CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zeetacunn

Dunia Bunian

  [Copy link]
Post time 18-10-2016 10:49 AM | Show all posts
arwah opah saya memang pernah berdamping dgn orang bunian ni dan arwah opah boleh mengubat. Klu budak2 demam, arwah opah buat tetemih (orang perak mesti tau). mak kata sbb depan rumah arwah opah ada pokok cempedak air, kat situ perkampungannya...opah mmg selalu cakap sorang-sorang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2017 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
zeetacunn replied at 12-3-2013 01:34 AM
aku pernah didiagnoise penyakit batu dalam hempedu kira2 13 tahun dulu... so, oleh kerana takut nak  ...

Pusat perubatan ni ke yg kena serbu baru baru ni? Lupa dah, minggu lepas ke 2minggu lepas tengok berita. Pusat perubatan tradisional tapi diorg buat ala ala pusat perubatan moden. Siap ada katil dan kelengkapan bagai bagai mcm hospital.

Operate pulak tu tak pakai bius. Diorang bukan ada kelulusan pun nak bedah bedah org ni. Bila dah siap kerja, claim benda tu dah dibuang, bila pesakit check dgn doktor, ada je lg benda tu. Ramai buat aduan, at last kena serbu juga. Tutup dah rasanya  
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
syalyn replied at 14-4-2013 08:14 AM
tapi itu skit je... kemuncak citer aku ni ialah apabila aku berkahwin.. dan mengandung bunting pelam ...

Kalau kita sebut2 nama org, lepastu org tu muncul atau dtg rumah, tu bukan mulut masin    tu namanya bonding kuat. Antara manusia dgn manusia ni, asalkan pernah berjumpa mesti ada bonding antara satu sama lain. Bezanya kuat or tak kuat je.


Sama jugak macam saya kalau tiba tiba teringatkan kawan lama. Yg dah bertahun tak contact, just memasing follow kat social media je. 2-3hari lepastu mesti dia contact saya then tanya khabar apa semua. Sebab gelombang ingatan kita tu sampai pada dia. Kadang dgn org yg rapat, kita hantar msj kat dia then dia pun hantar kat kita msj dlm masa yg sama bertanyakan khabar. Bonding tu communicate, tu yg serentak msj tu.


Kalau rindu pada somebody yg jauh dan tak terucap pulak, kita tekapkan tapak tangan pada dada kiri, pejam mata baca al-fatihah dan niatkan rindu tu sampai pada pemiliknya. In Shaa Allah ada hasilnya. Sebab rindu yg paling berat adalah rindu yg tak terucap  
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by AnggunSophea at 8-5-2017 07:32 AM

Khatam dah baca. So saya ada lah beberapa cerita pendek yg nak dikongsikan. Tak tahu lah samada ada kena mengena atau tak dengan alam 'mereka' ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts

Kisah Tapak rumah.

Masa saya kecik atau hampir tak lahir lagi dulu, ayah saya nak renovate rumah. Ayah saya pandai buat rumah, so weekend dia buat sendiri lah rumahnya.


Sebelum ayah pilih bahagian tepi rumah mana yg dia nak tambah, dia akan pacak ranting kayu keras sekitar tepi rumah yg dia nak tambah / renovate tu. As dia pacak kira mcm frame utk kawasan yg dia nak renovate nanti. Bukan pacak sepenuh penuh kayu kat situ, just frame saja.


Biar melepasi senja, esok pagi tengok balik ranting kayu tu. Ada yg tumbang, ada yg masih berdiri. Kalau area yg tumbang tu, ayah kata tak boleh tambah rumah, sebab tu kawasan dia nak lalu or anak dia main petang petang.


Ni cerita zaman awal 90an dulu lah. Sebab sekarang kawasan yg tak boleh tu dah ayah bina port baru utk parking kereta. Kebetulan keliling rumah kitorang adalah hutan lagi dulu. Sekarang dah clear dah. 'Diorang' pun dah berhijrah kot.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts

Kisah Kakak ke tu?

Kisah ni berlaku pun masih tahun 90an. Masa ni aku kecik lagi. Masih sekolah rendah. Kakak aku pulak dah belajar di universiti. Kakak aku sulung, aku yg bongsu.


Satu hari, kakak aku sedang cuti sem. Biasanya kitorang suka petik / kait buah mangga belakang rumah. Pokok mangga tu betul betul di tepi pintu belakang rumah kitorang. Rumah kampung, ada pintu belakang berdekatan bilik mandi.


Masa tu aku berulang alik dari depan rumah ke belakang rumah melalui luar rumah saja. Kakak aku pulak berulang dari depan rumah ke belakang rumah melalui dalam rumah. Maknanya, aku diluar, kakak aku didalam, dan masing masing bertemu di pintu belakang berhampiran pokok mangga. Perjalanan aku dari depan nak ke belakang rumah, kira kira mengelilingi hampir separuh rumah. Harap jelas disitu.


Haritu dah senja, kitorang masih lagi kait mangga. Dari rumah boleh nampak sunset, sebab berdekatan sawah padi utara tanahair. Masa tu matahari dah berwarna merah jingga. Samar samar menembusi hutan belakang rumah. Kemudian, aku beritahu kakak aku, aku nak ke depan sekejap. Kakak aku masih lagi mengutip hasil buah mangga yg kami sama sama kait pada masa aku berlalu ke depan rumah.


Selang 2-3minit, aku kembali ke belakang rumah untuk tolong kakak aku mengutip sisa buah yg masih belum dikutip. Niatku tersasar bilamana aku tengok kakak aku berjalan menuju ke hutan belakang rumah.

"Along! Dah habis kutip ke?"

Aku laung dari kejauhan sambil kaki menghampiri pintu belakang.
Kakak aku masih lagi berjalan perlahan menuju ke hutan. Aku hentikan langkah aku dipintu belakang sambil bercekak pinggang memandang beliau.

"Oi Long! Nak kemana tu???"

Aku pekik sekali lagi kerana aku lihat beliau makin masuk ke dalam hutan. Namun langsung tak membalas pertanyaan aku. Beliau masih lagi berjalan sambil kepala ditolehkan ke arah aku. Beliau tersenyum sambil melambai lambai tangan supaya aku mengikutinya.

"Ish, nak kemana ni?"

Aku bisik seorang diri sambil aku mengikuti saja lambaian kakak aku dari dalam hutan. Jarak kami ketika itu, kira kira 10 langkah.


Tiba tiba aku disentak dengan bunyi yang amat familiar.

DUMMM...!! DUM. DUM. DUM.


Kedengaran bunyi pintu ditutup dari dalam rumah. Dan cubaan merapatkan pintu menggunakan tapak tangan. Sememangnya pintu dapur susah nak dirapatkan, melainkan dah dihentak berkali kali.

Aku seolah olah disedarkan dari mimpi. Aku pandang ke arah hutan, tak ada sesiapa. Aku pandang keliling dan anak mata berhenti pada pintu dapur.

"Alonggg?!!"

Aku laung dari tepi hutan.

"Haaaa dik. Dah masuk rumah dah ni. Kenapa??"

Suara kakak aku menyahut dari balik pintu belakang. Sepantas kilat aku berlari semula ke depan rumah, sekonyong konyong dikejar anjing layaknya.


Kakak aku kata, lepas menyahut dia buka balik pintu belakang dan dengar bunyi tapak kaki orang berlari laju je.


Rupanya masa aku kat depan rumah, kakak aku dah selesai kutip buah mangga dan ingat aku dah tak patah balik ke belakang rumah. Masa aku patah balik tu, dia dah masuk rumah dan sedang berusaha merapatkan pintu dapur tu.

Dalam masa yg sama, aku nampak persis kakak aku melambai mengajak aku masuk ke dalam hutan. Aku macam dipukau, mengikut saja lambaian tu. Hanya bila bunyi pintu dihentak dari dalam baru aku tersedar.


Wallahualam. Tak pasti 'apa' yg melambai aku hampir 20tahun lepas tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2017 04:06 PM | Show all posts
seronok baca...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 02:05 PM | Show all posts
ahkirnya khatam jugak baca.

tak sabar nak dengar sesiapa yang ada pengalaman mistik ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2017 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 8-5-2017 01:39 PM
Kalau kita sebut2 nama org, lepastu org tu muncul atau dtg rumah, tu bukan mulut masin    tu nam ...

Kalau yg selalu terjadi pada saya,
Bila ada org teringatkan saya, mesti dia akan masuk kedalam mimpi saya. Dari kecik lagi macam tu.

Sebagai contoh terkini,
Saya terbangun dari tidur mimpikan kawan lama saya ni. Pernah rapat sgt dlu.. saya mimpi kami jalan sama2 borak2..

Pastu saya duk termenung. Saya fikir. Mungkin dia teringatkan aku. Sebab kami mmg dah lama tak contact.
Bila saya buka fb yg jarang saya buka, mmg dia ada like gambar2 di fb saya pada malam saya mimpikan dia  
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 05:35 AM | Show all posts
menurut org terdekat y boleh nmpk, diorg tahu kalo kita citer psl diorg. sbb tu x berani nak citer.
kdg2 teringin nak jumpa, tp org terdekat tu ckp, jgn terkejut kalo boleh nmpk diorg, otomatik akan nmpk benda lain jugak. jd iols matikan niat iols
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2017 04:05 PM | Show all posts
espri6006 replied at 6-3-2013 12:15 PM
ingat macam cerita si Adi merentas ke alam bunian, mana sudah itu orang lama sudah tak update...

selamat ke alam bunian
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2017 05:17 PM | Show all posts

hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Katenya bunian menjalani hidup mcm manusia biasa, tapi heran pulak kenapa berkenan nau nak amik anak2 manusia. Bukan dorang boleh beranak pinak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 03:39 PM | Show all posts
zeetacunn replied at 6-3-2013 04:44 PM
memang klu difikirkan mcm tak percaya ek....  ada citer yg perempuan pregnant (confirmed pregnant) t ...

betul..sepupu I pregnant 7 months..ada baby, tp satu malam dia mimpi beranak,dan org tua datang bg tau dia..anak kau sgt cantik, jadi kami amik jadi kaum kerabat kami,kalu nak tenguk dia..kamu buatkan satu bilek, letak dalam tu tilam dan bantal kuning..nanti kami hantar tiap bulan penuh", esuknya sepupu I perutnya kempis, tapi tilamnya basah..air ketuban, tapi darah setitik pun x de..pergi hospital, doktor x boleh explain, cuma doktor kata dia memang baru bersalin..jadi polis kes jugak,,kena soal pasal sembunyikan kematian.tapi puas kena soal. lastnya buang kes, sbb x de bukti ..lepas tu sepupu i jadi kurang siuman, tapi dia selalu kata tiap bulan penuh, dia bermain dgn anaknya dalam bilek tu..sorang2..jika ada org lain..budak tu x datang..sepupu i kata, anaknya lelaki,berkulit cerah dan rambut kerinting..lepas 16 tahun anak tu menurut sepupu I..x muncul lagi lepas dia cakap, dia dah kawin dan istrinya baru bersalin..(menurut org tua2..anak itu separuh manusia, tp bila dia kawin bunian gak..dan dapat anak, hilanglah separuh manusia tu..)wallahu a'lam, kejadian berlaku tahun 1970an..ramai saudara2 x percaya sebab mereka kata sepupu i tu dah mereng..kesian dia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 03:59 PM | Show all posts
k_a_a replied at 7-3-2013 08:19 PM
Menanti sambungan anda.. Kisah yang menarik..

Dulu aku ada tanya ustaz ni.. dia kata kita manus ...

ya I pun pernah terbace dalam MPS ni..benih manusia jin x boleh bercantum, sbb mereka 2 unsur sedangkan manusia ada 4..so kita berjisim dan mereka tidak
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 04:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2017 04:41 PM | Show all posts
saya ta prnh la brjumpa atau  apake psl bunian ni, tapi dulu time zmn skola menengah ada pergi kem kepimpinan dekat gunung senyum Pahang, terkenal jugak tmpt tu dengan kisah2 sejarah,dongeng, mistik semua rasanya ada thread psl gua ni  https://malay.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=658728 kisah tok long tulah paling femes.

saya teringat time tu kitaorg bru msuk satu gua ni and tembus ke satu kawasan lapang(perantaraan antara gua yg ssaya masuk tu dgn gua lain) byk pokok2 renek , lawa sangat tempat tu macam terjaga jaga , tak ada semak samun semua cuma setiap pokok2 renek tu mcm trsusun  . dua2 mcm kubur .

org yg bwk kitaorang tu cerita tempat tu kubur bunian katanyalahh sebab tu terjaga sedangkan tak ada siapa pun yang rajin nak kemas . kat situ kita orang dah kena warning jangan langkah apa2 ikut je laluan yg dah bertanda.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 04:45 PM | Show all posts
Edited by wanoii at 24-5-2017 04:51 PM
wanoii replied at 24-5-2017 04:41 PM
saya ta prnh la brjumpa atau  apake psl bunian ni, tapi dulu time zmn skola menengah ada pergi kem k ...

and ada satu gua tu nama di gua kolam  ke apa , tmpt puteri2 bunian mandi manda. ada gua tu tmpt tidur bunian lah apa lah mcm2 kisah dgr tntg gunung senyum ni tpi syg ta dpt msuk gua yg tu sb wktu tu dah nak manghrib . smpt prgi gua  makam tok long(tok long ni mengikutsejarah dia prnh brkhwin ngn puteri bunian, tp dia trlggr pntg and ta dpt jumpa isteri dia balik so dia decided bertafakur kt dlm gua tu smpai dia meninggal) ,gua merlap (dgr cerita ni tmpt tggl org bunian) and byk lgi gua yg aku ta dpt na explore time tu. so kalau mcm ada feeling2 na jumpa bunian bolehlah kot camping kt gunung senyum ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 04:18 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2017 01:15 PM | Show all posts
ada kawan aq ni sorang...dia pernah pernah kena tempias santau dengan dengan org.....dsebabkan kena ni dia boleh nmpak makhluk ghaib ni...dia ade citer pernah pergi alam bunian...dia kate bunian ni macam kita jgk n cakap bahasa melayu lama....cara pemakaian dorang aq lupa dah membe tu ckap apa sebab dah lama........

dan kawan aq tu dia ada cakap,dsebabkan dia blh nmpk menda ghaib ni,dalam proses mengubat santau dia,ada kebanyakan ustaz2 pkai jin jgak ( bukan semua ).
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.087507 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list