CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: matabelalang

APA AKAN TERJADI JIKA PR KE PUTRAJAYA

[Copy link]
Post time 25-2-2013 05:33 PM | Show all posts
Hehehehehehehe ...DAP anti Islam wooooo ...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2013 06:13 PM | Show all posts
alah bodohnyer macai ameno seko tuh...

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 07:04 PM | Show all posts
  Just to recall....


Apa bukti DAP tindas agama Islam?
       
Lim Guan Eng
4:08PM Feb 24 2013

Datuk Seri Najib Tun Razak tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia bila menggunakan perkauman dan mempermainkan sentimen ekstremis agama dengan fitnah bahawa DAP menindas agama Islam.

Tuduhan beliau ke atas DAP menindas agama Islam adalah suatu tuduhan liar yang serius kerana Islam merupakan agama Perseketuan Malaysia.  

Mengapa Najib tidak dapat tunjuk bukti untuk menyokong tuduhannya bahawa DAP menindas agama Islam ini kerana ia adalah sesuatu yang amat merbahaya dan haram yang boleh dikenakan tindakan undang-undang berat.

Tidak ada sebarang bukti DAP menindas Islam sebaliknya saya menang tindakan saman ke atas Utusan Malaysia di mahkamah bahawa saya anti-Islam. Sokongan DAP ke atas agama Islam sebagai agama Persekutuan telahpun dimasukkan dalam Perlembagaan DAP.

Lagipun dalam pemerintahan kerajaan negeri Pulau Pinang, tidak ada sebuah surau atau masjid dirobohkan bukan macam kuil Hindu di atas tanah Penang Port yang dirobohkan oleh pihak pengurusan yang dikuasai oleh BN.

Sebaliknya kerajaan negeri Pulau Pinang telahpun memartabatkan agama Islam dengan menambahkan peruntukan kepada hal ehwal Islam berkali-kali berbanding dengan kerajaan BN, memberikan tanah bernilai hampir RM80 juta untuk membina ibupejabat Mahkamah Syariah Pulau Pinang setinggi 7 tingkat untuk menggantikan bangunan 2 tingkat, mendirikan Tapak Perindustrian Halal, menambahkan elaun bulanan 80 peratus kepada tok siak dan bilal, mengiktiraf para huffaz dan memberikan peruntukan tahunan kepada Sekolah Agama Rakyat yang tidak dibuat langsung sebelum ini.

Macam mana inisiatif baru dan tambahan peruntukan ini untuk Islam oleh kerajaan negeri PR Pulau Pinang yang tidak dibuat sebelum ini oleh pentadbiran BN boleh dianggap oleh Najib sebagai menindas Islam?

Perlu diingatkan bila Perdana Menteri hendak meluluskan pemberian lesen judi bola pada 3 tahun lepas, kerajaan negeri Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang mengharamkannya dan seterusnya memaksa kerajaan Pusat BN menarik balik lesen judi bola. Lagipun pemimpin DAP tidak ada saham dalam syarikat besar arak atau menjadi ahli lembaga pengarah kasino judi.

Adalah dikesali Perdana Menteri dan BN yang merestui pemimpin MCA seperti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menghina dan mengecam pemimpin wanita PAS enggan bersalam dengan kaum lelaki sebagai suatu perbuatan ekstremis sungguhpun itu adalah hak dan pilihan seorang wanita Islam. Sehingga sekarang semua tuduhan bahawa DAP anti-Islam dibuktikan fitnah bila saman fitnah oleh saya ke atas Utusan Malaysia berjaya di mahkamah.

Oleh itu, DAP tidak berminat ikut rentak Umno memainkan sentimen perkauman dan ekstrimis agama serta menabur fitnah demi meraih undi. Sebaliknya DAP akan bertumpukan fokus kepada prinsip, dasar yang mementingkan rakyat dan presetasi baik yang  boleh membawa perubahan positif kepada masa depan negara.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 07:05 PM | Show all posts
unekspekted_XII posted on 25-2-2013 05:14 PM
see????

kan aku cakap dia ni dunguu

biasenya kalau orang jahil bagi soalan,kita akan jawab dalam bentuk soalan gak...spaya otak dia berpusing dan kuar dari ruang lingkup pemikiran sendiri a.k.a syok sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 07:19 PM | Show all posts
Kalau PR menang,harapan besar dari seluruh rakyat malaysia untuk melihat perubahan yang lebih dinamik dan kompetitif kepada negara khususnya dan kepada rakyat secara umumnya...dalam masa yang sama mengekalkan segala transformasi yang telah dilakukan oleh kerajaan BN yang telah terbukti memberi impak yang positif kepada negara...yang buruk kita singkirkan manakala yang baik kita kekalkan.hendak lah berlaku adil dan tidak mengulangi segala kesilapan yang telah dilakukan oleh kerajaan BN...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 07:46 PM | Show all posts

kalau pr menang:
-harga minyak murah giler(sekarang ke6 paling murah didunia, lepas ni nombor 1 http://www.bloomberg.com/slidesh ... ountry.html#slide54
-pendidikan percuma sampai unuversiti (bestnyer...)
-ptptn dimansuhkan (lg bestnyerrr...)
-anwart jd Pm (yg ni kurang pasti syok ke tidak...)
-semua projek kerajaan sblm ni akan dihentikan (sbb bg dekat kronyy..manyak rasuah lo)
- perlembagaan akan dipinda ( nak jadi negara isle...kononnyer)
-takdak rasuah........ (no 1 dlm dunia..percayalah)
-hutan takkan disentuh (cayalah..)
-sampah akan dikutip ikut waktu ( terima kasih)
-takde lg air berkarat (yesss...boleh mandi wajib dgn sempurna)
-wifi percuma sluruh negara ( walaupun dlam hutan ye...)(m axis, celcom dgn diigi korang semua boleh ballik kg)

bnyak lg la kebaikkannya..pngkahlah PR ye anak2 kalau nak bahagia dunia dan akhirat (compem msuk syorgaaa..)
  

--persoalannya sekarang....
nak korek duit dr mana nak laksanakan semua ni duit petronas ofkoz dah kering sbb royalti 20% kpd sbah ,srwak, kelantan, amerikaa...petronas kena gali dgn cangkul la lps ni)


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2013 01:32 AM | Show all posts
Kalau PR menang Najib masuk pas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2013 08:05 AM | Show all posts
PAKATAN RAKYAT DAH KELUARKAN MANIFESTO, MENTERI BESAR SELANGOR KATA MANIFESTO BUKAN PERJANJIAN ... APA NIE????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2013 08:22 AM | Show all posts
saya berdoa UMNO masih mempunyai majoriti kuasa politik di Malaysia.....sbb jasa UMNO terlalu besar untuk dilupakan.......PR bagus jadi pembangkang,    supaya ada check and balance ....tak lebih dari itu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2013 08:25 AM | Show all posts
Tahun 2013 sudah pasti akan berlangsungnya PRU 13. Berbeza dengan tahun lepas, ramalan demi ramalan dibuat untuk membaca apa yang ada dalam kotak pemikiran YAB Datuk Sri Najib, Perdana Menteri Malaysia. Ada tekaan mengatakan Jun, ada yang meneka selepas Syawal, ada juga yang meneka Najib akan biarkan sehingga penggal terakhir tamat….


Yang pastinya tahun ini PRU 13 akan berlaku, maka berakhirlah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional [BN] yang mendapat mandat pada tanggal 8 Mac 2008.  Pada saat dan ketika itu, BN hanya mendapat 140 kerusi Parlimen manakala Pakatan Pembangkang membuat kejutan dengan membariskan seramai 82 Ahli Parlimen untuk masuk ke Dewan Rakyat.


BN bukan sahaja hilang kuasa majoriti 2/3 malah turut kehilangan kuasa memerintah lima [5] negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan masih gagal mendapatkan kerajaan negeri Kelantan….


Cuma nasib agak malang buat Pakatan Pembangkang apabila mereka terpaksa melepaskan kerajaan negeri Perak setelah 3 orang ADUN bertindak meninggalkan Pakatan dan menjadi wakil rakyat Bebas menyokong BN. Dengan itu, BN kembali berkuasa secara teknikal dan bukannya mandat rakyat dinegeri Perak.



Bahang Tsunami Mac 2008 dilihat masih berterusan, masih menggenggam sokongan rakyat apabila BN semakin longlai dan tewas pada setiap Pilihanraya kecil yang diadakan….Bermula dengan Permatang Pauh, kemudiannya Parlimen Kuala Terengganu, Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau kesemuanya disapu bersih oleh calon calon Pakatan Pembangkang. BN hanya berjaya menang di DUN Batang Ai sahaja ketika itu….Pakatan meneruskan kemenangan di Manek Urai dan Penanti sebelum BN mula meraih kemenangan pertama dengan kepimpinan Perdana Menteri yang baru YAB Datuk Sri Najib menyaksikan BN menang pada PRK DUN Bagan Pinang dalam Parlimen Teluk Kemang.


Bermula dari situ, BN terus mengorak langkah mencipta satu demi satu kemenangan di DUN Galas, Parlimen Hulu Selangor, Parlimen Batu Sapi, DUN Tenang, DUN Kerdau dan DUN Merlimau. BN hanya tewas sekali iaitu Parlimen Sibu…Kemenangan 7 kali berturut-turut BN diteruskan dengan berjaya memenangi Pilihanraya Negeri Sarawak pada bulan April 2011.


Selesai sudah kita membicarakan mengenai “score card” kedua-duanya iaitu BN dan Pakatan Pembangkang, membuat penilaian mereka menerusi keputusan PRK dan Pilihanraya Negeri Sarawak… Nampaknya seimbang, “balance” diatas kertas.Namun hakikatnya adalah mengenai sikap porla pengundi sudah ketara dirumuskan bahawa undi kaum cina sudah tidak lagi memihak kepada BN… Semakin pudar, dan mereka secara terang-terang mentafsirkan menerusi kertas undi.

Sebagai contoh, walaupun BN menang di Tenang, namun undi dari pengundi cina di pekan Labis memihak kepada calon Pakatan. Begitu juga kisahnya pada PRK Parlimen Hulu Selangor, kemenangan Yb Kamalanathan tidak mendapat sokongan padu undi cina…Paling ketara adalah keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak, lihat sahaja kemenangan bergaya mana mana calon DAP disana..! Majoriti mereka sangat besar…


Seperti diduga, penyertaan kaum cina menyertai demonstrasi jalanan semakin galak dan ianya dapat dilihat pada Perhimpunan Haram Bersih 3.0 yang diadakan pada 28 April 2012

Persoalannya sekarang, apakah akan terjadi sekiranya BN tewas pada PRU ke 13 nanti, menyaksikan Datuk Sri Najib menjadi Ketua Pembangkang dan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri yang baru…? Iya, sudah pasti kita semua mengucap panjang sambil melafazkan “Na’uzubillah Minzalik..” mintak Ya Allah kau jauhkanlah perkara ini berlaku…! Andaikata Pakatan Pembangkang berjaya memenangi 112 kerusi dan BN hanya mampu menang 110 kerusi Parlimen, maka mimpi ngeri kita menjadi kenyataan….Dengan berat hati kita akan menyaksikan bertahtalah jawatan Perdana Menteri sepertimana yang selalu diidam-idamkan oleh Anwar Ibrahim selama ini.


Kita jangan lupa pada peristiwa yang pernah berlaku di Pulau Pinang sebaik sahaja Koh Tsu Koon terpaksa serahkan kuasa kerajaan negeri kepada Lim Guan Eng. Maksudnya disini ialah, siapakah tetamu luar negara yang berkunjung ke Pulau Pinang ketika itu…?

Pada bulan Jun 2009, Lee Kuan Yew telah dibawa oleh Guan Eng melihat Pulau Pinang dari pejabatnya sendiri…
Lee Kuan Yew, adalah Menteri Mentor Singapura, beliau juga merupakan mantan Perdana Menteri Singapura dari tahun 1959 sehinnga 1990, suatu tempoh yang sangat lama 31 tahun….Malah sehingga ke hari ini Kuan Yew boleh dianggap lebih “Supreme” dari segala kuasa kerana jawatannya sebagai Minister Mentor Of Singapore.


Beliau adalah pengasas parti People ‘s Action Party, iaitu sebuah parti tak ubah seperti “ayah” kepada parti DAP. Apabila Singapura dipisahkan dari Malaysia pada tahun 1965, maka kuncu kuncu PAP telah menubuhkan DAP untuk meneruskan agenda mereka di tanahair kita ini.
Berikut adalah petikan daripada Wikipedia mengenai Lee Kuan Yew;

Pada 16 September 1963, Singapura menjadi sebahagian Persekutuan Malaysia. Bagaimanapun, kesatuan ini singkat kerana berhadapan masalah perpaduan.


Kerajaan Pusat Malaysia, diperintah oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), yang bimbang dengan kemasukan Singapura kerana majoriti Cina dan cabaran politik PAP di Malaysia.


Lee secara terbuka menentang dasar bumiputera dan melaungkan slogan "Malaysian Malaysia". Slogan ini menentang dominasi bangsa Melayu. Hubungan PAP-UMNO semakin tegang. Beberapa pemimpin UMNO mahu Lee ditangkap di bawah ISA. Jika beliau ditangkap, pro komunis akan lebih berkuasa.


Pada tahun 21 Julai 1964 rusuhan kaum berlaku di Kallang Gasworks, di mana 23 orang terbunuh dan ratusan cedera ,Orang Cina dan orang Melayu beramuk.Puncanya sebiji botol dilemparkan kepada satu perarakan Maulidur Rasul

Sudah terpadamkah kemarahan Lee Kuan Yew apabila Singapura disingkirkan dari Malaysia..? Apakah masih ada dendam dilubuk hatinya…?
Bolehkah ditafsirkan kemenangan DAP menawan Pulau Pinang ini dilihat sebagai langkah awal untuk membawa balik Singapura kedalam Malaysia…? Iya, proses seterusnya adalah menawan Putrajaya…! Mantan Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin pernah menulis betapa curiganya beliau melihat kunjungan Kuan Yew ke pejabat Guan Eng…;

Bagi saya apa saja yang datang dari pemimpin negara pulau itu, tidak pernah jujur terhadap Malaysia. Kuan Yew kekal 'duri dalam daging' bukan saja dalam politik kita tetapi juga seluruh Nusantara Melayu.


Kedatangannya secara tergesa-gesa 'melawat' Pulau Pinang dan Kelantan sebaik saja PR melakar kejayaan besar dalam sejarah PRU Malaya/Malaysia pada 2008, sudah cukup memberi gambaran betapa hajat besar Kuan Yew untuk 'menelan' negara ini tidak pernah kunjung padam.


Beliau nampak impian besarnya kembali menyemarak apabila parti anak didiknya DAP menguasai Pulau Pinang dan Selangor serta Perak.


Mungkin mustahil untuk menakluk secara fizikal, tetapi menguasai politik dan ekonomi sudah cukup meletakkan Malaysia di bawah 'jajahan' mereka yang nyata kian terdesak dengan keluasan pulau yang tidak mampu lagi menampung keghairahan dan impian politik Kuan Yew yang kini diwarisi anaknya, Hsien Loong.



....TO BE CONTINUED

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2013 08:33 AM | Show all posts
Kuan Yew secara terbuka menentang dasar Bumiputera…, ada rusuhan berlaku di Singapura dipercayai puncanya apabila orang cina baling botol ke arah perakakan Maulidur Rasul…Di Pulau Pinang sebaik sahaja DAP memerintah, kenyataan pertama Lim Guan Eng ialah mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru…, Ketua Menteri Pulau Pinang ini juga tidak membenarkan sambutan Maulidur Rasul di Pulau Pinang….
Nampak atau tidak…? Apakah ini berlaku secara kebetulan sahaja atau sememangnya inilah dia sikap chauvanist pimpinan parti DAP dan PAP…?



Kembali kepada persoalan awal tadi…, apakah akan berlaku sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya menawan Putrajaya dengan memenangi 112 kerusi dan BN diumumkan tewas setelah hanya berjaya mendapat 110 kerusi pada PRU ke 13…? JOM kita lihat apa yang tertera dibawah ini….!


Iya inilah dia Perkara 2 Perlembagaan Persekutuan.
Tidak mustahil Anwar Ibrahim yang selama ini menjadi Pak Sanggup “samiqna wa ataqna” kepada apa sahaja kemahuan DAP akan menggunakan Perkara 2 Perlembagaan Persekutuan ini…Perkara 2 Perlembagaan Persekutuan ialah mengenai – Penerimaan Masuk Wilayah Wilayah Baru ke Dalam Persekutuan


Sangat jelas dalam 2. [a] menerima masuk Negeri negeri lain ke dalam Persekutuan.


Tidak perlu kuasa majoriti 2/3, ianya tidak perlu perkenan DYMM Yang Dipertuan Agong…! Bermakna Anwar, Guan Eng boleh bawa masuk semula Singapura kedalam Persekutuan Malaysia. Berita paling menggembirakan Lee Kuan Yew kerana selesai sudah masalah pembekalan air untuk mereka disana….


Tetapi yang paling gembira adalah kesemua pimpinan DAP kerana dengan kemasukan Singapura ini, bilangan kerusi Parlimen akan bertambah lagi. Di negara Singapura mereka ada 87 kerusi Parlimen, dan hampir 90% adalah wakil PAP. Bayangkanlah…, sekiranya ada 78 kerusi akan ditambahkan kepada Pakatan maka kesemuanya akan berjumlah 190 kerusi. Secara automatik, Pakatan memiliki 2/3 majoriti kerajaan.


Apa akan jadi pada penggunaan Kalimah Allah…? Masih bolehkah azan berkumandang dimasjid masjid seperti sekarang ini…?
Apakah Pengerusi GLC gergasi seperti Petronas, TNB masih dikalangan bumiputera..??
Siapakah yang akan menjadi Menteri Kewangan, Menteri MITI, Menteri Dalam Negeri, Menteri Pertahanan…??
Apakah ada harapan untuk BN menang semula pada PRU ke 14 nanti…? Mampukah BN kembali bertahta sebagai kerajaan di negara Malaysia…?

Majoriti rakyat sayangkan kerajaan BN yang sedia ada, saya amat yakin dengan kepimpinan serta ketokohan YAB Datuk Sri Najib sebagai Perdana Menteri kita. Kita tidak sanggup melihat masa depan anak anak dan cucu cicit kita hancur semata mata kita tidak bersungguh-sungguh memastikan BN menang pada PRU ke 13 ini. Ayuh…! Marilah kita bersama sama membanting tulang, bekerja kuat untuk pastikan Pakatan tidak akan berpeluang menawan kerajaan Putrajaya, kasihanilah segala kerja kuat Najib yang sememangnya mahukan kemenangan buat BN, buat kita semua…


Airmata darah bercampur keringat…, bumi dipijak milik orang. Nenek moyang kaya raya, tergadai seluruh harta benda.
Warisan berkurun lamanya.., hasil mengalir ketangan yang lain, kita kan merintih sendiri…!!


Sekian dahulu, nukilan dari seorang blogger ...



Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 08:43 AM | Show all posts
Komen2 yang dilontarkan Acai2 BN semuanya menampakkan betapa kosongnya otak meraka...

Perkara 40, Fasal 2 Perlembagaan Persekutuan :

(2) Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu:
     (a) melantik seorang Perdana Menteri;
     (b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen;
    (c) meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata berkenaan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dan apa-apa tindakan pada mesyuarat itu,
dan dalam apa-apa hal lain yang disebut dalam Perlembagaan ini.

Kerajaan ialah YDPA.. nama pon ke"RAJA"an... "RAJA".. Parti pemerintah ialah pihak yang diberi mandat melalui pilihanraya... Tak kira siapa pon parti pemerintah, kakitangan awam berkhidmat kepada YDPA.. bukan kepada BN atau PR. Samada BN ka PR ka yang memerintah, penjawat awam tak berubah... Selama ni pon, urusan penjawat awam ialah "Urusan Seri Paduka Baginda" dan bukannya "Urusan Najib & Rosmah"... Last edited by namirulmukminin on 26-2-2013 08:50 AM

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 08:52 AM | Show all posts
matabelalang posted on 26-2-2013 08:05 AM
PAKATAN RAKYAT DAH KELUARKAN MANIFESTO, MENTERI BESAR SELANGOR KATA MANIFESTO BUKAN PERJANJIAN ... A ...

man·i·fes·to  /ˌmanəˈfestō/

Noun
A public declaration of policy and aims, esp. one issued before an election by a political party or candidate.

Synonyms
manifest - proclamation - declaration



KAHKAHKAHKAH..

Dah tau dah aper maksud manifesto tuh? ker ko nak aku tepek link dari DBP plak? Puak2 ACAI ni mmg bodoh sampai kiamat ker?KAHKAHKAHKAHKAH
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 09:12 AM | Show all posts
unekspekted_XII posted on 25-2-2013 05:25 PM
dlm perlembagaan ckp klu PM mampuss.. TPM jadik pengganti.. ko tak skolah ker??

so.. PR ade 3 o ...
dlm perlembagaan ckp klu PM mampuss.. TPM jadik pengganti.. ko tak skolah ker??

so.. PR ade 3 orang jadik TPM sekarang = sape yg jadik PM nanti?????


Nampak sangat ko yang tak sekolah... Apa BODOH nye hang ni?? Cuba hang baca Perlembagaan samapai habih, hang ada jumpa tak perkataan "TIMBALAN PERDANA MENTERI" kat dalam tu.?. Aku bagi klue sikit la... hang baca Perkara 40 hingga 43 (termasuk semua fasal di bawahnya)..

Yang ada, YDPA lantik PM.. PM bentuk kabinet.. Atas nasihat PM, YDPA lantik menteri2 dan "timbalan menteri".. "Timbalan Perdana" Menteri takde ye... tak wujud istilah Timbalan Perdana Penteri dalam Perlembagaan Persekutuan...

P/S : Tang mana pulak TPM akan gantikan PM kalau PM mampos dalam Perlembagaan tu?

Tu pasai aku cakap puak2 hangpa ni duk cacai membabi buta... orang menyalak A hang pon dok menyalak sama.. tapi knowlege kosong takdak apa... last2 org terjun longkang, hang pon ikut sama...
Last edited by namirulmukminin on 26-2-2013 09:13 AM

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 09:50 AM | Show all posts
unekspekted_XII posted on 25-2-2013 05:07 PM
yang penting : Malesia TETAP bukan jadik NEGARA ISLAM klu Anwar yg jadik  PM...

rite???

Anwar jadi PM, Malaysia tak jadi negara Islam? Statement bangang kot.
Anwar bagi tazkirah agama kt masjid, pemimpin korang si Najib tu pernah tak? Najis mughalazah pun tak tau, ade 2 je kot, anjing & babi. Tu pun tak tau.memalukan sebagai pemimpin Islam. Ntah2, surah Al-Fatihah pun tak hafal.

Konfem la Malaysia akan kekal jadi NEGARA ISLAM.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 09:59 AM | Show all posts
Pajeri_Nenas posted on 25-2-2013 07:46 PM
kalau pr menang:
-harga minyak murah giler(sekarang ke6 paling murah didunia, lepas ni nombor 1 h ...

pndi pon pk.... org keje offshore 2 gaji sebulan ber puluh2 k mne nk kaut klu harge minyak diturunkan...

lps nie org keje offshore sume keje byse je la... sbb keje pelantar minyak pon gaji dh murah....

tol rm 0.50 pon x terhapus... lg mau hapus tol seluruh malaysia... indah khabar dr rupa je la..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2013 10:00 AM | Show all posts
lantanao8 posted on 26-2-2013 08:22 AM
saya berdoa UMNO masih mempunyai majoriti kuasa politik di Malaysia.....sbb jasa UMNO terlalu besar  ...

saya sokong...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 10:27 AM | Show all posts
Pajeri_Nenas posted on 25-2-2013 07:46 PM
kalau pr menang:
-harga minyak murah giler(sekarang ke6 paling murah didunia, lepas ni nombor 1 h ...
--persoalannya sekarang....
nak korek duit dr mana nak laksanakan semua ni duit petronas ofkoz dah kering sbb royalti 20% kpd sbah ,srwak, kelantan, amerikaa...petronas kena gali dgn cangkul la lps ni)

Dah kenapa pulak nak kena bayaq royalti ke Amreka tuuu?? Cer bagi dulu depa perintah kita tgk cemana? Kita yg rakyat marhaen ni reti ke bab2 mentadbir khazanah negara nun?? Kalau x reti, bagi yg reti.. Bagi yg kata mampu nak laksanakan.. kalau dah dibagi peluang pon x mampu, nak risau haper? PRU bukan 100 tahun sekali.. aduhai lalaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 10:33 AM | Show all posts
pyropura posted on 25-2-2013 05:29 PM
itu tugas ahli2 parlimen lah yang akan memilih PM baru, itu dah jelas2 ada dalam Purlembagaan,   ...

Ini dah lama tahu masa aku student dulu. Perdana Menteri memang sepatutnya dipilih sebulat suara oleh semua ahli-ahli Parlimen yang dilantik.
Malahan, PM boleh dilantik menyeberang dari sebelah parti pembangkang yang dipercayai semua ahli parlimen jika mengikut cara yang sepatutnya.
Maknanya walaupun PR menang majoriti dalam PRU, kalau semua orang setuju lantik Mahyuddin (BN) jadi PM atas sebab kesyumulannya, makan itulah keputusannya.

Selepas itu, barulah dimohon perkenan YDP Agong.

..Nanti aku cari klausa ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 10:34 AM | Show all posts
*semua ahli Parlimen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.067598 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list