CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1202|Reply: 14

[Tempatan] Pakatan mahu singkir DEB, FOKUS EKONOMI BERASASKAN KEPERLUAN

[Copy link]
Post time 28-2-2013 11:10 AM | Show all posts |Read mode

Oleh Nomy Nozwir


PETALING JAYA, 27 Feb — Pakatan Rakyat (PR) akan menyingkirkan polisi ekonomi Dasar Ekonomi Baru (DEB) jika berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya 2013, dan fokus kepada sasaran pendapatan isirumah sebanyak RM4,000.

“Kita akan bergerak dari dasar berasaskan kaum kepada dasar berasaskan keperluan yang seterusnya tidak akan menggunakan DEB,” kata Rafizi dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.


“Akan tiba masanya apabila semua dasar ekonomi berasaskan kaum tidak lagi relevan,” katanya lagi.


Kata Rafizi lagi, melalui dasar baru yang dibuat PR, Bumiputera boleh mencapai lebih dari 30 peratus pegangan ekuiti ekonomi. <<<< Aku rasa semua akan menikmati faedah.


Dalam manifesto yang dilancarkan PR Isnin lalu, pakatan itu mensasarkan pendapatan RM4,000 per purata isi rumah dalam tahun pertama pemerintahan.


Pakatan itu juga mahu menurunkan tarif elektrik, menurunkan harga minyak, memberi pendidikan percuma, menurunkan harga kereta dan meningkatkan siling cukai pendapatan dari mereka yang berpendapatan RM250,000 setahun kepada RM400,000 setahun. <<<<Best. Tapi kalau tak laksana tahun kelima aku kempen untuk tumbangkan kerajaan pr...hehehe


Rafizi berkata kuota Bumiputera di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak membantu majoriti, dan mendakwa disalahgunakan untuk memberi kekayaan kepada golongan tertentu.


Pada 2011, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kuota Bumiputera lambat laun perlu dihapuskan, tetapi menegaskan kerajaan harus menyokong golongan itu yang berkelayakan untuk memastikan suasana perniagaan yang kompetitif. <<<<<Kepada penyokong Bn, baca ini dahulu sebelum komen..


Najib berkata Model Ekonomi Baru (NEM) adalah dasar meritokrasi untuk membantu “Bumiputera yang benar-benar layak”.
ajib berkata sasaran 30 peratus Bumiputera tidak bermakna apa-apa sekiranya usahawan mengambil keputusan menjual saham ketika prestasi baik, dan meninggalkan hanya sedikit sahaja kepada Bumiputera.


Pengkritik menuduh Najib dengan NEM mencipta agensi pro-Bumiputera seperti Teraju dan gagal untuk memberi fokus kepada polisi berdasarkan keperluan dan merit. Namun kerajaan berkata tindakan itu diperlukan kerana ekuiti Bumiputera dalam ekonomi masih rendah meskipun berbillion ringgit dibelanjakan sejak DEB dilaksanakan sejak 1971. <<<<pelaksanaan problem?


Kumpulan pejuang hak Melayu menentang sekerasnya cadangan membuang kuota Bumiputera yang dikatakan menjejaskan daya kompetitif negara selama ini.


Pakatan Rakyat (PR) mensasarkan penjimatan RM49.5 billion setahun untuk menampung perbelanjaan program dan projek kerajaan yang berjumlah RM45.8 billion setahun daripada perolehan keseluruhan RM206.4 bilion sekiranya pakatan pembangkang itu berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.


Dalam manifesto yang dilancarkan PR Isnin lalu, pakatan itu mensasarkan pendapatan RM4,000 per purata isi rumah dalam tahun pertama pemerintahan. <<< tak tahu macam mana mereka nak laksanakan...dgn pelbagai lapisan dan latarbelakang rakyat ianya tdk mudah....aku harap pr juga perlu fikirkan ttg kenaikan harga barang yg akan berlaku yg sering berlaku seiring kenaikan pendapatan oleh peniaga2 kapitalis...


PR juga mahu menghapuskan tol, memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), menurunkan harga kereta, caruman wanita nasional dan 20 peratus dividen kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). <<< baik punya..

harap pr menang...nak tengo mcm mana mereka handle...





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2013 11:19 AM | Show all posts
Pendptan isirumah RM4000 sebulan - maknanya average income suami dan isteri mestilah RM2000 sebulan setiap seorg. Ini canggah dgn manifesto PR utk mengsetkan gaji minimum RM1100 sebulan.

Even RM1100 sebulan pun not achievable. Toksah pergi jauh - tgk pekerja2 restoran sahaja. Tukang ambik order, tukang cuci pinggan, tukang clear meja gaji sekitar RM500-RM700 sahaja. Kalau jadi RM1100, harga makanan akan jadi amat mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 11:19 AM | Show all posts
DEB adalah cara mengkayakan kroni dgn memberi projek2 kepada kroni. Duit rakyat habis digunakan utk mengkayakan kroni.

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 11:30 AM | Show all posts
ekonomi berdasarkan keperluan.... Arqam dah buat lama dah....
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 11:35 AM | Show all posts
flight714 posted on 28-2-2013 11:30 AM
ekonomi berdasarkan keperluan.... Arqam dah buat lama dah....

yup..alarqam adalah pencetus ekonomi islam di Malaysia yang sangat berjaya..kalau empayar arqam masih wujud xmustahil melayu islam boleh pegang kuasa ekonomi..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 11:36 AM | Show all posts
klau tengok matlamat DEB ni mmg suci murni, tp pelaksanaan dan pencapaian dia sundrik mau tau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2013 11:37 AM | Show all posts
perlaksanaan DEB lebih fokus kepada kroni sahaja..secara purata sudah berapa lame DEB dilaksanakan dan berapa ramai umat melayu yang berjaya melalui DEB??pikir2kan dan selamat beramal
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 11:42 AM | Show all posts
inai_Djari posted on 28-2-2013 11:37 AM
perlaksanaan DEB lebih fokus kepada kroni sahaja..secara purata sudah berapa lame DEB dilaksanakan d ...

asyik2 syed bukhori.. syed bukhori... cam dia sorang melayu...

aku minta loan 2 juta utk buat lembu fidlot atas tanah 20 ekar pun minta koletral + pengalaman... padahal aku dah kendalikan lembu pawah abah aku dah bertahun..... last2 bagi 250j kepada NFC tanpa koletral, tanpa pengalaman jaga lembu... akhirnya lembu duduk kondo..

DEB lah sangat!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2013 11:43 AM | Show all posts
inai_Djari posted on 28-2-2013 11:35 AM
yup..alarqam adalah pencetus ekonomi islam di Malaysia yang sangat berjaya..kalau empayar arqam ma ...

aku pun boleh kawin empat...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 11:47 AM | Show all posts
nak meningkatkan pendapatan isi rumah kepada RM4000 mungkin susah, tapi kalau nak turunkan kos sara hidup menerusi harga minyak, tol, elektrik, yg ni mungkin boleh dilakukan. Gaji rm4K pun kalau kuasa membeli kita lemah tak guna juga disebabkan harga rumah yg mahal giler, harga kereta yg tinggi serta harga brg keperluan yg semakin mahal. kos sara hidup semakin meningkat tak sepadan dgn nilai pendapatan.

pada pendapat aku, sejak zaman pak lah yg melancarkan koridor2nya, dan najib pulak dgn program transformasinya, namun rakyat biasa tidak begitu terasa impaknya. kalau golongan korporat yg dapat kontrak berjuta2 tu mmglah dapat hasil lumayan.

tp rakyat biasa just nk cukup makan pakai. so kalau brg mahal, rumah tak mampu nak beli, harga minyak naik, so impak tu yg paling terasa. Aku harap BN ni sedar dgn asas2 keperluan rakyat. tak perlu cerita GTP, indeks jenayah turunlah, sedangkan pada dasarnya rakyat masih berasa sukar nak meneruskan survival, masih berasa tidak selamat.

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 11:47 AM | Show all posts
Bell posted on 28-2-2013 11:43 AM
aku pun boleh kawin empat...

join ikhwan global....
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 11:47 AM | Show all posts
Bell posted on 28-2-2013 11:19 AM
Pendptan isirumah RM4000 sebulan - maknanya average income suami dan isteri mestilah RM2000 sebulan  ...

Agak2 ko faham tak maksud "PURATA"?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 11:50 AM | Show all posts
Babai posted on 28-2-2013 11:47 AM
Agak2 ko faham tak maksud "PURATA"?

Bukanke purata isi rumah skrg dah RM4700!?? Org melayu jer bawah RM4000.

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 12:23 PM | Show all posts
flight714 posted on 28-2-2013 11:42 AM
asyik2 syed bukhori.. syed bukhori... cam dia sorang melayu...

aku minta loan 2 juta utk buat l ...

nasiblah selagi kau bukan pengikut puak sana jgn harap nak dapat bau lembu bau taik lembu pun tak.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 12:25 PM | Show all posts
relax la....menifesto bukan janji.......apa susah nak paham.........menifesto pembangang bersifat populis semata2....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.076836 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list