|
Oleh : Harith Faruqi Sidek
| Encik Ngan Yin, pengasas kacang tanah menglembu Cap Tangan 'Ngan Yin' |
Sebut sahaja kacang tanah, pastinya kacang tanah yang terkenal di Malaysia, Kacang Menglembu Cap Tangan Ngan Yin akan terbayang di fikiran. Kacang tanah yang dikomersilkan dibawah cap dagangan berupa tangan yang menunjukkan isyarat bagus ini cukup terkenal, malah sudah dipasarkan dipasaran luar seperti Singapura, China, Canada, Hong Kong, New Zealand, Australia, Amerika Syarikat dan banyak lagi. Syarikat Ngan Yin ditubuhkan pada tahun 1960an lagi, dan nama Ngan Yin adalah bersempena insan yang mengusahakan perusahaan ini, iaitu Encik Ngan Yin.
| Cap dagangan Kacang Cap Tangan Ngan Yin | Perusahaan Kacang Tanah di Malaysia
Melihat balik pada sejarah perusahaan kacang tanah di Malaysia, ianya dikatakan dimulakan oleh masyarakat cina yang berhijrah daripada tanah besar china sekitar tahun 1800 lagi. Perusahaan yang bertapak di Menglembu, Perak ini pada mulanya adalah aktiviti ekonomi yang muncul secara sampingan hasil kemakmuran perusahaan bijih timah di Perak. Malah dikatakan benih kacang menglembu ini juga berasal dari negeri China. (Stephen Boey, The Straits Times, 21 May 1970:7)
Kemasyuran Kacang Cap Tangan ini membuatkannya menjadi juadah yang lazim dilihat untuk apa jua acara, perayaan, berkelah, majlis hari jadi dan sebagainya. Dengan pasaran yang luas, pastinya perusahaan ini memerlukan sumber yang mencukupi, kilang pengeluaran syarikat Ngan Yin berpusat di Kampar, dan sumber kacang tanah dari pengusaha ladang tempatan juga didapati dari sekitar Lembah Kinta dan Sungai Siput. Kilang Syarikat Ngan Yin merupakan yang terbesar di Malaysia.
Menjadi mangsa cetak rompak
Siapa sangka, akibat kemasyurannya jugalah kacang cap tangan ini pernah menjadi mangsa cetak rompak, bukan sekali, malah dua kali. Peristiwa pertama berlaku sekitar tahun 1970an, Encik Ngan Yin sendiri apabila menerima aduan dari orang ramai telah pergi menyiasat sendiri kebenarannya. Beliau dapati kacang menglembu palsu ini telah dijual secara meluas di Singapura, iaitu di kawasan Ochard Road, Toa Payoh,Chinatown dan Bugis Street,dan setelah aduan polis dilakukan, kacang-kacang palsu ini telah dirampas.(The Straits Times, 14 January 1974:15)
Kejadian kedua berlaku sekitar tahun 1980an, kali ini pelakunya telah dikenakan hukuman yang lebih berat. Peniaga yang disabitkan kesalahan memiliki dan cuba menjual 210 paket kacang cap tangan palsu itu telah didenda $700. (The Straits Times, 15 Oktober 1981:15).
| Iklan Kacang Cap Tangan Ngan Yin |
| Kacang Ngan Yin dalam Tin, produk ini diperkenalkan pada tahun 1966 |
| Strategi memerangi Kacang cetak rompak. |
Pengasas Ngan Yin meninggal dunia
Pengasas perusahaan kacang menglembu cap tangan, Encik NganYin meninggal dunia pada 20 Julai 1980, ketika sedang melakukan aktiviti jalan kaki di kaki Bukit Kledang. Beliau yang berusia 61 tahun pada ketika itu, tiba-tiba diserang sakit jantung yang membawa maut.
| Produk terkini Ngan Yin (Sumber : Nganyin.com) |
http://harithsidek.blogspot.com
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|