CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: SoalnyeSiapa

MLM -- Everything abt MLM

[Copy link]
Post time 9-2-2004 12:38 PM | Show all posts
konsep ko orang berniaga tu simpanlah kat diri kaorang..dah berjaya nanti, meh cerita kat aku plak dgn bukti..

aku nak berniaga jual beli tanah lagi untung

disamping pendapatan tetap aku ni, aku bleh gak jadi jutawan...

beli tanah 50K jual 120K tu kira untung 100% dalam masa 1 tahun..

120K plak buat rumah, jual rumah RM250K dalam masa 2 tahun..

250K plak, labur beli tanah & buat banglo lagi, dalam masa 5 tahun millionaire lah aku

itu baru logik dari skim MLM tu

awat, tak percayakah aku beli tanah  satu ekar (near roadside, golf course/ tempat peranginan) 50K:eek:...

tanah lain pun ada lagik tunggu nak diusahakan saja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2004 12:57 PM | Show all posts
aku tak halang sesiapa pung nak menyertai MLM..what i gave is only kritikan and last experiences but ada orang tak suka cara kritikan aku (mungkin tu periuk nasik diorang so i apologize)..:cool: ok..but at the end of the day, my target is only to prevent something 'bad' to happen..

lebih baik mengelakkan dari tertipu dan 'enjoy the life' dari 'make ourself to achieve what is impossible'...might be possible to somebody but not me..

to me, if i want to join MLM, then you have to sacrifice you famili/friend etc...how true is that statement, then ourself can 'judge' it..because too many negative statements we hear..
Reply

Use magic Report

SoalnyeSiapa This user has been deleted
 Author| Post time 9-2-2004 01:47 PM | Show all posts


tak perlu saya tayang atau show off apa yg saya ada..buku bank ker..geran tanah ker...
SEBAB..saya tahu apa yang saya matlamatkan..
sebagai seorang yg matang..bukan matlamat saya nak bandingkan income saya dgn org lain..OR keluarkan n tayang J form ker..EA form ker..platinum card ker n compare compare kan dgn org lain..sapa yang banyak..BUKAN..
tak perlu saya war warkan apa yg saya ada, sbb saya menulis di sini cuma untuk berkongsi peluang..bukan nak membangga bangga..
Alhamdullilah, dgn buat MLM, rezeki saya bertambah dan orang di sekeliling saya pon dgn tak perlu saya ceritakan buku bank pon, mereka dapat melihat sendiri yg kehidupan kami,life style   berubah dan bertambah baik.
SEBAB, saya tahu matlamat saya, nak improve kehidupan sekeluarga..and I want my own time..sbb itu cari rexeki lebih.BUKAN nak lumba n tayang sapa ada banyak harta..or akulah yg lebih kaya..
So, tak timbul persoalan saya nak gah gah kan..or tayang buku bank saya pada org atau bandingkan...or tayang berapa ekar tanah saya ada..SEBAB,..saya tahu niat saya, kenapa nak cari rexeki lebih..kenapa nak kaya..itu saja...
sebab, bagi saya nak buat sesuatu, kena tahu tujuan dan NIAT..
dan saya rasa alhamdullilah, dpt juga menambahkan rezeki kwn kwn saya..dgn bersama menyertai perniagaan ini.:sp:
sbb,tak ramai org yang mampu beli tanah macam cik zuas kita nih..ada org yg nak makan pon susah..sbb itu cuba bidang ini..atau bidang yg lain lain..
tak semua org hidupnya ok.Jadi,pilihan itu masing masing.

JADI..nak jadik kaya/nak cari rexeki lebih --> ada byk cara
kenapa nak kaya---> byk juga sebabnya...so,tanya lah diri sendiri.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
:bg::bg::bg::bg::bg::bg::bg::bg:
jadilah resmi padi, makin tunduk makin berisi.

[ Last edited by SoalnyeSiapa on 9-2-2004 at 02:08 PM ]
Reply

Use magic Report

cindai_hitam25 This user has been deleted
Post time 9-2-2004 03:37 PM | Show all posts

Minat MLM, Join lah

sesiapa nak join MLM SURECO boleh buka web
http://www.muhibah.net/index.php?my=successbiz
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2004 09:06 AM | Show all posts
aku memang ter'over' skit tapi aku nak menunjukkan contoh camne nak buat duit ato nak tambah rezeki sebab aku dah tengok bukti ada dimana mana..

berkenaan dgn MLM, memang aku akui ada 'penjual' yang berjaya tetapi hanya setakat bule pakai proton wira ato sederhana saja pendapatan...dan bukannya seperti yang di war war kan yang dia pakai mercedes ato jutawan ngan sebab MLM (mungkin sebab dia owner of kompani ato pun business lain)..

persoalannya no economist can tell you how to turn 500RM for example, to 100K within a short period of time legally unless you make investment like Intel, or Microsoft, but even that one also take years to give fruits...

so, kalo aku cuma pendapatan 1K/month, then camne aku nak jadi kaya (or at least rezeki aku bertambah)..macam  ko kata aku setuju 100%...that why i am here to prevent user@salesmen to be manipulated by MLM companies (jadi tenteram lah hidup aku, tak ade orang kacau nak suruh aku jadi member joke only)..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2004 10:28 AM | Show all posts
gua rasa mlm ni susah nak berjaya. cuba fikir dan lihat betul-betul hanya 5% saja yang berjaya 95% lagi gagal. kejayaan leader2 yang 5% itu adalah hasil dari kegagalan 95%. Lebih baik beri tumpuan kepada perkara lain yang boleh menjamin masa depan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2004 06:39 PM | Show all posts
hi, aku since last year ada few people yang dok approached aku agar join satu company yang involved dengan MLM ni ler, terus terang memang aku tak berminat.

pada aku, mereka yang approach aku tu semua banyak sangat bercerita
tentang product yang akan dijual/dipakai oleh mereka yang join, ya memang
betul mereka akan sentuh bab sekian sekian income apabila kita berjaya
acheive certain levels, but then again...mereka sentuh bab tu kurang
mendalam yang mana pada pandangan aku...cmon la, apakah tujuan
sebenar setiap golongan yang terbabit atau join dengan biznez tersebut?
adakah mereka betul betul join kerana product tersebut bagus...bukan sebab
income yang mereka akan peroleh?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2004 06:44 PM | Show all posts
jadi...pada aku sebenarnya cara approachment tu agak hipokrit[sorry].

okay, berbalik pada cerita, disebabkan aku terlalu kerap sangat di approach
oleh orang tertentu agar join dengan MLM ni, sehinggakan aku sampai dah
paham dengan susunan structure tersebut.

from my observation, setiap orang yang datang pada aku approachment
mereka adalah lebih kurang sama, orangnya sahaja yang berbeza, bermakna
cara approach mereka tu berdasarkan pada buku atau pun mereka ikut cara
upliner mereka sebelum ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2004 06:49 PM | Show all posts
Originally posted by TanSri at 7-4-2004 06:39 PM:
hi, aku since last year ada few people yang dok approached aku agar join satu company yang involved dengan MLM ni ler, terus terang memang aku tak berminat.

pada aku, mereka yang approach aku t ...


i join MLM sebab i guna produk company tersebut. drpd beli kat pasaraya lebih baik beli dari sykt MLM ni. harga lebih kurang sama jugak. macam i join cosway, barang2 memang murah bila diaorg buat offer. tiap2 bulan ada offer. beli barang dapat kupon....boleh tebus dgn barang. lebih kurang macam ahli pasaraya The Store jugak la. dan lagi ada juga bonus. kalau tak banyak, sikit pun kira okla jugak.

nak buat income dgn MLM? maleh laaa. setakat rm50-rm100 sebulan tu boleh la kot, part time je. nak buat fulltime, rasa cam takde bakat pulak nak promote org nih. bukan senang nak ajak org join MLM. i pun kdg2 fikir 10 kali gak. dah 7 company MLM i join, cuma dgn cosway je i tak nyesal. memang berbaloi!
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2004 06:49 PM | Show all posts
aku lebih prefer cara pendekatan yang lebih bold, nak approach
seseorang contohnya seperti aku, explain terus bab RM.

bagitau macamana caranya untuk seseorang tu achevi target or level
tertentu dalam masa yang singkat, usah cuba mengatakan yang product
daripada company tersebut bagus, berkualiti, dah buat research bertahun,
itu ini...terus terang, betul ke product tu memang bagus sebenarnya? sebab
selama apa yang aku lihat kawan kawan aku yang dah involved dengan mana
mana aje lah MLM ni yang melibatkan product company tersebut, tak pernah
pun aku dengar yang mereka berkata bahawa product tu bagus...melainkan
sewaktu mereka sedang nak approach someone ler..of course.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2004 07:02 PM | Show all posts
okay...berbalik pada cerita, oleh kerana aku kerap sangat di approached dan
di explain tentang product n structure, sehingga makin lama aku jadik makin
faham dan dapat tangkap conceptnya, but still aku masih tak join mana mana
MLM company, especially this one particular company...boleh tahan hangat
jugak nama n offernya.


aku ada ternampak satu strategy yang mana seseorang tu boleh acheive
certain level dalam masa yang singkat, tapi memerlukan one whole large
group. aku kalo ada buat permulaan satu group yang medium size then i'm
willing to...


ada sesapa berani nak try? apa kata kita create satu group of people n
kita achieve satu level tu dam jangkamasa yang singkat...bermaksud kita
kena sama sama berpakat ler.


sebab, [ni pada pandangan aku la] aku terfikir, jika seseorang tu datang n
approach aku, dan aku join, bermakna aku kena dan terpaksa pula mencari
downline aku agar downline aku active dan berkembang, cuma masa tu
mungkin lama sikit la sebab aku nak kena approach sorang sorang ataupun
2-3 orang ler.


tapi apa akan terjadik kalo kita kat sini berpakat untuk bentuk one large
group dan set target group tersebut yang mana setiap members akan
achieve certain levels pada masa yang singkat...let say...within a month??


once this group achieve certain level dlam jangka masa yang singkat, by then
word will spread around fast, dan selepas itu tanpa perlu approach, orang
yang terdengar akan berita tersebut akan datang dengan sendirinya untuk
participate/join, ye lah, sebab active.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2004 07:06 PM | Show all posts
mungkin cara ni agak aggresive or extreme, but then again no pain no gain
rite? aku ingin mencuba...kalo aku ada satu kumpulan yang ramai, buat
permulaan dalam...10 orang??


aku tak tau la pada pandangan anda yang telah berjaya samada cara ni
boleh 'menjadi' atau tak...tapi ikut kiraan aku, boleh...


so apa kata...ada sesapa yang willing to give a shot?? cuz aku ada one
strategy yang lain sikit dari buku...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2004 09:00 AM | Show all posts
Tan Sri,
Meaningnya, company apa yang kita nak join ni?
Saya tak tahulah MLM syarikat lain tapi apa yang terjadi dalam MLM yang saya join ni, kebanyakannya pada mula-mulanya masuk sebab fed up dengan kekawan. Asyik ngekor ajer suruh masuk atau malu dengan kawan. Tapi bila dah masuk, dapat pulak produk percuma untuk try. Bila dah try, ianya berkesan mengubati apa-apa yang tak kena dengan badan tu. (Kekadang, kita kata kita sihat tapi sebenarnya ada penyakit tersembunyi). Bila penyakit dah cure, mulalah fikir nak buat serius walaupun secara part time. Itulah yang terjadi pada MLM yang saya join. Banyak yang dah jadi jutawan sebab ini tapi tak dinafikan ada juga yang nak join dan buat sebab masalah kewangan. Bila tengok marketing plannya luar biasa dan boleh buat RM dalam beberapa bulan, terus ambik keputusan nak join.

Infact, kat sini saya nak kongsi kisah kejayaan sahabat saya seorang anggota tentera yang dah berjaya dinobatkan sebagai jutawan dalam satu MLM ni dan hanya mengambil masa 3 tahun sahaja. Kisahnya ada dikeluarkan dalam Harian Metro 7 Mac, 2004.

Orangnya masih muda, dalam 31 tahun. Sebagai seorang tentera, pendapatan memang tidak mencukupi. Beliau melakukan pelbagai kerja selepas waktu pejabat seperti menjual sayur dari rumah ke rumah, buah-buahan, burger, menjadi ejen insurans dan berniaga di kantin. Selama beberapa tahun, itulah tugasnya selepas tamat waktu kerja demi memastikan anak dan siterinya tidak terus menderita dengan kesusahan hidup. Hinggalah pada suatu hari dalam bulan Oktober 2000, beliau ditakdirkan bertemu seorang pengedar yang menerangkan tentang MLM.

Beliau nekad menyertai perniagaan tersebut dan mengumpul wang hasil jualan sayur selama tiga hari untuk menyertai kursus yang diadakan. Sejak itu, tanpa menoleh ke belakang, beliau terus melangkah dan memasang azam tinggisupaya dapat membawa perubahan lebih baik ke atas keluarga yang dikasihi.

Berkat kesabaran dan ketabahan, dalam tempoh empat bulan, beliau berjaya memperolehi bonus hampir RM2,000.00 dan tiga bulan selepas itu beliau mampu membeli kereta Perodua Kancil dan hari ini pendapatannya terus mencecah lima angka sebulan, sesuatu yang tidak pernah diimpikannya.
Sekarang ini, banyak ganjaran yang diperolehinya seperti kereta Proton Waja 1.6, Hondo Civic VTEC 1.7, Mercedes E240 serta dua pejabat di Kuantan dan puchong. Selain itu, beliau juga diberikan rumah berharga RM300,000.00, melawat Indonesia, Thailand, China dan Eropah serta peluang mengerjakan umrah. Semuanya percuma.

Sebenarnya untuk berjaya bukannya mudah. Kunci kejayaan adalah kerana tiga perkara iaitu berkursus, mengadakan home party dan mengadakan perjumpaan kumpulan setiap minggu. Untuk berjaya sepertimana orang lain, kita perlu memberi peluang kepada diri sendiri mencu anya, boleh atau tidak adalah perkara kedua.
Harleena - 012-9320825
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2004 10:07 PM | Show all posts

MLM -- Adakah ianya satu kerjaya?

Nak kongsi topik berkenaan MLM yang disusun oleh Maslan Omar dari USM.

MLM (Multi-Level Marketing) atau Pemasaran Pelbagai Aras atau lebih dikenali sebagai Perniagaan Jualan Langsung merupakan suatu industri yang bernilai berbilion-bilion Ringgit walaupun industri ini sebenarnya masih baru di Malaysia. Banyak usahawan jualan langsung yang telah menjadi kaya-raya dalam industri ini. Sesetengahnya menjadi jutawan setelah berkecimpung dengan perniagaan ini untuk beberapa tahun. Sesetengahnya pula hidup senang setelah menukar kerja sepenuh masa mereka dengan perniagaan jualan langsung.

Namun demikian, terdapat banyak pula yang menyertai perniagaan jualan langsung ini yang GAGAL biarpun telah mencubanya sedaya upaya. Mengapa ada yang gagal dalam perniagaan ini sedangkan ada yang berjaya pula? Ada yang mengatakan bahawa mereka GAGAL kerana mereka tidak ada nasib, tidak ada pengalaman dalam perniagaan ini, malu berjumpa dengan pelanggan, dan seribu satu macam alasan/sebab.

Sebenarnya, punca kegagalan dalam perniagaan Jualan Langsung BUKANLAH berpunca daripada nasib atau tidak ada pengalaman berniaga, tetapi disebabkan oleh KETIADAAN TEKNIK, iaitu teknik menaja, teknik menjual, teknik memberikan khidmat kepada downline, teknik membuat home party, dan beberapa teknik lain. Rata-rata mereka yang berjaya dalam perniagaan ini bukanlah mereka yang memiliki pengalaman berniaga yang menakjubkan. Mereka yang berjaya memiliki teknik yang tidak diketahui oleh orang lain.

Tanyalah kepada Puan Saadah Badrus dan suaminya, Encik Anis Kassan (JUTAWAN REVELL), Mejar Mohan dan isterinya, Elizabeth (COSWAY), Encik Zulkiflie Md Sohor (HAI-O MARKETING), Tuan Haji Mohammad Roslan Ghazali (SHAKLEE), Tuan Shikh Ibrahim Shikh A. Hanam (ZHULIAN), Encik Hamid Darus (ELKEN), ( INTAN JUTAWAN CNI) Roslan Basir, ( INTAN JUTAWAN CNI) Wak Ramlan, ( INTAN JUTAWAN CNI) Murad Basir. Itu adalah senarai pendek usahawan MLM yang telah berjaya. Mereka seperti anda juga. Tiada pengalaman berniaga, tetapi mereka memiliki teknik untuk berjaya. Bukan sedikit halangan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi mereka. Halangan dan cabaran itu sentiasa berlegar di sekeliling mereka. Tetapi mereka berjaya juga.

Tanpa teknik, tiada sesiapa pun yang akan berjaya dalam Industri Jualan Langsung. Teknik boleh dicipta tetapi sama ada berjaya atau tidak, belum tentu lagi. Jangan gadaikan perniagaan anda dengan teknik yang anda cipta sendiri selagi belum teruji berjaya.

MULTI-LEVEL MARKETING, JUALAN LANGSUNG, DIRECT SELLING, atau apa-apa sahaja nama yang diberikan kepadanya merupakan suatu perniagaan yang paling mudah dilakukan tetapi telah disukarkan oleh mereka yang sengaja mencipta teknik dan kaedah untuk berjaya dalam sekelip mata. Ramai orang yang menjadikan perniagaan ini sebagai mata pencarian sepenuh masa atau sambilan kerana beberapa sebab:
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2004 07:53 AM | Show all posts
MLM .... benda aku paling benci
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2004 05:14 PM | Show all posts
Setiap orang mempunyai sebab-sebab tersendiri mengapa dan kenapa seseorang itu membenci sesuatu. Mungkin pengalam yang dihadapi oleh Hiven menyebabkan U membenci MLM. Tetapi berlainan pulak dengan orang yang telah mengenali apa itu MLM. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta.

Sebelum saya join CNI, sebenarnya saya dah join lebih 12 jenis MLM dan direct selling yang lain. Tapi belum bertemu jodoh agaknya. Tapi minat saya tak pernah padam sebab bagi saya hanya MLM yang boleh mengubah nasib seseorang yang ingin berniaga tapi tak punya modal yang banyak (macam saya).

anyway, saya nak teruskan penerangan tentang MLM.

Jika anda ingin serius dalam perniagaan ini, anda jangan sekali-kali menoleh ke belakang lagi. Anda mesti meneruskannya. Jangan dengar komen-komen negatif yang sentiasa mahu melihat anda tidak melakukan perniagaan ini dan seterusnya menjadi gagal.

Kata-kata nakal seperti "Mana boleh kaya jual sabun", "Masuk jualan langsung, kasi kaya upline saja", "Jualan Langsung di Barat boleh kayalah, di Malaysia pirah", dan bermacam-macam lagi sering kita dengar. Kata-kata ini bukan sahaja daripada orang lain, bahkan daripada ahli keluarga sendiri termasuk suami/isteri. Terdapat kes yang isteri menyediakan tikar, bantal, dan selimut di luar pintu kerana suaminya balik lewat daripada membuat tajaan. Ada kes yang isteri seorang pengedar yang membuat panggilan memaki hamun upline kerana membawa suaminya keluar membuat jualan dan tajaan. Semua ini merupakan asam garam dalam jualan langsung. Semuanya dilakukan oleh mereka yang mengenali MLM hanya daripada kulit atau luarannya sahaja. Mereka tidak mengenali isinya. Hanya setelah anda berjaya, barulah mereka buka mata.

Anda juga mesti sedar bahawa perniagaan jualan langsung ini bukannya magik - hari ini menjadi pengedar, esok anda boleh kaya. Perniagaan ini memerlukan masa, tenaga, komitmen, dan wawasan. Mereka yang menjadi JUARA MLM telah pun terlibat dalam perniagaan ini bertahun-tahun lamanya. Setelah mereka menemukan "resipi kejayaan", barulah mereka berjaya. Tidak ada jalan pintas untuk berjaya. Anda tidak boleh "dam" atau membeli barangan edaran anda dalam kuantiti yang banyak semata-mata untuk meraih bonus bulanan yang tinggi. Ini membunuh diri namanya.

Anda juga tidak sepatutnya menaja prospek sebarangan kerana menaja prospek tanpa mengetahui kesungguhan mereka sama seperti anda memiliki anak yang ramai tetapi semuanya tidak mahu bekerja. Anda sendiri yang akan rugi - membuang masa untuk memujuk dan menunjuk ajar mereka tetapi mereka enggan melakukannya - hanya mengumpul starter kit dan menyimpannya di dalam stor. Anda akan berjaya, Insya Allah. Setiap Kejayaan Bermula Dengan Satu Kegagalan !

Stop pulak lagi. Nak call prospeks sat. Jumpa lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2004 08:56 AM | Show all posts
Gagal atau Berjaya Dalam MLM ialah dua ayat pendek yang anda sendiri perlu memilihnya, iaitu adakah saya akan gagal atau adakah saya akan berjaya? Jika anda meyakini bahawa anda akan gagal sebelum berusaha bermakna anda memang telah pun gagal sebelum mencuba. Kepercayaan awal ini akan kemudiannya mempengaruhi tindakan anda seterusnya. Jika anda percaya bahawa anda akan berjaya, anda sudah pun membina asas untuk kejayaan dalam perniagaan ini. Jika pun anda gagal setelah mempercayai bahawa anda akan berjaya, anda akan berjaya juga akhirnya.

Kegagalan merupakan batu loncatan untuk berjaya. Mengapa dikatakan begitu? Setelah anda gagal, anda akan lebih berhati-hati, menukar strategi,dan menjadikan punca kegagalan itu sebagai pengajaran yang perlu dielakkan. Setelah anda bangkit semula daripada kegagalan itu, anda akan lebih bersedia untuk tidak gagal lagi. Nampaknya, berjaya atau gagal, anda sendirilah yang menentukannya, bukan orang lain, meskipun orang lain adalah antara punca kegagalan anda. Semuanya bermula daripada kepercayaan anda. Janganlah anda membina tembok batu yang akhirnya menjadikan anda terpenjara di dalamnya. Janganlah perasaan negatif seperti "tidak boleh" menjadi penyebab anda gagal.

Mengapa tidak anda sepatutnya lebih mempercayai bahawa anda boleh berjaya daripada akan gagal dalam perniagaan ini? Kepercayaan bahawa hanya orang Barat sahaja yang boleh berjaya dalam perniagaan ini adalah sudah lapuk. Sama dengan kepercayaan tradisi, apabila malam ada hantu.

Orang Malaysia - anda sendiri - sebenarnya boleh berjaya dalam perniagaan MLM ini. Dahulu, hanya orang Barat dan Jepun sahaja boleh membuat kereta. Kini, selain dua bangsa itu, orang Malaysia juga boleh membuat kereta bahkan lebih hebat daripada kereta buatan bangsa lain. Inilah kepercayaan yang sepatutnya menjadi pegangan anda - Saya Boleh Berjaya!
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2004 04:04 PM | Show all posts
emmm saya tertarik dengan satu kenyataan u, sebelum nie u dah masuk lebih 12 syarikat MLM kan? boleh saya tahu syarikat apa? dan kenapa meninggalkan MLM tersebut dan kini syarikat MLM apa plak yg u joint? berapa lama? hasil?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2004 04:38 PM | Show all posts
harleena u joint MLM apa? saja nak tahu.......manalah tahu kekalau berminat
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2004 04:39 PM | Show all posts
SRI, u plak nak buat macammana? marketing yg u maksudkan tu? emmm dan mesti u dah ada target nak joint company MLM kan?syarikat apa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.796063 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list