CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10202|Reply: 0

Mengenai Polis Bantuan

[Copy link]
Post time 8-3-2013 01:39 PM | Show all posts |Read mode
Polis Bantuan atau di negara barat seperti Amerika Syarikat dikenali sebagai "Security Police" adalah pegawai khas yang bekerja untuk organisasi kerajaan dengan tugas melindungi kemudahan, hartabenda, pekerja, pengguna dan pelawat tempat-tempat kerajaan. Mereka juga melaksanakan undang-undang kebangsaan dan persekutuan dan diberi kuasa polis yang penuh untuk mengelak jenayah. Misalnya Polis Bantuan Pos Malaysia dan "Federal Air Marshal Service", Polis Bantuan Bandaran.
Penubuhan Polis Bantuan di Malaysia adalah mengikut Bahagian IX, Akta Polis No. 41/67 dan Peraturan–Peraturan (Polis Bantuan) Polis 1970 (P.U.(A) 461 bertarikh 21 hb Disember 1970).


Terdapat 22 agensi Polis Bantuan di Kontinjen Kuala Lumpur terdiri daripada jabatan-jabatan kerajaan, badan–badan berkanun dan sektor swasta seperti berikut :-
  • Bank Negara Malaysia (BNM)
  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Telekom Malaysia
  • Tenaga Nasional Berhad (TNB)
  • Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)
  • Uda Holding
  • Semasa Sentral
  • Petronas
  • Felda Security
  • Utusan Melayu (M) Berhad
  • Pos Malaysia Berhad
  • Jabatan Perdana Menteri (JPM)
  • Kementerian Penerangan
  • Bursa Malaysia (BSKL)
  • Puncak Niaga Sdn. Berhad
  • Persada Sungai Besi (AADK)
  • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  • Rapid KL
  • Maju Holding Sdn. Berhad
  • Astro
  • Keretapi Tanah Melayu Berhad
  • Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB)

Objektif penubuhan Polis Bantuan adalah seperti berikut :-
  • Memberi khidmat Polis ke kawasan – kawasan di mana liputan Polis tidak berkesan
  • Membolehkan pengawal-pengawal keselamatan yang bekerja di Jabatan –Jabatan Kerajaan , Badan-Badan Berkanun dan Sektor Swasta mempunyai kuasa-kuasa Polis serta membolehkan mereka membawa senjatapi semasa melaksanakan tugas-tugas di dalam kawasan yang ditentukan.
  • Sebagai unit sokongan / bantuan kepada PDRM dalam sesuatu situasi yang diperlukan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.435463 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list