CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6418|Reply: 38

Emak masih ligat walaupon umor 60 plus :(

[Copy link]
Post time 20-2-2013 05:22 PM | Show all posts |Read mode
Salam uolls,

Let me be straight. Saya bukanlah org alim tapi saya concern sangat dengan mak saya.
Mak saya ini baik orangnya. Friendly, Lawak. Almost likeable to every people she meets sebab jenis banyak mulut.
Tapi dalam friendly2 dia, ada gak bad side beliau.
Aku xmau cerita banyak tapi agak bertentangan dengan ciri2 muslimah ler.
Aku bukanlah nak mak aku jadi jadik cam ustazah ke ape.
Aku nak beliau masuk syurga dan dijauhkan dari api neraka, nauzubillah.
I know that is not my job to decide tapi aku sedaya upaya nak tolong ibu aku untuk kembali ke jalan yg diredhai coz umor dia dah 64 tahun.
I think by that age, she supposed to stay @ home, banyakkan mengaji, solat..Kira lebihkan aktiviti rohaniah.
Tapi umor camtu beliau masih sibuk bekerja. Dia extend kontrak pas bersara now keje kompeni abg dia.
Mcm workaholic giler. X keje dia kata boleh pening kepala.
Kalo kelapangan lak sebok klua berjalan2, soping2, makan2.
Sekarang ni beliau dah join facebook lagilah xtau aku nak kata ape.
Kadang2 status2 dia agak memalukan aku sebagai anak. sentap kulu kilir..
Lagi satu aurat beliau pon kdg2 terlpas pandang
Aku slalu berdoa sampai menangis bila kenangkan ibu aku yang masih leka dengan hal duniawi beliau.
Aku sekarang hanya mampu berdoa sedaya mungkin untuk membukakan hati ibu aku kembali ke jalan Allah.
Tapi aku rasa aku berkewajiban untuk do more tapi aku xtau apa aku boleh buat.
Lagi2 aku bukanlah rapat sangat dengan mak aku.And aku tidaklah baik sangat.
In fact dlm semua adik beradik, akulah yg paling awkward bila dengan mak aku psl dah x rapat.
Personality differences rasanya psl i am the quiet one in the family while my mum plak the loudest.

Aku nak by this time, mak aku pasang niat g haji psl x pernah lg g sana even umrah walaupon aku tau dia lebih dari mampu.
Tapi berduit banyak, sebok soping. Sebok berjalan2 sana sini.Belanja anak2,cucu2 dengan macam2, makan besar.
Tahun depan katanya nak tukar keta baru plak.Keta above 100k.
Mampu lah psl pencen dia besar tp still, aku rasa sungguh x perlu.
Aku kalo boleh xmau dia concern2 dah about bende2 duniawi like duit and kerja ni.
Aku nak dia tukar fokus plak tp aku xtau camne.Harap forummers boleh bagi pendapat ler.
Saya seriously xtau nak talk about sensitif issues mcm ni dengan org inikan lg dgn mak saya.
Saya amat sayangkan mak saya tp selama ini, sayang saya hanya dapat dizahirkan dengan doa saya.
Saya mau menjadi anak yang baik serta dapat mengubah hidup mak saya supaya saya tidak menyesal di akhirat nanti
camne nak nasihat beliau?nak ubah perangai beliau?
saya x sanggup bile ade org ckp kubur lain2, kat akhirat x kenal dah.Itu adalah ibu saya. Saya mahu terbaik untuk beliau.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2013 05:27 PM | Show all posts
mmg sukar sbb dia adalah mak.. ko boleh teruskan doa.
selain tu, ko try ubah detault stesen radio kt kereta/rumah dia ke radio Ikim.. 91.5
aku rs kalau ko teruskan doa & dibantu dgn rncangan keagamaan & hiburan di radio ikim..
mak ko boleh improve skit2..

tq
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 06:26 PM | Show all posts
Salam TT...sebagai anak, tugas kita ialah mendoakan ibu bapa kita saban hari semoga Allah mengampunkan dosa2 mereka dan memberkati kehidupan mereka dunia dan akhirat. Jng putus asa berdoa. Satu lagi...slow2 lah dekatkan diri dng ibu kamu tu (since kamu mentioned kamu tak rapat sangat). Sementara ibu kita ada ni lah kita kena ambil segala kesempatan yg ada utk sentiasa dekat dng dia...bila dah dekat...boleh lah slow2 ajak ibu buak aktiviti2 ibadat dan dituntut syariat. Mungkin juga TT boleh mulakan dng TT sendiri yg berubah supaya lebih cintakan ilmu2 agama. Join aktiviti2 di surau/masjid atau aktiviti2 keagamaan yg lain. Mudah2an ibu TT juga akan lembut hati dan sama2 nak join TT lepas tu...insyallah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Iyela..setuju gak dgn pendpt rakan2 lain. Duk umah, selalu la pasang cd org ngaji ke, radio ikim ke, tgk tv al hijrah ke. Ayah tT xde dah ke?  Mungkin dia rase bosan xde org nk layan dia kat umah.teman2 la dia ye..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 09:29 PM | Show all posts
apa kata g umrah/haji dgn ibu? sblm g haji/umrah mesti byk g kelas kn..ikut la ibu skali masa tu..slow2 dekatkan diri
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 10:57 PM | Show all posts
mmm......oleh krn die ade fb, aku rase ini peluang utk tt cuba la berkwn dgn die kat alam maya; beri die nasihat secara kias2an ke; janji jgn sampai undercover tt terdedah; beri la suggestion kat dia artikel2 yg banyak dlm internet ni ttg hal2 dunia akhirat ke, you tube yg memaparkan ust norbahyah ceramah ke......mungkin nanti akan terbuka hatinya.....kalau susah sgt, suruh la die baca forum cari.com ni......bod masalah peribadi.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2013 10:58 PM | Show all posts
salam TT.

ok. tak nak mak kerja. ok. cuba fikirkan, kalau mak tak kerja, mak nak buat apa eh? sbb ada orang memang jenis suka bekerja. macam ada seseorang yg aku kenal ni. umur dah 62 tahun. kontrak kerja dah tamat. konon nak duduk rumah jaga cucu. tapi tahan 2 bulan je. ni pun baru je dia pergi interview lagi. ada orang yg memang suka bekerja. tak boleh duduk diam setempat saja gitu. & kita kena ingat juga. kerja itu pun salah satu daripada cabang ibadah. kan? cuma itu la. kalau dah bekerja, bercampur dengan orang, bercampur dengan tekanan2, itu la.

untuk ajak orang berubah ni ada banyak cara sebenarnya. cara drastik. cara memujuk. cara brainwash. cara paksaan. cara perlahan2. kita kena ingat juga, nak ajak manusia ke arah kebaikan ni memang banyak dugaan. antaranya fikirkan nak jaga hati. nak jaga perhubungan. sbb nak berdakwah pun ada adab. kena ada caranya. setiap orang, lain cara approach yg kita kena guna. ko lebih kenal mak ko, rasanya ko lebih tahu la kot. apapun, pilih cara yg terbaik. slow2, tak apa.

kalau rasa2 mak tu macam sibuk dengan facebook, cuba buat dia beralih minat kat benda lain pulak. contoh macam... err.. masak? haha. kalau ada masa lapang, buat la mengada2 sikit mintak mak buatkan kuih ke, kek ke. at least, perhatian dia teralih sikit la kan. kalau ada masa lapang lagi, ajak dia pergi surau. pergi ceramah agama ke. jangan buat dia terasa macam kita nak perli ataupun nak paksa. ajak. contohnya kalau ada kuliah agama. cakap la kat mak, kononnya dengar orang cakap yg ustaz tu bagi ceramah best ke, menarik ke. ajak dia kenal2 dengan orang2 surau. ko pun kena la buat sekali. ajak dulu. lepas tu nanti jadi kebiasaan la. kot.

ramai orang yg ada kemampuan tapi belum terbuka hati nak berubah, ataupun nak jadi tetamu Allah. banyak2 la berdoa. kalau ko nak tunggu dia pergi sendiri, mungkin susah la kot. cuba ko yg sponsor? ajak dia pergi, temankan ko. tapi kena keluar duit sikit la kan. haha. tapi kalau dah kat sana, mungkin kena control sikit la nafsu shopping tu kan.

apapun. banyak bersabar. doakan yg baik2 untuk mak. usahakan yg terbaik. cuba dekatkan diri dengan mak tu.

kadang2 kan, orang2 tu ni ada 'perangai pelik' juga. mungkin sbb sunyi. jadi, sambil2 nak mak berubah tu, renungkan la juga kekurangan kita sebagai anak. okay?

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2013 08:49 AM | Show all posts
mak tt ni kategori ibu2 moden la..
susah gak kan nak ubah perangai seseorg, per lagi yg nak ditegur tu seorg ibu..
berdoa la byk2 tt..
InsyaAllah doa itu akn dimakbulkan..per lagi doa tuk kebaikan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2013 09:10 AM | Show all posts
teringat lagu ''seruan haji sudah tiba'',
so kaedahnya nak jadi tetamu allah swt ni memang kena ada seruan baru
boleh pikir nak pegi kot....

penting u patut gembira mak u sihat walafiat.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2013 09:48 AM | Show all posts
TT gi la umrah, ajak mak TT...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2013 10:39 AM | Show all posts
aku teringat pulak ada sekali ni masa nak keluar dengan mak aku and adik perempuan aku
adik aku tuh memang dah start pakai tudung labuh sume..hari tuh aku pakai skirt so macam sopan la jugak..
mak aku dah sarung seluar jeans...pastu bila dia tengok aku dengan adik aku..
dia tanya aku nak pakai skirt ke?aku akap la dah lama tak apkai jeans tak selesa sangat nak pakai..aku cakap ibu selamba sudah..
lepastuh mak aku keluar rumah pakai seluar slack, a bit loose la compared to the first one..aku sengih jer

sometimes adik aku yang lelaki tuh main peranan jugak tegur dress mak aku..
takpun dia tegur aku dalam masa yang sama bagi mak aku dengar..

sejak adik aku pakai tudung labuh ni, dress mak aku kalau keluar dengan kitorang tade la ranggi sangat macam dulu..
agaknya lepas aku pulak start pakai, mau mak aku pun pakai..

harap2 aku ada kekuatan nak berubah untuk kebakan famili aku jugak..

hope tt paham kenapa aku cerita
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2013 10:52 AM | Show all posts
nk cakap dengan mak payah inikan pulak kalau kita nak menegur dia kan... tapi tak ditegur takut pulak terus2 hanyut. mmg tt kena la mula merapatkan diri pada mak tt. kalau tau ada mana2 surau or masjid yg adakan kuliah why not sesaja ajak dia kata untuk temankan tt. mungkin dgn cara tu membuatkan dia tak terasa macam seolah2 tt nk mengajar dia. ye la sebagai seorang mak kadang2 tak boleh nk terima kalau nampak anak tu macam nk mengajar dia. dan tt juga teruskanlah berdoa insyaAllah Allah akan lapangkan dada mak tt untuk fokus pada bekalan akhirat kelak...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2013 11:54 AM | Show all posts
nycest posted on 21-2-2013 10:39 AM
aku teringat pulak ada sekali ni masa nak keluar dengan mak aku and adik perempuan aku
adik aku tuh ...

Terbaik.....
Suka cara U adik beradik "berdakwah".....
memang ibu ni lebih malu dengan anak-anak dari orang luar....kekadang tak perlu nak tegur direct, dari cara kita berpakaian pun blh buat beliau berpikir....
Memang kekadang pelik tengok orang yang dah berumur tapi berpakaian mcm tak cukup kain....dah umur 60an, masih pakai cap bukan tudung... tapi nak buat mcmana, hidayah tak sampai kat dorang..... aku yang tak berapa tua lagi ni pun, bila ingat balik blouse yang aku pakai dulu kecik-kecik, tetiba rasa nyesal & malu sesgt.... kalau lah masa boleh di putar semula, takkkan aku pakai baju-baju yang kecik-kecik tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2013 11:54 AM | Show all posts
kazaraf posted on 20-2-2013 05:27 PM
mmg sukar sbb dia adalah mak.. ko boleh teruskan doa.
selain tu, ko try ubah detault stesen radio k ...

Haha..
dia pendengar setia radio Era kot
aku pon dah x melayan ERA tu bertahun dah..
Maintain Ikim most the time
kalo aku set IKIM dlm keta dia,kalo dia bukak time tgh segment2 tajaan jual produk2, aku rasa dia tobat xmoh dgt IKIM dah
aku pon kekadang meluat dgr segmen tajaan IKIM ni..sume dok mencanang produk mereka bagus
tp mekasih..akan sy cuba kelak
the least letak cd2 ceramah agama and bacaan quran dlm keta dia..that wud gv her a hint


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2013 11:59 AM | Show all posts
housequeen posted on 20-2-2013 06:26 PM
Salam TT...sebagai anak, tugas kita ialah mendoakan ibu bapa kita saban hari semoga Allah mengampunk ...

Memang aku x putus asa untuk berdoa
Harini aku tersenyum seperti mau sebak bile tgok status fesbook dia kata dia terbangun malam seperti mendapat panggilan untuk beribadat
masyaallah..adekah berkat doa anak2?
it might be small. might be even a status pesbook suka2.
tp it was truly out of the blue
skrg ni sy amek masa untuk lebih rapat dgn mak saya melalui proses preparation perkahwinan saya
alhamdulillah bertambah baik hubungan
tp nak rapat x reti lg lah


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2013 12:03 PM | Show all posts
MayGirl07 posted on 20-2-2013 06:41 PM
Iyela..setuju gak dgn pendpt rakan2 lain. Duk umah, selalu la pasang cd org ngaji ke, radio ikim ke, ...

mak bapak saya dah bercerai
bapak kawen baru mendapat isteri yg aku boleh kata lebih baik peribadinya kerana mmg a practising muslim since bapak aku pon dah join tabligh
mak aku on the other hand..
kawen dgn laki lagi muda but tua 2,3 tahun dr aku, x bekerja tetap, dah pasang bini muda, x nampak boleh bimbing mak aku psl stil hidup mcm org bujang.
Ya Allah..nampak perbezaan nasib mak and bapak aku lepas bercerai..
Mak aku ended up with a much bitter fate


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-2-2013 12:11 PM | Show all posts
tiramisuu posted on 20-2-2013 09:29 PM
apa kata g umrah/haji dgn ibu? sblm g haji/umrah mesti byk g kelas kn..ikut la ibu skali masa tu..sl ...

umrah?
kompomlah aku x mampu nak usakahan yg ittew
tapi dgr kata mak aku nak tggu g haji dgn abg sulung aku n bini dia
masalahnye turn diaorg dipanggil g haji not anytime soon
entahla..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2013 12:13 PM | Show all posts
laxmanall posted on 20-2-2013 10:57 PM
mmm......oleh krn die ade fb, aku rase ini peluang utk tt cuba la berkwn dgn die kat alam maya; beri ...

hmmm.
skrg ni aku nampak dia banyak share2 artikel ceramah2 UAI ke, Ustad Don kat FB
so aku rasa dia baca sume bende2 agama tu
tp entahlah berhasil atau idak bacaan beliau..wallahualam

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2013 12:16 PM | Show all posts
InVendeTTa posted on 21-2-2013 11:59 AM
Memang aku x putus asa untuk berdoa
Harini aku tersenyum seperti mau sebak bile tgok status fesbo ...

Alhamdulillah kalau ada sign of perubahan2 yg positive walaupun kecil. keep praying for her. slow2 pupuk your 'friendship' with her ..insyallah lama2 akan nampak juga hasilnya...ameen.

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2013 12:18 PM | Show all posts
jazaaa posted on 21-2-2013 11:54 AM
Terbaik.....
Suka cara U adik beradik "berdakwah".....
memang ibu ni lebih malu dengan  ...

hehe..kaka...
nak ubah masa silam takleh so marilah kita berpakat2 ubah masa yang boleh diubah aka masa sekarang dan masa depan..
paling penting..ada niat nak berubah kan..

macam my mum..dia ego..kalau tegur kang dia balas balik dengan fatwa2 merapu..lagi lah rasa ralat jer..
so buat secara berhemah la..sesetengah orang tak suka ditegur tapi bila kita tunjuk, dia tengok..diam2 dia belajar..
walau tak banyak, sikit pun jadi lah..

kadang2 ktorang buat2 gurau cakap.."wah baju ibu boleh nampak la kat dalam..tak sejuk ke?"
mujur adik2 semua boleh diharap..hasil didikan beliau jugak

selebihnya..doa lah usaha yang terbaik..




Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.097434 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list