atira posted on 17-2-2013 02:26 PM
Zaman aku skolah lagi kat keramat tu . . Penuh ngan indon. . Classmate aku ramai indon. .
Dulu d ...
puak2 boyan ni pandai...diaorang panggil penempatan mereka kampung bumiputra, letak papan tanda cap keris, melayu kampung terus tak jadi nangis teresak2...
malah puak2 boyan ni pulak yang nangis teresak2 bumi dipijak milik orang bila penempatan haram mereka di ambil nak buat balai bomba ...
Acong posted on 17-2-2013 12:47 PM
@sashin ko kena cabul ke???
dah aku plak yg kena cabul plak dah merapu la hang ni cong..
kita dok sibuk dok kira parti mana yang lebih banyak dok jual tanah melayu kat orang luar..or non bumi.
but kebanyakkan yang sokong bantahan datum jelatek ni datang dari fahaman politik yang berbeza2..derang bersatujust untuk pertahankan hak kawasan nenek moyang derang kat kawasan jelatek..datuk keramat..keramat n sktrnyer...
sbb banyak lagi umah2 kat tepi2 tu yang takut akan mengalami nasib yang sama..so dats why derang bersemangat nak membantah... so benda ni..tak kesah lah umno yang jual ker..or PKR.. bantah tetap bantah..
Roboh : Antara Rumah Setinggan Berembang dan banglo Bukit Antarabangsa
Disember 10, 2008
HermanSamsudeen
Pada 17 November 2006 beberapa buah rumah di Kg. Berembang roboh menyembah bumi dek kerakusan orang-orang besar Umno dalam Permodalan Nasional Selangor Bhd (PNSB). Operasi Perobohan itu dilakukan oleh anggota Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), atas arahan PNSB dan berlajutan dalam 3 siri yang berikutnya iaitu pada 20 dan 30 November 2006. Operasi terakhir pada 7 Mac 2007 menyaksikan semua rumah penduduk termasuk sebuah Surau dirobohkan walaupun, rayuan penduduk masih di dengar di Mahkamah.
Para penduduk kecewa dan kesal akan penindasan itu. Sebahagian penduduk bersetuju untuk pindah ke Puchong dan menginap di rumah Flat yang disediakan oleh PKNS. Sebahagian lagi berkeras menuntut keadilan dan ganti rugi. Mereka terus berkampung dipinggir kampung mereka sehinggalah Kerajaan Pakatan dibentuk pada 8 Mac lalu dan membela nasib mereka.
Asalnya tanah-tanah Kg. Berembang itu diteroka oleh datuk nenek mereka dan setelah beberapa generasi, Kerajaan Selangor yang ketika itu diperintah oleh Barisan Nasional enggan memberikan geran tanah kepada mereka.
Dalam diam, Kerajaan BN telah mengeluarkan surat geran kepada beberapa pemimpin dan pelobi Umno yang kaya raya untuk memiliki tanah-tanah di Kg. Berembang. Pemilik geran ini kemudiannya menjual semua tanah-tanah itu kepada PNSB setelah Kerajaan mengumumkan untuk melaksanakan projek Damansara-Ulu Kelang Expressway (DUKE) yang turut melibatkan kawasan Kg. Berembang.
Setelah pindah milik dibuat, PNSB mengunakan kuasa mahkamah, Polis, Rela dan MPAJ bagi mengusir para penduduk.
Rumah penduduk dirobohkan tanpa sebarang ganti rugi. Kemusnahan ratusan ribu harta benda penduduk Kg. Berembang tidak dipedulikan sesiapa termasuklah Perdana Menteri dan pemimpin Umno walaupun mereka tahu bahawa penduduk Kg. Berembang adalah penyokong kuat Umno selama ini.
Melihatkan keadaan yang terbiar itu, misi kemanusian dihantar oleh Pas dan bantuan makanan dan peralatan Khemah disalurkan sambil turut berdoa akan kejatuhan Kerajaan BN di Selangor. Doa orang-orang dizalimi ini makbul dan Kerajaan zalim BN tumbang di Selangor. Walaupun mereka tidak mendapat semula rumah dan tanah yang dirampas, tetapi harapan untuk keadilan dan hidup yang lebih baik itu ada bersama Kerajaan Pakatan.
Kisah Penduduk Bukit Antarabangsa
Bukit antarabangsa juga dikenali sebagai Beverly Hills Malaysia kerana didiami oleh ramai artis, VVIP dan orang-orang kaya di Malaysia. Malah ada yang mengatakan bahawa pemilik rumah di Bukit Antarabangsa sebenarnya mempunyai beberapa unit rumah lain ditempat lain dan sememangnya mereka yang duduk disitu adalah dari golongan yang kaya, sama ada kaya dengan pendapatan yang tinggi atau yang kaya Hutang.
Bukit Antarabangsa terbahagi kepada beberapa kawasan utama iaitu, Taman Bukit Jaya, Taman Bukit Mewah, Taman Bukit Utama, Taman Bukit Mulia dan beberapa lagi. Banyak juga kondominium mewah terletak dikawasan ini dan yang paling terkenal adalah Highland Tower yang runtuh pada tahun 1993.
Boleh dikatakan bahawa kawasan Bukit Antarabangsa ini agak eksklusif dinegara ini walaupun hakikatnya kawasan itu asalnya adalah kawasan Hutan Simpan Kerajaan Selangor. Sejak bila tanah itu bertukar status tidak pula dinyatakan.
Para pemaju berebut-rebut untuk memiliki tanah dan membuat pembangunan dilereng-lereng Bukit Antarabangsa.
Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak baru-baru ini yang menasihatkan para pemaju agar tidak lagi mendesak Kerajaan untuk mengeluarkan keizinan bagi pembinaan dikawasan itu sudah cukup untuk menjelaskan apa yang berlaku disebalik berdirinya kediaman mewah disitu.
Pembangunan tidak berlaku jika pemaju tidak mendesak. Tanah Hutan Simpan itu tidak terusik jika tiada kebenaran dari Kerajaan. Kerajaan mana bagi kebenaran? jika dilihat dari usia bangunan disitu bermakna kelulusan itu sudah diperolehi dari kerajaan yang memerintah 20 tahun yang lalu, iaitu Kerajaan BN sendiri.
Selepas tragedi Highland Tower, 1993 industri pembinaan negara mengalihkan tumpuan ke kawasan lain. Tapi beberapa tahun selepas itu, mereka kembali membina banglo mewah lagi atas keizinan pemimpin Umno, yang mana ada juga yang memiliki lot banglo mewah disitu..
Kedegilan mereka akhirnya terbalas jua bila 14 banglo mewah di Taman Bukit Mewah and Taman Bukit Utama musnah dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku pada pagi 6 Disember 2008 yang lalu.
Musnahnya banglo orang-orang kaya ini mengejutkan ramai pihak kerana kejadian ini umpama satu malapetaka yang besar hingga melenyapkan seketika berita tentang banjir di Pantai Timur yang berlaku pada masa yang sama.
Bezanya banjir di Pantai Timur sudah biasa berlaku walaupun ianya melibatkan ribuan rumah, tapi di Bukit Antarabangsa ini jarang berlaku walaupun hanya 14 rumah banglo.
Lantaran itu, lebih 3000 pemilik rumah disekitar kawasan berhampiran diarahkan berpindah buat sementara. Proses perpindahan kali ini agak rumit kerana laluan yang tidak sempurna serta banyaknya kereta mewah yang melalui jalan sementara yang disediakan oleh Angkatan Tentera Malaysia. Ini berbeza dengan kisah Berembang, dimana anak-anak kecil mengusung kain baju mereka sendiri dalam baldi untuk menginap dikhemah atau disisa runtuhan rumah mereka.
Bagi penduduk Bukit Antarabangsa yang berpindah keluar, sebahagian besar mereka pindah ke rumah kedua mereka, ada juga yang menginap dirumah saudara mara terdekat. Malah kenderaan untuk pindah barang turut disediakan walaupun terhad.
Menariknya, kejadian ini rupanya belum cukup untuk menumpulkan keangkuhan beberapa orang kaya yang jadi mangsa. Para petugas dimaki hamun kerana didakwa tidak menolong mereka, walhal para petugas itu sudah berharian bertungkus lumus untuk membantu ramai penduduk disitu.
Malangnya orang-orang kaya ini tidak faham erti bersabar. Mereka tidak biasa buat kerja sendiri dan hidup susah. Selama ini orang gaji atau pekerja yang diupah yang tolong mereka berkemas dan angkat barang. Kali ini suasana kelam kabut, bila mereka diminta mengangkat sendiri barang ada juga yang merunggut.
Beberapa petugas terkilan dengan sikap mereka hingga ada yang berbisik,
“patutlah mereka kena tanah runtuh, mereka nie semuanya orang kaya yang sombong dan berlagak”
Ada juga petugas yang kecewa mengajak teman-teman lain balik sahaja, dan tak perlu bantu orang-orang kaya ini. Mujurlah teman itu sempat ditenteramkan dan niat mereka dibetulkan. Sesungguhnya mereka datang kesitu membantu bukan kerana inginkan balasan dari orang-orang kaya itu, tapi kerana sifat kemanusian dan ikhlas kerana Allah.
Begitulah sabarnya para sukarelawan ini. Kejadian ini pastinya memberikan sedikit impak dalam hati mereka, khususnya bagi petugas yang pernah membantu mangsa kezaliman di Kg. Berembang yang tidak jauh dari Bukit Antarabangsa.
Antara Berembang dan Bukit Antarabangsa
Ketika di Berembang penduduk tidak putus-putus ucapkan terima kasih walaupun pertolongan yang diberi tidak seberapa. Tapi lain pula di Bukit Antarabangsa ini. Bukan semua mangsa yang bersikap angkuh, tapi dek kerana ada yang celupar mulut maka yang lain terima tempiasnya.
Moga ini jadi pengajaran, agar esok malapetaka Allah tidak berulang lagi. Sesungguhnya alam yang Allah ciptakan ini juga punyai perasaan, jika dirinya ditoreh dan dilukakan oleh manusia, ia juga boleh meruntuhkan kesombongan manusia dengan caranya yang tersendiri. Kezaliman tangan manusia sering menjadi asbab kepada malapetaka Allah.
Antara Kg. Berembang dan Bukit Antarabangsa memang jauh nilainya. Nilai rumah penduduk Kg. Berembang hanya setaraf dengan beranda rumah penduduk Bukit Antarabangsa. Tapi bila Allah nak uji, harganya tetap sama, yang membezakan adalah cara penerimaan mereka. Adakah mereka akan kembali sujud pada Allah atau terus angkuh mendabik dada dengan kekayaan duniawi mereka.
Ratusan rumah Kg. Berembang roboh tiada siapa yang peduli termasuk pemimpin Umno, tapi bila 14 rumah orang kaya di Bukit Antarabangsa runtuh pelbagai agensi Kerajaan dan NGO datang membantu. Tabung bantuan khas diwujudkan oleh Umno Ampang. Tapi apa yang mereka beri untuk Berembang yang rata-rata pendapatan isi rumahnya kurang dari RM 3000 sebulan.
Rumah Kg. Berembang roboh ketika anak-anak mereka sibuk menelaah bagi menghadapi UPSR, PMR dan SPM, tapi rumah di Bukit Antarabangsa Runtuh selepas anak-anak mereka puas bermain permainan video game PS2. Begitulah jauhnya perbezaan taraf didunia ini.
Rumah yang runtuh boleh dibina semula dengan wang ringgit, tapi iman yang runtuh dengan kesombongan, Allah sahaja yang tahu pengubatnya.
Kepada penduduk Bukit Antarabangsa, bersyukurlah bila ada orang membantu kerana nasib anda lebih baik dari penduduk Berembang yang dianak tirikan oleh Kerajaan dan kebanyakkan NGOs selama ini.
Acong posted on 18-2-2013 09:07 AM
@gogo2 nie lah nasib ketuanan melayu.....!
rupo2nya bukan sahaja Cina bkn kroni ditindas, Melayu bkn kroni juga ditindas. Malah, penindasan terhadap Melayu bkn kroni lebih teruk. MasyaAllah dan Subhanallah!!!!
keramat adalah kawasan sub-urb yang majoriti nyer melayu... rasanya yang kedua besar lepas Kg Baru.
Pada mulanya penduduk kat sini rasa bangga bila akan ada pembangunan kat sini, feeling2 boleh duduk kawasan ekslusif..tapi terkejut bila harga jualan melebihi RM500K seunit. Lebih terkajut lagi bila tau launching semua dibuat di SIngapore.. dan 2 dari 4 blok telah habis dibeli secara pukal oleh Singapore.So ada banyak kemusykilan disini.
So penduduk melayu disini concern akan " dijajah" oleh Singaporean dan warga cina yang kita tau lebih duit dari melayu yang mampu duduk kat situ.
okeh... pasal flat PKNS kat Jelatek bukan lah flat Columbia.. Flat Columbia ialah satu lagi flat pkns menghala ke AU2 berdekatan kawasan kilang Texas, Statschippac, S.E.H..
majoriti penduduk okeh nak blah tapi ada beberapa famili tanak blah sbb tak puas hati pampasan. Tapi kalo ikut mahkamah diorang kene ikut majoriti dan kena blah jugak... so sekarang tempat ni tgh dibangunkan... tak da lagi penduduk kat situ...
Flat Columbia lain cerita... diorang nk runtuh kan jugak.. plan nak bina stesen LRT & monorail kat situ.. tapi takut jadi macam DATUM, persatuan penduduk mintak kaw2 harga dari pemaju, so mayb tak jadi, sbb majoriti tanak pindah...
TAPI.... seperti yang forumer2 lain ckap.... kawasan sini bukan majoroiti melayu dah... macam dah 50-50 melayu + rupa melayu ( indon)... nak bagi kat Cina/ Singaporean membantah macam hapa... tapi kat warga indon tu sesuka suki jer nak sewa.. yang indon ni pun satu rumah sewa sebulan seribu pun diorang snaggup..sbb 1 rumah duduk 5 famili.. diorang pedulik hapa...
Okeh sekarang yang aku tak tau jawapan... projek DATUM nih projek sapa sebenaya? yang orang UMNO cakap PKNS (baca: PKR Selangor) yang buat... tapi Utusan Malaysia membekap pulak - mmg tak penah Utusan bekap projek PKR nih..
pseudo_kl posted on 18-2-2013 09:54 AM
sini budak jati keramat nk cerita...
keramat adalah kawasan sub-urb yang majoriti nyer melayu... ...
projek sapo nie? btw, aku mmg tak setuju langsung warga asing beli hartanah di Mesia....! kat indon, warga asing cuma boleh sewa beli utk 30 tahun maksimum...! cukup 30 tahun, kena renew lagi 30 tahun......! babi siyal polisi kerajaan......!
kawan aku yg kerja company engineering pnah cakap bbrp tahun lepas sblm projek Datum Jelatik ni diumukan secara rasmi.
Start dr jelatik sepanjang sungai sehingga mrr2 - akan ada pembangunan baru.
betty_soy posted on 18-2-2013 09:50 PM
Kat LRT jelatek, depan bengkel mara...
loh situ ke?
bukan situ mmg dah rata bangunannya?
apa pon xde dah
yg nampak adalah tpt parking LRT tu je la
lain2 sumer abis tarak..tpt klinik aku amik hiv test untuk kawen 4 tahun lps pon rsnya xde dah kot
Sekarang ni rumah flat tu dah tak jadi issue. Semua dah keluar and clear. Yg jadi issue dia nak ambil sekali dgn rumah2 teres in the surrounding area untuk project ni dan untuk buat jalan 4 lane. Tu yg issue ni bangkit balik psl residents di area ni tak suka. They was excited at first dgn development datum, some even nak beli commercial unit(including my mom and brother) until they found out quota yg di buka for malay utk unit umah 1bilik, kecik jah but for 700k which is yes, ridiculous. Tu yg jadi issue ni. Issue kancil nak harga bmw ka, whatsoever ka dah settle dah. Org tak suke sekarang bile they are tryinb to diss the resident surrounding to expand their project and buat jalan. Ade blogspot psl hentikan datum ni. Mostly bukan anti pembangunan, just againts pembangunan yang tak dapat dirasai bersama.