CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sayawifenikmie

[Gifts & Stationaries] K-COLLY SWEET 17 - AURA WHITE - MAIXARA - RADIGLOW - D'HERBS @ LIDBEAUTYMALL..

[Copy link]
 Author| Post time 28-2-2013 12:19 AM | Show all posts
atashinchi posted on 26-2-2013 04:32 PM
produk ni berdaftar tak? mcm berminat nak beli tapi takut tak berdaftar sbb tgk berita smlm katanya  ...



... podukini masuk dalam class minuman/makanan ...  sebenarnya tak perlu didaftarkan dengan KKM .. but owner alert pasal kesedaran pengguna ni .. dan sedang berurusan dengan KKM  untuk didaftarkan jugak ...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2013 12:20 AM | Show all posts
ina_na posted on 26-2-2013 09:28 AM
pd aku lar kalo takut tak pyh cuba...mcm aku sendiri pon try n error...kalo dah mkn tp tumbuh jerawa ...
pd aku lar kalo takut tak pyh cuba...mcm aku sendiri pon try n error...kalo dah mkn tp tumbuh jerawat n tak serasi stop jer...n cari lagi yg serasi...yg penting tau apa kandungan dia...pasal takut2 nie tak penah ada lak kalo setakat nie...lgpun just mkn jer bkn bt operation...nie  pd aku ler..
pada pendapat saya isu yg lebih penting ialah keterangan produk dan maklumat yg disampaikan kenalah berasas bukan setakat baca dan tahu kandungan produk tersebut tanpa mempersoalkan kebenaran sejauhmanakah benar apa yg diclaimnya, apakah buktinya...kerana ada produk yg mempunyai bahan2 tersembunyi yg telah dirampas oleh kerajaan.

so  ini tak sesuai nak try n error sebab ia melibatkan kesihatan..jika setakat naik jerawat kira tak patut juga sebab kalau produk yg ada kajian bagai sepatutnya ada menerangkan individu mana yg sesuai atau tak...kerana setiap org mempunyai latar belakan yg berbeza dan mungkin menyebabkan kesan yg berbeza.. Diingatkan pada kamu supaya berfikir,  ada kesan yg kita tak nampak seperti silent killer bagaimana..seperti kerosakan hati, kanser, jgn nampak jerawat je dan sebagainya pada jangka masa pendek atau panjang , sekiranya anda jadi mangsa...adakah berbaloi denga apa yg anda fikirkan sekarang "alah  try n error je lagipun just makan   bukan  buat operation "  walaupun kamu   terpaksa buat opration disebabkan kesan daripada pengambilan sesuatu produkmaybe masa tu menyesal pun tak guna....naik jerawat bolehlah cakap mcm yg kamu tulis tu....
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 12:24 AM | Show all posts
sayawifenikmie posted on 28-2-2013 12:19 AM
... podukini masuk dalam class minuman/makanan ...  sebenarnya tak perlu didaftarkan dengan KK ...

walaupun mcm tu ia perlu ada kajian untuk membuktikan apa yg dicalaim berasas dan siapa yg boleh consume atau tak...kena ada r n d lagi lama lagi bagus untuk melihat kesan dan apa yg terjadi dalam jangka yg panjang...so kalau pentingkan pengguna daftar kat KKM saja tak mencukupi dan setahu saya produk yg masuk dalam kelas makanan dan minuman ini pun kena ada surat pengiktirafan dari badan yg mempunyai autoriti...bukan bermakna ia bebas dari sebarang prosedur....sila betulkan jika saya salah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2013 12:27 AM | Show all posts
Uolssssssss ...

esok kak lid up kan senarai sesiapa yang nak berSPREE  ..... korang bolehlah berspree ....  baca2lah dulu ....
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 12:34 AM | Show all posts
nurza34 posted on 26-2-2013 08:54 AM
korang ni mmg x takut ye makan benda yg bukan2 .. seller apa lagi, tepuk tangan lah .. korang nak tu ...
korang ni mmg x takut ye makan benda yg bukan2 .. seller apa lagi, tepuk tangan lah .. korang nak tumbuh panau ke..jerawat ke...ada aku kesah .. janji masyukkkk
saya berstuju dengan pendapat ini..seller apa kisah  ..pengeluar apa kisah masing menjaga kepentingan sendiri, j   ni tujuan utama nak buat duit lepas tu nak markerting mereka akan gunakan taktik2 untuk menarik perhatian..seperti menggunakan beberapa istilah yg boleh bagi wow effects, model yg cantik, testimoni2....senarai kebaikan yg panjang menjela...tapi bila tanya bukti, kajian bagai untuk membuktikan produk itu berkesan tiada jawapan....balik2 lihat testimoni.....

pengguna menukarkan duit untuk mendapatkan produk....so fikirlah kalau peniaga dan pengusaha mengira keuntunga berapa % boleh buat, ingat kalau tak cukup 10 sen anda boleh dapat barang...so tak kan anda tidak mengira-ngira produk yg anda nak beli....tanya habis-habisan dulu, dunia busniss "kejam dan .kiasu...so kenapa customer tak boleh jadi "kejam" dan kiasu juga?????

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 12:53 AM | Show all posts
sayawifenikmie posted on 27-2-2013 04:11 PM
... ada certain barangan yang kebna ada kelulusan KKM .. mcm kosmetik ... pil ... tablets .. k ...
a certain barangan yang kebna ada kelulusan KKM .. mcm kosmetik ... pil ... tablets .. kategori minuman.makaann tak perlu kkm sis ..... i have checked this dgn KKM
so bagi bukti surat pengkelasan makan bagi produk makanan/minuman
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-2-2013 08:09 AM | Show all posts
mat_jenin posted on 28-2-2013 12:53 AM
so bagi bukti surat pengkelasan makan bagi produk makanan/minuman


.. bukan saya dah cakap sebelum ni ... owner sedang berurusan dengan KKM (bahagian classification di BPFK?)

Ko banyak telan air liur basi ek?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2013 08:14 AM | Show all posts
Inovasi & Kreatif: Kolagen kulit ikan tilapia untuk kosmetik, kesihatan
Oleh Syifarida Muhamad Zaki
bhvarsiti@bharian.com.my
2011/12/08


GAMBAR atas, JAMILAH (tiga dari kanan) bersama wakil UPM dan Bionic Lifesciences dipameran BioMalaysia di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Gambar bawah,  PENGUNJUNG pameran BioMalaysia melihat kolagen akuatik dihasilkan UPM.

MASYARAKAT kini mula menyedari kepentingan kolagen bagi memelihara keremajaan dan keanjalan kulit serta mendapatkan bentuk badan menarik.

  Justeru, tidak hairan pelbagai rangkaian produk kesihatan dan kecantikan yang mengandungi protein itu mendapat sambutan memberangsangkan. Namun, kebanyakan produk berkenaan diimport dan dikhuatiri sumber kolagennya daripada khinzir atau haiwan lain yang diragui status halalnya.
  Menyedari isu itu, sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) menjalankan kajian menghasilkan kolagen daripada kulit ikan tilapia.
Kami ialah yang pertama di rantau ini yang menghasilkan kolagen akuatik yang benar-benar diyakini status halalnya. - Prof Dr Jamilah Bakar
  Pengarah projek kajian itu, Prof Dr Jamilah Bakar, berkata kolagen akuatik berkenaan boleh digunakan dalam bentuk minuman atau makanan, contohnya, produk minuman burung walit.

  Penyelidikan 12 tahun itu juga bakal dikomersialkan menerusi kerjasama antara UPM dengan Bionic Lifesciences Sdn Bhd (Bionic Lifesciences) yang antara lain membabitkan pembinaan kilang pengekstrak kolagen halal daripada kulit ikan tilapia yang pertama di rantau ini.

  Jamilah berharap hasil penemuan itu memberi perspektif baru kepada pengguna kolagen halal dalam produk kosmetik atau makanan tambahan selain menyokong industri halal negara.

  “Masyarakat kini mula menyedari kepentingan kolagen yang berfungsi memelihara kecantikan kulit, mempercepatkan penyembuhan luka serta membantu memulihkan kekenyalan otot dan masalah sendi.
  “Pelbagai rangkaian produk berasaskan kolagen dijual di pasaran, namun difahamkan tiada sumber kolagen yang dihasilkan dalam negara dan menyebabkan ia banyak diimport dari China dan Korea Selatan yang diragui status halalnya.


  “Kami adalah yang pertama di rantau ini yang menghasilkan kolagen akuatik yang benar-benar diyakini status halalnya,” katanya ketika ditemui selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara UPM dan Bionic Lifesciences sempena Pameran BioMalaysia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

  MoU itu ditandatangani Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, Prof Ir Dr Mohd Saleh Jaafar manakala Bionic Lifesciences diwakili Pengarahnya, Ir Mohd Salleh Yahya.

  Mengulas teknologi pengekstrakan kolagen akuatik itu, Jamilah berkata ia membabitkan empat peringkat iaitu pembersihan kulit ikan, pengekstrakan menghasilkan kolagen, pembersihan kolagen dan penghasilan serbuk kolagen.

  Katanya bagi peringkat pertama, kulit ikan dibersihkan untuk menghilangkan kotoran dan lendir menggunakan beberapa bahan kimia tidak berbahaya.

  “Ketika proses pengekstrakan, ia juga menggunakan beberapa gabungan bahan kimia bergantung kepada kulit ikan dan kolagen yang ingin dihasilkan. Sesetengah kulit ikan akan menghasilkan kolagen yang bergred tinggi dan yang lainnya menghasilkan kolagen bergred sederhana dan rendah.

  “Kos untuk mengekstrak juga berbeza kerana menggunakan bahan kimia yang berbeza bergantung kepada jenis kulit ikan,” katanya.

  Beliau berkata proses pembersihan bahan kolagen juga dilakukan dalam beberapa peringkat bagi meningkatkan peratus kandungan kolagen bergantung kepada produk yang ingin dihasilkan sama ada untuk makanan atau farmaseutikal.

  “Kolagen untuk produk farmaseutikal agak remeh dan memerlukan tiga hingga empat proses berbanding makanan,” katanya.

  Jamilah berkata, peringkat terakhir membabitkan kaedah pengeringan dan pembekuan dan kebanyakan kolagen dihasilkan menggunakan kaedah pengeringan bagi menghasilkan serbuk kolagen sebelum dibungkus dan dikategorikan mengikut produk yang ingin dihasilkan.   
         

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2013 08:39 AM | Show all posts
Jadi ke spree ni..tlg pm harga spree.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 09:08 AM | Show all posts
lawak2 dlm gaduh2 mat jenin gan tt selamba je ko tanye psl spree
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 09:35 AM | Show all posts
Kita skip baca part gado2..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 09:49 AM | Show all posts
tu la kat thread aku pun abis si mat jenin nie mengaco...dah jd mcm dia punye thread lak...dia tak nak lak bukak thread sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 10:10 AM | Show all posts
Ermm. Lantaklah si mat jenin tu. Nama pun mat jenin.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 10:12 AM | Show all posts
ye la tp tak patut dia buat kecoh kat thread org...baik dia bukak thread sendiri n berkcoh kat situ...sape2 nak menjoyah leh join...betul tak...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 10:16 AM | Show all posts
Spree mean kita masih blh beli sebotal kan ngan harge special kan sbb ramai ramai beli. ...so xperlu la nk beli sampai 4 botol,  10 botol sorang....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2013 10:27 AM | Show all posts
izy posted on 28-2-2013 10:16 AM
Spree mean kita masih blh beli sebotal kan ngan harge special kan sbb ramai ramai beli. ...so xperlu ...



............ begitulah kan?

... semalam jumpa suami owner benda alah ni ... muda uols ... suka anak2 muda berwawasan ...... putih  gebu jer dia ... hehee

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-2-2013 10:30 AM | Show all posts
ina_na posted on 28-2-2013 09:08 AM
lawak2 dlm gaduh2 mat jenin gan tt selamba je ko tanye psl spree


... takyah gaduh2 ngan MJenin ni .. dia kan jenin .. berangan tak sudah sudah .... kita layan dia dengan penuh kasih sayang ....

@mat_jenin  >>>> nah bunga
Last edited by sayawifenikmie on 28-2-2013 10:39 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2013 10:37 AM | Show all posts
hana_atika posted on 28-2-2013 09:35 AM
Kita skip baca part gado2..



..... baca pun OK .. buat pengubat hati lara   
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 10:39 AM | Show all posts
Kak lid rasanya mcm mana.. sedap ke or ada bau2 ikan ke..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2013 10:40 AM | Show all posts
hana_atika posted on 28-2-2013 10:39 AM
Kak lid rasanya mcm mana.. sedap ke or ada bau2 ikan ke..

... rasa masam2 manis gitu .....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.083104 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list