CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Luckman

Tempat Suluk---Ada Cadangan?

[Copy link]
Post time 27-2-2013 12:02 PM | Show all posts
burungantu posted on 26-2-2013 06:10 PM
Waalaikumussallam warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdullillah..


Alhamdulillah...

Terima kasih Tuan kerana memberitahu tentang   " BARELVI " بریلوی‎,    ...yg ternyata BUKAN BA ALAWI"  طريقة آل باعلوي

Terima kasih...   

Sama-sama...terima kasih kembali

Saya cuma menilai dari apa yang dibentangkan.... jika Uncle Owl kaji aliran Barelwi, aqidah dia dah tak sama dengan aqidah Ahlussunnah.... sebab tu saya musykil, ada antara Ulama yang disebut dari post Uncle Owl tu beraliran Barelwi...

Saya pernah bersolat di Masjid mereka (Barelwi). Ada yang lepas solat mereka bangun berdiri, beri laluan kepada Nabi.... hmmm...macamana?

Mereka percaya Nabi berada di mana-mana.... boleh percaya macam tu ke? (Hanya sekadar untuk pengetahuan bersama)

Mereka ni cukup kuat dengan perayaan maulid dan guna muzik. Mereka mengkafirkan banyak orang Islam lain yang tak sehaluan dengan mereka.

Tentang sumber dari Sunni forum.... ada sumber ilmu yang sangat baik, ada juga yang tak baik bila tercampur dengan yang batil... bahaya jugak. Kena rujuk kepada yang ahli juga atau kena buat cross reference....

Apapun, ini sekadar dari perkongsian... point saya dari penghayatan/kajian saya... bukan nak kata semua tariqat tu batil belaka, yang haq tu ada.... tapi yang seleweng pun ada....







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2013 01:58 PM | Show all posts
mnm77 posted on 27-2-2013 11:43 AM
Salam Tuan Pitmie,

Teruskanlah perkongsian moga bermanfaat
Tariqat sufi tasawwuf.... banyak yang dah menyimpang.... namun masih ada yang haq, cuma yang haq ni agak tenggelam. Orang yang mencari tariqat selalu berjumpa dengan yang dah menyimpang, sebab yang menyimpang ni selalunya menonjol.
Wa'alaikumussalam wbt..

Sy sebenarnya secara peribadi menyokong setiap inci komen tuan mnm77...sy merasakan agak sealiran dgn cara pemikiran sy ttg tarekat tasawwuf...cuma sy belum berpeluang bertemu dgn pengamal tarekat (dari kalangan org biasa, bukan tok guru pondok) yg benar2 di jalan yg haq...yg takde unsur2 menyimpang. Sy tak suka utk trus menghukum sesuatu tarekat sbg sesat, kerana bukanlah mudah utk trus jump to conclusion sebegitu, cuma sy juga berani katakan yg byk / majoriti tarekat skrg sudah (sama ada) sedikit atau agak menyimpang dari yg haq. Itu kesimpulan yg mampu sy katakan scara jujur dari pengamatan setelah berpeluang bertemu dgn beberapa pengamal tarekat.. Sy bersetuju dgn yg menyimpang selalunya menonjol, krana nak tunjukkan diri mereka bertarekat...lebih kenal ALLAH dari yg lain. Nak berbangga dgn sbb tu. Itu sy turut perasan.

Saya pernah berjumpa ahli tariqat yang pada saya berada pada jalan yang benar, setiap HUKUM SYARIAT mereka pegang CUKUP KUAT. Mereka tak suka cerita buruk orang lain, sangat merendah diri, tetapi kesan dari percakapan mereka sungguh mengkagumkan.... maksud saya, terasa 'aura' zikrullah sekalipun ketika bercakap-cakap dengan mereka.... memang SUSAH nak jumpa orang-orang haq dalam tariqat macam ni...
Alhamdulillaah...teringin sy bertemu dgn org2 sebegini (dari kalangan org biasa)...kerana dari pengalaman sy & rakan baik sy, adakalanya bila bertemu dgn pengamal tarekat, pd awalnya tak nmpk mslh ape2....tp bila berpeluang utk bersembang pnjg, di situlah terdedah sapa sebenarnya mereka..

Malah smlm sy diminta utk membawa (dlm kuliah mingguan) kitab Sairus Saalikin...kitab sufi. Sy berfikir utk menolak dari membaca kitab ni krana yg dok baca skrg pun ramai org pertikai...ye lah, aliran sufi tak sama dgn aliran org2 kampung yg biasa...mereka rasa sgt janggal krana byk yg seakan2 terlalu ketat & syadid utk diamalkan.

Contohnya bila dlm kitab menyatakan "hendaklah kamu makan dari makanan org2 yg bertaqwa & jgn pula memberi makanan melainkan kpd org2 bertaqwa" - bagaimana kita nak laksanakan yg ini di zaman yg dipenuhi dgn kefasiqan? Sbb itu Imam as-Syaafi'e meringankan dlm bab wali yg fasiq kerana utk mencari yg 'adil itu amatlah susah di zamannya, apatah lg di zaman skrg.

Wallaahu'alam.





Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2013 04:41 PM | Show all posts
PitMie posted on 27-2-2013 01:58 PM
Wa'alaikumussalam wbt..

Sy sebenarnya secara peribadi menyokong setiap inci komen tuan mnm77... ...

السلام عليكم @PitMei  dan @mnm77

sebelom apa pun saya minta maaf sekiranya nnt ada tesasar bahasa dlm kita lanjutkan ttg tarikat,syariat dsbnya. terlebih dahulu saya mohon kita jgn melihat brand-brand tarikat itu dlu contoh naqsyabandi, ahmadiayyah, satariyyah dll itu hanyalah brand shj. yg paling penting kita kena lihat apa itu tarikat ? tasawuf ? dan sufi ? maaf jika saya teliti satu persatu komen drpd saudara jelas yg dipertikai adalah brand-brand tarikat tertentu bknnya tarikat itu sendiri.

Nabi saw bersabda:
“sesungguhnya seorang hamba jika berpijak pada thariqah yang baik dalam beribadah, kemudian ia sakit, maka dikatakan (oleh Allah) kepada malaikat yang mengurusnya, ‘Tulislah untuk orang itu pahala yang sepadan dengan amalnya apabila ia sembuh sampai Aku menyembuhkannya atau mengembalikannya kepada-Ku.’ ( Musnad Ahmad, 11: 203.)

apa maksud hadis di atas ? tarikat ?

imam syafei :
فقيها و صوفيا فكن ليس واحدا * فإني و حـــق الله إيـــاك أنــــصح
فذالك قاس لم يـــذق قـلــبه تقى * وهذا جهول كيف ذوالجهل يصلح
berusahalah engkau menjadi seorang yang mempelajari ilmu fiqih dan juga menjalani tasawuf, dan janganlah kau hanya mengambil salah satunya. sesungguhnya demi Allah saya benar-benar ingin memberikan nasehat padamu. orang yang hanya mempelajari ilmu fiqih tapi tidak mahu menjalani tasawuf, maka hatinya tidak dapat merasakan kelazatan takwa. Sedangkan orang yang hanya menjalani tasawuf tapi tidak mahu mempelajari ilmu fiqih, maka bagaimana dia mampu menjadi baik?
[Diwan Al-Imam Asy-Syafi'i, hal. 47]

IMAM MALIK RA:
و من تصوف و لم يتفقه فقد تزندق
من تفقه و لم يتصوف فقد تفسق
و من جمع بينهما فقد تخقق
“ dia yang sedang tasawuf tanpa mempelajari fiqah rusak keimanannya , sementara dia yang belajar fiqah tanpa mengamalkan tasawuf rusaklah dia . hanya dia siapa memadukan keduannya terjamin benar .

apa itu tasawuf ? apakah tasawuf itu tarikat ? jikalau ianya berbeza sila nyatakan perbezaannya...

Last edited by callmeuncleusin on 27-2-2013 04:48 PM

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2013 10:28 PM | Show all posts
Assalamualaikum..... saya ingin berkongsi sebagai bahan fikir ..
"thariqah" ... adalah perjalanan. Tarikat2 yang telah disebut kan di sini adalah pembuka kepada pintu2 perjalanan. Ilmu syariat penting di dalam berthariqah. Thariqah pula penting untuk kita sampai kepada DIA. Kedua2  sama penting. Sampai yang saya maksudkan adalah sampai kepada Makrifatullah iaitu mengenal DIA. Syariat, Thariqah, Hakikat dan Makrifat ...semua ini perlu untuk mendapat yg Haq. Apa yang saya faham  .... bila di alam Hakikat ada yang gagal... Alam hakikat ini di dominasi oleh Iblis dan sekutu2 nya.  Tampa pimpinan dan naungan dari Guru yang sebenar2nya..akan menyebabkan kita tergelincir dari landasan.
Saya nak kongsi cerita seorang sahabat saya tentang Makrifatul Teh !!! bunyi mcm lawak tapi ada hikmah.
Untuk buat air teh kita kena cari bahan2nya iaitu sebuk teh...susu..air panas...gelas..sudu dll. kt sini perlu kenal bahan2 yang tulin dan terjamin(kalu tak tahu kena dapatkan panduan dari yang tahu). Cara nak buat kenalah belajar dari yg mahir dan terbaik lagi bertauliah agar dapat yang sebenar. Ikut sebiji2 apa yang di ajarkan... akan terhasil lah air teh..yang kita nmpk warnanya.. bole hidu bau nya... bole rasa dgn jari(panas ke tak air)... lalu kita minum untuk merasa nikmat air teh tersebut... lengkap lah ia...
Kiranya salah satu yang tersilap di dalam bahan dan cara nak buat akan memberi kesan kepada hasil... bila di minum ...maka itu lah yg kita RASA (kita akan anggap itu lah air teh yang sebenar)
1-Bahan2 itu lah Syariat
2-Cara buat itu lah Tharikah
3-Bila nampak hasil itu Hakikat
4-Bila di rasa maka Makrifatlah ia
wallahualam... Last edited by GiQ on 27-2-2013 10:33 PM

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 01:39 AM | Show all posts
salam

topic ..
Tempat Suluk---Ada Cadangan?

i selalu pergi Seminar ..
to strengthen Stamina ..
dapat innate energy ..

wassalam

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2013 03:54 PM | Show all posts
Assalam semua,

Alhamdulillah bila bca komen2 dari ahli-ahli forumer yang lain tentang tempat suluk ni. Saya minta maaf tak beri apa-apa komen sebab saya tak pandai. Tapi saya ucapkan terima kasih dengansetiap pandangan yang di lemparkan.

Cuma satu, apa pula nasihat yang dapat di berikan pada saya? Tentang cadangan pergi ke surau atau masjid tu buat masa ni saya letakkan di tepi dulu. Insya-Allah saya akan pergi selepas saya mendapat tempat2 yang dicadangkan nanti. Bukan saya menolak tapi saya ingin 'menyepi' dahulu....terima kasih.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2013 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah... tuan tinggal di mana?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 06:20 PM | Show all posts
Luckman posted on 28-2-2013 03:54 PM
Assalam semua,

Alhamdulillah bila bca komen2 dari ahli-ahli forumer yang lain tentang tempat sul ...

bismillah. alhamdulillah wassholatu wassalam 'ala rosulillah, amma ba'ad;

saudaraku, ketahuilah bahawa hidup ini merupakan ujian. ALLOH ta'ala berfirman (bermaksud):

Maha Suci ALLOH Yang di tangan-Nya lah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (al-mulk: 1-2)

Pertama, saya nasihatkan agar jangan pernah berputus asa dari rahmat ALLOH, kerana hidayah itu sangatlah mahal. Sebagaimana dalam sebuah hadits qudsi yang panjang dari sahabat abu dzar al-ghifari (rodhiyallohu anhu) dari rosululloh shollallohu 'alaihi wa sallam sebagaimana beliau shollallohu 'alaihi wa sallam meriwayatkan dari Robbnya azza wa jalla bahawa ALLOH berfirman (maksudnya):

"Wahai hamba-Ku, sesungguhya Aku telah mengharamkan kezaliman atas diri-Ku dan Aku telah menetapkan haramnya (kezaliman itu) di antara kalian, maka janganlah kalian saling berlaku zalim. Wahai hamba-Ku semua kalian adalah sesat kecuali siapa yang Aku beri hidayah, maka mintalah hidayah kepada-Ku nescaya Aku akan memberikan kalian hidayah."

Hadits diriwayatkan oleh imam muslim yang mana hadits ini dimuatkan oleh iman an-nawawi dalam kitab hadits 40 beliau.

Renungi lah hadits ini dengan baik saudaraku, faidahnya sangatlah besar, bahawa dalam mencari hidayah, kita haruslah berusaha semampu kita sebagaimana yang telah digariskan oleh rosululloh shollallohu 'alaihi wa sallam kerana beliau lah sebaik-baik tauladan. ALLOH berfirman (bermaksud):

Bersegeralah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada ALLOH dan rosul-rosul-Nya. Itulah karunia ALLOH, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan ALLOH mempunyai karunia yang besar. (al-hadiid: 21)

Di sini lah pentingnya ilmu wahai saudaraku. ALLOH ta'ala berfirman:

Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakal lah yang dapat menerima pelajaran. (az-zumar:9)

Dan ilmu itu diperoleh dengan belajar. Tiada lah ilmu itu diperoleh dengan bersenang-senang. Yang penting sekali adalah ilmu itu diambil dari ahlinya dan forum seperti ini bukanlah tempat yang baik untuk menuntut ilmu. Menuntut ilmu perlu lah dengan guru, bertalaqqi menadah kitab-kitab para ulama' yang berjalan di atas jalan salafush sholih. Lihat saja, berbagai-bagai fahaman yang terdapat di sini, dan saudara sendiri hampir-hampir termakan syubhat. Kita memohon perlindungan kepada ALLOH dari fitnah syubuhat dan fitnah syahawat.

Saudaraku, ketahuilah bahawa ilmu juga tidak dinilai dengan kelulusan seseorang itu sama ada si fulan professor ke dia ada phd ke pjj ke jkk ke tnb ke cnn ke, itu semua bukan lah ukuran. Yang menjadi ukuran kita adalah sumber agamanya iaitu al-quran dan assunnah berdasarkan kefahaman para sahabat nabi shollallohu 'alaihi wa sallam. Ini penting! Jangan sampai kita tertipu dengan pemahaman yang berbagai-bagai menular dewasa ini. Semua claimed ikut al-quran dan sunnah. Tapi ikut kefahaman siapa? Dan berhati-hati dalam memilih guru jangan sampai termakan ajaran syiah rofidhoh (laknat ALLOH ke atas mereka) yang dah mula tersebar di malaysia sekarang ini yang mengkafirkan para sahabat nabi shollallohu 'alaihi wa sallam dan pencela ummul mu'minin aisyah, semoga ALLOH meridhoi mereka semuanya, wALLOHul musta'an.


Last edited by irbadh on 28-2-2013 10:03 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2013 07:24 PM | Show all posts
Edited by irbadh at 24-2-2017 12:18 AM
irbadh posted on 28-2-2013 06:20 PM
bismillah. alhamdulillah wassholatu wassalam 'ala rosulillah, amma ba'ad;

saudaraku, ketahuilah ...

Pernyataan saudara mengenai 'menyepi' buat sementara itu, bagi saya bukan lah idea yang baik. Dengan jiwa yang kosong tanpa ilmu, memudahkan lagi syaithon untuk membisikkan bisikan-bisikan yang akan membuatkan saudara mungkin akan cenderung ke arah membuat tindakan berdasarkan hawa nafsu yang dikhuatiri akan bertentangan dengan syari'at. Kita memohon perlindungan kepada ALLOH dari kejahatan hawa nafsu diri kita dan keburukan amal  perbuatan kita.

Saudaraku, saya bukan lah orang yang berilmu, yang layak berbicara panjang tentang masalah ini. Ana miskeen ya akhi, wALLOhul musta'an. ALLOH saja lah yang maha mengetahui segala kelemahan dan dosa-dosa saya, moga ALLOH mengampuni segala dosa-dosa saya dan kedua ibu bapa saya, ALLOHumma amiin. Adapun begitu, teringat saya akan firman ALLOH ta'ala yang bermaksud:

Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. (adz-dzaariyaat: 55)


Untuk permulaan, saya cadangkan saudara agar elok sekiranya saudara dapat bangun sholat sunnah di waktu akhir malam dan banyak memohon ampun dan bertaubat kepada ALLOH sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajr) mereka memohon ampun (kepada ALLOH). (adz-dzaariyaat: 18)

Ini adalah antara waktu mustajab nya do'a. Sebagai permulaan cukuplah dengan 3 rakaat yang ringan (witr), banyakkan berzikir dan tadabbur al-quran sebagaimana do'a nabi shollallohu 'alaihi wa sallam yang bermaksud: "Ya ALLOH, hendaknya Engkau jadikan al-quran sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku".

Tetapi ingat! Jangan dok buat zikir dari tok syeikh tok syeikh tariqat yang jelas bid'ahnya pula! Berzikir lah dengan zikir yang diajarkan oleh nabi shollallohu 'alaihi wa sallam kepada kita, cukup dengan itu. Kita tak perlu yang lain pun sebab beliau shollallohu 'alaihi wa sallam yang menerima wahyu. tok syeikh tok syeikh tariqat ni dapat wahyu ke?! wALLOHul musta'an.

Akhir kata, jangan sesekali pun berhenti berdo'a meminta kepada ALLOH taufiq, huda wa sadaad. Dan salah satu do'a yang saya sarankan kepada saudara adalah dengan beramal dengan do'a nabi shollallohu 'alaihi wa sallam yang diriwayatkan oleh imam muslim di dalam shohihnya yang bermaksud:

"Ya ALLOH, Tuhan jibrail, mikail dan israfil. Wahai Pencipta langit dan bumi. Wahai Tuhan yang mengetahui yang ghaib dan nyata. Engkau yang menjatuhkan hukum (untuk memutuskan) apa yang mereka perselisihkan. Tunjukkanlah aku pada kebenaran apa yang diperselisihkan dengan seizin dari-Mu. Sesungguhnya Engkau menunjukkan pada jalan yang lurus bagi orang yang Engkau kehendaki".

Waffaqokumulloh wa baarokallohu fiikum. semoga sholawat dan salam sentiasa tercurah kepada kekasih kita nabi muhammad, ahli keluarganya dan seluruh sahabatnya dan segala puja dan puji hanyalah milik ALLOH, Robb sekelian alam.


Last edited by irbadh on 28-2-2013 11:16 PM

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 12:26 PM | Show all posts
macam macam!

Asal tak selari dengan fahaman dan ilmu yg ada pada diri, dianggap yg lain salah, malah lebih teruk dituduh sesat, kafir bagai


Walhal masing masing ada kaedahnya untuk mendekati Allah, bukan menjauhi Allah.... manusia kan berbagai ragamnya, berbagai caranya, berbagai ilmunya, berbagai kepandaiannya..... Asalkan semua berbuat baik terutama untuk mencari keredhoan Allah, sepatutnya disokong....


Bersuluk tu bagus, hanya untuk mendekati Allah, mengingati Allah dengan kaedah yg lebih jitu iaitu jauh dari gangguan segala makhluk.... Orang yg bersuluk  hanya berzikir berzikir berzikir memuji Allah sepenuhnya tanpa meninggalkan yg wajib..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 10:02 PM | Show all posts
hantukiller posted on 1-3-2013 12:26 PM
macam macam!

Asal tak selari dengan fahaman dan ilmu yg ada pada diri, dianggap yg lain salah, ma ...

TIAP BIDAAH ITU SESAT
.....maka sesatlah
     takkan nak kata betul pulak kot
     takkan ada lagi agama baru kotttt

KALAU AYAT ALLAH KATA JANGAN MINTA PERLINDUNGAN DARI JIN
  yg hang pi bantai kata PERTOLONGAN
  kan dah kufur dgn AYAT ALLAH

ADA GOLONGAN JIN YANG BERIMAN DAN ADA YANG TIDAK
   hang pi bantai kata jin2 adalah syaitan
   ngaji lah wak ooiiiii - jangan hentam saja

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2013 04:44 PM | Show all posts
orangbesi posted on 1-3-2013 10:02 PM
TIAP BIDAAH ITU SESAT
.....maka sesatlah
     takkan nak kata betul pulak kot
TIAP BIDAAH ITU SESAT
.....maka sesatlah
     takkan nak kata betul pulak kot
     takkan ada lagi agama baru kotttt

KALAU AYAT ALLAH KATA JANGAN MINTA PERLINDUNGAN DARI JIN
  yg hang pi bantai kata PERTOLONGAN
  kan dah kufur dgn AYAT ALLAH

ADA GOLONGAN JIN YANG BERIMAN DAN ADA YANG TIDAK
   hang pi bantai kata jin2 adalah syaitan
   ngaji lah wak ooiiiii - jangan hentam saja
Bidaah ye???

Abis kenapa nabi tak berterawikh secara jemaah, tapi umat buat?

Kenapa nabi tak buat kumpulan yaasin tapi umat melayu buat?

Kenapa nabi tak pernah bagi sedekah fatihah kat orang yg dah meninggal, tapi umat buat?

Kenapa nabi tak buat haji umrah banyak kali tapi umat buat?





Betulka para nabi dan rasul tak de yg bersuluk?
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2013 04:51 PM | Show all posts
orangbesi posted on 1-3-2013 10:02 PM
TIAP BIDAAH ITU SESAT
.....maka sesatlah
     takkan nak kata betul pulak kot
KALAU AYAT ALLAH KATA JANGAN MINTA PERLINDUNGAN DARI JIN
  yg hang pi bantai kata PERTOLONGAN
  kan dah kufur dgn AYAT ALLAH

ADA GOLONGAN JIN YANG BERIMAN DAN ADA YANG TIDAK
   hang pi bantai kata jin2 adalah syaitan
   ngaji lah wak ooiiiii - jangan hentam saja
Perlindungan dari jin tu bukan pertolongan jin ka?  ko ni bangsa apa ye, selalu aku tengok tak faham sesuatu maksud ayat jika olahan penyampaian berlainan walau maksud yg nak disampaikan dengan cara berbeza itu adalah sama.


Memang jin ada yg beriman ada yg kafir, ada yg baik ada yg jadi syaitan. Tapi jin yg berada di alam manusia, jadi dampingan manusia, jadi sahabat/kawan/qarin manusia semuanya adalah syaitan


Berkawan dengan jin, memanglah tak nampak buruknya kawannya tu, walhal syaitan belaka... hehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2013 06:27 PM | Show all posts
Luckman posted on 28-2-2013 03:54 PM
Assalam semua,

Alhamdulillah bila bca komen2 dari ahli-ahli forumer yang lain tentang tempat sul ...

silakanlah
gilah menyepi tuuu
buangkan seketika dunia dan perhiasannya

kat mana pun leh leee
asalkan BAWALAH SEKEPING HATI......KERANANYA

cuma hati2, dugaaan dan godaan, banyak gak tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2013 06:36 PM | Show all posts
hantukiller posted on 4-3-2013 04:44 PM
Bidaah ye???

Abis kenapa nabi tak berterawikh secara jemaah, tapi umat buat?

Abis kenapa nabi tak berterawikh secara jemaah, tapi umat buat?
Kenapa nabi tak buat kumpulan yaasin tapi umat melayu buat?
Kenapa nabi tak pernah bagi sedekah fatihah kat orang yg dah meninggal, tapi umat buat?
Kenapa nabi tak buat haji umrah banyak kali tapi umat buat?

Betulka para nabi dan rasul tak de yg bersuluk?


terawikh- Nabi pada malam sepuluh akhir mengumpulkan keluarganya utk solat malam(terawikh lee)
lalu diikuti oleh org ramai, bila dah ramai
Nabi tak keluar utk berjemaah lagi
bila ditanya, Baginda khuatir nanti diwajibkan berterawikh pada umatnya..............faham ka???

Surah Yaasin tu adalah JANTUNG AL QURAN
    bertadaruslah sepertimana Nabi mendengar dan meminta para sahabat melakukannya

AL FATIHAH adalah INDUK AL QURAN
adalah antara seorang HAMBA dgn KHADIMNYA

bab haji/umrah, aku tak tau jawab, tak ngaji abis lagi, maaf ya

dalam AL QURAN Musa pun gi bermunajat gak
Ibrahim pun bertafakur dan meneliti gak
Muhammad pun buat gak
napa?? tak kena ke??? , TUHAN tu dimana sahaja, gilah MENCARI DAN MENDEKATKAN
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2013 06:46 PM | Show all posts
hantukiller posted on 4-3-2013 04:51 PM
Perlindungan dari jin tu bukan pertolongan jin ka?  ko ni bangsa apa ye, selalu aku tengok tak fah ...

Perlindungan dari jin tu bukan pertolongan jin ka?  ko ni bangsa apa ye, selalu aku tengok tak faham sesuatu maksud ayat jika olahan penyampaian berlainan walau maksud yg nak disampaikan dengan cara berbeza itu adalah sama.
Memang jin ada yg beriman ada yg kafir, ada yg baik ada yg jadi syaitan. Tapi jin yg berada di alam manusia, jadi dampingan manusia, jadi sahabat/kawan/qarin manusia semuanya adalah syaitan
Berkawan dengan jin, memanglah tak nampak buruknya kawannya tu, walhal syaitan belaka... heh


laaaa, tak faham rupanya bahasa malaysia punnn
perlindungan dr jin - seperti memagar rumah agar tak doganggu dek jin lain
   atau pemakaian ilmu kebal
pertolongan dr jin - tolong gi tarik geng hang tu yg dok mai ngacau alam manusia niii
sebab dalam AL QURAN
BANTU MEMBANTULAH KAMU DALAM PERKARA KEBAIKAN
   kalau bantu yg kepada kejahatan, sama je laaa hang setan manusia dia setan jin

yg jadi dampingan manusia semua setan???
abis tu manusia yg tak didampingi jin pun - perangai cam setan jugak
dan qorin hang tu jenis apa ya
  sebijik perangai hang cam dia kotttttt

pi lah tanya tok guru,
KENAPA ALLAH NAK MENJADIKAN KHALIFAH DIMUKA BUMI NI
sedangkan puak2 jin dah menghuni bumi dahulu
tanyalah dulu ya, mana tahu aku leh nambah sikit sikit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-3-2013 07:41 PM | Show all posts
orangbesi posted on 4-3-2013 06:27 PM
silakanlah
gilah menyepi tuuu
buangkan seketika dunia dan perhiasannya

Dugaan sekarang pun dah terlebih2...cume belum sampai tahap gila jer.....kalau fikir tak sanggup, dah lama terjun bangunan...senang tak yah nak pikir..tapi hati masih ingat lagi dosa pahala.....malam semalam seronok dapat jumpa arwah mak, ayah, nenek serta datuk.....dah lama tak tengok diorang...alhamdulillah semuanya gembira dengan wajah yang berseri-seri...nak ikut dioarang tak bagi....sedey gitu.......
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2013 11:44 PM | Show all posts
Luckman posted on 4-3-2013 07:41 PM
Dugaan sekarang pun dah terlebih2...cume belum sampai tahap gila jer.....kalau fikir tak sanggup,  ...

Salam luckman...ermm you tgh bersuluk ke masa you jumpa arwah parents you tu...boleh ke kita jumpa balik org yg dah meninggal dunia ye? Setahu i tak boleh...sejak arwah abah i meninggal, i pernah mimpi sekali je but that one im sure it happen cuz i'm thinking about him too much that day...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2013 12:24 AM | Show all posts
Elle_mujigae posted on 4-3-2013 11:44 PM
Salam luckman...ermm you tgh bersuluk ke masa you jumpa arwah parents you tu...boleh ke kita jumpa ...

Jumpa tu maksudnya jumpa dalam mimpi ler..tapi mimpi dalam sedar ler...bukan jumpa fizikal nie.....kalau fizikal nie, dah lama saya cabut.....saya masih lagi mencari tempat yang sesuai...sekarang masih buat solat istikharah....Belum dapat petunjuk lagi. Tentang 'jumpa' arwah kedua orang tua saya tu, saya tak ingat sangat muka arwah mak (walaupun baru 2 bulan meninggal) dan bapa saya, jadi saya berdoa mohon pada ALLAH nak jumpa mereka walaupun sekejap. Alhamdulillah malam semalam baru dapat....

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2013 11:02 AM | Show all posts
Luckman posted on 4-3-2013 07:41 PM
Dugaan sekarang pun dah terlebih2...cume belum sampai tahap gila jer.....kalau fikir tak sanggup,  ...

Dugaan sekarang pun dah terlebih2...cume belum sampai tahap gila jer.....kalau fikir tak sanggup, dah lama terjun bangunan...senang tak yah nak pikir..tapi hati masih ingat lagi dosa pahala.....malam semalam seronok dapat jumpa arwah mak, ayah, nenek serta datuk.....dah lama tak tengok diorang...alhamdulillah semuanya gembira dengan wajah yang berseri-seri...nak ikut dioarang tak bagi....sedey gitu...

allaaaaa, hidup bro
nama pun manusia, kalau takde ujian dan dugaan
bukan namanya makhluk
apatah lagi yg dah diberi akal fikiran - tapis leee yg mana baik yg mana buruk
pi lah bersuluk kat mana pun
asalkan ada ilmu dan akal, INSYAALLAH takkan mudah terpedaya
kerna: JIKA KAMU IKUT KEBANYAKAN MANUSIA DI ATAS MUKA BUMI NESCAYA MEREKA AKAN MENYESATKAN KAMU


man tau MIMPI jumpa TUHAN..............lagi seronok woooooo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.222859 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list