lautan termasuk gigi emas Pak Ali, si penjaga pengkalan. Kalau manusia menyelam pada kedalaman 1 km tanpa menggunakan peralatan anti-tekanan, beliau akan jadi “rempeyek” atau “peknga” aka lempeng kelapa ..

Kalau Ros cuba cari bot pancing Lox pada lokasi pertembungan kami dengan puaka kapal karam dengan menggunakan Google Map, Ros perlu menggunakan kanta pembesar, kerana saiz kami hanya sebesar setitik dakwat mata pena Ros pada peta tersebut, apatah lagi nak mencari tahi lalat manis Lox pada dagu ini..

Last edited by Loxlaxman on 18-2-2013 02:17 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 03:03 PM | Show all posts
menarik cite nie, boleh bagitau husband sebab dia pun suka memancing kat laut...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2013 03:05 PM | Show all posts
hatiluka posted on 18-2-2013 03:03 PM
menarik cite nie, boleh bagitau husband sebab dia pun suka memancing kat laut...

Dia mesti tau pantang larang mancing tengah laut ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.059599 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list