CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 26566|Reply: 28

Sejarah Kacang Tanah Menglembu Cap Tangan Ngan Yin

[Copy link]
Post time 5-3-2013 09:50 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Harith Faruqi Sidek



Encik Ngan Yin, pengasas kacang tanah menglembu Cap Tangan 'Ngan Yin'


Sebut sahaja kacang tanah, pastinya kacang tanah yang terkenal di Malaysia, Kacang Menglembu Cap Tangan Ngan Yin akan terbayang di fikiran. Kacang tanah yang dikomersilkan dibawah cap dagangan berupa tangan yang menunjukkan isyarat bagus ini cukup terkenal, malah sudah  dipasarkan dipasaran luar seperti Singapura, China, Canada, Hong Kong, New Zealand, Australia, Amerika Syarikat dan banyak lagi. Syarikat Ngan Yin ditubuhkan pada tahun 1960an lagi, dan nama Ngan Yin adalah bersempena insan yang mengusahakan perusahaan ini, iaitu Encik Ngan Yin.



Cap dagangan Kacang Cap Tangan Ngan Yin
Perusahaan Kacang Tanah di Malaysia


Melihat balik pada sejarah perusahaan kacang tanah di Malaysia, ianya dikatakan dimulakan oleh masyarakat cina yang berhijrah daripada tanah besar china sekitar tahun 1800 lagi. Perusahaan yang bertapak di Menglembu, Perak ini pada mulanya adalah aktiviti ekonomi yang muncul secara sampingan hasil kemakmuran perusahaan bijih timah di Perak. Malah dikatakan benih kacang menglembu ini juga berasal dari negeri China. (Stephen Boey, The Straits Times, 21 May 1970:7)


Kemasyuran Kacang Cap Tangan ini membuatkannya menjadi juadah yang lazim dilihat untuk apa jua acara, perayaan, berkelah, majlis hari jadi  dan sebagainya. Dengan pasaran yang luas, pastinya perusahaan ini memerlukan sumber yang mencukupi, kilang pengeluaran syarikat Ngan Yin berpusat di Kampar, dan sumber kacang tanah dari pengusaha ladang tempatan juga didapati dari sekitar Lembah Kinta dan Sungai Siput. Kilang Syarikat Ngan Yin merupakan yang terbesar di Malaysia.


Menjadi mangsa cetak rompak


Siapa sangka, akibat kemasyurannya jugalah kacang cap tangan ini pernah menjadi mangsa cetak rompak, bukan sekali, malah dua kali. Peristiwa pertama berlaku sekitar tahun 1970an, Encik Ngan Yin sendiri apabila menerima aduan dari orang ramai telah pergi menyiasat sendiri kebenarannya. Beliau dapati  kacang menglembu palsu ini telah dijual secara meluas di Singapura, iaitu di kawasan Ochard Road, Toa Payoh,Chinatown dan Bugis Street,dan setelah aduan polis dilakukan, kacang-kacang palsu ini telah dirampas.(The Straits Times, 14 January 1974:15)


Kejadian kedua berlaku sekitar tahun 1980an, kali ini pelakunya telah dikenakan hukuman yang lebih berat. Peniaga yang disabitkan kesalahan memiliki dan cuba menjual 210 paket kacang cap tangan palsu itu telah didenda $700. (The Straits Times, 15 Oktober 1981:15).


Iklan Kacang Cap Tangan Ngan Yin


Kacang Ngan Yin dalam Tin, produk ini diperkenalkan pada tahun 1966


Strategi memerangi Kacang cetak rompak.




Pengasas Ngan Yin meninggal dunia


Pengasas perusahaan kacang menglembu cap tangan, Encik NganYin meninggal dunia pada 20 Julai 1980, ketika sedang melakukan aktiviti jalan kaki di kaki Bukit Kledang. Beliau yang berusia 61 tahun pada ketika itu, tiba-tiba diserang sakit jantung yang membawa maut.


Produk terkini Ngan Yin (Sumber : Nganyin.com)

http://harithsidek.blogspot.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2013 12:15 AM | Show all posts
Info menarik
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 12:33 AM | Show all posts
bagus thread nie. terima kasih bro
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 01:47 AM | Show all posts
kat menglembu, ada 1 roundabout kacang gergasi, kenangan di mana nama menglembu menjadi femes kerana kacang ngan yin...





Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 07:36 AM | Show all posts
punye la femes sampai kalau bagi kredit kat cari ni pun kata 'dapat kacang'...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 08:32 AM | Show all posts
thanks 4 sharing...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2013 09:54 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 09:54 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2013 10:43 AM | Show all posts
kalau dh start makan xleh berenti ni....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 02:30 PM | Show all posts
oni313 posted on 6-3-2013 01:47 AM
kat menglembu, ada 1 roundabout kacang gergasi, kenangan di mana nama menglembu menjadi femes kerana ...

tmpt awek lama duduk ni.hahaha dekat berek polis. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 04:24 PM | Show all posts
yg ni best... kacang shandong pun best... besar2 lg kacang ngan yin ni.... apepun sy bukan pentegar kacang.... lyn gitu2 je...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 11:22 AM | Show all posts
nak tacang!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 11:55 AM | Show all posts
Seronoknya TT dapat banyak kacang sebab buka thread pasal kacang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2013 01:41 PM | Show all posts
terima kasih mod
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 08:46 PM | Show all posts
kacang goreng tepung pedas buatan BUMIPUTERA gak lagi sedap...

SOKONGLAH PRODUK BUMIPUTERA!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2013 09:34 PM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 7-3-2013 08:46 PM
kacang goreng tepung pedas buatan BUMIPUTERA gak lagi sedap...

SOKONGLAH PRODUK BUMIPUTERA!

yang ni memang sedap..crunchy and spicy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2013 11:40 PM | Show all posts
aikkk ada dlm btk tin..xpenh nmpk pon..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 02:42 PM | Show all posts
NGAN YIN..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 04:32 PM | Show all posts
terbaik dari ladang..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 06:47 PM | Show all posts
kacang ngan yin ni dah tak berapa sedap kecuali waktu raya cina sbb kacang tu fresh lagi rasanya...kacang ngan yin skrg dah kecik bijinya tak berapa gebu dan masin...

kalau nak kacang yg best lemak dan bergebu aku cadangkan try makan cap pemancing
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.518314 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list