For those yg belum sempat baca sinopsis #KisahCinta #Ringkasan Penuh Jalan Cerita sebenarnya. Happy Reading!
Kisah Cinta mengisahkan tentang cinta yang berputik dari pertemuan yang tidak diingini. Segalanya bermula semasa kemalangan tragis pada malam tahun baru 2013 di mana Zainal dan Zaharah maut selepas kereta mereka dirempuh dari belakang.
Konflik timbul sewaktu pengurusan tuntutan mayat oleh waris si mati apabila Azalea, anak perempuan Zainal dan Shah, anak lelaki Zaharah melaporkan yang ibu bapa mereka bukan pasangan suami isteri. Malah, Azalea tidak pernah mengenali Zaharah dan Shah tidak pernah mengenali Zainal. Dalam erti kata lain, Shah dan Azalea tidak mengenali satu sama lain.
Setelah selesai segala urusan tuntutan jenazah dan kedua pasangan ini telahpun disemadikan, Azalea dan Shah mula mencari jawapan untuk segala persoalan dan kemusykilan yang timbul daripada kejadian tragis yang menimpa ibu bapa mereka ini. Akhirnya, mereka membenci antara satu sama lain selepas menemui jalan buntu dan mula menuding jari menyalahkan diri masing-masing atas kejadian yang berlaku.
Semasa mengemas barang-barang peninggalan arwah ibunya, Shah terjumpa sebuah kotak yang mengandungi surat-surat lama milik Zainal dan ibunya. Asalnya Shah mahu membuang sahaja surat-surat tersebut tetapi dihalang oleh Azalea. Menurut Azalea, dia juga menjumpai surat-surat antara bapanya dan Zaharah. Azalea ingin tahu kesinambungan surat-surat tersebut. Baginya, ini merupakan peluang keemasan untuk menyelesaikan semua tanda tanya. Shah jelas tidak berminat. Dia takut kebenaran akan melukakan hati semua pihak.
Setelah dipujuk Azalea, Shah akur untuk setuju. Pasangan ini cuba menyelami kisah sebenar Zainal dan Zaharah berpadukan kronologi cerita yang dapat mereka ungkapkan dari surat-surat tersebut. Mereka mula menjejak kaki ke tempat-tempat yang tertulis, mencari nama-nama yang disebut, memahami perkara-perkara yang diceritakan. Satu-persatu kisah terungkai. Dalam tidak sedar, Azalea dan Shah mula mencipta kisah mereka sendiri di atas perjalanan ibu bapa mereka.
Walaupun begitu, perjalanan mereka bukanlah semudah itu. Pelbagai halangan yang harus ditempuh. Kekasih Azalea, Huzir kurang senang dengan situasi ini. Marina, ibu Azalea juga tidak suka dengan usaha anak perempuannya. Baginya, Zaharah adalah perempuan simpanan suaminya dan Shah seperti ibunya, bukanlah orang yang baik. Shah pula terpaksa mengorbankan waktu kerja sehingga dibuang kerja. Misi mereka untuk mencari jawapan terpaksa dihentikan. Hidup dan realiti mereka perlu diteruskan.
Kembali ke kehidupan sebenar memberi makna baru pada hubungan Azalea dan Shah. Mereka mula saling merindui. Apakah pasangan ini cukup tabah untuk melawan situasi dan emosi? Sementara itu, satu kronologi kisah cinta ibu bapa mereka terungkai di mana ada kebarangkalian bahawa mereka adalah adik beradik. Adakah ini kenyataan yang harus mereka terima? Atau masih ada lagi jawapan yang tertinggal?
JUMLAH EPISOD : 13 Episod
SLOT: Lestary TV3 MULAI: 7 MEI 2013 MASA: 9.00 malam
HARI: Setiap SELASA Last edited by diana007 on 8-5-2013 09:10 AM
mycute posted on 8-5-2013 10:22 AM
misteri gak cite ni ya...
mcm CJP gak.
dah tgk smlm.. menarik utk di follow..
Ending nya mystery kan ...suspens jugak...dah jatuh cinta, tiba2 dalam menjejaki hal affair parents masing2...rupa-rupanya adik beradik....cause her mom *Mak Azalea seolah tak rapat dengan her daughter
#Tak silap I, Azalea's father divorce with her mom..based on 1st episode.
P/s Harap bukanlah adik beradik...cause mereka kahwin juga..if I am not mistaken...kalau tengok teaser lah Last edited by diana007 on 8-5-2013 02:07 PM
diana007 posted on 8-5-2013 09:01 AM
For those yg belum sempat baca sinopsis #KisahCinta #Ringkasan Penuh Jalan Cerita sebena ...
Utk epsd 1 kisah cinta yg baru jek aku tgok.. Lbih kurang sebijik cite chinese city of glass.. Bru jek tgok td movie cine tu... Utk fist eps same ngan cite city of glass...to ade ubah skit kot..
lepas tgk 1st episode.....yes, insyaallah akan follow citer ni.....
bertambah lagi drama nak difollow selepas SSID......
takpe la kot, sbb seminggu sekali jer..tak mengganggu aktiviti2 lain...hheehe...