CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: perang_sivil

SEMBANG, CORAT-CORET, BINCANG DAN KONGSI PENDAPAT OLIMPIK LONDON 2012

[Copy link]
Post time 28-7-2012 11:32 AM | Show all posts
perang_sivil posted on 27-7-2012 12:50 AM
Opening ceremony pada pukul 9pm 27 Jul kat London... lebih kurang 4pagi 28 Jul tempat kita... bole ...

ade link video opening x?telepas la..tadi try bukak utube..tapi kne block daa video ..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2012 11:32 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2012 11:37 AM | Show all posts
matsyeh posted on 27-7-2012 09:52 AM
Last edited by matsyeh on 27-7-2012 09:55 AM \n\nLondon 2012: men's football  in pictures

chayalah jepun...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2012 11:42 AM | Show all posts
zircon posted on 28-7-2012 11:32 AM
ade link video opening x?telepas la..tadi try bukak utube..tapi kne block daa video ..

try ni..

http://tvpc.com/Channel.php?ChannelID=8623

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2012 11:44 AM | Show all posts
zircon posted on 28-7-2012 11:32 AM
ade link video opening x?telepas la..tadi try bukak utube..tapi kne block daa video ..

http://www.youtube.com/olympic
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2012 12:05 PM | Show all posts
perang_sivil posted on 28-7-2012 11:42 AM
try ni..

http://tvpc.com/Channel.php?ChannelID=8623

tadi check2 astro upenye ade siaran ulangan kat 811 kol 12.05 pm nih..

mber aku siap update stts fb sbb tu ttbe excited nk tgk..

anyway thank you...hehehehe..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2012 05:00 PM | Show all posts
Last edited by matsyeh on 28-7-2012 05:07 PM \n\nUpdate keputusan menembak



tempat ke 34 dari 56 atlit

Gagal ke akhir

update Badminton

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2012 05:09 PM | Show all posts
matsyeh posted on 28-7-2012 05:00 PM
Last edited by matsyeh on 28-7-2012 05:07 PM \n\nUpdate keputusan menembak

Tee Jing Yi ni dapat wildcard kan? kira okey la kalah tipis je..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2012 05:52 PM | Show all posts
Update memanah



Malaysia gagal ke suku akhir memanah berpasukan lelaki

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2012 10:01 AM | Show all posts
perang_sivil posted on 28-7-2012 05:09 PM
Tee Jing Yi ni dapat wildcard kan? kira okey la kalah tipis je..

Beregu negara langkah kanan
BEREGU harapan negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong  bermula cemerlang pada aksi pembukaan Kumpulan D acara perseorangan badminton lelaki  di Wembley Arena, London semalam.


LONDON - Beregu harapan negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong bermula cemerlang pada aksi pembukaan Kumpulan D acara perseorangan badminton lelaki di Wembley Arena di sini semalam.
Pasangan Kien Keat-Boon Heong tidak berdepan masalah untuk menumpaskan pasangan Jepun, Naoki Kawame-Shoji Sato 21-16, 21-14.
Tidak mahu memandang mudah pada pasangan yang berada di ranking ke-13 dunia itu, Kien Keat-Boon Heong membuktikan bahawa mereka berada di landasan yang benar untuk bermula garang.
Kien Keat-Boon Heong dijadualkan menentang Howard Bach-Tony Gunawan dari Amerika Syarikat (AS) untuk aksi kedua peringkat kumpulan hari ini.
Beregu No. 8 dunia itu perlu memenangi perlawanan itu sekiranya mahu melakar kejayaan yang lebih baik, sekali gus mara ke pusingan seterusnya.
Mereka perlu memenangi dua daripada tiga perlawanan peringkat kumpulan sekiranya mahu kekal beraksi di London.
Ini kerana pencabar ketiga Kien Keat-Boon Heong ialah pasangan No. 1 dunia, Chung Jae Sung-Lee Yong Dae dari Korea Selatan dan usaha yang lebih keras diperlukan sekiranya mereka mahu melakar kemenangan berturut-turut.
Bagaimanapun nasib berbeza bagi pemain perseorangan wanita negara, Tee Jing Yi dan pasangan campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang tertewas pada perlawanan pertama.
Jing Yi tewas kepada pemain Korea Selatan, Bae Yeon Ju 21-16, 15-21, 12-21 dalam pertembungan Kumpulan B.
Jing Yi akan berdepan dengan pemain Itali, Agnese Allegrini bagi aksi kedua Kumpulan B esok.
Peng Soon-Liu Ying pula dikalahkan gandingan dari Taiwan, Chen Hung Ling-Chen Wen Hsing 12-21, 21-6, 12-21 bagi perlawanan Kumpulan D.
Sementara itu, jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei pula akan menentang pemain Finland, Ville Lang bagi saingan pembukaan peringkat Kumpulan A esok.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2012 10:03 AM | Show all posts
perang_sivil posted on 29-7-2012 10:01 AM
Beregu negara langkah kanan
BEREGU harapan negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong  bermula ceme ...

Perjuangan Suryani berakhir
SURYANI gagal melakukan kejutan dalam acara 10 meter Air Rifle  individu wanita yang berlangsung di Royal Artillery Barracks, London.


LONDON - Bidikan Nur Suryani Mohamed Taibi kurang tepat dan akibatnya impian untuk pergi lebih jauh pada Sukan Olimpik 2012 di sini berkecai.
Perjuangannya sudah berakhir dan dia sudah boleh memikirkan untuk pulang ke tanah air lebih awal.
Semalam, ratu menembak negara itu memulakan kempennya pada temasya kali ini dalam acara 10 meter Air Rifle individu wanita yang berlangsung di Royal Artillery Barracks di sini.
Namun, kejutan yang diharapkan daripada penembak yang sedang mengandung lapan bulan lima hari itu tidak kesampaian.
Dia sekadar menduduki tempat ke-34 dengan bidikan 392 mata, sekali gus menutup kempennya pada Sukan Olimpik kali ini.
Acara itu dimenangi penembak China, Yi Siling yang membidik 502.9 mata, manakala penembak Poland meraih pingat perak dengan 502.2 mata.
Seorang lagi penembak China, Yu Dan meraih pingat gangsa dengan 501.5 mata.
Bagi Suryani, walaupun gagal menempatkan diri dalam kedudukan yang lebih baik, namun dia berpuas hati dengan persembahannya semalam.
Menurutnya, apa yang dirancang semuanya menjadi, cuma nasib tidak menyebelahinya untuk terus memberi cabaran dalam acara itu.
"Saya puas hati. Segala apa yang dirancangkan sebelum beraksi semuanya menjadi. Memang saya tidak meletakkan sasaran untuk meraih pingat tetapi tetap berusaha untuk melakukan yang terbaik.
"Sasaran saya ialah untuk mencatat 390 mata tetapi saya berjaya melakukan 392 mata. Ini dikira agak baik walaupun gagal menghadiahkan sesuatu kepada kontinjen negara," katanya.
Ditanya sama ada kandungannya mengganggu aksinya semalam, Suryani menjelaskan: "Sebelum memulakan saingan, bayi dalam kandungan saya terasa macam menendang dan selepas itu semuanya okey.
"Ketika mula nak tembak, bayi mula menendang dan saya cakap jangan ganggu dulu sebab mama nak mula beraksi. Selepas itu keadaan seperti biasa sehingga selesai pertandingan."
Menurutnya, segala tekanan yang dihadapinya selama ini sudah berakhir dan selepas ini dia boleh fokus sepenuhnya terhadap diri dan kandungannya.
Suryani akan pulang ke tanah air Rabu ini.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2012 10:11 AM | Show all posts
Olimpik 2012: Adiq, Amir tak mampu takluk lebuh raya

London: Pelumba muda negara, Adiq Hussainie Othman dan Amir Mustafa Rusli terpaksa akur dengan kehebatan pelumba berpengalaman apabila gagal menamatkan perlumbaan memeritkan sejauh 250 kilometer acara lebuh raya lelaki, semalam.

Selepas 20 tahun tidak melayakkan diri di Sukan Olimpik, penampilan Adiq dan Amir lebih kepada matlamat pendedahan tapi hanya menamatkan perlumbaan sehingga ke pusingan keenam dengan ketika itu menduduki tempat ke-129 daripada 144 pelumba keseluruhan.
Harapan akhir negara kepada Adiq juga berkecai apabila pelumba yang baru berumur 21 tahun itu tidak dapat menamatkan saingan dengan perlumbaan berbaki 66 km saja lagi.

Dalam perlumbaan itu semalam, pelumba Asia, Alexandre Vinokourov yang mewakili Kazakhstan menenggelamkan kehebatan pelumba pilihan dari Eropah untuk merangkul pingat emas dalam perlumbaan mencabar yang berakhir di The Mall.

Pelumba pasukan pro Astana itu meninggalkan pelumba Colombia, Rigoberto Uran dalam perlumbaan satu lawan satu menuju ke garisan penamat dengan mencatatkan 5 jam 45 minit 57 saat.

Pingat gangsa pula dimenangi Alexander Kristoff dari Norway dengan pelumba pilihan, Mark Cavendish dari Britain terpaksa berpuas hati di tempat ke-28.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2012 10:20 AM | Show all posts
perang_sivil posted on 29-7-2012 10:11 AM
Olimpik 2012: Adiq, Amir tak mampu takluk lebuh raya

London: Pelumba muda negara, Adiq Hussainie  ...

        Caster Semenya dari Afrika Selatan tenang hadapi Olimpik      
   
   
                 LONDON: Tiga tahun selepas berdepan tekanan akibat kesangsian terhadap jantinanya, atlet Afrika Selatan, Caster Semenya melangkah ke Stadium Olimpik London untuk upacara pembukaan dengan senyuman lebar dan membawa bendera negara.
Juara dunia 800m di Berlin 2009 itu berkata, dia tidak berasa tertekan di London.

“Bagi saya ia impian yang menjadi kenyataan. Ia satu langkah yang besar bagi saya,” kata Caster.
Caster, gadis pemalu dari kampung berkata, bebanan Olimpik pertamanya sama saja dengan kejohanan lain.

“Olimpik sama seperti kejohanan dunia kerana ia pingat diingini semua. Saya tidak berasa tertekan kerana sudah terlalu kerap bertanding.” Musim ini prestasinya tidak menentu tapi berharap meraih inspirasi daripada bekas presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela.

“Beliau begitu bermakna kerana membuat saya percaya boleh melakukannya. Apabila saya bertemunya beliau minta saya percaya boleh melakukannya, anda perlu lebih tabah, itu saja.” - Reuters



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2012 10:26 AM | Show all posts
perang_sivil posted on 29-7-2012 10:20 AM
Caster Semenya dari Afrika Selatan tenang hadapi Olimpik      
   
   

   Bond bikin gempar        
        
            

GIMIK...Craig (kiri) terjun daripada helikopter.
    LONDON: James Bond dan David Beckham menyerlahkan kehebatan mereka ketika Britain menyambut kedatangan seluruh dunia dalam upacara pembukaan yang aneh, menampilkan kekayaan sejarah negara dalam suasana menyeronokkan.
   Tujuh atlet muda menyalakan kawah api  dalam acara kemuncak yang berlanjutan hingga awal pagi sebelum bekas anggota Beatle, Paul McCartney menutup tirai persembahan di Stadium Olimpik London.

   Tidak lagi menggunakan tradisi memilih seorang pemenang pingat emas untuk menyalakan kawah api, penganjur Sukan Olimpik London memberi penghormatan kepada tujuh remaja yang dipilih tujuh wira Olimpik Britain sebelum ini.
  Pemenang lima pingat emas acar mendayung, Steve Redgrave membawa masuk obor ke dalam stadium di timur London itu sebelum memberikannya kepada beberapa pelari muda.

   Mereka memeluk mentor mereka termasuk atlet decatlon, Daley Thompson dan pelari jarak sederhana Kelly Holmes, sebelum remaja berkenaan menyalakan sejumlah obor yang diangkat secara hidraulik untuk mencipta kawah api berteknologi tinggi.

   Ratu Elizabeth II yang membuat penampilan diraja tidak seperti yang lain dalam filem pendek bersama pelakon James Bond, Daniel Craig mengumumkan acara itu dirasmikan ketika London menjadi tuan rumah buat kali ketiga.


   Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa,  Jacques Rogge memberitahu 80,000 penonton: “Dalam satu segi Olimpik kembali ke tempat asalnya,” mengiktiraf tugas Britain dalam membangunkan sukan moden.

   Ketua penganjur sukan itu, Sebastian Coe mengucapkan terima kasih kepada rakyat Britain kerana menjadikan semua ini satu kenyataan.

   “Dalam tempoh dua minggu lagi kami akan tunjukkan segalanya yang menjadikan London sebagai satu daripada bandar terhebat dunia,” katanya.

   Pertunjukan itu mempunyai citarasa Britain seperti mana yang dijanjikan pengarahnya, Danny Boyle, pengarah filem Britain.

   Ratu Elizabeth dipaparkan sedang melakukan aksi terjunan dari helikopter dengan Craig ke dalam stadium sebelum pemerintah diraja berusia 86 tahun itu mengambil tempat duduknya dan menerima tepukan gemuruh.

   Pertunjukan itu mengimbas perkembangan Britain dari zaman silam hingga ke Revolusi Industri sebelum segera menuju ke hari ini.

   Ia termasuk penghormatan kepada Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan di mana pelakon Kenneth Branagh, pengarang Harry Porter, JK Rowling dan pelakon Mr Bean, Rowan Atkinson mempunyai watak dalam pertunjukan itu.

   Ketika atlet melakukan perarakan, pelari terpantas dunia Usain Bolt mencuri tumpuan ketika membawa bendera Jamaica. -AFP


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2012 10:27 AM | Show all posts
perang_sivil posted on 29-7-2012 10:26 AM
Bond bikin gempar         
        
            

   Ratu Elizabeth berlakon  ‘Gadis Bond’      
        
            

JAMES BOND dan Elizabeth berjalan ke arah helikopter yang sedia menanti di luar Istana Buckingham.
    LONDON: Ratu Elizabeth II buat kali pertama berlakon sebagai ‘Gadis Bond’ dan ia dilakukan dengan satu kali rakaman saja.
Elizabeth, 86, mempamerkan bakatnya apabila muncul untuk melakonkan wataknya sendiri dalam filem pendek untuk majlis perasmian Olimpik London bersama-sama dengan aktor James Bond,  Daniel Craig.       Dalam filem berkenaan, Craig tiba di pejabat Elizabeth di Istana Buckingham dengan ratu itu mengucapkan ‘Selamat sejahtera Encik Bond’ sebelum kedua-duanya menaiki helikopter.

   Tidak berapa lama selepas filem itu berakhir, pelakon aksi berani pasangan itu terjun dengan payung terjun di Stadium Olimpik.      Akhbar The Telegraph memetik Pengarah Penerbitan Drama BBC, Nicholas Brown sebagai berkata, ratu itu memberi persembahan profesional.  Elizabeth kemudian  merasmikan Olimpik London.
Persembahan pembukaan sukan itu yang diatur oleh penerbit filem Britain, Danny Boyle dengan kos RM135 juta itu  mendapat pujian  dari dalam dan luar negara. - DM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2012 10:39 AM | Show all posts
Video Rowan Atkinson Olimpik 2012



http://www.liveleak.com/view?i=0f0_1343424279
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2012 10:46 AM | Show all posts
MALAYSIAN IN ACTION

29 July 2012

18:30:00 : Fencing - Men's Sabre Individual Round of 64
22:15:00 : Badminton - Men's Doubles Group Play Stage - Group D
23:00:00 : Diving - Women's Synchronised 3m Springboard Final

30 July 2012
03:09:00 : Badminton - Mixed Doubles Group Play Stage - Group D
18:18:00 : Archery - Men's Individual 1/32 Eliminations 39
20:00:00 : Sailing - Laser - Men's One Person Dinghy - Race 01
21:15:00 : Sailing - Laser - Men's One Person Dinghy - Race 02

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2012 10:54 AM | Show all posts
AKSI HARI PERTAMA OLIMPIK





















Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2012 12:24 PM | Show all posts
KEDUDUKAN PINGAT TERKINI

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2012 03:18 PM | Show all posts
Hi sumer. I org baru...selamat berkenalan...boleh join ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.887756 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list