CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zeetacunn

Dunia Bunian

  [Copy link]
Post time 21-10-2015 02:31 PM | Show all posts
mmg misteri alam bunian ni.. makhluk yg dilindung dari penglihatan kita..ada yg kata rupa hensem dan cantik tu hanya hiasan semata mata..rupa asal dorg buruk sebenarnya..wallahualam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2015 08:38 PM | Show all posts
hahahaha....lawak betul komen korang...
Ape nak pelik, apa nak heran...Kita ni kan duduk kat dunia yang sama. Alam je lain-lain...
bunian ni kan salah satu dari beberapa belas golongan jin...hahaha...

Bagaimana hubungan jin dengan manusia?
Rapat tak rapat hubungan bunian dengan manusia umpama bayang-bayang...rapatkan?..
Manusia buat kenduri, bunian juga buat kenduri...
Manusia kerja kat pejabat, iya bunian juga....
Manusia ada jambatan, bunian juga ada...

Cuma ye lah takde bukti saintifik untuk tunjukkan alam diorang ni...
Ntah la, aku sendiri pun belum ade tauliah nak tengok alam diorang lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2015 08:31 AM | Show all posts
itulah...bukan bunian jin jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2015 04:01 PM | Show all posts
Aku ada jugak persoalan tentang makhluk ni. Ni aku story pengalaman aku...taktau la iya atau tak kewujudan benda nih.

Suatu ketika dulu aku pernah ikut kawan aku pergi hntr rombongan kahwin ke Gopeng, Perak. Selesai majlis, aku dgn kawan2 bajet nak pusing2 dulu, nak jalan2 la sebelum masuk hiway balik KL. Kami bertiga dlm 1 kereta. Puas tul kami merayap…tgk kapal korek sume la ambik2 gambar. Lepas dah bergambar tu kami terus nak gerak balik.

Dalam perjalanan, kawan aku ckp kalau nmpk surau kat mana2, berhenti singgah. Nak solat Asar sekejap. Kami pun singgah la kat satu kawasan ni, ada satu surau kecil…kampong apa tah nama dia, aku lupa. Surau style kampong dulu2…ada tangga kayu nak naik ke atas. Surau tu luar nmpk bersih la. Takde sepah2. Memang takde rasa scary ke apa ke.. Rumah penduduk ada sekitar situ tp jarak jauh sket dari surau tu. Kitorang pun terus ambil air sembahyang.

Masuk je dlm tu, ada mcm seorang pakcik ni dok tgh berwirid la…mcm baru lepas sembahyang. Dia duduk kat sudut hujung tepi dgn tasbih di tangan. Kami bagi salam. Dia jawab sambil senyum. Kami cakap tumpang solat ye pakcik… Pakcik tu senyum je sambil angguk kepala. Tapi aku kurang selesa sket la, sebab dalam surau tu, penuh habuk dgn sawang. Macam tak berjaga. Aku tgk kawan2 lain relax je, aku pun malas la nk ckp apa2.

Lepas habis solat sume, kami salam la dgn pakcik td tuh…yg masih lg wirid dengan tasbih di tangan. Dia tanya kami…dari mana. Lega aku, td cuak gak, kepala ingat yg bukan2 je dah…sbb pakcik tu senyap memula td tak bersuara...hehe.

Seronok pulak sembang ngn pakcik tu…sebab ramah. Tetiba pulak kawan aku sorang ni, selamba pi tanya kt pakcik tuh...”Pakcik sorang je ke solat kat sini?”. Pakcik tu jawab, “Hehe…eh tak lah…ramai tadi. Tapi semua baru je balik waktu kau orang sampai. Kamu semua tak terserempak ke dgn diorang sebelum naik td? Sebab lepas orang yg akhir tu turun, kamu pulak yg naik masuk surau ni. Mustahil tak terserempak ”.  Aku dah rasa cam tak best je dh time tuh. Kawan aku yg dua org tu masing2 relax je…sikit pun tak cuak.

“Takde rezeki kamu nk jumpa diorang agaknya…” sambung pakcik tu. “Kenapa pakcik?? Siapa diorang tu?”, aku tanya buat2 mcm tak takut la…tp sbnrnya aku dah mmg rasa semacam dh.

Pakcik tu sambung percakapan.. ”Elok jugak la kamu tak nmpk mereka tu td. Kalau Nampak, pengsan agaknya…hehe,” ucap pakcik tu sambil tersengih. Time ni baru kawan aku cuak sket la muka…lepas tu terus tanya siapa org tu. Pakcik tu pun jawab…org tu dari dunia sebelah. Mereka datang utk tumpang solat saja. Aku tak puas hati…aku tanya la kenapa pakcik ckp kalau nmpk diorang boleh pengsan? Pakcik tu cakap, yg datang solat tu…badan diorang je mcm manusia…tapi kepala semua tidak. Aku dah start meremang bulu roma. Waktu taip ni pun meremang gak sbb teringat balik. Pakcik tu cerita lg: Ada yg kepala macam semut, mcm burung, mcm belalang. Tapi mereka td islam, tu sebab mereka tumpang solat dekat sini. Mereka tak kacau orang.

Lepas dengar je penerangan pakcik tu…kami bertiga berpandangan sesama kami…sambil buat isyarat mata ajak blah dgn kadar segera.  Cepat2 kami minta diri…alasan ckp nak balik jauh ni. Walhal Kelumpo je pun. Kami pun salam ngn pakcik tu, pakcik tu boleh lak sengih2 sambil berpesan, balik nnt hati2…jangan memandu laju2.

Turun bawah, sarung kasut ngn selipar…cepat2 masing2 bergerak masuk ke kereta. Dah masuk dlm kereta, kawan aku yg sorang lg ni sempat lak tanya, “Agak2 pakcik td tu orang ke apa? Jom kita pegi intai balik nak??” Bangang lak aii aku ckp, “Dah cepat…jom blah!.”

Dalam perjalanan kat highway tu…kami bersoal jawab sesama sendiri. Betul ke apa yg pakcik tu cerita….badan orang, kepala haiwan. Kawan aku yg tgh drive tu, tetiba tanya satu soalan, “Woii…korang perasan tak, masa kita dtg td….dekat tangga…takde pun selipar pakcik tu,, atau kasut. Pakcik tu datang situ pakai selipar ke atau terbang?? Pastu, surau tu kenapa berhabuk sangat, sawang penuh kt dinding ngn sudut2 siling tuh…macam takde orang datang je surau tu….”.  Ahhh sudah….sampai situ kami terdiam.

Kami tak berapa bercakap sangat sampai la tiba ke penempatan masing2. Lepas hantar aku ngan kawan lg sorang ke rumah masing2, kawan aku yg drive terus gerak balik umah dia. Malam tu aku tidur dengan nyenyak, sebab penat kot…sakit kepala pun iya…byk makan daging kenduri agaknya. Esoknya, aku mc…maleh nk gi keje, badan rasa lemau. Tengahari, aku call la member aku yg dua orang semalam tu. Dua2 tak pegi keje…sorang lagi demam (yg mulut suka tanya bukan2 tuh). Yg drive kereta tu sama mcm aku, badan lemau…mls nk keje. So, lepas 2-3 hari baru kami pegi lepak ngeteh…sambil borak balik psl benda tuh. Aku sound la mmber aku tu…tu la, lain kali tgk tempat la kalu nk singgah pun. Nasib siang…kalau mlm camne?? Sampai sekarang, kami teringat lg kisah ni…bila lepak minum2, kalau tetiba teringat kisah kami berenti kt surau tu, kami mesti termenung pikir apakah benda tu…orang atau pun bukan. Kami pun tak pasti, lokasi mana tah surau yg kami singgah itu.

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2015 11:51 AM | Show all posts
aku ada banyak pengalaman encounter ng makhluk yg ni.. dia ikut masa aku drive kat hiway.. dia tunjuk rupa dia.. dia pernah bawak kawan2 dia datang melawat dan dia datang tiga malam berturut2 dalam pukul 4 pagi..
dia sangat hensem.. tapi atas nasihat family, aku bohlayan kan perasaan dan putuskan hubungan dengan dia..
tapi kadang2 masih rasa kehadiran dia walaupun dah tak boleh berhubung terus macam dulu.. pernah dua kali berubat, first, orang tu tak boleh nak handle, second, aku yg tak rasa nak teruskan..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 04:22 PM | Show all posts
kenarikelabu replied at 22-10-2015 04:01 PM
Aku ada jugak persoalan tentang makhluk ni. Ni aku story pengalaman aku...taktau la iya atau tak kew ...

tah2 memang korang berselisih dengan orang dunia sebelah tu tak...? maklumlah tak nampak.. tu pasal masing2 badan lemau esoknya...hehe...sori..aku agak je...
first time aku dengar badan manusia kepala haiwan...tak pasti pulak spesis bunian ke apa...menarik ni....pengalaman aku dulu dikelilingi orang bunian jugak, tapi mereka memang sama macam kita cuma rupa paras dorang yang jauh lebih muda dari usia manusia...contohnya kalau Ahmad umur 40 tahun, si bunian Ali wajahnya persis anak remaja awal 20-an walaupun umur 40...dan memang betul masyarakat dorang sama macam kita...ada bandar dan kampung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2015 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
amirezu replied at 8-3-2013 12:52 PM
dah 3 kali ke sana. ayah mertua dengan abang dia pernah upgrade jantung. sebelum tu kalau mesin ru ...

Mahal x kos perubatan kat situ?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 12:45 AM | Show all posts
katakpisang88 replied at 31-10-2015 04:50 PM
Mahal x kos perubatan kat situ?

Seikhlas hati. Daftar RM1 kalau tak silap. Tu masa kat Telok Mas. Sekarang ni dah pindah ke Alor Gajah rasanya. Kat Kelantan pun dah buka tempat untuk rawat, kat Kompleks Perniagaan Saidina Ali, Kok Lanas, Ketereh. Yang ni kena bayar RM50 untuk tampung kos sewa tempat dengan pengurusan. Cuma yang kat Kok Lanas ni takde katil macam yang kat Melaka. Duk atas tikar je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2015 07:58 AM | Show all posts
menarik citer bunian ni..

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 03:04 PM | Show all posts
zmn dedelu pon orang2 tua kita dgr citer ada yg pernah terkahwin dengan perempuan bunian. kalau mereka tu jenis api, dan kita tanah,mcm mana boleh tersemai DNA itu? pernah terbaca citer Ramlee Awang Murshid, yg Magis tu,tajuk dia bunian. kalau manusia kahwin bunian, dapat anak,anak tu jadi istimewa dlm kalangan masy. bunian. betol tidak tak taulah sahihnya. or just fiksyen je
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 03:18 AM From the mobile phone | Show all posts
amirezu replied at 1-11-2015 12:45 AM
Seikhlas hati. Daftar RM1 kalau tak silap. Tu masa kat Telok Mas. Sekarang ni dah pindah ke Alor G ...

Ouh gitu..terima kasih info nya..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 10:10 AM | Show all posts
Pengalaman.. dua orang pernah yang dikenali pernah hilang bayi dalam kandungan siap da 7 bulan... pernah juga terlibat dalam tengok harta-harta alam sebelah... memang banyak.. ada yang betul ada yang setakat nak main-mainkan manusia... dapat2 barang tukar jadi batu, duit terbakar separuh.. macam2 syarat ada... manusia dicipta pada sebaik-baik ciptaan ... jika benar kita kembali menjadi insan maka akan fahamlah bahawa apa yang nyata pada kita dan alam-alam sebelah suatu bukti keagungan Maha Esa Maha Berkuasa.. dan tak mustahil juga ada access direct pada benda2 ni sepertimana mereka yang awalnya..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 11:58 AM | Show all posts
halimunah replied at 30-10-2015 04:22 PM
tah2 memang korang berselisih dengan orang dunia sebelah tu tak...? maklumlah tak nampak.. tu pasa ...

Entah lah...taktau betul ke tak yg kepala tuh. Sebab masa kuliah subuh dulu2, ustaz yg bg ceramah tu pernah gak story cite lebih kurang cenggini. Dia ckp, mereka2 tu mmg taknak tunjuk rupa mereka yg sebenar. Kalu dia tunjuk, mmg kompem kita jd sewel la seumur hidup.   Aku terus terang cakap, takmau aku jumpa makhluk di dunia sebelah tu...tak berani aku. Dah la aku ni jenis tak berapa berani. Kalau ada geng, baru berani
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
kenarikelabu replied at 5-11-2015 11:58 AM
Entah lah...taktau betul ke tak yg kepala tuh. Sebab masa kuliah subuh dulu2, ustaz yg bg ceramah  ...

Saya teringin nak tengok kampung bunian ni. Huhuhu. Teringin sgt. By the way, apartment yg baru buka di ampang ni kalau tengok dari jauh dah macam apartment bunian. Terletak tengah2 bukit. Heeee..
Ni saya amik gambar dari office saya tadi. Lepas hujan. Jadik berkabus. Lagilah nampak kebuniannya

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 12:49 PM | Show all posts
barfi replied at 16-11-2015 06:11 PM
Saya teringin nak tengok kampung bunian ni. Huhuhu. Teringin sgt. By the way, apartment yg baru bu ...

cam pernah gi tengok je.. kdang2 kalo tringin sangat dalam mimpi pun kadang2 penah pegi cuma sedar tak sedar je kot.. macam kwasan perkampungan pelik dalam mimpi..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 05:30 PM | Show all posts
dewi_malam replied at 13-3-2013 10:37 AM
pendamping tu ape..makhluk halus gak ker..
hehehe..aku rasa klau ko mewarisinya nnti ko kena cari ...
pendamping..klau la pendamping tu maksud nya makhluk lain..

kalau ada pendamping itu bagus juga ...boleh guna utk tujuan positif...seperti menolong orang berubat dan lain...
macam saya....kalau ada 'spirit' ingin pendamping dgn saya....saya akan ajar mereka agama (agama saya), kitab dan Pencipta....baru saya terima mereka...
jadi kalau 'spirit' ( pendamping) dtg dgn tujuan baik ....ok jer...mereka pun nak membantu manusia di dunia ini....
kalau dtg spirit yg jahat....saya boleh ajar merek agama saya juga....kalau mereka enggang, saya minta mereka ini keluar....
simple as that...x perlu takut dgn benda2 ini...

spirit-roh-jin , pendamping ini semua sama ....mereka di alam roh...ada yg baik dan ada yg jahat...
untuk menyeruh mereka, senang aja...bakar benda wangian....rumah bersih, diri sendiri bersih, sifat diri kita kena bersih, positif ...maka dia akan berdamping dgn kita..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2015 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang org bunian ada yg naik kereta. Mcm kita la. Kadang kadang ada juga org bunian yg pergi shoping kat pasaraya. Tp bukan kat klcc la kat pasaraya biasa kat lwsn dia tinggal. Mat tau. Tp mana ada org perasan kalau dia muncul sbg org awam. Takkan dia nak mengaku dia org bunian. Gila ke . Wallahualam. Allah maha mengetahui.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 04:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringin jugak nak lepak ngan die org nih... Tapi apa kan daya jodoh tiadaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2015 03:59 PM | Show all posts
menarikkk...aku pon tertarikkk dgn topik nie..mohon pada otai2 lama share citer nie..

ekceli aku pon ade cte psal nie..tapi xtau nak habaq lagu mana..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca ni

http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=41328
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.694742 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list